Anda di halaman 1dari 34

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SEKOLAH : SMK SYED HASSAN

NAMA : MOHD ADRY IERFAN BIN MOHD YAZAM

TINGKATAN : 3 AMIN

NO. K/P : 941020-09-5129

ANGKA GILIRAN : RA01317014

NAMA GURU : PUAN WADZIRAH BINTI RIDZUAN.


Senar ai Kandungan

Perkara Muka surat

Penghargaan 1

Pendahuluan 2

Objektif Kajian 3

Kawasan Kajian 4-6

Kaedah Kajian 7

Hasil Kajian 8-14

Rumusan 15

Rujukan 16

Lampiran 17
Penghargaan
Penghargaa
n

Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung sehingga saya dapat menyiapkan kajian ini.

Terima kasih kepada Pn. Wadzirah bt. Ridzuan, selaku guru matapelajaran

geografi yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Kepada kedua-dua ibu bapa

dan keluarga yang banyak membantu sepanjang saya menjalankan kajian ini.

Terima kasih dan penghargaan kepada pegawai-pegawai di PKENPs dan

penduduk-penduduk di sekitar Kangar yang banyak memberi kerjasama.Hanya Allah

yang dapat membalas jasa anda.


Pendahuluan
Pendahuluan

Saya memilih Kangar sebagai kawasan kajian untuk melaksanakan tugasan folio

Geografi ini. Sebelum memulakan tugasan ini, saya merasakan ini suatu tugasan yang

agak sukar, kerana ianya bukan melibatkan diri saya sahaja, tetapi memerlukan juga saya

bertemu dan berkomunikasi dengan orang lain. Selain daripada itu, saya juga perlu

membuat tinjauan di beberapa lokasi bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

Bagaimanapun setelah selssai menjalankan tugasan ini, saya merasakan yang saya

telah melalui pengalaman yang amat berharga. Saya memperolehi pengalaman berguna,

antaranya bagaimana kita sepatutnya berinteraksi dengan masyarakat yang lebih besar

daripada sekolah. Saya juga mengenal dan tahu nama tempat di sekitar Kangar yang

selama ini saya tidah tahu. Saya juga baru tahu yang Kangar terdiri daripada lima mukim.

Sebelum ini saya menyangkakan Kangar itu hanyalah melibatkan pusat bandar sahaja.

Kajian ini banyak memberi kebaikan dan faedah kepada saya.

.
Objektif Kajian
Objektif
Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

a) Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di Bandar Kangar serta

membandingkannya dengan Bandaraya Tokyo, Jepun.

b) Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perkembangan kawasan

Bandar Kangar.

c) Mengenal pasti fungsi petempatan di Bandar Kangar serta Bandaraya

Tokyo yang dijadikan bandingannya.

d) Mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku di petempatan tersebut.

e) Mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang

berlaku di petempatan tersebut.

f) Menerapkan unsur-unsur nilai patriotisme terhadap kawasan yang dikaji

serta menjadikannya sebagai prinsip kehidupan di dalam diri kita.


Kawasan Kajian
Kawasan
Kajian

Kawasan yang saya kaji ialah Kangar. Kangar merupakan ibu negeri Perlis,

Malaysia. Ia mempunyai penduduk seramai 48,898 orang (2004). Ia terletak di titik

paling utara di Semenanjung Malaysia dan terdapat di sepanjang Sungai Perlis.

Kangar terdiri dari lima mukim iaitu Sena, Kechor, Wang, Bintong dan Utan Aji.

Kangar merupakan petempatan paling padat dan pesat dengan pembangunan di negeri

Perlis. Kangar adalah pusat pentadbiran negeri Perlis. Perdagangan di negeri ini tertumpu

di bandar Kangar.

Kangar terletak dalam kawasan tanag pamah. Sebahagian besar petempatan di sini

terbina hasil daripada tebus guna kawasan sawah padi..

KANGAR

Peta menunjukkan kedudukan Kangar di dalam Peta Malaysia.


Kawasan
Kajian

Peta Kajian

1) Peta kawasan kajian : Kangar


Kawasan
Kajian

2) Peta petempatan negara yang dibandingkan : Metropolis Tokyo


Kaedah Kajian
Kaedah
Kajian

Kaedah kajian yang saya gunakan ialah:

1. Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan di kawasan kajian. Hasil

pemerhatian dapat memberikan gambaran mengenai petempatan di Kangar

secara pandangan mata kasar.

2. Soal selidik

Saya telah menyediakan borang soal selidik yang dijawab oleh 20 orang

responden yang terdiri daripada penduduk dari beberapa petempatan di Kangar.

Respon daripada soal selidik tersebut banyak membantu menambah maklumat

yang diperlukan.

3. Temubual

Saya juga telah menemubual beberapa orang penduduk Kangar bagi

mendapatkan beberapa maklumat dan pandangan mengenai bandar Kangar.

4. Rujukan

Sumber rujukan saya yang utama ialah internet. Saya mendapat banyak

maklumat dari internet terutamanya berhubung Tokyo, metropolis luar negara

yang saya jadikan bandingan. Rujukan lain termasuklah dari buku teks dan

bulletin keluaran kerajaan negeri Perlis iaitu Warta Perlis.


Hasil Kajian
Hasil Kajian

Jenis dan pola petempatan.

1) Kangar

Jenis dan pola petempatan di Kangar sebahagian besarnya ialah berjajar.

Bagimanapun terdapat juga pola berpusat terutama di mukim Sena yang menjadi pusat

pentadbiran dan perniagaan. Hampir 80% petempatan di Kangar didirikan di atas

sawah padi yang telah ditebus guna. Petempatan di sini terus berkembang dengan

permintaan terhadap tempat kediaman semakin meningkat. Pemerhatian saya

mendapati hampir semua kawasan perumahan didiami dengan sepenuhnya.

2) Bandingan : Tokyo

Jenis pola petempatan di Tokyo ialah berpusat. Sebagai salah satu metropolis

yang termaju di dunia, Tokyo mempunyai mempunyai kepadatan penduduk yang

sangat tinggi. Walaupun petempatannya agak sesak tetapi, petempatan di metropolis

ini tetap dirancang dengan baik oleh kerajaan Jepun. Gempa bumi yang kerap dialami

oleh Tokyo menyebabkan sangat sedikit bangunan pencakar langit dibina.

Faktor yang mempengaruhi petempatan

1) Kangar
Sejarah

Bandar Kangar dibina dalam tahun 1653, bermula dengan Kota Sena sebagai

pusat pemerintahan yang diduduki oleh Sultan Kedah ke-14. Ia bermula sebagai

Hasil Kajian

pelabuhan darat (pengkalan) yang menjadi tempat perahu dan tongkang berlabuh.

Petempatan-petempatan awal di Kangar adalah berjajar di sepanjang Sungai Perlis.

Bagaimanpun, lama-kelamaan petempatan mula berpusat di Sena sesuai dengan

peranannya sebagai pusat pemerintahan.

Bentuk Muka Bumi

Secara amnya, bentuk mukabumi Kangar ialah tanah pamah. Selain sebagai

pelabuhan dari segi sejarahnya, Kangar juga pada masa dahulu adalah kawasan sawah

padi yang luas dan subur. Tetapi keperluan tempat kediaman yang meningkat

menyebabkan banyak kawasan sawah padi telah dijadikan kawasan perumahan.

Bentuk mukabuminya menjadikan kawasan ini sangat sesuai dijadikan petempatan.

Kegiatan Ekonomi

Kangar bukan sahaja sebagai pusat pentadbiran bagi negeri Perlis, tetapi juga

merupakan pusat perniagaan yang penting untuk negeri ini. Walaupun bandar Kangar

adalah bandar pentadbiran yang terkecil di Malaysia, tetapi petempatan di sini terus

berkembang dengan wujudnya pelbagai peluang perniagaan. Hasil temubual, beberapa

orang penduduk berpendapat Kangar adalah tempat yang sesuai bagi peniaga di negeri

Perlis.
Hasil Kajian

2) Bandingan : Tokyo

Sejarah

Sejarah mencatatkan Tokyo telah berkembang lebih 400 tahun yang lalu. Sejak

itu,berlaku pertambahan penduduk yang ketara. Pada tahun 1935, pertambahan

penduduknya menyaingi New York dan London. Ini menyebabkan kawasan

petempatannya terus berkembang pesat. Menjelang abad ke-20 Tokyo telah menjadi

petempatan yang termaju di Asia.

