Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN DATIN HJH NORISHAH BINTI HARUN HOTEL BAYVIEW, MELAKA 6 MAC 2013

Sirih berlipat sirih pinang Sirih beradat orang melaka Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara... Awal Bismillah pembuka bicara Ahlan Wasahlan saya ucapkan Selamat datang kepada semua Jamuan perpisahan taulan kita jayakan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam perpaduan buat semua..

Yang berbahagia Dato Hj Isa bin Abu,Yang berbahagia Datin Hjh Norishah binti Harun Guru Besar S K Bukit Baru, iaitu insan yang kita raikan, Barisan Guru Penolong Kanan, dan guru-guru SK Bukit Baru yang dikasihi sekalian. Syukur kita panjatkan ke hadrat Allah swt. Kerana dengan limpah kurniaNya maka dapat kita berjumpa sekali lagi dalam sebuah majlis perpisahan khas buat insan yang sangat kita kasihi Datin Hjh Norishah bt Harun. Beliau yang selama ini telah banyak menabur budi, mencurah bakti dan pada petang ini di Air Keroh DVillage ini, beliau dirai. Mengenang dan mengimbau kenangan bersama baliau, gurau senda, suka duka, pahit manis, pasti tidak akan dapat dilupa.

Hadirin Hadirat yang dihormati sekalian.. Tetak galah panjang sepuluh Buat menjemur kain pelekat Angkat tangan jari sepuluh Doa dipohon biar selamat

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Faizul Hidayat bin Abdullah untuk membaca doa, dengan segala hormatnya dipersilakan...

----- bacaan doa ----Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Faizul Hidayat, atas bacaan doa itu tadi. Semoga, doa yang dipohon itu memberkati perjalanan majlis kita hari ini....

Dalam pinang nan sekacip Dalam sirih nan secarik Dalam kapur nan sepalit Dalam gambir nan secubit Ada bicara hendak dilirik Ada amanat hendak disampaikan Bagi meneruskan rangkap bicara pada hari ini, majlis dengan penuh takzim menjemput Yang dihormati En. Mohd Nazri bin Hashim selaku pengerusi Harun Guru Besar Sek. Keb Bukit Baru, tampil ke pentas berucap untuk menyampaikan seungkap kata pemanis bahasa. Dengan segak menyusun langkah, dipersilakan. --------------UCAPAN GURU BESAR------------------Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada En. Ghazali Bin Md. Yassin atas ucapan itu tadi. Moga ucapan yang disampaikan dapat dijadikan azimat berguna buat semua. Anak haruan lima- lima Mati ditimpa punggur berdaun Bicara tuan kami terima Jadi kenangan bertahun- tahun.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput insan yang kita raikan Pn. Mazanah binti Abd Hamid untuk menyampaikan ucapan, majlis mempersilakan... ----------- Ucapan Pn. Mazanah ------------

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn. Mazanah Bin Abd hamid atas ucapan sebentar tadi... Majlis diteruskan lagi penyampaian cenderahati kepada Pn. Mazanah binti Abd Hamid Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Datin Hjh Norishah binti Harun diiringi oleh Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan kakitangan S K Bukit baru En. Mohd Nazri bin Hashim untuk menyampaikan cenderahati kepada beliau.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datin kerana sudi menyampaikan cenderahati sebentar tadi. Hadirin hadirat sekalian, Saya mewakili pihak majlis, merakamkan kalungan dan junjungan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis pada hari ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kami menghulur jari sepuluh seandainya sepanjang majlis ini berlangsung terdapat cacat celanya kerana kami insan biasa. Sisir pelepah meraut lidi Mengayam daun atap jerami Yang indah yang berseri bawalah pergi Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami

Apa guna kasihnya orang Andai dipandang dijeling tiada Apa guna makanan dihidang Andai dijeling dijamah tiada Dijunjung datang disambut mesra dulang berukir corak lemuni persudikan santap hidangan di meja sukanya hamba kerana sudi

Untuk itu, majlis mempersilakan para hadirin menjamu selera dengan hidangan yang tidak sepertinya... sudi-sudikan lah...

Seian, terima kasih.

Apa guna kasihnya orang Andai dipandang dijeling tiada Apa guna makanan dihidang Andai dijeling dijamah tiada Dijunjung datang disambut mesra dulang berukir corak lemuni persudikan santap hidangan di meja sukanya hamba kerana sudi Untuk itu, majlis mempersilakan para hadirin menjamu selera dengan hidangan yang tidak sepertinya... sudi-sudikan lah...