Anda di halaman 1dari 5

Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah banyak mencipta alat atau kaedah saintifik untuk diaplikasikan

dalam sistem pendidikan. Pada zaman yang berteknologi ini, pendidikan yang yang dijalankan dengan bantuan alat bantu mengajar seperti multimedia, power point, video , gambar rajah dan sebagainya telah menjadi kepentingan dalam proses pemgajaran dan pembelajaran di sekolah kini. Pendidikan merupakan sesuatu yang penting untuk mendidik di sekolah,oleh itu, cara untuk mengajar telah menjadi sesuatu yang perlu diambil perhatian kepada seseorang guru. Seorang yang berjaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas adalah dapat menarik perhatian semua murid dan mengawal kelasnya. Jika guru tersebut dapat menarik perhatian murid-murid, maka masalah disiplin dalam kelas tidak akan berlaku. Oleh itu,penggunaan alat bantu mengajar sangat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi baru hari ini menawarkan peluang untuk memperbaharui kandungan pembelajaran dan kaedah pengajaran serta memperluaskan laluan pembelajaran. Secara tidak langsung dapat memberikan alternatif dalam pemilihan media pengajaran dan pembelajaranmasa kini. Atan Long (2005) berpendapat setiap mata pelajaran perlu disampaikan denganmenggunakan kaedah-kaedah yang tertentu supaya pembelajaran murid-murid berlaku dengan berkesan dan mudah difahami. Penggunaan ABM membolehkan pendidik menyampaikan pelajaran dengan lebih mudah,lebih menarik dan lebih berkesan manakala pelajar pula dapat memahami pelajaran dengan lebih bermakna.Para pelajar juga dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran seterusnyadapat memberikan kesan yang baik terhadap proses P&P.Penggunaan ABM bukan sahaja boleh meransang minda pelajar tapi juga memberi peluang kepada pelajar menggunakan alat-alat tersebut sebagai kemahiran dan pengalaman baru. Dalam penyampaian sesuatu isi pelajaran, penggunaan ABM yang sesuai dan menarik adalah penting bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan P&P, menimbulkan rangsangan

sertakeinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu yang menjadi motivasi kepada mereka untuk terus belajar. http://www.scribd.com/doc/92633332/Pengenalan-MUZIK#download

Model reka bentuk pengajaran yang saya pilih adalah model ASSURE. Saya memilih model reka bentuk pengajaran ASSURE kerana model tersebut sesuai untuk digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Model ASSURE merupakan sebuah model rancangan pengajaran yang berasaskan bilik darjah. Terdapat beberapa langkah penting dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Gagne (1985), pembelajaran berlaku sebagai satu proses perkembangan secara berperingkat. Terdapat enam langkah utama dalam model reka benuk pengajaran ASSURE iaitu A - analyze learners (menganalisis pelajar), S - state objectives (menyatakan objektif), S - select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber), U- utilize media and materials (menggunakan media dan bahan), R - require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) dan E - evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian).
AAnalisa Pelajar (Analyze Learners) : Analisis ciri umum pelajar

seperti peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan sebagainya sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan. SMenyatakan Objektif (State Objective) : Pernyataan objektif

prestasi dalam merancang sesuatu pengajaran untuk menentukan jenis bahan multimedia yang ingin digunakan iaitu mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran. SMemilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and

Materials) : Memilih bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau mengubahsuai bahan multimedia agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta kekangan yang mungkin dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran. UMenggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials):

Guru harus terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada

melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran. RMemerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation):

Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan

maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan. EMenilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise): Penilaian perlu

dibuat secara berterusana dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran sejauhmana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982)

A S S

Analyze Learners (Analisa Pelajar)

State Objective(Menyatakan Objektif) Select Methods, Media and Materials (Memilih Kaedah, Media dan Bahan)

U R E

Utilize Media and Materials (Menggunakan Media dan Bahan) Require Learner Participation (Memerlukan Penyertaan Pelajar) Evaluate and Revise (Menilai dan Mengulangkaji)

Anda mungkin juga menyukai