Pusat Pentadbiran

Peranan Tokyo sebagai pusat pentadbiran Jepun menyebabkan penduduknya

bertumpu di sini. Tokyo mempunyai 23 buah daerah yang merupakan bandar

raya.Pentadbirnya ialah Greater Tokyo Area yang merupakan petempatan paling padat

di dunia.

Kegiatan Ekonomi

Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di sini. Kegiatan ekonomi seperti perniagaan,

perindustrian, perkhidmatan dan pelancongan memberi pendapatan yang tinggi kepada

penduduknya. Industri-industri yang berkembang pesat seperti industri automotif

memberi peluang pekerjaan kepada penduduknya.


Hasil Kajian

Fungsi Petempatan

1) Kangar

Kangar memainkan peranan yang sangat penting bagi negeri Perlis, iaitu

negeri yang terkecil di Malaysia. Sebagai ibu negeri, Kangar menjadi pusat

pentadbiran dan pemerintahan Perlis. Hampir semua pejabat pentadbiran dan kerajaan

tertumpu di sini. Kangar juga adalah pusat perdagangan dan perniagaan terpenting di

negeri Perlis walaupun pada skala yang kecil.

2) Bandingan : Tokyo

Tokyo berfungsi sebagai pusat perindustrian di Jepun. Kawasan perusahaan

Keihin di Tokyo amat dikenali dengan pelbagai industri terutamanya industri kereta

yang terpenting di dunia. Kepentingan Tokyo sebagai pusat pelbagai kegiatan ekonomi

menjadikan metropolis ini ‘sentiasa sibuk’ dan suasananya hidup 24 jam. Petempatan

ini bukan sahaja penting kepada warga Jepun, tetapi juga menjadi tumpuan rakyat

asing yang menjalankan kegiatan ekonomi di sini. Tokyo bukan sahaja memainkan

peranan penting kepada ekonomi dan politik Jepun bahkan juga kepada dunia.

Masalah Petempatan

1) Kangar
Di antara masalah-masalah yang dapat dikesan:

i. Kekurangan tempat kediaman.

Permintaan terhadap tempat kediaman di Perlis semakin meningkat kerana

Hasil Kajian

bandar ini merupakan pusat tumpuan bagi negeri Perlis. Walaupun keadaan ini

tidak terlalu mendesak, tetapi kerajaan negeri cuba mengelak daripada menebus

guna lebih banyak kawasan sawah padi.

ii. Kesesakan lalulintas.

Jika dibandingkan dengan Tokyo, tentulah masalah lalulintas di Kangar

adalah masalah yang tidak serius. Tetapi berdasarkan temubual, inilah di antara

masalah penduduk Kangar. Tidak seperti di Tokyo, masalah kesesakan lalulintas di

Kangar berlaku hanya pada waktu-waktu tertentu seperti pada waktu puncak dan

pada musim perayaan.

iii. Kekurangan tempat letak kenderaan.

Oleh kerana tumpuan utama aktiviti adalah di mukim Sena menyebabkan

sukar mendapatkan tempat meletak kenderaan terutama pada waktu pejabat.

2) Bandingan : Tokyo

Walaupun Tokyo jauh meninggalkan Taman Kemajuan jika dibandingkan

dari segi kemajuan perbandaran dan kemodenan, tetapi metropolis ini tetap

mempunyai masalah. Di antaranya:

i. Kesesakan lalu lintas.

Masalah utamanya adalah kesesakan lalu lintas. Mempunyai kepadatan


penduduk yang tertinggi di dunia dan system jalan rayanya yang sempit

menyebabkan lalu lintas di sini sentiasa sesak.

ii. Pencemaran

Hasil Kajian

Tokyo juga menghadapi masalah pencemaran. Pencemaran berpunca

daripada pembuangan sisa domestic, asap dari kilang dan kenderaan. Sebagai sebuah

metropolis yang sentiasa “hidup” 24 jam menjadikan masalah pencemaran berlaku

sepanjang masa.

iii. Kekurangan tempat tinggal.

Kekurangan tempat tinggal adalah antara masalah yang dihadapi penduduk

Tokyo. Mempunyai penduduk antara yang terpadat di dunia menjadikan keperluan

perumahan sukar dipenuhi. Tambahan pula Tokyo mempunyai risiko gempa bumi

menyebabkan bangunan tinggi tidak dapat dibina bagi memenuhi keperluan tempat

tinggal.

Langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan

1) Kangar

Beberapa langkah bagi mengurangkan masalah di petempatan ini

termasuklah:

i. Projek-projek perumahan tidak tertumpu di sekitar mukim Sena yang sedia

menjadi tumpuan. Pihak kerajaan negeri menggalakkan pemaju perumahan

membangunkan petempatan di luar mukim Sena bagi memenuhi permintaan

terhadap tempat tinggal.


ii. Bagi mengelakkan kesesakan lalulintas, kerajaan negeri sedang berusaha

membangunkan kawasan pinggir bandar. Contohnya pajabat pentadbiran negeri

Hasil Kajian

iii. telah dipindahlan ke Mini Putrajaya yang terletak di mukim Utan Aji. Ini bagi

mengurangkan tumpuan dan kesesakan di pusat bandar.

iv. Bagi mengatasi masalah tempat meletak kenderaan di Kangar, Majlis

Perbandaran Kangar telah dan sedang berusaha ke arah membina kawasan

meletak kenderaan yang lebih terkawal dan tersusun.

2). Bandingan - Tokyo

Langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di Tokyo ialah:

i. Mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan meningkatkan mutu

perkhidmatan kenderaan awam. Perkhidmatan kereta api peluru (bullet train)

dan landasan kereta api bawah tanah banyak membantu mengurangkan

kesesakan lalulintas.

ii. Penggunaan petrol tanpa plumbum. Kerajaan Jepun menggalakkan

penggunaan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan awam dan persendirian.

iii. Kerajaan Jepun juga membina lebih banyak apartmen tinggi (danchi) di luar

Tokyo, bagi memenuhi keperluan tempat tinggal yang semakin mendesak.


RUMUSAN
Rumusa
n

Kawasan kajian saya, Kangar, merupakan sebuah ibu negeri dan pusat

pentadbiran paling kecil di sebuah negeri yang paling kecil di Malaysia. Jika

dibandingkan dengan pusat pentadbiran lain di Malaysia sekali pun, Kangar agak

terkebelakang dari yang lainnya. Kebanyakan pusat pentadbiran di negeri lain di

Malaysia telah mencapai taraf bandar raya, sebaliknya taraf Kangar ialah sebagai sebuah

bandar. Apatah lagi membandingkan Kangar dengan sebuah metropolis seperti Tokyo

yang sedia tersohor di mata dunia. Ia ibarat membanding seekor semut dengan sang

gajah.

Bagaimanapun, kajian ini berjaya membangkitkan suatu kesedaran terhadap diri

saya. Membayangkan Tokyo sebagaimana yang digambarkan di dalam bahan-bahan

rujukan , menyebabkan saya lebih menghargai apa yang ada di sekeliling saya. Menjalani

kehidupan di bandar setenang Kangar bermakna saya tidak perlu berhadapan dengan

suasana sesak, pencemaran, kebisingan, dan kos hidup yang tentunya jauh lebih tinggi.

Saya amat menghargai usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam memajukan

negara. Kemudahan dan pembangunan di Kangar, seperti jalan raya dan sekolah amat

ketara perkembangannya.

Sudah tentu terdapat perkara-perkara positif di metropolis Tokyo yang boleh kita

jadikan contoh, seperti semangat kerja dan kemajuan sains dan teknologinya. Sikap
warga Tokyo yang sentiasa berusaha memajukan diri dan masyarakatnya patut diterap ke

dalam minda setiap rakyat Malaysia. Saya percaya jika kita bersikap demikian, kita akan

mampu bersaing dengan negara-negara lain dalam apa juga bidang.

Lampiran
BORANG SOAL SELIDIK

Tandakan bagi jawapan yang berkaitan.

1. Nama : ………………………………………..

2. Jantina :

□ Lelaki

□ Perempuan

3. Bangsa :

□ Melayu □ Cina □ India □ Lain-lain

4. Alamat : …………………………………………………………………….

.…………………………………………………………………….

……………………………………………………………………..

5. Taraf Pendidikan : □ UPSR □ PMR □ SPM □ STPM □ Ijazah

6. Pekerjaan : …………………………………………………………………

7. Pendapatan sebulan (RM) :

□ 0-500

□ 501-1000

□ 1001-1500
□1501-2000

□ > 2000

8. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di sini?

