Anda di halaman 1dari 32

KERJA KURSUS

SEJARAH

BANGUNAN
BERSEJARAH DI
MALAYSIA

BANGUNAN SULTAN
ABDUL SAMAD

NAMA: WAN NUR SALIMI BINTI WAN ISMAIL

TINGKATAN: 3 ABID

PENILAI:
SENARAI
KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN HALAMAN
1 Penghargaan
2 Objektif Kajian
3 Kaedah Kajian
4 Hasil Kajian
5 Rumusan
6 Lampiran
7 Rujukan

PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan

kerja kursus Sejarah ini mengikut tarikh yang ditetapkan.Di sini saya ingin merakamkan

setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang telah menawarkan bantuan mereka kepada

saya semasa melaksanakan kerja kursus ini.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah

memberi galakan dan kerjasama dalam proses penyiapan kerja kursus ini. Segala

dorongan mereka amat saya hargai.

Tidak lupa juga kepada guru Sejarah saya, Puan Zainab binti Ismail kerana telah

memberikan banyak panduan dan nasihat yang berfaedah kepada saya ketika saya

menyiapkan kerja kursus ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para responden, Encik

Fauzi bin Ismail kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual oleh saya dan memberi

maklumat-maklumat yang berguna mengenai kajian saya.Dengan maklumat yang

diberikan oleh para responden secara tidak langsung menjadikan folio saya lebih lengkap

dan sempurna.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya

yang sudi berbincang dengan saya semasa proses pencarian maklumat. Mereka telah

memberi buah fikiran dan idea kepada saya untuk menyelesaikan kerja kursus ini dengan

lebih lancar. Jasa mereka akan saya kenang sepanjang hayat.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut ;-

 Kajian ini dilakukan secara amnya untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah

yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan

tatacara yang betul, jelas dan tepat.

 Melalui kajian ini juga, saya dapat mengenali dan memahami sejarah Bangunan

Sultan Abdul Samad dengan lebih mendalam. Dengan ini, saya dapat

menambahkan lagi lmu pengetahuan saya.

 Dalam kajian ini, saya dapat mengetahui keistimewaan reka bentuk Bangunan

Sultan Abdul Samad. Di samping itu, saya dapat menambahkan lagi tahap

kekreatifan saya dalam bidang seni.

 Melalui kajian ini, saya dapat memperoleh maklumat mengenai cara pembinaan

Bangunan Sultan Abdul Samad. Dengan ini, saya dapat mengetahui bagaimana

susahnya ia dibina.

 Kajian ini juga dapat menyedarkan orang Malaysia betapa pentingnya bangunan

bersejarah di negara kita seterusnya memupuk semangat patriotisma.


PENGENALAN BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat

sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan

identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan

dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah

berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti

Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan

promosi pelancongan negara telah disambut di sini.

NAMA BANGUNAN

Pada peringkat awal, Bangunan Sultan Abdul Samad ini hanya dikenali sebagai

Pejabat Baru Kerajaan (New Government Offices). Apabila Persekutuan Tanah Melayu

dibentuk pada 1948, bangunan ini dinamakan Sekretariat Persekutuan (Federal

Secretariat).

Tahun 1974, semua pejabat Kerajaan Negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam.

Pejabat kerajaan persekutuan Malaysia dipindahkan ke Jalan Duta, Damansara. Oleh itu

nama bangunan ini ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad bersempena dengan

nama Sultan Selangor yang memerintah Selangor dari 1857-1898. Nama ini kekal hingga

sekarang. Pada asalnya bangunan ini hanya disebut ‘Bangunan’ sebelum ditukar nama

kepada nama Sultan Abdul Samad.

LATAR BELAKANG BANGUNAN SULTAN AZLAN SHAH


ASAL-USUL

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bangunan yang terkenal di Bandaraya Kuala

Lumpur mahupun negara Malaysia. Bangunan ini adalah merupakan diantara bangunan

lama yang terdapat di Bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan bangunan warisan dan

masih dilindungi rekabentuknya. Bangunan ini juga telah menjadi saksi perarakan

kemerdekaan Malaysia setiap tahun pada tarikh 31 Ogos. Bangunan Sultan Abdul Samad

siap dibina pada tahun 1897.

