Anda di halaman 1dari 1

I)

a. Profesion perguruan adalah satu tugas yang murni. Justeru itu, saya telah memilih
profesion ini kerana beberapa sebab:
Pertama, saya sangat berminat untuk bertugas sebagai guru.
Kedua, profesion ini membolehkan saya menimba pelbagai ilmu dan kemahiran.
Ketiga, profesion ini dapat menjamin masa depan dari segi jaminan pekerjaan yang baik dan
sumber pendapatan tetap untuk menyara diri dan keluarga.
Keempat, saya mendapat inspirasi dan mempunyai contoh terhampir iaitu seorang mak cik
yang bertugas sebagai guru, merupakan bekas pelatih cemerlang yang telah mendapat
Anugerah Pensyarah di Maktab Perguruan Keningau dalam opsyen Sains/KT, DPM-KDC
ambilan 2001 dan calon Guru Cemerlang 2008 di SMK Bundu Tuhan Ranau.

b. Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. Oleh kerana minat saya yang mendalam dalam
profesion ini saya berharap dapat menjadi seorang guru suatu hari nanti. Berikut adalah
pengalaman yang saya lalui.
i). Saya mempunyai pengalaman secara tidak langsung dalam bidang perguruan melalui mak
cik saya dan guru-guru saya. Apabila melihat dan berinteraksi dengan mereka, saya merasa
mereka adalah idola saya dan mahu menjadi seperti mereka.
ii). Pengalaman saya dengan kanak-kanak dan remaja pula, saya mempunyai tiga orang adik,
ramai sepupu dan ramai kawan. Saya selalu menjaga adik-adik saya dengan sabar dan rasa
sayang terhadap mereka walaupun mereka selalu nakal dan menjengkelkan kerana itu adalah
tanggungjawab saya sebagai seorang kakak sulung dan patuh terhadap amanah yang
diberikan oleh ibubapa.

Selain itu, mempunyai sepupu yang ramai juga adalah sesuatu yang istimewa dalam hidup
saya kerana dapat bertukar-tukar pengalaman dan berbincang tentang hal-hal peribadi
supaya dapat memperbaiki kelemahan diri dan keluarga.

Sebagai seorang remaja, tidak dapat dinafikan lagi yang saya mempunyai ramai kawan yang
mempunyai pelbagai sikap dan pengaruh termasuklah sikap dan pengaruh yang negatif
seperti melawan ibubapa, ingkar arahan guru-guru, melanggar peraturan sekolah dan
bertengkar dengan remaja yang lain. Walaupun saya masih muda, saya tidak mudah
terpengaruh dengan pengaruh negatif daripada rakan. Justeru itu, saya biasanya memilih
rakan yang baik di samping itu tidak memusuhi rakan yang sering kali bertingkah laku
negatif terhadap rakan sebaya, guru-guru dan ibubapa. Akhirnya, saya sangat berterima
kasih dengan ibu saya yang penyayang dan sering mendengar serta memberi dorongan
ketika saya menghadapi pelbagai masalah sebagai seorang remaja.

II)
Sekiranya dengan izin Tuhan, saya terpilih menjadi seorangguru, saya berikrar dan berjanji
dengan sepenuh hati akan bertugas dengan penuh berdedikasi, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berakhlak mulia demi untuk merealisasikan hasrat negara dalam
mendidik anak bangsa Malaysia bagi melahirkan generasi yang mulia dan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS).