Anda di halaman 1dari 3

MODEL TINGKAH LAKU GINOTT TINGKAH LAKU Tingkah laku terbahagi kepada dua jenis: i.

. tingkah laku positif -Antara tingkah laku positif: a. cepat belajar b. perasaan ingin tahu c. proaktif

ii.

tingkah laku negatif -Antara tingkah laku negatif: a. pergantungan berlebihan b. kebimbangan c. disruptif d. destruktif e. pengunduran diri

MODEL TINGKAH LAKU GINOTT Model ini menekankan tingkah laku dapat dikawal berdasarkan pengelolaan iklim bilik darjah yang kondusif. Ianya juga mementingkan hubungan yang baik antara guru dan guru, guru dengan murid dan murid dengan murid. Beliau percaya disiplin adalah proses yang berterusan yang perlu dicapai sepanjang masa. Turut menggalakkan kerjasama dan bukan memaksanya. Laporan Charles dan Barr (1989), guru yang menggunakan model tingkah laku Ginott bagi mengawal kelasnya merasakan perlu pengurusan yang berstruktur dalam situasi pengajaran. Ginott menegaskan tentang kebolehan komunikasi berkesan dengan murid amat perlu kepada guru prasekolah. Beliau juga perly menegaskan perlunya guru meningkatkan keyakinan murid dan tingkah laku guru sebagai contoh atau model.

Terdapat enam konsep yang diperkenalkan dalam model ini iaitu:

i.

berkomunikasi dengan murid -guru menggunakan bahasa atau arahan yang jelas serta bersopan.

ii.

menggalakkan disiplin kendiri -mengelakkan hukuman terhadap muridnya sebaliknya bercakap (slow talk) dengan murid yang bersalah. -murid harus dibimbing, bukannya dikritik atau dipersalahkan.

iii.

tidak melabel murid -tidak menggunakan istilah-istilah yang kurang baik (negatif) kepada murid.

iv.

tidak menilai murid terlalu awal -tidak memberi tanggapan negatif hanya disebabkan kesalahan kecil yang dilakukan murid. -guru perlu mengenalpasti punca kesalahan tersebut dilakukan oleh murid.

v.

menyebut nama murid - menggunakan panggilan yang lembut dan tidak mendatangkan perasaan rendah diri kepada murid. - murid akan berasa gembira dan dihargai sekiranya dipanggil dengan panggilan yang mesra.

vi.

menggalakkan penglibatan murid -menggalakkan penglibatan aktif semua murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. -tidak menyisihkan murid. -pengajaran berpusatkan murid, bukannya berpusatkan guru.

Prinsip dalam model Ginott: untuk membaiki tingkah laku kanak-kanak tumpu kepada masalah tingkah laku dan bukan kepada kanak-kanak keseluruhan Ginott menyarankan setiap guru tidak melabelkan kanak-kanak Setiap guru perlu berkomunikasi dengan kanak-kanak berdasarkan keperluan mereka.

Kesimpulan: