Anda di halaman 1dari 22

A moment..

Sudah hampir sejam dia di situ.Dari mulanya condong


matahari hingga kini bola api gergasi itu sayup di
balik pokok-pokok getah tua di tepi bekas
bendang.Matanya masih merenung kosong aliran air
jernih alur di bawah titi.Anak-anak ikan tebal sisik
masih bermain aci kejar.Siput-siput gondang masih
mengesot lambat di celah kelodak karat.

Masih.

Seperti dulu.

“Emin!!!"

Emin tercangak-cangak seketika di atas titi


batang pinang dan tempinis yang merentas alur kecil
itu.Suara Opah.Cepat-cepat dia bangun membuka
sila.Botol plastik berisi air alur berkelodak kuning
dicapainya.Gocoh-gocoh dia menyusup di celah pokok
pisang dan ulam gila yang menjalar melata di
tanah.Seluar sukan yang dilipat kakinya hingga ke
tengah keting ramah disapa selut tebing alur.

“Emin!!”Suara Mak.

Hampir tersungkur bila selipar Jepun di kaki


memijak lecak basah.Hayunan langkahnya makin laju
menuju ke belakang rumah.

“Emin!!"

Suara Tok pula.Paip air di belakang rumah di tepi


tangga batu segera dihampiri.Botol plastik di tangan
diletak ke tanah.Tangan kecilnya cepat-cepat
membuka pili.Berkejar-kejar air turun.Kaki berselut
disua terus.Nyamuk-nyamuk ramah menyapa
memberi salam sambil dia membasuh kaki.Dah nak
senja.Lotong dah mula menjerit dari atas bukit di
baruh.

“Emin!!"

Suara Tok.Dari arah reban tepi telaga.Seluar


sukan kini sudah basah sampai ke lutut.Dia tak peduli.

“Emin!!"

Pili ditutup.Botol plastik minuman ringan 1.5 liter


yang dah bolen tanpa plastik pembalut itu dicapai dari
tanah. “Ya!!"Emin berlari anak ke arah dapur.
“Tok!Tok dekat mana?"

“Reban!"

Emin lari pusing rumah ke arah reban tepi telaga.


“Tok!Emin dapat tangkap sepat!"Dari jauh gadis kecil
itu mengangkat botol plastik di tangan.

Tok terkakap-kakap keluar dari reban.Tok dah


bongkok tiga.Mak kata Tok bongkok tiga sebab masa
muda-muda dulu kerja berat.Tok orang susah.Tok
kena kerja kuat.Tiap-tiap hari kandar tong susu getah
dengan basikal tua.Sejak dari zaman muda.Hatta
sampai sekarang pun.Hanya beza sekarang Tok pakai
Honda Cub buruk.Tapi Tok masih kandar tong susu
getah walau dah bongkok tiga.

“Tok!Emin dapat sepat!"Anak gadis dua belas


tahun itu sengih bangga menayang tangkapannya.
Tok turut tersengih.Nampak barisan gigi palsunya
beratur kemas.Tin susu berisi gandum makanan ayam
dikeleknya di bawah ketiak.

“Bagi sini Tok tengok."

Mereka sama-sama mencangkung di tanah.

“Emin tangkap pakai apa?"

“Emin pakai tapis santan Opah."Emin sengih lagi.

Mata Tok hampir terbelalak.Tapi Tok tak pernah


marah.Tok tak pernah piat.

“Tapis santan buruk bawah rumah tu....”Emin


sengih lagi sambil menggaru belakang leher yang
digigit nyamuk. “Tok,nanti Emin tangkap ikan ‘ruan
pulak,Tok."Ujarnya bersungguh-sungguh. “Tok kata
Tok nak bagi bubu kat Emin."

Tok sengih. “Kita doa malam nie hujan."Tok


bangun mengibas seluar kerja kumal dengan sebelah
tangan. “Pergi masuk sepat tu dalam tempayan kat
telaga tu.Nanti balik suruh Abah letak dalam
akuarium."

Emin angguk.Gegas dia lari masuk petak zink


berdinding empat tanpa atap yang memagar telaga
simen dua depa dari reban.Telaga itulah bilik air lama
sebelum Tok buat rumah bawah.Tok buat rumah
bawah sebab Opah dah tak larat nak naik tangga yang
macam tebing Sungai Temong tu.Curam.

Tok kembali menabur gandum ke tanah.Dari luar


dengar bercebur air dituang ke dalam tempayan.

