Anda di halaman 1dari 5

Kepentingan Pendidikan Seni Di Sekolah

Mata pelajaran pendidikan seni visual merupakan salah satu mata pelajaran yang di serapkan bersama-sama mata pelajaran lain di sekolah rendah iaitu tahun 1 hingga tahun 6 manakala sekolah menengah melibatkan tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Mata pelajaran pendidikan seni visual di masukkan ke dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah bertujuan untuk menyerapkan aspek aspek yang terdapat di dalam objektif Pendidikan Seni Visual di dalam KBSM dan KBSR. Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamadun. Menurut Sidi Ghazalba dalam bukunya bertajuk Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa sesuatu kebudayaan ialah cara berfikir dan cara merasa, yang menyatakan diri dalam seluruh kelompok manusia yang membentuk masyarakat, dalam sesuatu ruang dan sesuatu waktu. Takrif ini dapat diringkaskan bahawa kebudayaan itu adalah cara berfikir dan cara menikmati dalam kehiduapan. Jelasnya ialah seni itu merupakan intipati 'Cara hidup' individu berkembang menjadi sebuah komuniti yang luas. Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan 'menyenangkan' ialah kesenangan estetik (aesthetic pleasure).Peluahan rasa indah yang diperolehi dari pengalaman, cetusan rasa dan diinterpretasi dalam bentuk karya sebagai cara untuk berkongsi dengan masyarakat. Pendidikan Seni Visual lebih menjurus untuk melahirkan perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik dan membentuk emosi yang seimbang. Seni sebagai Alat Penyataan diri Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk menggambarkan emosi adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akan merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan meimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu. Seni Menajamkan Kepekaan dan PengamatanPancaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan, pendengaran adalah fitrah yang Allah berikan kepada manusia. Pancaindera ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis, pengkarya perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka berlakulah pengamatan secara teliti.

PENGENALAN Anyaman ialah satu proses menjalin atau menjaring-menjaringkan helaian daun pandan, mengkuang, buluh, rotan, lidi atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik berselang-seli helaian antara satu sama lain. Seni anyaman merupakan satu seni warisan Kraf tangan Melayu tradisional yang bermula dan berkembang di tanah air kita tanpa pengaruh luar. Seni anyaman juga merupakan satu kraf tangan yang rumit dan memerlukan kesungguhan, kesabaran, kecekalan, dan ketekunan untuk mengerjakannya. Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang. Hasil kraf tangan ini dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah kepada sanak saudara dan sahabat handai, tanda kasih atau kenang-kenangan. Di desa, perusahaan anyaman biasanya dilakukan secara individu dan kecil-kecilan sebagai suatu usaha ekonomi bagi masyarakat di kampung. Kini, terdapat organisasi dan perbadanan yang mengusahakannya dengan skala yang besar seperti cawangan-cawangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda, Pusat Kraftangan Felda, dan sebagainya. Hasil anyaman tidak lagi terkongkong dalam bentuk tradisional sahaja. Ciptaan dimensi baru pula muncul mengikut peredaran zaman dan cita ras pelanggan. Anyaman 1. Anyaman Buluh Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang. Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar, ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya. Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading. Memproses Bahan

Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang dipilih dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah memproses buluh :

Merendam Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam air asam dan air selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu direbus bersama campuran soda. Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa pula, buluh yang telah direndam sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik walaupun berbau masam. Menyalai Hasil anyaman buluh Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap hingga kering. Kemudian buluh dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam anyaman. Bilah bahagian kulit buluh lebih keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam pembuatan nyiru, misalnya, bilah kulit dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.

2. Anyaman Lidi Pokok kelapa dikenali sebagai pokok serbaguna kerana semua bahagian pokok ini boleh digunakan. Salah satu bahan kraftangan yang diperbuat daripada pokok kelapa ialah lidi. Berbagai-bagai barangan boleh dihasilkan daripada lidi kelapa. Antaranya, lekar, bakul, tempat simpan telur, bekas buah-buahan dan raga gubahan bunga. Memproses Lidi Kraftangan ini bermula dengan kerja meraut dan mengisit daun kelapa yang muda dan panjang untuk mendapatkan lidinya. Lidi yang sudah licin, direbus dengan bahan pewarna dan kemudian dijemur hingga kering. Kini lidi itu sedia untuk dianyam mengikut bentuk yang dikehendaki. Cara menganyam lidi tidak banyak berbeza daripada cara menganyam rotan bulat. Untuk membuat lekar atau bakul, misalnya, bahagian tapak disusun terlebih dahulu didalam satu bingkai supaya bilah-bilah lidi tidak mudah terungkai. Kemudian hujung lidi dilentur secara

berselang-seli dan diselitkan di antara satu sama lain dalam aturan tertentu untuk menghasilkan suatu corak. Seterusnya lidi itu ditarik supaya anyaman tersebut menjadi kukuh. Akhirnya bahagian hujung lidi diselitkan dengan kemas dan bakinya dipotong. 3. Anyaman Pandan dan Mengkuang
4. Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasankawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan. Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih halus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai hiasan yang tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri fungsional. Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak dan berwarna-warni.
5. 6. Dicatat oleh Kelarai di 2:45 PG Tiada ulasan: Label: Anyaman Pandan dan Mengkuang

