Anda di halaman 1dari 28

SEKADAR PERINGATAN

Sekadar mengisi waktu tika lain sibuk dgn bunga Rosnya ...

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia

..... . Assalam Mu'alaikum Wbrth!

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!


Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....


Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....


Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....


Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....


Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!


Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!


Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....


Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!


Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....


Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....


Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....


Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....


Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....


Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!


Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak


Baca jika anda ada
masa untuk ALLAH.
Bacalah sehingga
habis.
Saya hampir
membuang email ini
namun saya telah
diberi keberkatan untuk
membaca terus hingga
ke penghujung.
ALLAH , bila saya
membaca e-mail ini,
saya fikir saya tidak
ada masa untuk ini….
Lebih lebih lagi diwaktu
kerja.
Kemudian saya
tersedar bahawa
pemikiran semacam
inilah yang ….
Sebenarnya,
menimbulkan pelbagai
masaalah di dunia ini.

Kita cuba menyimpan


ALLAH didalam MASJID
pada hari Jumaat…...
Muingkin malam
JUMAAT?

Dan sewaktu solat


MAGRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada


masa kita sakit….

Dan sudah pasti waktu


ada kematian…

Walaubagaimanapun
kita tidak ada masa
atau ruang untuk
ALLAH waktu bekerja
atau bermain?

Kerana… Kita
merasakan diwaktu itu
kita mampu dan
sewajarnya mengurus
sendiri tanpa
bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH
mengampuni aku
kerana menyangka……
Bahawa nun di sana
masih ada tempat dan
waktu dimana ALLAH
bukan lah yang paling
utama dalam hidup ku.
(nauzubillah)

Kita sepatutnya
senantiasa mengenang
akan segala yang telah
DIA berikan kepada
kita.
DIA telah memberikan
segala-galanya kepada
kita sebelum kita
meminta.
RENUNGKANLAH
Sebarkan lah
seandaianya ANDA
BENAR-BENAR
MENGHAYATI!!!
Ya aku CINTA ALLAH .

Dia adalah sumber


kewujudanku dan
Penyelamatku

IA lah yang
mengerakkan ku setiap
detik dan hari.
TanpaNYA aku adalah
HAMPAS yang tak
berguna.
Ini adalah ujian yang
mudah.
Kalau anda benar
meyintai ALLAH dan
tidak berasa malu akan
segala kebaikan yang
telah diberi ALLAH
kepada mu…
Kirimkan kepada 10
orang dan kepada
pengirim anda.
Sekarang!!! Anda ada
masa kah untuk
berbuat demikian?

Pastikan anda scroll


hingga ke penghabisan.
Susah vs. Senang
Kenapa susah sangat
nak sampaikan
kebenaran?
Kenapa mengantuk
dalam MASJID tetapi
sebaik saja selesai
ceramah kita segar
kembali?
Kenapa mudah sekali
membuang e-mail
agama tetapi kita
bangga mem “forward”
kan email yang tak
senonoh?
Hadiah yang paling
istemewa yang pernah
kita terima.
Solat adalah yang
terbaik....
Tidak perlu bayaran ,
tetapi ganjaran
lumayan.
Notes: Tidak kah
melucukan betapa
mudahnya bagi
manusia TIDAK Beriman
PADA ALLAH setelah itu
hairan kenapakah
dunia ini menjadi
neraka bagi mereka.
Tidakkah melucukan
bila seseorang berkata
“AKU BERIMAN PADA
ALLAH” TETAPI
SENTIASA MENGIKUT
SYAITAN. (who, by the
way, also "believes" in
ALLAH ).

Tidakkah melucukan
bagaimana anda
mampu hantar ribuan
email lawak yang
akhirnya tersebar bagai
api yang tidak
terkawal., tetapi bila
anda hantar email
mengenai ISLAM , ramai
orang fikir 10 kali untuk
berkongsi?

Tidakkah melucukan
bagaimana bila anda
mula menghantar
mesej ini anda tidak
akan menghantar
kepada semua rakan
anda kerana
memikirkan apa
tanggapan mereka
terhadap anda atau
anda tak pasti
samaada mereka suka
atau tidak?.

Tidakkah melucukan
bagaimana anda
merasa risau akan
tanggapan orang
kepada saya lebih dari
tanggapan ALLAH
terhadap anda.

Aku berDOA , untuk


semua yang
menghantar mesej ini
kepada semua rakan
mereka di rahmati
ALLAH.