“Tok!"
Tok paling.

“Bila nak bagi makan kat arnab,Tok?"Emin tanya


sambil menggaru siku kanan.Nyamuk makin
menggila.Tapi dia tak peduli.Mengelusai pun tak apa.

“Nanti lepas bagi ayam makan Tok bagi."

“Emin buat?"Pintanya dalam sengih.

“Pergi la."Tok bagi izin. “Tapi jangan bagi ulam


gila banyak sangat,nanti arnab tu mabuk!Kangkung
tak apa!"Suara Tok naik sebab Emin dah lebih dulu lari
ke alur belakang rumah ‘bekas rumah'sepatnya.Tok
geleng kepala.Emin...Tak berubah dari kecil.

Kedua belah tangan dah penuh dengan kangkung


paya dan ulam gila.Badan dah miang.Emin bawa jebun
kangkung dan ulam gila ke reban arnab bawah
bangsal tepi alur belakang rumah.

“Makan..makan...Emin nak bagi makan nie..."

***

Hujan lebat.Tok di surau.Tadi Tok azan.Tapi kalau


bukan malam ni,tiap-tiap hari pun memang Tok yang
azan.Dulu Opah kata kalau Tok azan mesti boleh tarik
nafas panjang.Sekarang Tok dah tua dah tak larat.Tok
azan nafas pendek-pendek aja.Kalau marhaban pun
Tok tarik nafas pendek aja.Kalau Emin telefon dari
pekan, dan Tok tak ada di rumah sebab pergi
marhaban,mesti Opah kata Tok pergi karaoke.Emin
akan kekeh-kekeh ketawa bila Opah cakap macam tu.

Emin tengok jam.Tak sabar nak tunggu Tok


balik.Tok,doa kita makbul!Malam ni hujan.Malam ni
mesti alur belakang rumah tu air naik.Malam ni mesti
boleh tahan bubu.Emin sengih.Emin tau mesti nanti
dapat ikan sebab...sebab...Ala..Emin tau mesti nanti
akan dapat ikan.

Tapi Abah kata nak balik malam ini juga ke pekan


besar.Sebab esok Abah kata dia kena ke kebun nak
menebas.Sementara cuti sekolah ni aja yang ada
masa.Emin cebik dalam hati.Jangan menjawab Mak
Abah,Tok dengan Opah selalu pesan.Jangan jadi anak
derhaka.Tak baik.

Mana Tok ni?Nasi nak makan malam dah siap


hidang.Air liur dah kecur.Gulai tempoyak lambuk ikan
temenung,sambal belacan,ikan masin,pucuk paku
masak lemak,dan keli bakar dah siap bawah tudung
saji.Tok beli ikan keli sebab Tok tau Emin suka.Tok
sanggup bawa motor ke pekan kecil sebab Tok tau
Emin nak balik kampung.Tok tak kisah penat-penat
bakar ikan keli atas dapur kayu walau pun Tok tak
makan ikan keli.Emin tau Tok,Opah sayang Emin.Cucu
sulung.Tunggal sebelas tahun sebelum Pak Chu dapat
anak.

Dari bawah rumah terdengar kesut-kesut bunyi


orang berjalan.Dari dalam rumah nampak cahaya
lampu suluh celah tingkap.Tok dah balik!Emin cepat-
cepat terkam pintu.

“Assalamualaikum."

“Waalaikumsalam.”Emin jawab di muka pintu


sambil sengih. “Tok!Hujan!Boleh tahan bubu malam
ni!"Kemudian air mukanya sedikit berubah. “Tapi
Abah kata balik malam ni."

“Nanti Tok tahankan untuk Emin."Tok mengibas


turun kopiah basah dari kepala.
“”Tok,Emin nak pakai umpan biji getah tau
Tok.Tak nak pakai pisang macam Tok selalu buat
tu."Emin ambil lampu suluh dari tangan Tok. “Tak nak
jugak buat macam Abah.Ada pakai umpan roti
Gardenia."

“Abah dengar!"Suara Abah menyahut dari tingkat


atas rumah lama.

Tok,Mak,Opah,Tok dengan Emin ketawa sama-


sama.

“Dah dah.Mari makan.Nanti nak balik."Opah dah


panggil dari dapur.

“Tok,Tok janji telefon Emin kalau dapat ikan ‘ruan


tau Tok."

***

“Bubu Emin dapat ikan ‘ruan terbang'."

