Anda di halaman 1dari 3

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat

memupuk semangat cintakan warisan bangsa

dalam kalangan rakyat Malaysia

Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan

tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti

pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula,

pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar

(2004:79) membawa kepada maksud

“… kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada.” Burden (2004:62) pula mendefinisikan

maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan, monumen dan tapak untuk mengelak

pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan ...

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk

melalui kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan

mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan

dan pemulihan warisan bangsa ini. Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini

kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik. Sekaligus
menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam

ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita

bangga dengan sejarah bangsa .

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai

semangat bersatu padu dan berharmoni antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan

pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki juga

mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong- menolong antara ahli masyarakat. Semangat

muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat

patriotik antara anggota masyarakat .

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga,

masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi . Aktiviti seperti ini

juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang

pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah . Keadaan ini jika disemai berterusan akan

melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.
Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap

rajin dan gigih . Kita juga mestilah menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan menjayakan

pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama

berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu

menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin,

tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi

memajukan negara kita Malaysia .