Anda di halaman 1dari 2

Apakah bentuk-bentuk mekanisme yang boleh digunakan untuk mengukur keberkesanan

kurikulum Pendidikan Islam?

1.0 Pengenalan

Kata “penilaian” sendiri tidak pernah digunakan oleh Ibnu Sina. Tetapi apakah sebenarnya
penilaian itu? Ada dua fungsi yang menonjol dalam penilaian ini. Pertama sebagai suatu
peneguhan terhadap suatu tingkah laku yang ingin dikekalkan. Kedua adalah sebagai alat
menyaring calon-calon yang ingin mendapat tempat tertentu dalam ujian misalnya 1. Dengan kata
lain, penilaian digunakan untuk menentukan apakah tujuan pendidikan tercapai atau tidak.

2.0 Bentuk-bentuk mekanisme yang boleh menjadi kayu ukur keberkesanan kurikulum

Antara langkah yang pernah diambil oleh Universiti Malaya dalam menghasilkan pendidikan
berkualiti ialah dengan menggunakan piawaian untuk proses pengajaran, penyelidikan dan
pengurusan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (benchmarking)2. Melalui cara ini, segala
aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan akan mempunyai suatu garis panduan yang perlu
dipatuhi dan diikuti agar mutu yang diinginkan dapat dicapai. Pada masa yang sama, pihak-
pihak yang terlibat akan dapat mengukur sejauh mana keberkesanan kurikulum sepanjang
tempoh pengajian berlangsung.

Selain itu, kurikulum pendidikan Islam misalnya dapat diukur melalui hasil pembelajaran
(learning outcome). Hasil pembelajaran ini menetapkan kompetensi yang patut diperoleh oleh
pelajar apabila selesai mengikuti satu-satu program pengajian3. Segala pengetahuan dan
kemahiran yang diterapkan adalah bersesuaian dengan kehendak dunia pekerjaan serta realiti

1
Prof. Dr. Hassan Langgulung, Peralihan Paradigma Dalam Pendidikan Islam Dan Sains
Sosial, 2002, Gaya Media Pratama, Jakarta, muka surat 65
2
Sufean Hussin, Dasar Pendidikan Progresif Perspektif Makro dan Mikro, 2002, Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, muka surat 103
3
http://www.mqa.gov.my/soalanlazim.cfm
kehidupan. Perkara ini akan dapat menjadi kayu ukur sejauh mana kurikulum itu berjaya
membentuk insan kamil yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Apa yang ingin dilihat daripada learning outcome adalah memenuhi taksonomi tidak kira
kognitif, afektif dan juga psikomotor. Jika hasil pembelajaran ini dapat dizahirkan, maka
pembelajaran itu dikira berjaya. Kejayaan sesuatu pembelajaran adalah bergantung kepada
perancangan bijak guru ataupun pensyarah dalam mengendalikan pelajarnya yang mempunyai
pelbagai karenah dan kemampuan yang berbeza disamping latarbelakang keluarga yang
memungkinkan jurang di dalam pendidikan berlaku.

Malahan, sistem yang dikenali sebagai student learning time (SLT) dilihat mampu untuk
menjadi mekanisme sejauh mana pembelajaran itu dapat dikuasai oleh pelajar. Sebagai contoh,
sistem pengkuliahan pada keadaan semasa (kini) adalah 3 jam. Selain daripada masa
pemgkuliahan tersebut, pelajar dikehendaki untuk memenuhi masa pembelajarannya berdasarkan
kepada Rancangan Instruksi (RI).

Penyeliaan dan penilaian juga merupakan kaedah yang boleh dilakukan untuk mengukur
keberkesanan pembelajaran. Jika di sekolah, kita sering mendengar “guru dicerap”. Maka
tugasan ini sudah tentu medatangkan banyak faedah terutamanya dalam bidang pendidikan di
sekolah. Walaupun tiada istilah penyelia di dalam sistem pendidikan, ini tidak bermakna tiada
penyeliaan berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Persepsi yang
beranggapan bahawa sekolah tidak mempunyai penyelia adalah salah kerana organisasi sekolah
ditubuhkan untukmelaksanakan program-program pengajaran. Oleh itu, sekurang-kurangnya ada
seorang individu dalam sekolah itu perlu dipertanggungjawabkan terhadap keberkesanan
perlaksanaan program-program pengajaran itu4.

Dengan kata lain, pengetua seharusnya berperanan untuk memantau akan segala
pelaksanaan kurikulum di kelas-kelas ataupun wakil-wakilnya seperti Guru Kanan Mata
pelajaran atau yang berkaitan. Segala kelemahan yang terdapat semasa proses pengajaran dan
pembelajaran seharusnya dijadikan kayu ukur setakat mana kaedah dan teknik yang digunakan
oleh guru berkesan dan mempengaruhi kecemerlangan pelajar-pelajar.

4
Al. Ramaiah, Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini, 1999, IBS Buku Sdn Bhd, Selangor,
muka surat 129-130