P. 1
SPA-Bandar_Raya-02Jun2008-040200

SPA-Bandar_Raya-02Jun2008-040200

5.0

|Views: 1,487|Likes:
Dipublikasikan oleh syarif94_mrg7759

More info:

Published by: syarif94_mrg7759 on Jun 20, 2009
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

PEN G H A R G A A N

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Majlis Bandaraya Ipoh Dewan Bandaraya Kuching Utara Majlis Bandaraya Kuching Selatan Majlis Bandaraya Johor Bahru Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Majlis Bandaraya Shah Alam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Majlis Bandaraya Alor Star Majlis Bandaraya Miri Majlis Bandaraya Petaling Jaya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu DAN semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan buku ini

32

Cetakan Pertama 2007 Diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Tingkat 7, 14, 15, Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, 50612 Kuala Lumpur, Malaysia. Laman Web: http//www.penerangan.gov.my e-mel: webmaster@inform.gov.my Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan dalam Penerbitan Bandaraya Mercu Kegemilangan Negara ISBN 978-983-54-0497-9 1. Cities and Town-Malaysia-Description and Travel 915.95 B.002 (B.M) Disember 2007(050) Suntingan Ho Mei Kei Mahazir bin Yusuff Bahagian Penerbitan Dasar Negara Rekaletak Mazlinizam Marzuki & Mohd Afzarizul Othman Fuad Digital Perspective Sdn. Bhd. Dicetak oleh Digital Perspective Sdn. Bhd. Lot 2-D5, Anzen Business Park, Jalan 4/37A, Kawasan Industri Taman Bukit Maluri, 52100 Kuala Lumpur Tel : 03-6272 3767 Fax : 03-6272 3768 Email : dpsbkl@streamyx.com

2

RUKUN NEGARA
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak; Mencapai perpaduan yang lebih erat di dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan Dan Kesusilaan

3

4

KANDUNGA N

Pengenalan Bandar Raya Kuala Lumpur Bandar Raya Ipoh Bandar Raya Kuching Bandar Raya Johor Bahru Bandar Raya Kota Kinabalu Bandar Raya Shah Alam Bandar Raya Melaka Bandar Raya Alor Star Bandar Raya Miri Bandar Raya Petaling Jaya Bandar Raya Kuala Terengganu

6 8 12 14 16 18 20 22 24 26 28 30

5

P E N G E N AL A N

Proses pembandaran di Malaysia bermula dari sebuah pekan kecil berkembang menjadi pekan, seterusnya bandar dan bandar raya. Bandar raya di Malaysia mengalami proses pembangunan pembandaran yang mapan dari segi pentadbiran, ekonomi, infrastruktur, kemudahan-kemudahan awam, institusi-institusi awam, sosial dan lain-lain. Kriteria sesebuah bandar dinaik taraf status ke bandar raya berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu: • • • • merupakan pusat pentadbiran bagi sesebuah negeri. penduduknya lebih daripada 300,000 ribu orang. mengalami perkembangan dan pembangunan ekonomi yang pesat. mempunyai pusat perniagaan, perindustrian dan juga institusi kewangan yang kukuh. • merupakan pusat pengajian tinggi dengan maktab-maktab, universiti-universiti dan perpustakaan yang serba lengkap dengan kemudahan-kemudahan. • mempunyai ciri-ciri sejarah dan sebagai pusat aktiviti kebudayaan dan sukan. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa berusaha terhadap keperluan perancangan, pengurusan dan perkhidmatan bandar yang lebih efisien dan sistematik. PBT mempunyai matlamat penting untuk mewujudkan masyarakat bandar yang penyayang dan sejahtera. sejajar dengan matlamat Dasar Perbandaran Negara.

6

P ETA MAL AYS I A

7

K UAL A L U M PU R

Kuala Lumpur

K

BANDAR RAYA KUALA LUMPUR Ibu Negara Malaysia Keluasan Kawasan 243.65 km persegi Jumlah Penduduk lebih kurang 1.5 juta Kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain Status Bandar Raya 1 Februari 1972 (diistihar sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974) Bunga Rasmi Bunga Raya (Hibiscus Rosa Sinensis)

uala Lumpur adalah merupakan pusat pentadbiran bagi kerajaan Persekutuan Malaysia. Selepas penubuhan Putrajaya (Wilayah Persekutuan Putrajaya) pada akhir 1990an, pusat pentadbiran telah dipindahkan ke Putrajaya untuk menggantikan Kuala Lumpur. Pensejarahan Kuala Lumpur bermula pada 1857 bila Kerabat Diraja Selangor Raja Abdullah membuka penempatan pertama untuk perlombongan bijih timah di Lembah Klang. Aktiviti perlombongan bijih timah telah menyebabkan pembentukan kuala yang berlumpur di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak dan bersempena itu Kuala Lumpur mendapat namanya. Kapitan Cina Yap Ah Loy telah membangunkan Kuala Lumpur dari sebuah pekan kecil sehingga menjadi pusat perdagangan yang penting kepada Selangor. Pada tahun 1880, Kuala Lumpur telah dijadikan ibu negeri Selangor.

