Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Gerko-Merentas Desa

Saya En.Devan Nair Balan merupakan pelajar di PPG di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Pihak maktab telah menawarkan matapelajaran gerak kerja kokurikulum yang merangkumi olahraga kepada semua pelajar PPG semester 4. Kami dari unit Bahasa Tamil diajar oleh pensyarah En Khazali bin Ismail.

Sebagai seorang guru, gerko olahraga ini membantu saya meningkatkan pengetahuan saya berkaitan dengan olahraga. Semasa mengikuti gerko olahraga ini, saya mempelajari cara cara mengajar dan melatih pelajar untuk mengikuti sesuatu permainan atau lebih dikenali sebagai olahraga. Saya dapat mempelajari latihan latihan ansur maju yang boleh membina kecekapan dan stamina murid untuk mengikuti sesuatu permainan. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari cara untuk mengukur dan membina balapan di padang rumput ataupun lebih dikenali sebagai penyediaan trek. Sepanjang sesi gerko olahraga ini, saya juga telah mengetahui cara-cara pengolahan sesuatu acara sukan mahupun acara merentas desa dengan mengikuti prosedur yang betul dan selamat.

Selain itu, salah satu aktiviti yang kami perlu rancang dan laksana mengikut proforma kursus ini adalah, acara Merentas Desa atau Sukan Tahunan. Kami diminta untuk merancang aktiviti tersebut untuk semua murid-murid di sekolah. Saya telah membuat perbincangan bersama gurubesar dan gpk SJK(C) Jerik untuk menjalankan aktiviti merentas desa. Mereka telah memberi persetujuan sepenuhnya dalaam melaksanakan aktiviti merentas desa. Seterusnya jawatankuasa induk telah di tubuhkan bagi menyediakan kertas kerja. Setelah mengadakan beberapa perbincangan antara semua guru yang bertanggungjawab, kami mula melakukan tugas kami seperti yang telah dibahagikan.

Pertamanya kami mengadakan kejohanan merentas desa pada 12.04.2013. Kami membuat segala persiapan seperti mengenalpasti trek laluan, menyediakan peti

pertolongan cemas, menyediakan hadiah dan sebagainya. Seterusnya merentas desa dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Saya diminta untuk membuat rakaman video dan mengambil gambar. Sebelum mulanya larian merentas desa, semua murid membuat senamrobik bagi memanaskan badan. Aktiviti merentas desa tersebut juga diiringi oleh pegawai polis bagi memastikan aktiviti tersebut berjalan dengan lancar. Semua murid telah berjaya menamatkan larian merentas desa. Kesimpulannya sebagai seorang guru aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kami dalam gerko olahraga ini memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada kami. Kami dapat mempelajari pelbagai perkara baru seperti membina balapan di padang rumput, manganjurkan kejohanan merentas desa , menganjurkan sukan dan cara mengajar cara - cara melatih pelajar. Sebagai seorang guru pengetahuan pengetahuan ini amat penting kepada kami untuk menjalankan tugas kami dengan efektif di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai