Anda di halaman 1dari 8

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota

Istanbul

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah
dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya – Konstantinapole.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad


Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah
berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak
pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau


mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat


b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau
mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan
melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta
Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota
Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat
Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah
benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10


meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja
setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60
meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang
masa
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini
dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di
Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-


kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah.
Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan
Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun
geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini


akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin
tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk
menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari
juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh
tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang
menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang
kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah
memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April
1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini
dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja,


program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih


guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se
orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami


pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang
masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan
kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam
satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa
sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas
kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya
nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan
memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk


sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai
ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang
halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata
apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai
pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu


atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah
ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif.


Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan
diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar


ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan
kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan,


Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan
mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole
sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya


untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi
yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari
satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih


dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik
dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang
bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh
100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh
didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok
yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang
telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia


menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan
ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan
kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan
kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh
musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari
daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas
batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk
melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan
dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi
rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal
musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan
pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka


terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika
sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia
memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap


tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan
menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu
dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling
sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing
sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan
Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan


in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi
baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap
berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan


mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal
sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah
membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan
oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik
yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda
ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah
pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah


kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh.


Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar
dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk
memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi,
Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang
sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi


pemimpin yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi
rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta,
ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat
semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu,
cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan


Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya


bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi
berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh
tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi
itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota


Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang
layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan


diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah
meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka
pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini
pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa


di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat
tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri!
Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan
Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini
kemudian bertukar nama kepada Istanbul.
Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa
besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad.


Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain
memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka
dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran,
Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang
Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al
Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-
guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama


dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan
Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan
dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali


sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat
mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti


dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara
memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau


adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam
sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga


bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang,
astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab.


Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana
enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad
samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin
menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil
adalah lebih berharga lagi.
Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda
tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-
cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole.


Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah
sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.