Emin dah ketawa suka hati dapat panggilan dari


Tok pagi tadi.Pukul tujuh setengah pagi Tok dah pergi
tengok bubu.Pukul tujuh empat puluh Tok telefon
Emin.Tok kata Tok dah letak dalah tempayan di
telaga.Tok kata nanti kalau Emin balik lagi boleh buat
‘ruan bakar.

Cepatlah abah balik dari kebun!

II

Syiling sepuluh sen dimasukkan ke dalam slot


syiling telefon awam asrama puteri.

“Assalamualaikum."
“Waalaikumsalam.Opah!"

“Emin!"

“Opah sihat?Opah tengah buat apa tu."

“Biasa la sakit urat,pening-pening.Opah baru


lepas Asar ni.Emin sihat?"

“Alhamdulillah.Opah,Tok mana?"

“Tok angkat asam gelugur yang jemur pagi


tadi.Emin bila balik?Rambutan tengah musim.Maggis
ada juga.Durian tengah gegak.Opah banyak buat
tempoyak.Emin cuti bila?"

“Emin cuti lagi dua minggu."Emin mengeluh


perlahan. “Opah,musim lama tak?Emin teringin nak
makan rambutan."

“Insya Allah,kita doa.Nanti Opah dengan Tok


taruh untuk Emin.Belajar rajin-rajin kat sana.Jangan
lupa sembahyang."Pesan Opah yang tak pernah
lekang setiap minggu.

***

Emin memintal hujung rambut sambil bersila atas


katil asrama.Musim buah, tapi bukan waktu cuti
sekolah.Kasihan Tok.Mesti Tok bising sebab dia tak
balik.Mesti Tok bising sebab Tok penat-penat suluh
durian,kait segala rambutan maggis langsat,tapi cucu
sendiri tak ada.

Dia ingat.Dulu masa sebelum masuk


asrama,kalau Tok kutip durian banyak dan dapat buah
elok-elok,mesti Tok terus telefon.Tambah-tambah
kalau awal musim.Buah sulung.Tok mesti suruh
balik.Mujurlah rumah dengan kampung tak
jauh.Setengah jam naik kereta Abah dah sampai.Abah
pun tak banyak kerenah.Kalau lepas Isya' Tok telefon
sekalipun Abah tak kisah nak bawa dia dan Mak balik
kampung malam itu juga,walau pun esok Abah
kerja.Balik kampung makan durian,tengah malam
balik semula ke rumah.Abah tak kisah walaupun Tok
ayah Mak.Sebab Abah tak nak Tok kecil hati.Abah tau
Tok sayang Emin.Emin cucu sulung Tok.Cucu tunggal
sebelas tahun.Tok sanggup buat apa saja untuk Emin
walaupun Tok tak banyak cakap,tak banyak tunjuk.

Dia ingat dulu pernah balik kampung masa musim


buah berlarut dengan musim hujan.Jelas di layar
ingatannya ketika itu rembang tengah hari.Namun
matahari hilang ditelan awan sarat.Hujan lebat
mencurah-curah macam tak mahu berhenti.Dia cakap
pada Mak yang dia teringin sangat nak makan
rambutan.Tak tahu Tok terdengar.Tau-tau Tok balik
petang tu dengan topi apek jual sayur dengan baju
hujan.Lenjun satu badan.Tok pergi cari kait rambutan
dekat dusun tepi bekas bendang tengah-tengah hujan
lebat.

Masa kecil dulu pun pernah dia termakan buah


sulung rambutan kuning depan rumah.Ketika itu tak
tau Tok kuat ikut pantang larang.Kalau ikut adat
orang bertani,buah sulung orang yang menanam yang
sepatutnya makan merasmi.Dia tak tau.Nampak ada
buah masak tiga biji,tiga-tiga biji dia makan bawah
pokok.Tak sempat bawak masuk ke rumah.Tapi bila
Tok tau Tok tak kata apa.Mak kata masa Mak kecil
dulu,Mak pun pernah buat macam tu juga.Tok bambu
Mak dengan rotan saga.

