Anda di halaman 1dari 22

Minggu 5 Membanding beza dan mencari Pemikiran Linguistik (PMI) pemikiran linguistik bagi sejarah perkembangan ilmu linguistik

Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom.

Sejarah Perkembangan
ZAMAN YUNANI Bermula sejak 500 SM Bahasa melambangkan ketinggian tamadun dan dikaji bagi menerangkan segala kejadian alam Unsur bahasa seperti kata dan makna dikaji pembentukannya samada terbentuk secara semulajadi atau kebiasaan ZAMAN ISKANDARIAH Merupakan salah satu tanah jajahan Yunani Sejak abad ke-3 telah berkembang menjadi pusat penyelidikan sastera dan linguistic Melanjutkan usaha sarjana Yunani Pengaruh bahasa Yunani dibawa oleh Crates dari Malus pada 167 SM ZAMAN ROM Tidak banyak menghasilkan karya asli, sebaliknya menyusun tatabahasa Latin berdasarkan tatabahasa Yunani dengan cekap dan baik Masyarakat Rom banyak terpengaruh dengan sifat pengkajian sarjana Yunani seperti Aristotle

Jika bahasa itu Kemudian terbentuk secara dikembangkan oleh semulajadi maka kita Derrentusvaro dalam haruslah karyanya De Lingua menerimanya Latina sebagaimana ia Percaya bahawa terbentuk, tetapi jika bahasa yang ia terbentuk menurut dicatatkan dalam kebiasaan, maka kita teks mereka adalah boleh paling tulen, betul memperbaikinya jika dan murni ada kekurangan berbanding dengan (O.Jespersen, 1959) bahasa koloquil mereka sehari-hari Menumpukan kepada bahasa bertulis berbanding lisan Melanjutkan usaha ahli tatabahasa kaum Stoik

Pengaruh sarjana Iskandariah dan kaum Stoik misalnya boleh dilihat dengan jelas dalam karya M.T.Varro yang mengkaji bahasa Latin Sarjana Rom meniru model Yunani dari segi pandangan dan andaian terhadap bahasa serta aspek lain yang lebih halus dalam bahasa

Terdapat persamaan antara bahasa Yunani dan Latin iaitu beberapa kategori seperti golongan perkataan, kasus, nombor dan sistem kala dikatakan sebagai ciri-ciri yang harus ada dalam semua bahasa di dunia

TOKOH
ZAMAN YUNANI Plato (427-437 SM) Karya : Crystalus Mengkaji hubungan benda dengan nama benda samada bersifat tabii atau sepakat Ayat ialah logos yang merupakan rentetan kata yang mempunyai idea yang sempurna Logos terbahagi kepada dua iaitu onoma (benda) dan rhema (cerita) ZAMAN ISKANDARIAH Dionysius Thrax karya : Techne Grammatike mengkaji berdasarkan bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh Homer dalam puisinya mengajar di Rhodes dan Rom asas tatabahasa dalam Techne Grammatike menjadi asas penulisan buku tatabahasa Eropah kini ZAMAN ROM Appolonius Discollus mengkaji bidang sintaksis berpandukan bahan dalam Techne Grammatike dan penulis terdahulu berkaitan sintaksis menambahbaik huraian Thrax menghurai sintaksis berdasarkan kepada hubungan satu sama lain antara kata nama dengan kata kerja, disamping dengan perkataanperkataan golongan lain dalam hubungannya dengan kata nama dan kata kerja tadi

Membezakan kata nama dan kata kerja Mengenali bunyi konsonan geseran, letupan dan sebagainya (fonetik) Aristotle (384 322 SM) memperkenalkan kata hubung dan sistem kala tense (past tense, present tense)

-Kaum Stoik membezakan antara bentuk dan makna pembahagian kata : kata nama, kata kerja, kata hubung dan artikel (kata nama khas, kata ganti nama)

menggolongkan kata kepada 8 : kata nama, ganti nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverba, kata sendi, kata partikel dan kata seru dalam bidang fonetik beliau membezakan maksud bunyi dengan maksud bentuk bunyi digolongkan menurut prinsip-prinsip sebutan membezakan bunyi r dengan l dalam bidang sintaksis beliau mentafsirkan ayat sebagai unit deskriptif yang terdiri daripada urutan perkataan yang mempunyai maksud lengkap

berusaha menggunakan hubungan unsur struktur untuk merujuk kepada binaan kata kerja dan partikel dalam suatu ayat atau kata nama dengan kata kerja juga merupakan ahli tatabahasa tradisional yang benar-benar menyedari hakikat penggolongan perkataan tertentu yang sama dengan menggunakan teknik penggantian

memperkenal klasifikasi unsur-unsur fleksi seperti dalam Bahasa Ingeris (go:went:gone) memperkenal perbezaan bentuk aktif dan pasif, dan di antara kata kerja transitif dengan tak transitif

M.T.Varro (116-27 SM) hidup sezaman dengan Thrax cara penghuraiannya pernah dikritik sebagai tidak menarik, tetapi dalam bidang masalah linguistik beliau dianggap ahli tatabahasa palinh tulen dalam kalangan sarjana bahasa Latin pemikirannya banyak terpengaruh dengan pegangan kaum Stoik berpendapat bahawa bahasa hdala seragam mengkaji bentuk fleksi dan bentuk terbitan

dalam bidang morfologi, beliau telah menghurai beberapa kategori tatabahasa tertentu iaitu dari segi cara penggunaannya yang tidak langsung didasarkan kepada acuan penghuraian yang telah dilakukan untuk tatabahasa Yunani terdahulu

Priscian (500 TM) karya : Instituciones Grammaticae lengkap membincangkan pembentukan kata dan ayat melanjutkan usaha Thrax dan Appolonius bidang fonetik : penjenisan bunyi bahasa dalam hubungan abjad dengan bunyi sebenar yang dihasilkan bidang morfologi : pembentukan perkataan sebagai gabungan yang mengandungi imbuhan (bagaimanapun kurang memuaskan berbanding kajian oleh Varro)

KELEBIHAN
ZAMAN YUNANI pelopor sejarah perkembangan kajian ilmu linguistik menganggap bahasa ialah lambang ketinggian tamadun dan dikaji untuk menerangkan segala kejadian alam ZAMAN ISKANDARIAH berkembang sebagai pusat penyelidikan kesusasteraan dan linguistik sejak abad ke3 ZAMAN ROM menggiatkan kajian tatabahasa dalam bahasa Latin karya yang dihasilkan menjadi pegangan asas penulisan tatabahasa Latin hingga ke hari ini

KELEMAHAN
ZAMAN YUNANI menganggap bahasa Yunani itu adalah termulia dan semulajadi, jadi harus dipatuhi oleh setiap penuturnya jika inginkan taraf dan kemuliaan dalam kehidupan mereka. Akibatnya bahasa itu dianggap tetap, tidak boleh berubah dan tidak perlu diperbaiki. ZAMAN ISKANDARIAH Kerja-kerja mencari asal teks daripada bukti-bukti yang ada menyebabkan timbulnya kepercayaan bahawa bahasa yang dicatitkan di dalam teks mereka adalah paling tulen, betul dan murni menumpukan kajian terhadap bahasa bertulis sahaja. Tiada usaha untuk membezakan secara tetap antara bunyi dengan huruf yang melambangkan bunyi itu ZAMAN ROM Hanya menyambung sahaja usaha Yunani sebelumnya seperti mengubahsuai dan membuat pengertian semula khususnya dalam konteks istilah falsafah cara penghuraian tokohnya pernah dikritik sebagai tidak menarik (Varro) penghuraian Priscian dikatakan tidak konsisten, kriterianya bercampur aduk di antara yang formal dengan yang bersifat semantik

Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India

Linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan.

Dalam masa yang sama, pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Pada zaman Arab, bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber alQuran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

Sejarah perkembangan linguistik zaman India memperlihatkan bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.

Sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.

Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.

Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpunrumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.

Sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20, pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.

Anda mungkin juga menyukai