Anda di halaman 1dari 31

SEBELUM PERKHEMAHAN

1) KERTAS KERJA 2) MINIT MESYUARAT 3) SENARAI NAMA PESERTA 4) JADUAL PROGRAM

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK KALAI 2012

TEMPAT HARI TARIKH

: PADANG SK KALAI : KHAMIS SABTU : 25 OKTOBER 2012 27 OKTOBER 2012

1.0 PENGENALAN Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan interpersonal dan intrapersonal. Pada tahun ini, perkhemahan unit-unit beruniform yang melibatkan murid tahun 4,5 dan 6. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.

NAMA PROGRAM Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2012 SK Kalai

MATLAMAT Antara matlamat program ini ialah seperti berikut: i. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih. ii. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari disekolah bersama-sama unit masingmasing. iii. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar. iv. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah. v. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan. vi. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.

OBJEKTIF Pada akhir program ini, para peserta akan dapat: i. Meluahkan rasa syukur dengan alam kurniaan yang Maha Esa. ii. Bermalam di dalam khemah bersama-sama rakan/kumpulan masing-masing. iii. Mahir dalam teknik-teknik pertolongan cemas iv. Berdikari melalui kerja individu seperti mencuci kasut sendiri dan mengurus diri sendiri. v. Menyatakan rasa seronok dengan aktiviti seperti jungle tracking, night walk dan merentas halangan.

JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI NAIB PENGERUSI : : Pn Siti Ruhayabi Bt Mahmood (Guru Besar) Pn Siti Zubaidah Bt Roseli (Guru Pen. Kanan Kokurikulum) SETIAUSAHA BENDAHARI KETUA PERKHEMAHAN PEN. KETUA PERKHEMAHAN KETUA PROJEK PENOLONG KETUA PROJEK PENGURUS PESERTA PENGAKAP TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH : : En.Hasanuddin B Husin Pn Norhasbaizma Bt Abu Bakar : : : : : : En. Abdul Hafiz B Mahamad Zabidin Pn. Sarimah Bt Ahmad En. Helmy Shahmi B Abd Samad Pn Roslina Bt Zainul En Abdul Hafiz B Mahamad Zabidin Pn Sarimah Bt Ahmad

AHLI JAWATANKUASA KERJA AKTIVITI 1. En. Abdul Hafiz B Mahamad Zabidin 2. Pn Sarimah Bt Ahmad KESELAMATAN 1. En. Zamri B Saleh 2. Pn Hasni B Husin DOKUMENTASI 1. En Tarmizi B Ahmad 2. Pn. Nasibah Bt Abdullah PENGANGKUTAN 1. En. Zabidi B Hassan 2. En. Husin B Ahmad DISIPLIN PESERTA 1. En. Tarmizi B Abu 2. En. Low Kok Thye PERALATAN 1. En. Helmy Shahmi B Abd Samad 2. Pn Tenh Ean Choo MAKANAN DAN MINUMAN 1. Pn. Suraya Bt Hashim 2. Pn. Ainun Bt Mohamad IBADAH 1. En Tarmizi B Ahmad 2. Pn Azizah Bt Ismail HADIAH DAN CENDERAMATA 1. Pn. Sarimah Bt Ahmad 2. Pn. Roslina Bt Zainul PENGESAHAN PENDAFTARAN 1. Pn. Nasibah Bt Abdullah 2. Pn. Tenh Ean Choo

BUTIRAN PERKHEMAHAN Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut: i. Hari ii. Tarikh iii. Tempat : Khamis hingga Sabtu : 25, 26 dan 27 Oktober 2012 : Padang SK Kalai, 08700 Jeniang, Kedah.

iv. Jurulatih : Guru-guru dari SK Kalai

SASARAN PENYERTAAN Program ini adalah mensasarkan kepada ahli unit beruniform Pengakap dan Tunas Kadet Remaja Sekolah tahun 4,5 dan 6 seramai 67 peserta dengan pembahagian 5 kumpulan.

BAYARAN PENYERTAAN Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 20 (Dua Puluh Ringgit Sahaja) Bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan seperti: i. Aktiviti ii. Makan dan minuman iii. Pengurusan perkhemahan iv. Peralatan

SENARAI TUGAS 1. KETUA PROJEK a. Membentuk jawatankuasa b. Mempengerusikan mesyuarat c. Merujuk kepada penasihat 3. SETIAUSAHA a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan b. Urusan surat menyurat dan borang. 4. BENDAHARI a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program. b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang sepatutnya. 2. PENOLONG KETUA PROJEK a. Membantu ketua menjalankan tugastugas ketua

5. PENOLONG DAN KETUA PERKHEMAHAN a. Merancang segala pengisian aktiviti. b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.

6. PERALATAN a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program. b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah dengan keadaan baik seperti asal.

7. KESELAMATAN a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap. b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti. c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

8. MAKANAN DAN MINUMAN a. Merancang dan menentukan menu makanan b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.

9. DOKUMENTASI a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan. b. mengambil foto untuk setiap aktiviti. c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan. d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan.

10. IBADAH a. Memimpin para peserta solat berjemaah. b. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib. c. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/kerohanian.

11. PENGANGKUTAN a. Menguruskan pengangkutan pergi dan balik para peserta. 13. DISIPLIN PESERTA a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.

12. HADIAH DAN CENDERAMATA a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program 14. PENGESAHAN PENDAFTARAN Semak kehadiran murid berdasarkan nama yang akan diberikan oleh setiausaha.

ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN

SUMBER
PERKARA KUANTITI JUMLAH JUMLAH BESAR 1. Bayaran peserta 2. Sumbangan Unitunit kokurikulum 3. Sumbangan Pengusaha Kantin & PIBG RM100 RM100 RM1760 RM20 63 peserta RM200 x 2 unit RM1260 RM400 CATATAN

PEMBELANJAAN
PERKARA KUANTITI JUMLAH JUMLAH BESAR 1. Bayaran Aktiviti 2. Makan & Minuman RM15x80 (peserta+guru) 3. Pengurusan perkhemahan 4. Peralatan RM 200 RM1700 RM100 RM200 RM1200 CATATAN

MENU MAKANAN DAN MINUMAN *(Untuk tiga hari dua malam sepanjang perkhemahan) Khamis 25 OKT 2012 Minum petang Makan malam MENU Air teh, biskut/roti & kuih Nasi putih,Ikan goreng, sayur campur, air sirap Jumaat 26 OKT 2012 Sarapan pagi Minum pagi Makan tengahari MENU Bihun Goreng, Air Milo Air Teh, Kuih Nasi putih, ayam masak kari, sayur goreng, air oren Minum petang Makan malam Air teh, roti Nasi putih, daging goreng, sayur, air sirap

Sabtu 27 OKT 2012 Sarapan pagi Minum pagi Makan tengahari

MENU Air Teh, Mi goreng Air teh, kuih Nasi putih, ayam masak merah, telur dadar, sayur

TENTATIF PROGRAM Khamis 25 OKT 2012 MASA 2.00 ptg 3.00 ptg 3.00 ptg 4.00 ptg 4.00 ptg 5.30 ptg PERKARA Pengesahan pendaftaran GURU BERTUGAS AJK pengesahan pendaftaran Aktiviti Memasang Khemah Taklimat oleh ketua perkhemahan Agihan kumpulan Kawad 5.00 ptg 5.30 ptg 5.30 ptg 7.00 ptg 7.00 ptg 8.00 mlm 8.00 mlm 10.30 mlm Jurulatih Ketua & pen perkhemahan Jurulatih Minum petang Solat Asar Game Station Jurulatih AJK Ibadah

Mandi, makan malam Solat Maghrib LDK 1 i. Visi & misi persatuan ii. Kelebihan berpersatuan Modul 1 i. Hubungan manusia dengan manusia di muka bumi

AJK makanan AJK Ibadah Jurulatih

11.30 mlm 12.00 mlm

LDK 2 i. Bersatu teguh bercerai roboh

Jurulatih

12.00 mlm

Tidur

Jumaat 26 OKT 2012 MASA 5.30 pg 6.00 pg 6.00 pg 7.00 pg PERKARA GURU BERTUGAS

Bangun tidur, kemas diri

Solat

AJK Ibadah

7.00 pg 8.00 pg 8.00 pg 8.30 pg 8.30 pg 12.00 tgh

Senaman pagi

Jurulatih

Sarapan pagi

AJK makanan

Modul 2 i. Tatacara mendirikan khemah ii. Cara menghidupkan api iii. Penyediaan barang masakan LDK 3 i. Masak nasi di dalam buluh

Jurulatih

12.00 tgh 2.00 ptg

Makan tengahari Solat Jumaat/Zohor

AJK makanan AJK Ibadah

2.00 ptg 3.30 ptg

LDK 4 i. Cara bersolat jemaah ii. Bacaan dalam solat iii. Aturan pakaian lelaki & perempuan ketika solat

Jurulatih AJK Ibadah

3.30 ptg 4.30 ptg

Asas pertolongan cemas Ciri-ciri pertolongan cemas LDK 5 i. Latihan kecemasan

Jurulatih

4.30 ptg 5.00 ptg

Minum petang Solat

AJK Ibadah AJK makanan

5.00 ptg 7.00 ptg 7.00 ptg 8.00 mlm 8.00 mlm 10.30 mlm

Simulasi kapal terbang terhempas Mandi dan makan malam Solat Maghrib Komunikasi sebagai seorang pemimpin LDK 6 i. Latihan Persembahan

Jurulatih

AJK makanan AJK ibadah Jurulatih

10.30 mlm 11.00 mlm

Minum malam Solat Isyak

AJK makanan AJK ibadah

11.00 mlm 12..30 mlm

Night walk

Jurulatih

12.30 mlm

Tidur

Sabtu 27 OKT 2012 MASA 5.30 pg 6.00 pg 6.00 pg 7.00 pg 7.00 pg 7.30 pg 7. 30 pg 8.00 pg 8.00 pg 10.30 pg 10.30 pg 11.00 pg 11.00 pg 12.30 tgh 12.30 tgh 1.00 ptg PERKARA Bangun tidur, kemas diri Solat dan kuliah Subuh Senaman pagi Sarapan pagi Persembahan Minum pagi Refleksi AJK Ibadah Jurulatih AJK makanan Jurulatih AJK makanan Jurulatih Semua guru Makan tengahari Majlis penutup AJK makanan Semua guru Jurulatih 2.30 ptg Bersurai GURU BERTUGAS

PENUTUP Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk

merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan

pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.

DISEDIAKAN OLEH; ................................................ Abdul Hafiz B Mahamad Zabidin Setiausaha, Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2012.

DISAHKAN OLEH; .. Pn Siti Zubaidah Bt Roseli GPK Kokurikulum,

LAMPIRAN SURAT-SURAT DAN BORANG YANG BERKAITAN PEKHEMAHAN


1) 2) 3) 4) 5) 6) SURAT PERMOHONAN KEPADA GURU BESAR SURAT KEBENARAN GURU BESAR BORANG KEBENARAN WARIS SURAT MAKLUMAN KEPADA PIBG SURAT MAKLUMAN KEPADA PIHAK POLIS SURAT MAKLUMAN KEPADA RELA

Guru Besar, SK Kalai, 08700 Jeniang, Kedah. Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN PASUKAN BERSEP ADU UNIT BERUNIFORM 2012. Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan itu dipohon kebenaran tuan untuk kami mengadakan perkhemahan tersebut pada ketetapan berikut : 2.1 2.2 2.3 2.4 Tarikh : 25 OKT hingga 27 OKT 2012. Hari : Khamis hingga Sabtu. Masa : Sepenuh masa. Tempat: Kawasan Sk Kalai

3. Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan perkhemahan untuk makluman dan tindakan tuan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

................................. ( En. Abdul Hafiz B Mahamad Zabidin ) Setiausaha, Perkhemahan Bersepadu Unit Beuniform 2012 s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2. Fail Perkhemahan

Setiausaha, Jawatankuasa Pelaksana, Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 2012 SK Kalai 08700 Jeniang Kedah

