Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2

Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan Kelas : 2A Tarikh : 10/10/ 2013 (ISNIN) Masa : 0820 0920 pagi Bilangan pelajar : 22 orang Tunjang : Gaya Hidup Sihat Dan Selamat Tajuk : Pemakanan Sub- tajuk : (a) Makanan harian Tema : Pengambilan makanan harian mestilah yang berkhasiat, bersih dan selamat. Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar pernah lihat pelbagai makanan dalam kehidupan mereka. Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran, muridmurid dapat: 1. mengetahui dan membezakan makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat. 2. memberi contoh-contoh makanan yang berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat . 3. memamparkan makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat di tempat yang betul. Nilai-nilai Murni : Berjimat, menjaga kebersihan dan berdisiplin Kemahiran Berfikir : Menjana idea, meneliti dan meramal Bahan Bantu Mengajar : Buku teks, kertas latihan, notebook, LCD, Kertas A4 berwarna, sampul surat dan gambar-gambar pelbagai jenis makanan.

Langkah/ Masa Set Induksi (5 minit)

Isi pelajaran Pengenalan tajuk pelajaran: Makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat Tayangan video: 4 sihat, 5 sempurna Murid menyanyi bersama guru .

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran 1. Guru menanya: murid murid rasa anda sendiri sihat kah? 2. Guru menunjukkan tayangan video 5SEMPURNA,4 SIHAT murid digalakkan nyanyi bersama 3. Guru menanya:Murid-murid pernah makan mi segera dan air bergas? (Murid-murid bebas memberi jawapan) 4. Guru menayang video makan apa sekarang menunjukan apa makanan yang sihat. 5. Murid diminta menyanyi bersama-sama ikut video yang ditayangkan oleh guru. 6. Guru menggunakan power point menunjukkan gambar rajah mengenai makanan. 7. Guru memberitahu murid-murid bahawa mereka akan mempelajari makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat.

Catatan BBM: -Tayangan video -Persembahan power point

Langkah 1 (10 minit)

Mengenal pasti dan membezakan makanan berkhasiat dan kurang berkhasiat. Persembahan sleid: Jenis jenis makanan Akibat makan makanan tidak berkhasiat dan berkahsiat

1. Guru bercerita mengenai makanan berkhasiat, bersih dan selamat. 2. Guru menayangkan persembahan power point sambil membimbing muridmurid memberi pandangan dan pendapat tentang kudua-dua memek muka budak lelaki itu. 3. Guru bercerita berkaitan makanan tidak berkhasiat dan risikonya. 4. Guru meminta murid-murid memberi contoh-contoh makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat.

BBM: -Persembahan power point

Langkah 2 (10 minit)

Menjelaskan kelas makanan berpandukan pyramid makanan. Persembahan sleid : Jelasan tentang pyramid makanan.

1. Guru menayangkan persembahan power point mengenai pyramid makanan. 2. Guru memberi penerangan pyramid makanan berpandukan setiap aras pyramid makanan.

BBM: -Persembahan power point

Langkah 3 (10 minit)

Mengenal pasti nama makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat. (gerak kumpulan) Tayangan video: tepuk tangan Bim Bum

Langkah 4 (20 minit)

Aktiviti kumpulan Membezakan:

1. Guru meminta semua murid membahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan makanan berkhasiat dan kumpulan makanan tidak berkhasiat. 2. Guru menayangkan video tepuk tangan bimbam 3. Guru mengajar para murid menjalankan aktiviti tepuk tangan bimbam 4. Kedua-dua kumpulan ini mengadakan pertandingan tepuk tangan bimbam mengikut video. 5. Guru meronda semasa pertandingan , mengeluarkan murid yang tidak dapat ikut pergerakan. 6. Kumpulan yang mempunyai lebih banyak ahli pada akhirnya akan menang. 1. Guru memberi setiap kumpulan satu sampul surat yang mengandungi gambar-gambar makanan serta sehelai kertas A4 yang berwarna (warna kertas A4 mengikut kumpulan). 2. Guru meminta murid-murid setiap kumpulan bekerjasama mewarnakan gambar makanan yang didapati. 3. Guru meminta murid-murid melekatkan makanan mengikut kumpulan iaitu makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat di dalam petak yang telah disediakan di atas kertas A4. 4. Guru meminta setiap kumpulan menunjukkan hasil kerja mereka di depan kelas.

BBM: -video

BBM: -Sampul surat -Gambar-gambar makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat -Kertas A4 berwarna.

Penutup (5 minit) Mewarna:

Kertas latihan (rujuk lampiran)

1. Guru mengedarkan kertas latihan bagi setiap murid. 2. Guru meminta murid mewarnakan gambar makanan berkhasiat dan bulatkan makanan tidak berkhasiat. 3. Guru memberikan nasihat dan berharap murid-murid dapat menjaga kesihatan diri dengan banyak makan makanan berkhasiat dan kurang makan makanan tidak berkhasiat.

BBM: -Kertas latihan -Membanding beza

Bulatkan:

Anda mungkin juga menyukai