Anda di halaman 1dari 1

PUNCA>>>Daripada Ibu Bapa

[1]Kes pembuangan bayi ini ada kaitannya daripada ibu bapa kerana konflik dalam keluarga telah menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup. Ibu bapa tidak dapat mengawal disiplin dan gerak-geri anaknya ketika anaknya belajar di sekolah atau IPTA dan lain-lain.Oleh itu,tanpa pengawasan ibu bapa anak-anak telah menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencanakan kehidupan mengikut kehendak hati serta ingkar akan kata-kata ibu bapa ketika keluar lewat malam bersama pasangannya.Selain itu, melalui didikan agama pula ibu bapa tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana kebenarannya remaja ini sudah dididik sejak kecil lagi namun apabila mereka kian dewasa didikan serta nasihat ibu bapa akan mereka lupakan sedikit demi sedikit.

LANGKAH>>>>>Peranan Pihak Media Massa Peranan pihak media massa adalah memberikan pendedahan tentang kesan pembuangan bayi kepada masyarakat luar perlu dititikberatkan. Program-program motivasi dan kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh pihak media amat berguna dan bermakna. Misalnya, pendedahan berbentuk grafik dan kisah benar tentang seseorang yang pernah membuang bayi lalu ini akan membangkitkan kesedaran para remaja. Program motivasi dan kempen kesedaran seperti Dosa Besar dan Adab Bergaul mampu memperkuatkan lagi rasa keinsafan dan ketakutan remaja dalam melakukan dosa. Pihak media massa juga hendaklah memberhentikan program-program hiburan melampaui yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita mengandungi adegen 18sx.

Kesan terhadap bayi Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandang rendah dan di hina oleh masyarakat setempat. Bayi ini setelah dewasa tidak akan dapat mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya.Selain itu, bayi ini akan berasa sangat sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa kandungnya yang membuangnya dan tidak menjaganya. Seterusnya, bayi ini akan menghausi kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya. Bertuah sesiapa ibu bapa yang masih dimaafkan oleh anak kandung yang mereka buang itu namun jika sebalik maka ia akan di laknat di neraka jahanam oleh Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai