Anda di halaman 1dari 9

Buat sorotan literatur mengenai kalkulus dalam aspek yang berikut : 1. Sejarah kalkulus dan tokohnya 2.

Penggunaan kalkulus dalam pelbagai bidang Pengenalan Kalkulus (Bahasa Latin: calculus, artinya "batu kecil" untuk menghitung) adalah cabang ilmu matematik yang merangkumi had, terbitan, kamiran, dan deret tak terhingga. Kalkulus adalah ilmu mengenai perubahan, sebagaimana geometri adalah ilmu mengenai bentuk dan algebra adalah ilmu mengenai pengerjaan untuk memecahkan persamaan serta aplikasinya. Kalkulus mempunyai aplikasi yang luas dalam bidangbidang sains, ekonomi, dan teknikal; serta dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan algebra asas. Kalkulus adalah satu disiplin matematik yang luas serta berpelbagaian, yang merupakan hasil kajian manusia sejak beberapa kurun dahulu. Jadi, senarai terperinci nama ahli-ahli matematik yang memberikan sumbangan dalam bidang kalkulus sudah tidak dapat dikaji semula. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa nama ahli matematik yang perlu dinyatakan apabila membincangkan sejarah kalkulus. Antara tokoh-tokoh yang terkenal dalam usaha mewujudkan bidang kalkulus adalah Archimedes, Isaac Newton dan Gottfried Wilhelm Leibniz. Secara amnya, bidang kalkulus mempunyai dua cabang utama, iaitu kalkulus kamiran dan kalkulus

pembezaan. Kedua-dua cabang tersebut mempunyai hubungan yang rapat. Kalkulus pembezaan merupakan hasil daripada kajian garis tangen suatulengkung, dan gerakan suatu objek yang jatuh. Berikutan daripada kewujudan kalkulus pembezaan, banyak teori dan teorem telah pun diterbit dan digunakan secara meluas untuk menyelesaikan masalah-masalah matematik dan praktikal. Kalkulus pembezaan mempunyai pelbagai kegunaan termasuk menganalisis perubahan kecil sesuatu fungsi, melakar graf, menerbit formula kaedah Newton, menyelesai masalah pengoptimum, mengawal paras inventori, dan menganalisa keanjalan permintaaan dalam bidang ekonomi Kalkulus mempunyai dua cabang utama, iaitu kalkulus pembezaan dan kalkulus kamiran yang saling berhubungan melalui teorem asas kalkulus. Pelajaran kalkulus adalah pintu gerbang menuju pelajaran matematik lain yang lebih tinggi, yang khusus mempelajari fungsi dan limit, yang secara umum dinamakananalisis matematik. Sejarah kalkulus dan tokohnya a) Sir Isaac Newton Penyelidiakan tentang topik kalkulus telah dijalankan pada awal kurun ke-17 oleh Sir Isaac Newton dan telah memberi sumbangan terbesar dalam kajian tersebut. Penyelidikan Sir Isaac Newton bermula apabila University of Cambridge ditutup pada tahun 1665 yang menyebabkan beliau terpaksa pulang ke tempat asalnya iaitu Lincolnshire.

Selama 18 bulan di sana, beliau telah mencipta Method of Fluxions, teori graviti dan teori cahaya. Berikutan dengan penciptaan teori-teori tersebut, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul De Methodis Serierum et Fluxionum pada tahun 1671. Namun, Sir Isaac Newton telah gagal untuk menerbitkan buku tersebut. Buku tersebut tidak diterbitkan sehingga John Colson berjaya menerbitkannya dalam versi Bahasa Inggeris pada tahun 1736. Walau bagaimanapun, buku hasil tulisan Sir Isaac Newton tidak mempunyai simbol dan rumus. Selain daripada Isaac Newton ( 1642-1727 ), Leibniz juga dikatakan sealiran dengan Abu Ali al-Hasan ibn al-haytham ( 965-1039 ) atau ringkasnya Alhazen yang merupakan ahli matematik Arab yang terkenal. Beliau merupakan ahli matematik yang telah mengamirkan fungsi polinomial kuasa empat. Archimedes dan Alhazen telah menggunakan rumus penjumlahan kuasa untuk mengira luas dan isipadu namun tidak dapat digunakan sehinggalah mereka menemui fungsi polinomial. Bermula abad ke sebelas, ahli matematik Arab, Cina dan India telah menemui teknik-teknik mencari luas suatu fungsi polinomial. Fungsi polinomial kuadratik dan fungsi polinomial padu walaupun telah wujud beribu tahun lamanya tetapi keduanya masih diungkapkan sebagai luas dan isipadu. Gottfried Wilhelm Leibniz

