Anda di halaman 1dari 11

Agama adalah nasihat

uzet@19/1/2013

. : : . ][
Dari Abu Ruqoyah Tamim Ad Daari radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahualaihi wasallam bersabda : Agama adalah nasihat, kami bertanya : Kepada siapa ? beliau bersabda : Kepada Allah, kitabNya, Rasul-Nya dan kepada pemimpin kaum muslimin dan rakyatnya. (Riwayat Bukhori dan Muslim)

Kepentingan hadis
Hadis ini merupakan ungjapan yang merangkumi berbagai perkara meskipun ringkas(jawami al Kalam) Ia merupakan keistimewaan Nabi S.A.W yang telah dianugerahkan Allah Ringkas tetapi mengcakupi berbagai maksud dan kesimpulan Ulama berkata:hadis ini adalah tempat peredaran Islam

Maksud perkataan

(Agama):Iaitu Islam,iman dan ihsan

(Nasihat):perkataan yang diungkapkan menggambarkan keinginan agar pihak yang dinasihati mendapat kebaikan (dan untuk para pemimpin Islam):Iaitu para pemerintah mereka(orang-orang Islam)

Keterangan hadis
1. Nasihat untuk Allah Beriman semata-mata kepadaNya - Menjauhi diri daripada perbuatan syirik dalam iktikad dan ibadat. - Menjauhi diri daripada sikap ingkar terhadap suruhanNya. - Mengagungkan Allah dengan sifat-sifat sempurnanya - MenyucikanNya daripada segala sifat kekurangan. - MentaatiNya. - Menjauhi diri daripada perbuatan dosa. - Mencintai dan membenci sesuatu semata-mata keranaNya. - Berjihad menghadapi musuh. - Mengakui dan bersyukur atas semua nikmatNya. - Ikhlas dalam segala urusan. - Mengajak manusia melakukan perkara yang baik. - Bersikap lemah lembut kepada sesama manusia.

2. Nasihat untuk Kitab Allah Iaitu beriman dengan Kitab-kitab samawi yang diturunkan daripada sisi Allah Taala.Juga beriman bahawa Al-Quran adalah penutup dan saksi kepada semua kitab Samawi

Nasihat seorang Islam kepada kitab Tuhannya adalah dalam bentuk: I. Membacanya dan menghafalnya II. Menbacanya dengan tartil dan suara yang merdu III. Mentadabbur dan memahami maksud ayatnya IV. Mengajarkannya kepada generasi Islam V. Mempelajari,mendalami kefahaman al Quran dan mengamalkannya.

3. Nasihat untuk Rasul-Nya. Iaitu dengan memperakui dan mengiktiraf risalah perutusannya.Juga beriman dengan semua ajaran alQuran dan as-Sunnah serta mencintai dan mentaati. Nasihat untuk Nabi s.a.w selepas kewafatan I. Membaca sejarah hidupnya II. Berakhlak dengan akhlaknya III. Beradab dengan adabnya IV. Beriltizam dengan sunnahnya samada perkataan @perbuatan V. Tohmahan musuh dan pihak berkepentingan hendaklah disanggah

4. Nasihat untuk para pemimpin Kaum Muslimin. - Menolong dan menyokong mereka dalam perkara kebenaran dan keadilan. - Patuh kepada mereka dalam urusan kebaikan.

- Mengingatkan mereka ketika mereka lalai daripada kewajipan. - Jangan menghasut orang ramai untuk berpecah belah.

5. Nasihat untuk manusia umum. - Memimpin mereka ke jalan yang benar. - Mengawasi mereka daripada terjerumus ke jalan yang salah. - Belajar daripada mereka. - Saling menolong antara mereka dalam perkara kebaikan. - Saling menghormati. - Saling mencintai. - Bersama-sama menjaga kemaslahatan hidup dengan menjauhi sifat-sifat yang membangkitkan fitnah dan permusuhan. - memahamkan mereka bahawa setiap orang adalah anggota dalam masyarakat.

Jenis nasihat yang paling baik


Antara nasihat yang utama sesama Islam ialah
Menasihati saudaranya ketika ketiadaannya

memberi nasihat terhadap mereka yang meminta pandangannya dalam sesuatu perkara.

Adab nasihat
Menasihati dan mengingatkan saudaranya secara rahsia dan bukan dikhalayak ramai Kata al Fudhail bin Iyadh orang mukmin yang menyembunyi lalu menasihati.Manakala orang yang jahat,membuka pekung dan memalukan.

Anda mungkin juga menyukai