Pada mula pembinaannya di kenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the new

Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan, (Federal Secretariat),

di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam

pada tahun 1974.

Pembinaan Bangunan ini adalah kemuncak pembangunan yang didirikan di

Kuala Lumpur pada akhir abad ke 19 malah merupakan kejayaan program Bangunan

Tersergam (Massive Building programme), di bawah pengendaliaan Maxwell/Spooner

sebagai perancang dan akitek Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu.

PENGASAS
Bangunan ini telah diasaskan oleh arkitek Inggeris yang bernama Anthony

C.Norman dan Anthony B.Hubbock sekitar tahun 1893-1897 yang pada ketika itu

bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun 1894. Bangunan ini

diasaskan untuk menempatkan beberapa jabatan kerajaan penting ketika zaman

pemerintahan British. Norman menghabiskan masa di Afrika dan mendapat ilham

daripada masjid di India yang membawa kepada ciri senibina Moor dalam arkitektur

Bangunan Sultan Abdul Samad.

TARIKH PEMBINAAN

Bangunan Sultan Abdul Samad ini telah dibina pada tahun 1893. Namun

demikian, perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh

Gabenor Negeri-Negeri Selat pada ketika itu iaitu Sir Charles B.H. Mitchell. Bangunan

ini siap sepenuhnya untuk digunakan pada April 1897 iaitu 2 tahun 7 bulan selepas

perletakan batu asas. Bangunan Sultan Abdul Samad telah dirasmikan oleh Residen

British, Sir Frank Swettenham K.C.M.G. pada 4 April 1897.

LOKASI
Bangunan Sultan Abdul Samad ini merupakan bangunan awam yang pertama

yang berdiri megah di tapak berbentuk segi tiga yang terletak di antara Jalan Raja dan

Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah barat sepanjang

Sungai Gombak dan Sungai Klang. Bangunan ini terkenal kerana merupakan satu tempat

yang strategik di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur iaitu berhadapan dengan

Padang Kelab Selangor dan persimpangan jalan-jalan penting seperti Jalan Tun Perak,

Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kawasan tersebut meliputi keluasan

10, 200 meter persegi dan di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini

dikenala sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini

terletak di pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Pelbagai bangunan dibina di

pertemuan dua sungai ini seperti Masjid Jamek Kuala Lumpur, Stesen Kereta Api Tanah

Melayu dan lain-lain. Di sinilah aktiviti perlombongan bijih timah bermula di Kuala

Lumpur, menjadi pemangkin kejayaan ekonomi Tanah Melayu seterusnya negara

Malaysia sekarang.
(Pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad)
TUJUAN PENUBUHAN

Pentadbiran British di Selangor memerlukan ibu pejabat baru bagi mentadbir

negeri . Sebelum ini ibu negeri Selangor terletak di Klang dan agak jauh dari kawasan

yang maju di Kuala Lumpur. Residen Jeneral British di Selangor pada waktu itu ialah Sir

Frank Swettenham .Sultan Abdul Samad memerintah negeri Selangor dari 1857 hingga

1898 setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor .

Antara pejabat yang akan ditempatkan di sini ialah:-

1. Sekretariat Kerajaan (G.S.O)

2. Bilik Mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber)

3. Pejabat Pos, Lembaga Kebersihan (Sanitary Board)

4. Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner)

5. Public Works Department

6. Audit dan Perbendaharaan

7. Pejabat Tanah

8. Jabatan Galian

9. Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office)

Fungsi bangunan ini ditukar beberapa kali. Bangunan ini pernah dijadikan

Mahkamah Agung di bawah Kementerian Kehakiman. Oleh itu, disediakan tempat letak

kereta untuk hakim - hakim dan pegawai–pegawai mahkamah.


KOS PEMBINAAN

Pembinaan bangunan ini telah menelan belanja sebanyak $152,824, padahal

anggaran awalnya adalah sebanyak $152,000. Ia merupakan bangunan yang termahal di

rantau ini pada ketika ianya didirikan. Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian

telah dibuat dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu, kerajaan

Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000.