Gottfried Wilhelm Leibniz telah memulakan penyelidikan beliau pada tahun 1673. Beliau merupakan tokoh yang telah mencipta simbol pembezaan dan pengamiran. Penerbitan pertamanya adalah pada tahun 1684 iaitu Nova Methodus pro Maximis et Minimis, itemque Tangentibus dalam Acta Eruditorum, sebuah surat khabar yang diwujudkan pada tahun 1682 di Leipzig. Kemudian dua orang adik-beradik Bernoulli iaitu Jacob dan Johann mengambil idea tersebut dan mengembangkannya. Sejak kurun ke17, penyelidikan tentang kalkulus telah mula berkembang dan mencapai tahap seperti yang sedia ada sekarang.

2. Penggunaan kalkulus dalam pelbagai bidang Kalkulus mempunyai aplikasi yang luas dalam bidang-bidang seperti Sains.Aplikasi kalkulus vector dalam medan elektrostatik digunakan dan untuk penggiraan keamatan medan elektrik, penggunaan kalkulus vector diperlukan . Dalam bidang ekonomi, materi kalkulus diterapkan diantaranya fungsi transenden yang terdiri dari fungsi logaritma dan fungsi eksponen, limit, diferensial fungsi sederhana, diferensial fungsi majemuk, dan integral. Kalkulus bukan sahaja digunakan di setiap cabang sains fisik, sains komputer, statistik, teknik, ekonomi tetapi juga dalam bidang perniagaan , kedoktoran, kependudukan, dan di bidang-bidang lainnya. Setiap konsep di

mekanika klasik saling berhubungan melalui kalkulus. Massa dari sebuah benda dengan massa jenis yang tidak diketahui,momen inersia dari suatu objek, dan total energi dari sebuah objek dapat ditentukan dengan menggunakan kalkulus. Dalam subdisiplin listrik dan magnetisme, kalkulus dapat digunakan untuk mencari total fluks dari sebuah medan elektromagnetik . Contoh historis lainnya adalah penggunaan kalkulus di hukum gerak Newton, dinyatakan sebagai laju perubahan yang merujuk pada turunan: Laju perubahanmomentum dari sebuah benda adalah sama dengan resultan gaya yang bekerja pada benda tersebut dengan arah yang sama. Bahkan rumus umum dari hukum kedua Newton: Gaya = Massa Percepatan, menggunakan perumusan kalkulus diferensial karena percepatan bisa dinyatakan sebagai turunan dari kecepatan. Teori elektromagnetik Maxwell dan teori relativitas Einstein juga dirumuskan menggunakan kalkulus diferensial. Pola spiral logaritma cangkang Nautilus adalah contoh klasik untuk menggambarkan perkembangan dan perubahan yang berkaitan dengan kalkulus. Sejarah Kamiran sebelum penerbitan kalkulus

Kamiran telah diguna pakai sejak zaman Mesir purba lagi ca. 1800 BC, dimana Papirus Matematik Moscow (Moscow Mathematical Papyrus) telah menunjukkan formula untuk menyelesaikan masalah berkaitan piramid. Teknik pertama yang sistematik dan tersusun dalam menyelesaikan masalah kamiran adalah kaedah penyusutan (exhaustion method) oleh Eudoxus ca. 370 BC. Kaedah ini digunakan untuk mencari luas kawasan dengan memecahkan kawasan itu kepada kawasan-kawasan kecil yang luasnya diketahui. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk mencari isipadu. Archimedes menggunakan kaedah penyusutan untuk mengira nilai , luas bulatan dan luas parabola. Kaedah yang hampir sama telah dibina oleh ahli matematik Cina Liu Hui, juga untuk mencari luas bulatan. Kaedah Liu Hui pula dikembangkan oleh pasangan ayah dan anak Zu Chongzhi dan Zu Geng untuk mencari isipadu sfera.[1] Abad yang sama, ahli matematik India Aryabhata menggunakan kaedah yang hampir sama untuk mencari luas kiub.[2] Langkah seterusnya dalam perkembangan kamiran adalah di Iraq apabila ahli matematik Islam abad ke-11, [[Ibn Al-Haitham (atau Alhazen di Eropah) merancang satu masalah yang kini dikenali sebagai "masalah AlHaitham" dalam buku fiziknya "Kitab Al-Manazir" (Book of Optics atau Buku tentang Penglihatan). Masalah ini membawa kepada persamaan darjah keempat (iaitu persamaan yang melibatkan kuasa 4 atau x4). Semasa menyelesaikan permasalahan ini, beliau telah menggunakan kamiran untuk mencari isipadu paraboloid. Menggunakan induksi matematik melalui