4. Anyaman Ribu-Ribu Anyaman ribu-ribu Ribu -ribu adalah sejenis paku-pakis yang hidup liar terutama di kawasan belukar yang lembap. Terdapat beberapa jenis ribu-ribu iaitu ribu-ribu biasa, ribu-ribu besar/gajah dan ribu-ribu bukit/duduk atau akar sidin. Kegunaan utama ribu-ribu pada masa dahulu ialah sebagai bahan untuk dijadikan tali. Banyak rumah di Terengganu misalnya menggunakan tali ribu-ribu sebagai pengikat rabung kerana tali jenis ini tahan lama. Tetapi kini kegunaan ribu-ribu hampir terbatas kepada hasil kraftangan sahaja. Barang-barang yang diperbuat daripada ribu-ribu termasuk terendak, bekas tembakau, bekas sirih dan dompet. Memproses Bahan Ribu-ribu dipotong di bahagian pangkalnya. Cuma rakis utama yang diambil, yang lurus atau yang menjalar. Cabang-cabang yang tidak diperlukan, dipotong dengan pisau kecil. Kemudian ribu-ribu dibelah dua dan dikeringkan perlahan-lahan dengan menyidainya di tempat yang redup selama beberapa hari. Ini dilakukan untuk memastikan ribu-ribu tidak rapuh atau mudah patah. Menganyam ribu-ribu sama seperti menganyam buluh dan mengkuang. Untuk mengukuhkan anyaman, biasanya buluh atau rotan digunakan sebagai tulang atau kerangka

barang yang dihasilkan. Motif-motif yang kerap digunakan dalam anyaman ribu-ribu ialah siku keluang, bentuk jaluran dan bentuk-bentuk geometri. Biasanya, barang-barang yang dianyam mengekalkan warna asli ribu-ribu. Bagaimanapun, perbezaan warna boleh dihasilkan iaitu dengan menyelang-nyelikan warna luar kulit yang lebih gelap iaitu coklat tua, dengan warna dalam kulit, coklat muda. Rata-rata, kraftangan ribu-ribu kini semakin terabai, kecuali di kalangan penduduk Sabah, terutama di sekitar Kampung Inukiran dan Kampung Tinanggol di daerah Kudat. 5. Anyaman Rotan Rotan merupakan sejenis tumbuhan palma yang memanjat. Pelbagai jenis rotan tumbuh liar di hutan-hutan nusantara. Antaranya rotan air, rotan bakau, rotan batu, rotan bukit, rotan kera, rotan kolam, rotan manau, rotan sega dan sebagainya. Daripada puluhan jenis itu, rotan batu, rotan manau dan rotan sega dianggap paling baik untuk tujuan pembuatan perabot dan hasil anyaman. Malah, berasaskan potensinya dalam pembuatan perabot, sejak beberapa tahun kebelakangan rotan manau telah ditanam secara besar-besaran sebagai tanaman komersil sampingan di celah-celah barisan tanaman lain. Hasil anyaman rotan tradisional termasuk bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan tradisional seperti sepak raga. Sesuai dengan cara hidup moden, rotan kini semakin popular sebagai kelarai perhiasan, seperti terendak lampu. Memproses Bahan

Batang rotan yang besar dipotong daripada pokoknya antara dua hingga tiga depa panjang supaya mudah diangkut ke luar hutan. Rotan kecil-kecil pula dipotong setakat yang berguna, kemudian dilingkarkan. Sebelum digunakan, rotan perlu direbus supaya tisunya mati dan kandungan gulanya tersingkir. Ini penting untuk memastikan ketahanan dan mengelakkan serangan serangga seperti bubuk. Rotan yang siap direbus, dijemur hingga kering. Seterusnya, rotan batang yang ingin dijadikan kerangka perabot diketam dan dipelas kertas pasir sebelum divarnis. Sementara rotan yang mahu dijadikan bilah anyaman terus divarnis sebelum disepat atau dibelah.

Anda mungkin juga menyukai