Tuan, PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2012 Sukacitanya perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk 2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedia maklum dan tiada halangan untuk tuan mengadakan perkhemahan tahunan tersebut selagi perkara-perkara tersebut di bawah dipatuhi : 2.1 Tiada unsur-unsur paksaan. 2.2 Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga murid. 2.3 Memastikan langkah-langkah keselamatan dan kebajikan pelajar diutamakan Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

........................................... ( Pn Siti Ruhayabi Bt Mahmood ) Guru Besar SK Kalai s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2. Fail Perkhemahan

Nama dan Alamat Ibu Bapa/Penjaga ----------------------------------------------------------------------------------------------------No.Telefon: ..................................... Tarikh :

___________________________________________________________________ __________________ Guru Besar, SK Kalai

Tuan / Puan, KEBENARAN UNTUK MENYERTAI AKTIVITI PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2012 Saya No K/P Ibu / Bapa / Penjaga kepada Tahun . memberi kebenaran kepada anak/anak jagaan saya mengambil bahagian dalam perkhemahan tersebut di atas. 2. Sesungguhnya saya mengetahui dan faham bahawa pihak SK Jeniang (Pusat) akan mengambil langkah-langkah keselamatan namun demikian saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang atau mahkamah terhadap pihak atau wakilnya yang berkaitan dengan apa-apa kehilangan harta, kemalangan, kecacatan anggota atau sebarang kecederaan lain terhadap anak/anak jagaan saya yang berlaku dalam perjalanan pergi dan balik atau sepanjang perkhemahan tersebut. 3. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak sekolah/pengelola/wakilnya

memberi rawatan kecemasan atau pertolongan perubatan kepada anak/anak jagaan saya jika didapati perlu.

Sekian, terima kasih. Pengakuan dibuat oleh: .. Tandatangan Nama: No. K/Pengenalan: Tarikh: Saksi: .. Tandatangan Nama: No. K/Pengenalan: Tarikh:

SEMASA PERKHEMAHAN
1)PELAKSANAAN PROGRAM 2)LAMPIRAN BERGAMBAR

PELAKSANAAN PROGRAM PERKHEMAHAN Khamis 25 Okt 2012 2.15ptg - Semua murid mula berkumpul di sekolah seawal 2.15 petang untuk sesi pendaftaran. Semua murid yang terlibat hadir pada masa yang telah ditetapkan.Sesi pendaftaran berakhir pada 2.50 petang. 3.00ptg -Taklimat oleh Ketua perkhemahan seterusnya agihan kumpulan serta aktiviti memasang khemah. Setelah selesai memasang khemah dan agihan kumpulan semua peserta berehat minum petang dan mengerjakan solat Asar. 5.30ptg -Latihan kawad bagi semua peserta diketua oleh jurulatih kawad daripada unit pengakap Setelah selesai sesi penilaian, semua peserta makan, mandi serta bersedia untuk solat Maghrib. 8.00mlm -LDK 1,Modul 1 dan LDK 2 dijalankan dengan diketuai oleh jurulatih Pengakap. Setelah tamat aktiviti, peserta mengerjakan solat Isyak dan seterusnya tidur.

Jumaat 26 Okt 2012 5.30pg -Peserta dikejutkan daripada tidur dan mengemaskan diri untuk solat Subuh serta Tazkirah. Semua aktiviti ini dikawal oleh AJK Ibadah 7.00pg -Aktiviti senaman pagi diketuai oleh jurulatih daripada unit Pengakap. Seterusnya sarapan pagi. 8.30pg -Modul 2 dan LDK 3 diketuai oleh jurulatih daripada unit TKRS Seterusnya makan tengahari dikawal oleh AJK makanan. 12.30ptg -Peserta lelaki dan guru-guru lelaki bergerak ke Masjid Berona untuk Solat Jumaat. 2.00ptg -Setelah selesai solat Jumaat/Zohor, LDK 4 dilaksanakan dengan diketuai oleh AJK Ibadah dan jurulatih daripada unit Puteri Islam. 3.00ptg -Asas pertolongan cemas serta LDK 5 dilaksankan.