pengiraan, beliau telah mengasaskan kamiran untuk polinomial darjah keempat. Namun Ibn Al-Haitham tidak mengambil berat akan polinomial dengan darjah lebih tinggi dari 4.[3] Selain Ibn Al-Haitham, ide-ide tentang kamiran juga boleh ditemui dalam buku astronomi Siddhanta Shiromani yang ditulis oleh ahli matematik India Bhaskara II pada kurun ke-12. Kemajuan seterusnya muncul pada kurun ke-16. Pada masa ini asas kalkulus moden telah tercipta melalui pengiraan yang dibuat oleh Cavalieri dengan prinsip Cavalieri dan kerja-kerja Fermat. Langkah untuk penciptaan kalkulus moden ini semakin dikukuhkan oleh Barrow dan Torricelli pada awal kurun ke-17 apabila kedua-duanya menyatakan terdapat hubungan antara pembezaan dan kamiran. Pada masa yang hampir sama, ahli matematik Jepun juga banyak membuat pengiraan kamiran, terutama Seki Kwa.[4] Beliau membuat beberapa sumbangan seperti mengaplikasikan kaedah penyusutan untuk mencari luas kawasan melalui kamiran. Newton and Leibniz Perkembangan besar dalam kamiran muncul pada abad ke-17 apabila kedua-dua Newton dan Leibniz menerbitkan teori asas kalkulus (fundamental theorem of calculus). Teori ini membuktikan kaitan antara kamiran dan pembezaan. Perkaitan ini, dicampur dengan pembezaan yang jauh lebih senang daripada kamiran, digunakan oleh kedua-duanya untuk membuktikan kewujudan kamiran dengan sistematik dan saintifik. Kamiran

menyelesaikan banyak masalah yang gagal diselesaikan dengan pembezaan. Sesuatu fungsi yang berterusan boleh dianalisa dengan tepat melalui kalkulus yang diberi nama infinitesimal calculus ini. Kerja-kerja Newton dan Leibniz ini akhirnya dipanggil kalkulus moden, dimana tatanama untuk kamiran diambil secara langsung dari kerja Leibniz.

7.

Rumusan

Kalkulus adalah satu cabang matematik yang melibatkan kadar perubahan. Kadar perubahan pula adalah antara konsep matematik yang amat penting dan perlu dipelajari oleh manusia.Ini kerana konsep kadar perubahan amat diperlukan dan diguna pakai dalam pelbagai bidang seperti sektor ekonomi, perkilangan, kaji cuaca, penerbangan, kaji bintang, astronomi dan pelbagai lagi. Kadar adalah sebarang perubahan bagi suatu situasi berkadar dengan masa. Kadar perubahan berlaku di mana-mana sahaja kadangkala tanpa kita sedari. Ia boleh berlaku kepada suhu, tekanan, halaju, pecutan, pertumbuhan populasi, dan pelbagai lagi. Kadar perubahan juga boleh tunjukkan dengan menggunakan graf iaitu melalui kecerunan yang diperoleh melalui data tertentu. Melalui kecerunan graf juga beberapa jenis kadar dapat diketahui dan ditentukan oleh kita seperti kadar perubahan purata, kadar perubahan serta-merta dan kadar perubahan terkait. Dalam pengajaran matematik, sebagai guru, kita boleh menggunakan pelbagai cara, teknik, strategi, kaedah, model, bahan bantu

mengajar untuk mengajar konsep ini. Tambah lagi, pada zaman moden ini, pelbagai usaha yang telah dihasilkan oleh para cendekiawan dan pencipta teknologi untuk memudahkan kehidupan manusia lain dengan mencipta pelbagai alat yang memberi impak yang baik kepada kita semua. Contohnya di dalam pengajaran kadar perubahan, kita boleh menggunakan alat seperti graphic calculator, perisian Geometers Sketchpad, dan perisian komputer lain seperti perisian power point, excel dan lain-lain lagi. Apa yang penting, ini bergantung pada kemahuan guru sendiri sama ada ingin menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran atau tidak dan adakah ia bersesuaian pula dengan kebolehan pelajar dan kehendak kurikulum. Akhir kata, sesungguhnya gurulah yang memainkan peranan penting dalam membantu pelajar menguasai apa jua pengetahuan yang ada di dunia ini.

Anda mungkin juga menyukai