And send it back to the


person who sent it, to
let them know that
indeed it was sent out
to many more.
Subject: April Fool nye kisah

> Assalamualaikum wbh. Ikutilah cerita sedih di


> sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama.
> Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang

> kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'


>
> Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini,
> adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan

> Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun


> lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya

> runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

> penduduk-penduduk Islam diSepanyol ( Moors )


> terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk
> menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
> bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk
> menghapuskan orang - orang Islam dr Sepanyol.
>
> Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa
> mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan

> selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka

> dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.


> Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran
> tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi keperlabuhan

> untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

> Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

> Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan

> yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.


>
> Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan
> untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah
> penduduk- penduduk Islam ini.

> Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya
> dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim

> dan membunuh kesemuanya,lelaki, perempuan, serta anak-anak

> kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya

> diraikan oleh tentera Kristian.

> Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja

> diSepanyol tetapi juga di serata dunia.

> Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai


> peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari

> mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan


> beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
>
> Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
> Petikan drpd Risalah Fikrah
>
> Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara
> kamu .....rawahu ttirmizi Illal Liqaq
>
> P/S : Tolong forwardkan kat kawan-kawan

Subject: Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13

> info yang boleh dikongsi bersama kawan2.


>
> 1) Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal
5
> kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan
menetes

> dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan
berdo'a.

>
> 2) Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan
> memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.
Lalu
> berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
>
> 3) Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya
di
> bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma
> Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana
engkau
> telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR
Ahmad).-
> DOA TENGOK CERMIN
>
> 4) Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
> berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri
atau
> takabur.
>
> 5) Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa
seminggu

> 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud
AS
> i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,
> buah-buahan, dan air putih.
>
> 6) Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan
demikian
> kita akan banyak dikenal dan disayangi.
>
>
> Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu
atau
> panduan bagi yang baru tahu......
>
> 1 - Niat Sembahyang :
> Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
>
> 2 - Berdiri Betul :
> Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
>
> 3 - Takbir-ratul Ihram :
> Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
>
> 4 - Fatihah :
> Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
>
> 5 - Ruqu' :
> Sebagai tikar kita di dalam kubur.
>
> 6 - I'tidal :
> Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam
> kubur.
>
> 7 - Sujud :
> Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
>
> 8 - Duduk antara 2 Sujud :
> Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
>
> 9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
> Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
>
> 1 0 - Tahhiyat Akhir :
> Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir
> di dalam kubur.
>
> 11 - Selawat Nabi :
> Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
>
> 12 - Salam :
> Memelihara kita di dalam kubur.
>
> 13 - Tertib :
> Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
>
> Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
>
> "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /
> Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab
mengapa
> mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the
13th "
> jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
>
> Wassalam.
>
> "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu
adalah
> mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
>

Beza tanggungjawab lelaki (suami) dan perempuan (isteri).

Assalammualaikum,

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang
ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum
berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak
menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala
perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh
membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan
pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan
beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut
kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat
dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena
tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu
keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka
kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat
kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.


Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok
dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah
bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak
perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan
hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan
oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika
kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4


wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa
di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang
telah ditinggalkan.
Bahkan manusia,itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-
peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah
yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu
pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itu mempunyai
kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.
dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan danmengembalikan kedudukan
organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pulaboleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
perut(convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak,
takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang
tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak
disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima
musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam
sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat,
walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan
jadi bisa, karena sudah biasa
Sekarang anda mempunyai 2 pilihan
1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya Allah tidak akan ada
sesuatu yang terjadi pada diri anda.
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah
ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.
AMIN.
Surah Al-Munaafiquun : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana
hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa
memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi.

Ayat : 9 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah
Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Ayat : 11 Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan: Barangsiapa meninggalkan solat
Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunyasendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan
bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya', maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.


Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini.
Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).
Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di
dalam neraka.
Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang
dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan
kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....
Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau
begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan
untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000
orang Islam.
Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi
kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja.
Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.
Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari
kelemahan saya yang nyata.
MENANTI DI BARZAKH

Ku merintih aku menangis, ku meratap aku mengharap


Ku meminta dihidupkan semula agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara


Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke Mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah, semerah mawar dan juga rindu
Tujuh langkah pun baru berlalu seusai talkin bernada syahdu
Tenang dan damai dipusaraku nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian


Seakan kudengari tangis mereka yang kutinggalkan
Kehidupan disini bukan suatu khayalan tetapi ia sebenar kejadian
Kembali roh kembali, kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri, sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Terbujur dan kaku jasad ke dalam keranda kayu

Ajal yang datang di muka pintu tiada siapa yang memberitahu


Tiada siapa pun dapat hindari tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari nafas terhenti tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk kumengulangi

Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang


Menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih aku menangis ku meratap aku mengharap


Ku meminta dihidupkan semula agar dapat kembali ke dunia nyata