Seterusnya aktiviti minum petang dan solat Asar. 5.00ptg -Simulasi kapal terbang terhempas Seterusnya peserta mandi, makan malam dan mengerjakan solat Maghrib dengan dikawal oleh AJK makanan dan AJK Ibadah. 8.00mlm -Komunikasi sebagai seorang pemimpin.Seterusnya latihan persembahan setiap kumpulan. Kemudian acara minum malam dan solat Isyak. 11.00mlm -Sesi Night Walk iaitu berjalan-jalan dalam kegelapan malam

sekitar kawasan kampung berhampiran dan diiringi oleh semua jurulatih. Setelah selesai, peserta diminta berehat seketika dan kemudian kembali ke tempat mereka untuk tidur.

Sabtu 27 Okt 2012 5.30pg -Peserta bangun tidur dan mengemas diri. Kemudian solat Subuh dan diikuti Kuliah Subuh yang diuruskan oleh AJK Ibadah. Seterusnya acara senaman Pagi dan sarapan pagi. 8.00pg -Persembahan peserta oleh semua kumpulan yang diuruskan oleh jurulatih daripada unit TKRS. Kemudian peserta berhenti untuk minum pagi.Kemudian peserta mengemas semula khemah untuk disimpan. 11.00pg -Sesi Refleksi yang diuruskan oleh semua guru dan diikuti makan tengahari dan persiapan tempat untuk majlis penutup. 1.00ptg -Solat Zohor seterusnya peserta bergerak ke dewan untuk Majlis Penutup.Majlis penutup dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Kalai. 2.30ptg -Semua peserta bersurai

LAMPIRAN

TAKLIMAT AWAL

ACARA MEMASANG KHEMAH

KHEMAH-KHEMAH PESERTA

AKTIVITI BERKAWAD

ACARA MASAKAN

PERSEMBAHAN

SELEPAS PERKHEMAHAN
1)POST MORTEM 2)KEKUATAN 3)KELEMAHAN 4)CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Refleksi Fail Kem BIG Selamat sejahtera. Saya amat bersyukur kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan fail Kem BIG ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang memberi tunjuk ajar sepanjang tugasan dilaksanakan. Pada mulanya, saya menghadapi kesukaran dan kekeliruan terhadap kertas kerja untuk melaksanakan kem. Namun, pensyarah memberi ceramah pada hari Sabtu yang lalu untuk memberi penerangan dan format panduan tentang kem BIG kepada kami. Barulah saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang prosedur untuk melaksanakan kem BIG dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumatmaklumat tersebut melalui buku, sumber internet dan guru-guru di sekolah. Akhirnya dengan usaha gigih yang lakukan, banyak pengetahuan tentang pelaksanaan kem diperolehi. Melalui tugasan ini, saya telah mempunyai pengalaman yang penuh tentang cara untuk merancang sebelum perkhemahan, semasa perkhemahan dan selepas perkhemahan kem BIG. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai seorang guru di sekolah. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya telah mendapat banyak maklumat mengenai konsep kemahiran saintifik yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini. Maklumat-maklumat ini amat berguna kepada saya sebagai seorang guru kerana ianya merupakan sesuatu yang bermanfaat kepada saya dan juga para pelajar kerana ianya berkait rapat dengan pengajaran dalam kelas dan pemahaman semua orang. Saya juga mula sedar kepentingan mengetahui asas Sains iaitu kemahiran saintifik. Konklusinya, tugasan ini telah membantu diri saya lebih memahami maklumat tentang subjek Sains. Saya juga lebih mengetahui cara untuk P&P yang efektif semasa menghadiri kelas. Faedah yang diperolehi ini perlulah saya mengucap sekali lagi terima kasih kepada pensyarah kerana saya diberi peluang untuk menerokai ilmu tentang Sains melalui tugasan yang dilaksanakan. Sekian.

