Anda di halaman 1dari 4

2.

2 Perspektif Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran boleh didefinisikan sebagai usaha yang dilakukan oleh pendidik, sama ada guru atau bukan guru. Manakala pembelajaran pula bermaksud aktiviti mental ,fizikal dan rohani pada diri pelajar. Terdapat dua faktor utama yang membolehkan berlakunya pembelajaran yang efektif iaitu faktor keberkesanan cara pemindahan maklumat berlaku dan faktor keberkesanan operasi deria dan mental pelajar semasa proses pembelajaran. Antara teori pembelajaran yang terkenal adalah Teori Rangsang-Gerak Balas oleh I. Pavlov, Teori Pelaziman Operan oleh B.F. Skinner , Teori Perkembangan Operasi Mental Piaget dan Teori Kelas Tingkah Laku Pembelajaran Bloom. Proses pengajaran dan pembelajaran ini lebih berpusatkan kepada pelajar. Guru perlu bijak untuk mempelbagaikan cara pengajaran dan pendekatan agar pelajar-pelajar tidak bosan. Guru-guru perlu merealisasikan objektif FPK iaitu memperkembang potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi adalah bakat dan keupayaan yang perlu dikembangkan dan dicungkil.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan, dalam menyelesaikan masalah Matematik Tahun Satu, guru-guru menyediakan bahan-bahan yang autentik dan real untuk membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran mengira. Aktiviti seperti ini mampu menggilap potensi intelek murid-murid untuk berfikir secara logik. Secara tidak langsung, ilmu pengetahuan mereka dalam kemahiran mengira akan bertambah serta pelajar mampu menangani cabaran globalisasi pada masa akan datang sesuai dengan pembangunan modal insan jika mereka menguasai teknik dan kemahiran yang diajar oleh guru-guru.

Seterusnya, guru-guru mestilah menerapkan unsur-unsur ketuhanan dan nilai-nilai yang baik ke dalam diri pelajar. Guru-guru sendiri perlu menunjukkan nilai-nilai Islami agar guru-guru menjadi uswatun hasanah kepada anak-anak

murid. Sebagai contoh, Rasulullah S.A.W. menjadi qudwatun hasanah kepada seluruh umat baginda S.A.W. dalam pelbagai aspek kehidupan.

Selain itu, guru-guru perlu menerapkan unsur humor bagi mengelakkan kanak-kanak bosan dan emosinya akan berubah serta mengantuk ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Apabila mereka menjawab soalan yang diberi sama ada berjaya atau tidak, guru-guru perlu menghargai jawapan yang mereka berikan dan memuji mereka serta janganlah merendah-rendahkan murid-murid jika mereka gagal menjawab soalan tersebut. Murid-murid akan berasa seronok dan berminat untuk mengikuti kelas guru tersebut serta dapat mengukuhkan jati diri pelajar dan membangunkan modal insan pelajar.

Di samping itu, guru-guru boleh melakukan p&p dengan cara permainan seperti explorace. Contohnya dalam subjek Bahasa Inggeris, guru-guru menyediakan beberapa soalan di setiap checkpoint. Aktiviti ini sekaligus boleh memperkembang potensi jasmani yang memerlukan mereka berlari ketika permainan explorace dan meningkatkan potensi intelek apabila mereka berfikir secara kreatif dan kritis untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan yang telah disediakan.

2.3 Perspektif Aktiviti Kokurikulum Kokurikulum boleh didefinisikan sebagai kurikulum tambahan atau pendidikan untuk waktu lapang atau aktiviti kelas tambahan . Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Collins ( 1973 ) merumuskan bahawa apa jua aktviti selain kurikulum di sekolah-sekolah dalam konteks pembelajaran murid dianggap sebagai kokurikulum, sama ada ianya bersifat intra-mural atau ektra-mural dan sama ada ianya di dalam pembelajaran formal atau tidak formal. Abdul Alim Abdul Rahman (1994) menganggap kokurikulum sebagai aktivitiaktiviti yang masih bersifat pendidikan yang dilaksanakan di dalam dan di luar sekolah tanpa mengabaikan aspek-aspek kurikulum. Antara contoh gerak kerja kokurikulum yang boleh disertai pelajar ialah unit beruniform, persatuan atau kelab serta sukan dan permainan. Penyertaan semua guru dan pelajar amat penting bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah. Salah satu tujuan pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab, berketrampilan,berdisiplin dan

berakhlak mulia yang mana sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai contoh, di sekolah akan ada satu hari yang ditetapkan untuk memakai pakaian seragam unit beruniform seperti pengakap, pandu puteri, puteri islam dan lain-lain. Oleh itu, pakaian yang dipakai nampak kemas dan seragam serta ia akan menampilkan individu pelajar yang berketerampilan dan berdisiplin kerana mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika diterokai dalam ciri-ciri modal insan, melahirkan individu yang berketerampilan dan berdisiplin adalah bertepatan dengan ciri-ciri tersebut bagi membangunkan Negara ke arah wawasan 2020.

Selain itu, sebuah persatuan semestinya dipimpin oleh pelajar-pelajar itu sendiri bagi memastikan sesebuah organisasi dikendalikan dengan baik. Secara tidak langsung, ianya memupuk sikap kepimpinan dan bertanggungjawab terhadap persatuan. Selaras dengan pembangunan modal insan yang menginginkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat dan Negara.

Anda mungkin juga menyukai