Dulu-dulu juga kalau hujan,mesti


seronok.Berkurung dalam rumah pun tak kisah.Tok
tak dapat nak pergi menoreh.Dia pun tak boleh nak
pergi berkubang dengan pacat lintah di alur bekas
bendang belakang rumah nak mencari sepat atau ikan
tebal sisik.Tapi tak kisah.Duduk dalam rumah dengan
Tok dengar cerita orang zaman dulu-dulu.Cerita arnab
dengan kura-kura,cerita sang kancil dengan dua
bulan,cerita sang kancil dengan gajah,cerita anak
tukang kayu.Kalau waktu tolong Tok potong asam
gelugur nak buat jemur jadi asam keping pun Tok
selalu bercerita.Kalau waktu tolong Tok pisahkan biji
koko nak dibuat jemur pun Tok akan bercerita.Kalau
masa tolong Tok bagi ayam atau arnab makan pun Tok
bercerita juga.Tapi bila makin besar terasa makin jauh
dari Tok.Dah jarang dengar cerita.Sejak masuk
asrama.Sibuk selalu.Balik kampung pun kalau tak ke
alur belakang rumah,Emin buat kerja
sekolah.Sekarang Tingkatan Tiga.PMR terasa seolah
raksasa yang maha ngeri untuk dihadapi.Perlu tekun
belajar untuk bersedia,dan seolah tiada perkara lain
yang mampu mencuri masanya!

III

Nurul Azamin melontar pandangan keluar tingkap


yang terbuka luas. Damai.Angin petang bertiup halus
mengusik daun kelapa di tepi bangsal belakang rumah
Tok.Dia cukup suka kalau balik kampung dan guna
bilik Pak Chu.Bilik Pak Chu di rumah atas.Tingkap
jenis tingkap lama yang boleh dibuka sebesar
alam.Baginya duduk di atas lebih memberi
kebebasan.Sejak menjadi anak gadis remaja dia mula
mahu mempunyai ruang untuk diri sendiri.Hidupnya
kini perlu radio yang berbunyi tanpa henti.Buku-buku
John Grisham,George Orwell dan Harun Yahya perlu
diberi ruang bernafas.Tulisan-tulisan Azizi Hj.
Abdullah,Rahman Shaari dan Faizal Tehrani bukan
sekadar hanya untuk dibeli tanpa dibaca.Namun bila
malam-malam tidur di bilik bawah juga dengan Opah
dan Mak di atas tilam kekabu.Hati Opah perlu
dijaga.Orang tua,hati mudah tersentuh.Jangan dibuat
tak endah,itu yang Mak selalu pesan.Itu yang diingat
dan dijaga.Tilam kekabu bukan masalah.Dia tak kisah.

Teringat semasa di Tingkatan Empat.Tanpa sedar


melukakan hati Tok.Ketika itu Tok yang mengangkat
telefon.Dia sekadar berjawab salam dan bertanyakan
khabar.Kemudian terus bertanyakan Opah.Tanpa
sedar rupanya Tok berjauh hati.Abah yang datang
melawat pada hujung minggu selepas itu yang
mengkhabarkan berita.Tok terkilan Emin cakap
sekejap sangat dengan dia.Dan semenjak hari tu
kesilapan yang sama tidak diulangnya lagi.Dia akan
bertanya apa sahaja.Seolah kembali ke masa
dahulu.Bertanyakan alur bekas bendang berair atau
kering,bertanyakan bubu berisi ikan atau
tidak,bertanyakan durian berbunga atau
belum,bertanyakan bila Tok akan ‘karaoke'
lagi,bertanyakan apa sahaja hingga Tok puas
bercerita.Melayan mendengar apa sahaja sepertimana
Tok melayan mendengar keletahnya ketika usia masih
berhingus dahulu.

Angin petang menyapa wajah,bermain dengan


juntaian rambut di dahi.Pulangnya dia ke kampung
sejak semalam membawa tujuan.Lusa,Kuala Lumpur
menanti seorang bakal graduan lulusan luar negara
yang perlu disediakan seadanya.Pulangnya dia ke
kampung untuk berjumpa dengan Tok dan Opah buat
kali terakhir sebelum berangkat ke kolej untuk
program persediaan.

Dia sedar.Nurul Azamin dikurniakan Allah rezeki


bukan kerana usahanya semata.Nurul Azamin
dinaungi doa Mak,Abah,Tok dan Opah saban
masa.Nurul Azamin cemerlang dalam UPSR dengan
doa insan-insan itu tanpa henti.Nurul Azmin mampu
tersenyum gembira dengan keputusan PMR dan SPM
kerana diiringi doa insan-insan itu tanpa mereka
jemu.Nurul Azamin ditawarkan peluang ke luar negara
kerana insan-insan itu tidak pernah luak doa dan solat
hajat untuknya saban ketika.Tidak pernah luak.Tidak
pernah tidak.Tok mahu Eminnya jadi doktor.Opah
mahu cucu sulungnya jadi doktor.Mak mahu puteri
tunggalnya jadi doktor.Abah juga begitu.Dan dia
akur.Mengapa perlu melawan takdir jika itu yang telah
dijanji?