Perkhemahan unit beruniform merupakan salah satu kaedah pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani gejala sosial.Melaui perkhemahan juga dapat membentuk keyakinan diri dalam diri pelajar sendiri dan menyedari kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan pengalamanpengalaman baru.Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali silaturahim diantara murid dan murid dan juga guru-

guru.Walaubagaimanapun setiap program yang dijalankan, pasti akan wujud kekuatan serta kelemahan.Berikut ialah beberapa kekuatan dan kelemahan dalam program perkhemahan pada kali ini dan juga langkah mengatasi kelemahan tersebut pada masa akan datang.

KEKUATAN 1) Melahirkan murid yang kental dari segi fizikal dan mental kerana setiap aktiviti yang dijalankan mengandungi elemen-elemen yang boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental peserta dalam menghadapi cabaran. 2) Membentuk jati diri dan sahsiah peserta kerana sepanjang perkhemahan ini dijalankan, unsur kerohanian tidak dilupakan dimana ceramah agama dan moral diberikan kepada peserta-peserta dalam satu aktiviti yang dijalankan pada sebelah malam. Ini dapat membina insan yang berakhlak mulia serta baik budi pekertinya. 3) Merapatkan hubungan silaturrahim antara peserta-peserta dimana mereka perlu berinteraksi sesama sendiri atau dalam aktiviti berkumpulan supaya tugas yang diberi dapat dilaksanakan dengan cekap.

4) Membentuk disiplin yang mantap dalam diri peserta. Salah satu aktiviti wajib untuk dilaksanakan setiap hari pada perkhemahan tahunan ini ialah kawad kaki. Aktiviti ini dapat mendisiplinkan para peserta dan membentuk mereka menjadi orang yang berguna. 5) Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan. Semasa aktiviti berkumpulan diadakan peserta-peserta terpaksa berinteraksi antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang telah diberi. Di sini, mereka dapat belajar bekerjasama dan bukan bertindak seorang diri.

6) Memupuk

nilai

cintakan

alam

sekitar.

Semasa

mendirikan

khemah

dan

melaksanakan aktiviti yang dirancang, peserta telah diingatkan supaya tidak merosakkan tumbuhan yang ada di sekeliling serta memastika kawasan persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih. Ini mendidik mereka supaya menghargai alam sekitar. 7) Membentuk nilai kepimpinan. Melalui perkhemahan ini, peserta-peserta akan dididik untuk menjadi pemimpin dalam kumpulan mereka. Ini akan menghapuskan rasa malu mereka untuk berinteraksi dengan orang lain.

KELEMAHAN 1) Para peserta kurang mematuhi masa dan jadual aktiviti yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan sesetengah aktiviti dijalankan lebih lewat daripada yang sepatutnya. 2) Tiadanya khidmat professional semasa melaksanakan perkhemahan menyebabkan perlaksanaan sedikit kucar kacir. 3) Keadaan cuaca yang kurang baik di tapak perkhemahan telah menyebabkan sesetengah aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. 4) Kekurangan peralatan juga merencatkan perlaksanaan aktiviti semasa perkhemahan ini di mana peralatan ini disediakan dalam kuantiti yang sedikit serta keadaan peralatan yang sudah uzur. 5) Terdapat binatang berbisa seperti lipan, ular, kala jengking dan sebagainya di kawasan tapak perkhemahan yang boleh membahayakan keselamatan para peserta. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1) Pihak urusetia perkhemahan hendaklah lebih tegas dengan melaksanakan aktiviti tepat pada masanya serta menghukum peserta yang tidak menepati masa. 2) Pemilihan tarikh yang sesuai untuk menjalankan aktiviti perkhemahan iaitu mengelakkan daripada melaksanakan perkhemahan pada musim hujan. 3) Memastikan kelengkapan yang dibawa mencukupi. AJK peralatan yang telah dilantik hendaklah memainkan peranan dengan menyemak segala kelengkapan yang hendak dibawa dan memastikannya mencukupi untuk aktiviti yang akan dijalankan.

4) Mendapatkan khidmat professional seperti tentera, pelatih PLKN mahupun sesiapa yang mahir dalam kemahiran dalam perkhemahan untuk memberi nasihat berkaitan perlaksanaan perkhemahan.

Anda mungkin juga menyukai