PERASMIAN

Bangunan ini telah disiapkan pada tahun 1897 dan dirasmikan oleh Residen

Jeneral negeri Selangor, Sir Frank Swettenham dengan acara gilang-gemilang dengan

ucapan Spooner yang menarik mengenai sejarah pembinaan bangunan tersebut. Teks

lengkap ucapan beliau dalam Bahasa Inggeris boleh didapati dalam JMBRAS VOL. 65,

tulisan The Bangunan Sultan Abdul Samad by J.M. Gillick.


KEISTIMEWAAN BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
REKA BENTUK PELAN

Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun 1889, setelah

W. E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Pada masa itu,

Kuala Lumpur hanya dihuni oleh bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa

bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner

dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai

arkitek.

Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah

bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek

muda, adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan

style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman

selepas Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan

oleh A.C. Norman. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter

dengan menara jam setinggi 40 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter

persegi.

Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam

besar dan arked serta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang

asalnya diperbuat daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan

kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit

oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa

kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios.


Menara Jam ini dijaga dan dibaiki dari semasa ke semasa kerana menjadi waktu

standard di seluruh Malaysia. Menara Jam ini menyerupai Big Ben yang terdapat di kota

London.

Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan

jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat

hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil

di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah

melambangkan keagungan bangunan ini

Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu

dataran/laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran

laman ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan

ini.

Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang

Kelab Diraja Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat

tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik

Mahkamah Agung.
Tangga berputar

Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi yang mana

memberikan pengudaraan secara maksima, terutama pada zaman ianya dibina tidak

mempunyai pendingin udara.

Pemandangan dari udara, keseluruhan bangunan ini berbentuk F. Ia bangunan

awam pertama di tapak berbentuk segi tiga di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan

Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan

Sungai Kelang serta gereja St Clarke dan Jalan Mahkamah Tinggi.


(Pelan Tingkat Bawah) (Pelan Tingkat Satu)

(Pelan Tingkat Dua) (Pelan Tingkat Mezanin)

(Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad)


BAHAN BINAAN

Pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama ini telah mnggunakan

beberapa bahan binaan iaitu 4 juta batu-bata, 2 500 tong simen, 18 000 pikul kapur, 5 000

paun tembaga, 50 tan besi keluli dan 30 000 kaki padu kayu. Semua bahan binaan ini

telah dibekalkan oleh sebuah kilang yang bertempat di Brickfield.

PENGUBAHSUAIAN

Bangunan Sultan Abdul Samad pernah dilanda banjir pada tahun 1971 apabila

hujan lebat berlaku di seluruh negara. Jumlah hujan yang lebat itu ditambah pula dengan

sistem saliran yang tidak baik di sekitar Kuala Lumpur. Sekitar tahun 1978, kerja-kerja

pengubahsuaian telah dibuat dan mengambil masa enam tahun. Pengubahsuaian telah

siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja RM 17.2 juta. Pada waktu

itu, kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM200 000 sebagai kos menyadur

tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. pengubahsuaian ini dilakukan hanya

pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal

bangunan tersebut. Setelah siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali

lagi dirasmikan pada tahun 1984.

Ubah suai dilakukan lagi pada 2007. Majlis penyerahan Bangunan Sultan Abdul

Samad kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

(KPKKW) telah diadakan pada 24 Disember 2008. Penyerahan adalah daripada SPAZ

Sdn. Bhd. Kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia dan seterusnya kepada KPKKW.
HIASAN DALAMAN

Di dalam Bangunan Sultan Abdul Samad ini turut dibina sebuah dataran

berbentuk segi empat yang diperindahkan di mana di tengah-tengahnya terdapat satu

dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik.

Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia

juga terdapat satu serambi besar tertutup.