□ Bentuk muka bumi

□ Kegiatan ekonomi

□ Kemudahan pendidikan

□ Kemudahan infrastruktur

□ Kemudahan awam

□ Lain-lain

9. Apakah pola petempatan yang terdapat di sini?

□ Berpusat

□ Berjajar

□ Berselerak

□ Berkelompok (Terancang)

10. Apakah fungsi petempatan yang terdapat di sini?

□ Perniagaan

□ Pendidikan

□ Pengangkutan

□ Perindustrian

□ Pelancongan

□ Lain-lain
11. Apakah masalah-masalah yang terdapat di sini?

□ Pencemaran sampah sarap

□ Pencemaran udara (berdebu)

□ Pencemaran sungai

□ Hakisan tanih

□ Tiada litupan tumbuh-tumbuhan

□ Kesesakan lalu lintas

□ Banjir

□ Longkang tersumbat

□ Lalat membiak

□ Lain-lain (nyatakan ) …………………………..

12. Apakah cadangan langkah untuk mengatasi masalah-masalah?

□ Membersihkan kawasan berkenaan

□ Mengadakan hak waktu

□ Kemudahan membuang sampah

□ Kempen kesedaran

□ Gotong-royong

□ Lain-lain (nyatakan )…………………………

Borang Soal Selidik:

Kajian tentang kepentingan dan perkembangan petempatan di Bandar

Kangar ,

01000 Perlis .
Sila Tandakan ( √ ) di petak berkenaan.

1. Apakah Jenis Pola Petempatan Di kawasan Anda

o Berselerak

o Berjajar

o Berpusat

o Berkelompok

2. Sila pilih satu sahaja dan tandakan ( √ ) di kotak berkenaan.

Nyatakan jika perlu di ruangan berkenaan.

Masalah Petempatan Yang Dihadapai Oleh Penduduk

Tandakan ( ⁄ )

o Kesesakan lalu lintas

o Pencemaran

o Tempat letak kereta

o Gejala sosial

o Lain-Lain (sila nyatakan):

Lain-lain :

.......................................................................................................

........................................................................................................

3. Sila pilih satu sahaja dan tandakan ( √ ) di kotak berkenaan. Apakah

potensi bentuk muka bumi yang sesuai dengan kawasan anda

Jenis Kegiatan Yang Dijalankan

Tandakan ( ⁄ )

o Pertanian
o Pengangkutan

o Pelancongan

o Pelabuhan

o Perlombongan

o Perikanan

o Pembalakan

o pengairan

o Petempatan

o Eko-pelancongan

o Perindustrian

o Lain-laian

(nyatakan)................................

4. Nyatakan halangan yang berlaku kepada penduduk di kawasan ini

.................................................................................................................

.............................

............................

5. Nyatakan cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh

penduduk di kawasan kajian.

Soalan Temu Bual

1. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ?

2. Apakah perkhidmatan yang saudara dapat sejak tinggal di sini ?


3. Apakah jenis pekerjaan yang saudara ceburi ?

4. Pada pendapat saudara, apakah jenis dan pola pertempatan di

tempat saudara ini ?

5. Pada pendapat saudara, apakah masalah yang berlaku di kawasan

ini?

6. Boleh saudara jelaskan halangan yang berlaku kepada penduduk di

kawasan ini?

7. Apakah kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar?

8. Sila berikan cadangan bagi mengurangkan masalah yang dihadapi

oleh penduduk

di kawasan ini ?

9. Apakah harapan saudara melalui kajian ini?


Rujukan

Rujukan

INTERNET:

www.wikipedia.org

www.scribd.com

www.maplandia.com

www.mpk.gov.my

ORANG SUMBER:
Mohd Jasmadi bin Johari, Lorong 5,Kampung Bakau,01000 Kangar.

Arippin bin Arip, Hijrah 2,Taman Hijrah,01000 Kangar

Wan Aseah binti Fardin, Kampung Pengkalan Asam,01000 Kangar

Kamarudin Napeah, Kampung Guar Syed Alwi, 1000 Kangar

Salmiah binti Darus, Kampung Behor Ganding,01000 Kangar.

BUKU ILMIAH

Buku teks Geografi Tingkatan-Chong Yoon Choi,Chong Hui Lin, Kang

Chai Yoeng, 2002.

Media Network SDN. BHD.

Anda mungkin juga menyukai