Anda di halaman 1dari 3

Aplikasi Adobe Photoshop Aktiviti 1 Memasukkan photo figura di dalam imej pemandangan.

Langkah 1 Sediakan dua keping imej yang di kehendaki iaitu sekeping imej figura dan sekeping imej pemandangan.

Langkah 2 Buka imej figura dengan menggunakan adobe photoshop (tekan file dan pilih open, kemudian dapatkan imej daripada folder)

Langkah 3 Klik ikon quick mask

Langkah 4 Klik ikon brush dan mula mengambil gambar imej figura menggunakan brush dan di sebelah kanan tab swatches, pilih hitam (black)

Langkah 5 Mulakan dengan mengambil bahagian imej yang diingini dengan menggunakan brush. Semasa dalam mod ini setiap bahagian yang di ambil oleh brush daripada imej akan menjadi bertanda merah

Langkah 6 Kemaskan pengambilan bahagian imej yang diambil dengan menggunakan brush tadi dengan memilih ikon pemadam. Saiz pemadam boleh dilaraskan mengikut kesesuaian

Langkah 7 Gunakan kanta pembesar bagi memudahkan proses kekemasan mengambil bahagian imej yang dikehendaki bagi memastikan ketajaman ambilan bahagian imej terutama di bahagian tepi

Langkah 8 Klik ikon standard mod di ikon quick mask

Langkah 9 Pilih select dan masukkan inverse

Langkah 10 Pilih edit dan copy

Langkah 11 Buka file open dan pilih imej pemandangan yang dikehendaki

Langkah 12 Sebaik sahaja imej pemandangan yang telah dipilih muncul, pilih edit dan paste

Dengan itu imej figura yang diambil pada peringkat awal tadi akan muncul di atas imej pemandangan yang telah dipilih. Jika perlu edit sedikit gabungan imej tersebut dengan memilih layer ke new adjusment layer ke brightness/contrast dan edit sehingga kedua-dua imej tersebut sepadan antara satu sama lain

Anda mungkin juga menyukai