KEGUNAAN DAHULU DAN SEKARANG

Kegunaan Dahulu Kegunaan Sekarang


• Pusat pentadbiran negeri-negeri • Makamah Tinggi Malaya

melayu bersekutu • Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

• Pejabat Residen-General

• Pejabat Besar pos

CARA PEMBINAAN
Sebagai Bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya 1894-

1897, hasil senibina Bangunan Sultan Abdul Samad lengkap dengan ciri-ciri

keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti stail, ragam hias dan pemilihan

unsur-unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong

bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada

senibina Masjid.

Kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (PWD). Bangunan

ini direkabentuk oleh arkitek Inggeris bernama Arthur Charles Alfred Norman sekitar

tahun 1893-1897. Norman menghabiskan masa di benua Afrika dan mendapat ilham

daripada masjid di India seperti Taj Mahal yang membawa kepada ciri senibina Moor

dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad. Charles Edwin Spooner bertindak

sebagai perancang dan Jurutera Negeri . Pengarah PWD ialah R.A.J. Bidwell .A.B.

Hubback menyediakan pelan dan lukisan rekabentuk.

Idea dan rekabentuk bermula seawal tahun 1889, setelah W. E. Maxwell

mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Kuala Lumpur sebagai ibu

negeri Selangor hanya mempunyai bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa

bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E.

Spooner dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C.

Norman sebagai arkitek.


Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah

bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek

muda, adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan

style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman

selepas Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan

oleh A.C. Norman.

Kos binaan setelah siap pada April 1897 ialah $152,824. Anggaran awal

hanyalah $152,000.Tempoh masa pembinaan ialah 2 tahun 7 bulan. Sebuah kilang batu-

batu di bina di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata,

2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000

kaki padu kayu.

Batu-bata yang berkualiti berwarna merah dibawa dari India. Para pekerja

terdiri daripada kaum India . Antara kontraktor kecil yang membawa batu-bata ini ialah

Ghouse, yang berasal dari Chittagong, India (sekarang Bangladesh).Batu-bata ini

dibawa terus melalui Sungai Kelang dan ada sebuah pangkalan berhampiran Masjid

Jamek sekarang.
Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan

kerja kursus Sejarah ini mengikut tarikh yang ditetapkan. Sepanjang proses penyiapan

kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya

berasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang Bangunan

Sultan Abdul Samad.

Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai

pelbagai bangunan bersejarah yang nik serta menjadi ikon negara Malaysia. Semasa

menjalankan kajian ini, saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada Bangunan

Sultan Abdul Samad ini mempunyai sebab dan maksud tertentu. Bangunan Sultan Abdul

Samad adalah mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta

negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan

tersebut mendapat pujian dan sanjungan. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada

Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperi Sambutan Tahun Baru, Sambutan

Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara.

Selain itu, perasaan cinta akan warisan bangsa yang menjadi mercu tanda

negara kita perlu dipupuk. Sebagai bangsa yang sayang akan khazanah negara, kita

mestilah mengenali dan memahami sejarah tentang sesebuah bangunan di Malaysia. Kita

waja mengetahuinya kerana ia melambangan identiti kita sebagai rakyat yang berkarisma

tinggi. Perasaan ini akan membuatkan kita mengetahui siapa diri dan bangsa kita

sebenarnya.
Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah ini

dan berusaha memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar terus menjadi

warisan bangsa. Generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai

bangunan-bangunan bersejarah ini.

Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan

mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah, saya telah menjiwai dan menyintai negara

saya. Bak kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan

kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini

dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan

berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan-bangunan bersejarah di

samping mengeratkan hubungan persahabatan kami.


LAMPIRAN 1

( Bangunan Sultan Abdul Samad )


LAMPIRAN 2

( Suasana Bangunan Sultan Abdul Samad pada waktu malam )


LAMPIRAN 3

( Pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad )


LAMPIRAN 4

Pelan Tingkat Bawah Pelan Tingkat 1

Pelan Tingkat 2 Pelan Tingkat Mezanin

( Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad )


LAMPIRAN 5

Tampak Hadapan Tampak Kanan

Tampak Kiri Tampak Belakang

( Tampak Bangunan Sultan Abdul Samad )


LAMPIRAN 6

( Batu asas Bangunan Sultan Abdul Samad )


( Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi Bangunan Warisan Kebangsaan )