“Emin!"

“Ya,Opah."

“Turun minum.Nanti dah nak balik."

***

Ketika bersalam dengan Tok dan Opah seperti


lazimnya,Tok seolah terkilan.Durian sedang
musim,tetapi rambutan belum datang masak
gegaknya.Opah bergenang air mata.Emin si cucu
tenang memaksa senyum.

“Lain kali ada lagi.Emin balik dulu,Tok


Opah.Assalamualaikum."

Dan kereta Abah meluncur keluar dari laman.

Selasai Baca Blogs ads by google


Kunjungilah Mudah. Beli/Jual Barang Anda Online -
Cepat Dan Percuma!

Posted at 10:26 pm by hlovate


Comment (1) Permalink
a moment
IV

Beg besar 35” sudah penuh kembung seolah


buntal naik angin.Selesai!Esok dia akan menjejak kota
raya.Telefon di ruang tamu menjerit tiba-tiba
memanggil.Dia melangkah malas.Penat berkemas.

Ah.Mak Tam dari kampung.Sepupu Mak.Kenapa


agaknya?

Tok pengsan di dusun.Pak Cik Isa yang bawa


pulang.Tok masih terkapar tak sedar.

Sepintas rasa melintas benak.Namun tenangnya


tidak berkocak.Abah dan Mak dikahabarkan.Kereta
Abah membelah Zuhur pulang ke rumah Tok.

***

Masuk ke rumah,Tok terkapar terkedang di


tengah rumah bawah.Masih tak sedar,kata Pak Cik Isa
yang membawa Tok balik dari dusun.Pak Ngah
Man,Abah Nan,Abang Ijoy,Pak We Mat,Pak Tam Ipin
bersila mengelilingi Tok.Tok berbaring berlapik tilam
kekabunya.Disangga tiga bantal di belakang kerana
Tok bongkok tiga.Hatta kalau tidur malam sekali
pun,Tok tak dapat tidur terlentang.Tok terpaksa tidur
mengiring.

Emin dan Mak sama tenang.Minggu lepas Nyang


Diam pun jadi begini.Namun sedikit lain
ceritanya.Nyang Diam mencari durian di dusunnya di
sebelah dusun Tok tepi anak sungai.Disorok orang
Bunian hingga tak balik dua malam.Tok pula pengsan
tak sedar diri.
“Pak Chu dah tahu?” Emin meletak beg pakaian di
bilik Opah.

Mak Tam yang sedang meneman Opah


menggeleng.Emin hanya mengangguk.Wajah Opah
dipandangnya sekilas dengan senyum segaris buat
penenang.Dia melangkah ke
telefon.Tanggungjawabnya di situ.Kami miskin
keluarga,hatinya berbisik.

“Assalamualaikum,Pak Chu.Emin ni.” Tenang dia


menutur. “Tok,tadi pengsan di dusun.Pak Cik Isa yang
bawa balik ke rumah.Tapi tak sedar lagi.”

Pak Chu yang turut tenang mendengar.Hanya


mengkhabarkan dia akan balik ke kampung dari
Selangor secepat mungkin hari tu juga.Mungkin
sampai ke Perak malam nanti.

Emin duduk di hujung kaki Tok.Abang Ijoy,hafiz


yang pulang bercuti dari Madinah itu sedang membaca
surah Yassin.Emin tenang tak beriak.Perasaannya
datar tidak boleh ditafsir.Anak gadis itu tenang bersila
dengan jeans dan kemeja lengan panjang serta
selendang lepas ke bawah.Hanya datang dengan
sekadar apa yang ada di badan.Tanpa kata lain dia
mengalunkan surah Yassin.Hingga hampir Asar,kaki
Tok yang tadinya sejuk mula hangat semula.Emin
masih mengulang Yassin lagi sambil mengurut kaki
Tok.Mak pula masih mengucap kalimah Allah saban
kali di telinga Tok dengan tenang.Sejak tadi tidak
berhenti.Terasa seolah suatu tanda.Jangan
diharap;namun jika terjadi,bersedia.