8

Kedudukannya yang strategik dan mudah dihubungi telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat perniagaan, ekonomi, kewangan, pelancongan dan pendidikan yang penting kepada negara. Banyak syarikat-syarikat konglomerat, bank-bank, firmafirma tempatan dan asing, pejabat-pejabat Pesuruhjaya Tinggi dan Kedutaan-kedutaan berpusat di Kuala Lumpur. Dewan-dewan persidangan bertaraf antarabangsa banyak terdapat di Kuala Lumpur seperti Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan Putra World Trade Centre (PWTC) yang banyak menganjurkan persidangan, seminar, konvensyen yang bertaraf dunia antaranya ASEAN Summit, Sidang NAM (NegaraNegara Berkecuali) dan sebagainya. Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) banyak berpusat di ibu negara ini. Antaranya Universiti Malaya, Universiti Tuanku Abdul Rahman, Maktab Perguruan Bahasa dan sebagainya. Pusat-pusat perubatan yang penting juga terdapat di Kuala Lumpur seperti Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara, Hospital Ampang Pantai dan lain-lain.

9

Di samping itu, Kuala Lumpur memiliki kemudahan jalan raya yang menghubungkannya dengan seluruh bandar di Malaysia melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Persekutuan di samping lebuh raya alternatif lain. Kuala Lumpur dihubungkan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari KL Sentral melalui pengangkutan keretapi laju KLIA Ekspress (ERL). KL Sentral turut berfungsi sebagai hub transit utama perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Rangkaian Pengangkutan

10

Integrasi Deras Kuala Lumpur (Rapid KL), KL Monorel dan perkhidmatan Komuter. Terdapat juga perkhidmatan transit hub utama lain seperti Terminal Bas Pudu Raya, Terminal Bas Putra dan Terminal Bas Duta yang lengkap dengan kemudahan awam. Di Kuala Lumpur, antara bangunan-bangunan moden dan tinggi yang terkenal serta popular ialah Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur yang menjadi lambang kemegahan rakyat dan negara. Terletak di Segi Tiga Emas (Golden Triangle), Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter ialah mercu tanda negara. Di Menara Berkembar Petronas juga terdapat pusat membeli-belah SURIA KLCC, Dewan Pilharmonik Petronas, Taman Aquaria KLCC dan Galeri Petrosains. Menara Kuala Lumpur yang setinggi 421 meter di Hutan Rizab Bukit Nanas pula berfungsi sebagai menara telekomunikasi dan menara peninjau untuk menikmati pemandangan ibu kota. Pusat membeli belah utama Bukit Bintang juga terletak di Segi Tiga Emas Kuala Lumpur selain Petaling Street China Town, KL Central Market, Berjaya Times Square dan Mid Valley Mega Mall. Terdapat juga binaan-binaan moden berasaskan tradisional seperti Muzium Negara, Masjid Negara, Bangunan Parlimen dan Istana Negara selain binaan monumen Tugu Negara. Tugu Negara ialah monumen bersejarah yang penting kepada negara yang melambangkan simbol perjuangan rakyat Malaysia menentang penjajahan. Seni bina lama bercirikan “Moor British” juga dapat dilihat pada Bangunan Sultan Abdul Samad yang dibina pada 1897, Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada tahun 1911 dan Ibu Pejabat Pengurusan Keretapi pada tahun 1917 yang masih tegak kukuh berdiri hingga kini.

11

I PO H
Ipoh

N
BANDAR RAYA IPOH Ibu Negeri Perak Keluasan Kawasan 137.5 km persegi Jumlah Penduduk 710,798 ribu (2007) Kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain Status Bandar Raya 27 Mei 1988 Bunga Rasmi Bunga Kertas (Bougainvillaea)

ama Ipoh diambil sempena “pokok Ipoh” yang tumbuh meliar pada satu masa dahulu. Kini Ipoh terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). MBI juga telah mengorak langkah dengan pembangunan terancang dan moden untuk bandar raya Ipoh yang terbahagi dua oleh Sungai Kinta iaitu Old Town dan New Town yang memiliki identiti masing-masing.

