Anda di halaman 1dari 3

CATAN Hasilan seni yang dihasilkan di atas pelbagai permukaan 2D dengan menggunakan media basah.

Membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemah dalam bentuk nyata atau abstrak. Artis terkenal, Leonardo da vinci, Vincent van gogh, Pablo Picasso

JENIS-JENIS CATAN Cat air Cat poster Cat minyak Cat tempera Cat gouce Cat akrilik Fresco

CHIAROSCURO Kontra cahaya yang amat kuat untuk membentuk kesan dramatic dalam catan sama ada secara monokrom atau warna. Bahasa itali yang bermaksudimbangan cahaya terang dan gelap yang menfokus pada bayangan pada objek dan sekitarnya Leonardo da vinci, Rembrandt, caraviggio, georges de la tour

APRESIASI DAlAM CATAN Elemen yang perlu diberi perhatian apabila melihat sesebuah catan. Penghayatan dapat diberikan dalam menilai sesebuah catan IRAMA garisan yang disusun dengan teliti dapat menghasilkan irama alam hasil kerja seni. Melalui ulangan dan perbezaan ketinggian ataupun kelebaran. KOMPOSISI susunan bentuk dalam sebuah ruang. Keseimbangan susunan dapat diperoleh apabila setiap bahagian digabungkan dengan bentuk dalam keseluruhan komposisi. WARNA warna yang berlainan membawa kesan yang berbeza. Warna yang terang beri gambaran tentang kemarahan atau kegembiraan. Warna yang lembut memberi gambaran keamanan dan ketenangan. Penggunaan warna akan mempengaruhi orang yang melihat catan tersebut dan kaitannya dengan subjek yang cuba ditonjolkan. SAPUAN BERUS cara seseorang pelukis mewarna pada permukaan media dikenali sebagai sapuan berus. Setiap artis mempunyai gaya sapuan yang tersendiri.

SUBJEK catan boleh dihasilkan secara realistic atau abstrak. Cara pendekatan artis untuk menampilkan objek bagi menarik perhatian pemerhati dianggap sebagai bahan subjek.

MEDIA TEKNIK CAT AIR Teknik ini diolah dan digunakan mengikut kesesuaiandan keperluan pelukis dalam menghasilkan catan cat air. BASAH ATAS BASAH hasil kesan lut sinar. Sukar dikawal. Kadar kelembapan keras hasil bagi mendapat hasil kesan yang dikehendaki. BASAH ATAS KERING senang dikawal. Biasa digunakan. Dapat hasilkan kesan lut sinar. KERING ATAS BASAH cat air dari tiub disapu ke kertas yang disapukan air terdahulu KERING ATAS KERING beri kesan kering berlegap yang mampu menimbulkan kesan jalinan. TEKNIK RENJISAN dengan berus atau berus gigi untuk menghasilkan kesan yang spontan TEKNIK PADAM menghilangkan sebahagian kesan cat air untuk menimbulkan kesan pancaran cahaya TEKNIK SPAN menggantikan berus. Dicelup ke dalam warna dan dicapkan keatas permukaan catan dengan perlahan atau secara menyentak TEKNIK GARAM ditaburkan dan dibiarkan kering. Gram menyerap warna dan menghasilkan kesan jalinan bertompok yang spontan

TEKNIK CAT MINYAK TEKNIK TITIK. POINTILISTIC Titikan warna dikenakan untuk membentuk tindinan titik warna. Dai jarak jauh akan bergabung dang menghasilkan warna baru. Campuran secara optikal. TEKNIK GLAZING seolah-olah kilauan berkaca yang lut sinar. Menindih lapisan nipis gelap keatas warna cerah yang kering TEKNIK SCUMBLING disapu secara opaque le atas lapisan yang sebelumnya yang mana boleh disapu secara rata,lut sinar atau impasto. Tidak dapat dilihat dan mampu ditonjolkan melalui cara yang berbeza.

Menyapu warna terang ke atas permukaan gelapatau sebaliknya. Diaplikasikan dengan berus atau tompokan dengan kain buruk atau jari TEKNIK ALLA PRIMA. DIRECT PAINTING mewarna secar cepat dan spontan dengan sapuan warna terus daripada tiub. Sesuai untuk catan luar bangunan. Setiap palitan warna perlu tepat kerana tiada lapisan kedua TEKNIK IMPASTO mengaplikasikan penggunaan warna tebal dan banyak. Warna yang tebal mengekalkan kesan sapuan berus atau palitan pisau palet. Sering digunakan dlm catan alla prima apabila cat yang tebal dan sapuan berus yang cepat membenarkan catan itu disiapkan dengan cepat. TEKNIK HARD EDGE menggunakan masking tape yang memisahkan warna yang mana hasilnya menampakkan catan seperti dipotong-potong.

PROSES MENCATAN Lakar garisan yang diperlukan Warna lapisan pertama bagi objek dan latar dengan warna yang cair. Pastikan arah pancaran cahaya. Lapisan kedua bagi objek dan tambah bayang. Guna berus besar dan lembut untuk memudahkan sapuan warna Sapuan ton yang lebih gelap bagi menimbulkan bentuk untuk menyerlah ciri bentuk objek. Memperincikan catan dengan berus yang alus. Warna cerah digunakan padabahagian tertentu untuk menimbulkan kesan cahaya. Warna gelap ditambah untuk menimbulkan kesan bayang dan bahagian yang terlindung. Utk menimbulkan ton dan perspektif objek dalam catan.