Tok mula tunjuk tanda boleh membuka


mulut.Alhamdulillah.Mak beri air.Sepupu-sepupu dan
saudara-mara Mak yang datang tadi mula beransur
pulang memohon diri untuk solat.Tambah pula selepas
Asar nanti di rumah Nyang Diam ada kenduri
kesyukuran kerana Nyang selamat dijumpai selepas
disorok dek orang Bunian.

Emin menamatkan bacaan Yassin.Kemudian


membuka sila melangkah ke bilik air untuk
solat.Perasaan masih tak tertafsir.Hingga
kini.Masih.Di bilik Opah telekung disarung lambat-
lambat.Esok sudah hendak ke Kuala
Lumpur.Bagaimana kalau Tok masih tak
sedar?Bagaimana kalau Tok tak akan sedar-sedar?

***

“Tok!Lemang ni muntah,Tok!”

Tok terkocoh-kocoh melangkah dari bawah


rumah dengan kayu api penuh di tangan.

“Kan Tok dah kata jangan kacau!”

“Emin nak tolong...” Dia mengesat dahi dengan


lengan baju. “Santan rendang dah siap mesin,daging
dah siap siang,awas-awas rendang dengan masak
taucu dah siap.Nak tolong Tok la ni.”

“Biar Tok buat dengan Abah.Emin pergi jaga


rendang atas dapur kayu.”

“Tok,petang ni kita tahan bubu?”

“Esok orang raya.”

Dia diam sejenak. “Ikan raya ke,Tok?”

“Emin!”
Dia tersentak di muka pintu bilik Opah.Mak dan
Mak Tam riak tegang di sebelah Tok yang masih
terkapar.Bergegas dia ke sisi Tok.

“Telefon rumah Nyang Diam.Panggil orang


datang.Tok sakit balik.”Tenang datar Abah menutur.

Emin teragak-agak mengangguk sebelum


melangkah ke arah telefon.Talian didail.Pesan Abah
dikhabar pada Tok Lang Moin menantu Nyang
Diam.Dia kembali ke sisi Tok.Riak wajah kini
beku.Perasaan masih tak tertafsir dari tadi.Doanya
tadi kepada Dia,agar meminjamkan ketabahan-Nya
menghadapi apa sahaja yang Dia tahu terbaik.Dan
tidak tahu datang kekuatan dari mana dia memohon
agar urusan Tok dipermudahkan.Jika sudah sampai
janji,rela dia melepaskan.Jika belum tiba
saatnya,moga cepat Tok disembuhkan.Bibirnya
kembali mengalunkan Yassin sambil mengurut kaki
Tok.Kaki Tok dah kembali sejuk.Lebih sejuk dari
tadi.Mak masih berulang kali mengucap kalimah Allah
di tepi telinga Tok.Opah masih di tengah rakaat Asar.

Dari laman deru-deru motor mula berdegar


masuk.Pak Itam Ipin menerpa masuk dulu.Emin
masih mengalun Yassin.Sepintas rasa melintas
benak.Kalau benar sampai janjinya,ya
Allah,permudahkanlah urusannya.Kalau benar sudah
sampai janjinya,permudahkanlah urusan kami
menerimanya.

Terasa kaki Tok di dalam pegangannya terkejang


seketika.Kemudian kembali kendur.Emin masih
mengalun Yassin.Mak masih mengucapkan kalimah
Allah.

“Allah.”
Yassin terhenti di tengah ayat.Emin mengangkat
pandangan ke wajah Tok.Tiada riak.Mata masih
terpejam katup.Turun ke dada Tok yang tak
berbaju.Mencari ombak.Dan matanya terus lekat di
situ.

“Allah....” Mak melepas nafas perlahan.Pak Itam


Ipin dan Abah merasa nadi.

“Emin.”

Mak memejam mata.Air mata yang ditahan


berjurai perlahan.Lengan Abah dipegang kuat.

“Emin.”

Sungguh perasaannya tidak tertafsir.

“Emin,Tok dah tak ada.” Mak mengesat


mata.Tiada lagi cair mutiara di birai mata.

Dia hanya menelan liur.

“Emin telefon Pak Chu.” Mak bangun melangkah


ke arah bilik Opah.Opah baru sudah Asar.

