Anda di halaman 1dari 1

1.0 PENGENALAN Menurut Mohd.

Salleh Lebar (1995), pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap rangsanganrangsangan, iaitu yang bersifat peribadi. Pengamatan juga merupakan pola-pola yang bermakna. Sebenarnya, ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur.

Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Ia merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.

Sebagai contoh, objek-objek di sekitar ditangkap melalui alat-alat pancaindera dan diproses pada bahagian tertentu dalam otak sehingga objek itu dapat diamati. Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut kemampuan untuk mengorganisasikan pengalaman. Dengan adanya organisasi ini, manusia selalu belajar dari pengalaman, maka lambat laun tersusunlah pola pengamatan yang kekal dalam diri kita.

Anda mungkin juga menyukai