Kaki bagai entah ditarik benang boneka yang


bertali dari langit.Berdiri dan melangkah ke meja
telefon.Pemergian Tok dikhabar pada Pak Chu dengan
tenang tanpa sebaris perasaan.Pak Chu juga nyata
tenang menerima.

Sedar-sedar rumah dah penuh dengan jiran


tetangga saudara mara.Da masih belum dapat
menafsir perasaan.Termangu di tepi meja telefon.Mak
dah sibuk dengan telefon mengkhabarkan kepada
sanak saudara pemergian Tok.Sedar-sedar orang
datang sudah berdengung membaca Yassin.Dan dia
masih terpaku di situ.Mak Tam mula sibuk di dapur
untuk urusan kenduri arwah esok hari.Dan dia masih
kaku tak bergerak.Sedar-sedar bau setanggi dan
kemenyan sudah mengasak lubang hidung.Dan dia
hanya menghela nafas panjang mencari
kekuatan,sebelum kakinya melangkah ke dapur.

Tangan,kaki dan seluruh anggota seolah bergerak


sendiri.Fikirannya tidak menyuruh apa-apa.Fikirannya
sedang berfikir.Sedang menimbang.Dan cuba untuk
akur dengan janji Allah.Dia telah berfirman,’jika Dia
berkata jadi,maka jadilah’.Sudah janji Tok untuk
pergi.Pergi sebelum dia ke Kuala Lumpur.Pergi
sebelum dia jadi doktor.Pergi sebelum Opah.Walau
jika diikut hukum manusia,mungkin Opah yang
berjanji dahulu dengan Tuhan.Opah ada darah
tinggi.Opah ada sakit jantung.Opah ada sakit
urat.Yang sakit-sakit itu semuanya Opah.Yang sihat-
sihat itu semuanya Tok.Namun Tok yang pergi dulu.

Margrib hari itu,sayumelanda kampung.Tiada lagi


suara Tok yang melaungkan azan.Emin hanya
bergerakseolah patung bernyawa tanpa sekuman
rasa.Hampir tengah malam,baru kepala rebah ke
bantal.Kami miskin keluarga,Tok selalu kata begitu
dulu.Dan lenanya datang diundang penat.Dan tiada
setitis air matanya tumpah hatta sejak Zuhur tadi.

IV

Dirinya sampai juga ke Kuala Lumpur malam


itu.Selepas Zuhur tadi jasad Tok selamat disimpan ke
perut bumi.Siang tadi telah selamat kenduri
arwah.Selepas Asar dia meninggalkan tanah Perak
bersama Abah.Tanpa Mak.Perlu bertolak hari ini
juga.Tidak boleh tidak.Esok pagi-pagi perlu jejak ke
tanah kolej untuk pendaftaran.
Semalam dan siang tadi masih terasa seperi
mimpi.Tok yang dikafankan.Dan subhanallah,Tok tak
lagi bongkok tiga.Jenazah lurus papan.Semalam dan
siang tadi masih terasa bukan suatu realiti.Menelefon
ke sekolah lama minta jasa adik-adik junior
membacakan Yassin untuk arwah Tok.Dan kini dah
sampai ke tanah Kuala Lumpur.

“Emin tak apa-apa.Mak tinggallah,temankan


Opah.” Tak tergamak rasanya meninggalkan Opah
sendirian dalam keadaan begini.Kami miskin
keluarga.Opah kini hanya punya Mak dan Pak Chu.

Dan Abah serta Mak tenang yakin. “Yang


pergi,dah dijanji.Emin perlu terus hidup.Masih perlu
pergi untuk esok.Ini bukan alasan.Moga Allah
permudahkan.”

Dan dia akur.Nurul Azamin yakin dengan janji


Tuhan.Tuhan sudah berjanji memberikan kekuatan
jika dipinta.Tuhan telah berjanji mengabulkan
permintaan hamba jika mereka berdoa.

Dan dia akur meninggalkan kampung selepas


selamat Tok disemadi.

Meski perasaan masih tidak tertafsir sejak


semalam.

Meski terasa diri sebu dengan sesuatu yang


kosong.

Meski rasa dan air mata masih tidak terluah


walau sekuman.

Meski orang-orang kampung pandang serong


kerana meninggalkan Mak,Opah,Pak Chu dan Abah
dalam keadaan begini.
Mak,Abah,Opah,Pak Chu masih mahu Nurul
Azamin pergi.Hatta arwah Tok sekali pun.

Opah beritahu sebelum pergi.Malam tadi arwah


masih lagi solat hajat untuk Eminnya.Tok solat hajat
mahu urusan Emin jadi doktor dipermudahkan.Tok
panjatkan doa mahu Emin dipayungi lembayung
rahmat-Nya.Tok masih bantu Emin menebas ranjau di
jalan yang bakal dilaluinya.

***

“Nurul Azamin.”

Dia menurunkan tandatangan di kertas


pendaftaran.

Dah selamat mendaftar.

Teringat Opah memberitahu cakap-cakap Tok


sebelum ke dusun pagi itu.

“Tok kata bila lagi agaknya Emin nak balik


kampung.Sempat atau tak sebelum musim buah
habis.Tapi luar negara tu jauh.Bila lagi Emin nak balik
agaknya.”

Rupanya Tok sangkakan dia mahu terus ke luar


negara.

“Entah bila lagilah nak jumpa Emin.”

EPILOG

Telefon bimbit dibawa keluar dari saku baju


kurung.Mata merenung kosong pada paparan senarai
nombor-nombor telefon.
Di langit burung galak berterbangan mencari
sarang.Air jernih alur di bawah titi masih mengalir
lesu.Anak-anak ikan tebal sisik masih bermain aci
kejar.Siput-siput gondang masih mengesot lambat di
celah kelodak karat.

Terhenti pada huruf T

Tok+Pah.

Tiga tahun.

Seolah tiga tahun hidup dalam penafian.

Tiga tahun Tok telah pergi.Tiga tahun Opah


tinggal dengan kami.Tiga tahun rumah kampung itu
kosong tanpa penghuni.Tiga tahun beraya tanpa Tok
dan kampung lagi.Tiga tahun nombor telefon itu telah
ditamatkan perkhidmatannya.Dan tiga tahun nombor
telefon itu masih dibiar dalam simpanannya.Tiga
tahun masih belum dapat menerima jika didail
nombor itu,tiada lagi siapa akan menjawab
panggilannya.Tiada lagi cerita musim buah.Tiada lagi
cerita durian berbunga di baruh atau di darat.Tiada
lagi cerita tupai yang selalu buat onar menebuk
durian.Tiada lagi cerita babi hutan yang selalu
merosakkan pokok-pokok.Tiada lagi cerita alur bekas
bendang berair atau kering.Tiada lagi cerita
sepat,’ruan atau keli.Tiada lagi cerita lemang
muntah.Tiada lagi cerita kampung.Kosong.

Dan dia masih belum menangis.Sejak Zuhur hari


Tok pergi hingga hari ini.Dan lusa dia akan berangkat
ke luar negara.

“Tok,kenapa kenapa doa Tok selalu panjang-


panjang?”
“Sebab doa senjata orang Islam.Kita tak ada apa-
apa sebenarnya.Kita ada Allah aja.”

Garu kepala.Tak faham.Ketika itu baru sembilan


tahun.Tak ada apa-apa?Emin ada
Mak,Abah,Tok,Opah,Pak Chu.Emin ada Tompok.Emin
ada Ana, Yana, Nurul, Fazidah.

“Jadi apa-apa,percaya pada Allah.Allah akan


tolong.”

“Kalau Emin minta tak nak mati?”

“Allah lebih tahu hikmah mati.”

Dan dia masih di sini cuba memujuk diri


menerima kenyataan.Meski tiga tahun dunianya
bukan sunyi senia tanpa gelak ketawa.Tapi luka di
dalam hatinya masih ada.Masih berdarah.Masih
merah.Dibiar tanpa sedar.Tangan terketar di atas
telefon bimbit.

Lepaskanlah,Nurul Azamin.

Tok+Opah.05-7520824

Padam nombor.

Pilih.

Padam 05-7520824?

Ya.

Telah dipadamkan 05-7520824.

“Emin!”
Suara Mak memanggil di kereta.

Dia bangun membuka sila dari titi batang


tempinis yang masih tegar walau dimamah hujan
panas berzaman.Langkah diatur di celah pokok pisang
dan ulam gila melata.

Di belakangnya air alur masih mengalir jernih di


bawah titi dengan kelodak kuningnya.Anak-anak ikan
tebal sisik masih bermain aci kejar.Siput-siput
gondang masih mengesot lambat di celah kelodak
karat.

Lepaskan,Nurul Azamin.

Dan bola api gergasi itu makin pudar ditelan


senja.Membawa pergi sebilah lagi hari dari bumi.