Di Ipoh New Town atau Bandar Baru Ipoh, terdapat kemudahan pendidikan, kemudahan pengangkutan, kesihatan, sukan dan riadah, pusat membeli-belah mega dan perumahan-perumahan baru. Antaranya Metro Ipoh Baru, Hospital Pakar Ipoh, Hospital Pakar Kinta, Kompleks Sukan Ipoh, kelab-kelab golf, perumahan baru Sunway City, Perpustakaan Tun Abdul Razak dan sebagainya untuk kesenangan dan kesejahteraan warga sekitar Ipoh. Pembukaan komersial

12

Greentown memberi satu wajah baru kepada pembangunan ekonomi bandar raya Ipoh dengan pelbagai aktiviti komersial dijalankan. Bandar raya Ipoh mudah dihubungi dengan sistem pengangkutan darat mahupun udara. Terdapat lebuh raya PLUS, Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Lapangan Terbang Ipoh dan Terminal Bas membentuk satu rangkaian perhubungan yang cekap. Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah Semenanjung telah menjadikannya sebagai bandar persinggahan utama pengunjungpengunjung luar terutamanya dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura. MBI terus mengekalkan identiti Old Town atau Bandar Lama Ipoh melalui bangunan-bangunan kedai di Jalan Bandar Timah, Stesen Keretapi Tanah Melayu, institusi pendidikan St. Michael, Muzium Darul Ridzuan, Masjid Negeri, Muzium Geologi dan bangunan-bangunan kerajaan lain. Bangunanbangunan ini membentuk imej tersendiri kepada bandar raya Ipoh yang memiliki nilai-nilai sejarah. Reka bentuk aspek seni binanya amat unik iaitu bercirikan elemen “Mooris” dan “Gothic” Inggeris serta elemen seni bina Jepun yang terdapat pada bangunan-bangunan markas tentera Jepun zaman Perang Dunia Kedua. Destinasi pelancongan lain yang terkenal adalah seperti tokong-tokong Buddha di Gua Tempurung, Taman Tema Tambun, Menara Peringatan Birch, Istana Kelly dan lain-lain.

13

KUCHING
Kuching

BANDAR RAYA KUCHING Ibu Negeri Sarawak Keluasan Kawasan 431.01 km persegi Jumlah Penduduk dianggarkan 634,517 orang (2007) Kaum Melayu, Cina, Iban, Melanau, Bidayuh, Orang Ulu dan sub etnik lain Status Bandar Raya 1 Ogos 1988 Bunga Rasmi Bunga Kecobong (Allamanda Cathartica) - Kuching Utara Cannas/Canna Lilies - Kuching Selatan

andar raya Kuching terletak di tebingan Sungai Kuching itu pada asalnya merupakan perkampungan nelayan Melayu sehingga menjadi pelabuhan persinggahan pedagang-pedagang Indochina dan pusat pentadbiran pemerintah Brooke di Sarawak. Kini Kuching terus maju dan berkembang pesat. Kuching terbahagi kepada dua kawasan iaitu Kuching Utara ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Kuching Selatan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Terdapat bangunan-bangunan tinggi, hotel-hotel bertaraf antarabangsa, pusatpusat perniagaan baru serta kompleks membeli-belah di bandar raya Kuching. Di tengah-tengah bandar raya Kuching terdapat “Kuching Waterfront” yang menjadi tumpuan utama masyarakat setempat mahupun pelancong luar. Terdapat kedai-kedai lama di kawasan dermaga menjual berbagai-bagai barangan antik dan kraftangan. Di pinggir bandar iaitu kawasan Petra Jaya telah dijadikan pusat pentadbiran utama Kerajaan Negeri yang menempatkan Dewan Undangan Negeri, Kompleks Mahkamah dan Wisma Bapa Malaysia serta bangunan-bangunan agensi kerajaan yang lain. Sektor industri pula dimajukan di kawasan perindustrian Samariang dan Sekama. Kemajuan dan kepesatan bandar raya Kuching telah melimpah ke pinggir bandar raya Kuching dengan wujudnya pusat-pusat perniagaan dan perumahan-perumahan baru seperti Kota Sentosa, Padungan dan Matang Jaya.

B

14

Kemudahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) adalah hab penerbangan bagi destinasi ke bandar Sibu, Bintulu, Miri dan bandar Borneo selain menghubungkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur. Institusiinstitusi pendidikan awam dan swasta serta pusat-pusat latihan awam seperti UNIMAS, Politeknik, Maktab Perguruan dan sebagainya juga bertempat di Kuching. Muzium Sarawak, Muzium Cina dan Muzium Kucing patut dikunjungi semasa melawat Kuching. Mercu tanda dan tapak menarik termasuk Astana Kediaman Tuan Yang Di-Pertua Negeri, Fort Margherita, Kuil Tua Pek Kong dan Bazar Besar. Perkampungan Budaya Sarawak di Santubong pula amat sesuai kepada masyarakat luar untuk mengenali budaya dan adat resam masyarakat etnik Sarawak.

15

J O H O R B AH RU

Johor Bahru

N

BANDAR RAYA JOHOR BAHRU Ibu Negeri Johor Keluasan Kawasan 220 km persegi Jumlah Penduduk dianggarkan satu juta orang Kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain Status Bandar Raya Januari 1994 Bunga Rasmi Bunga Inai Merah (Lawsonia Inermis)

ama asal Johor Bahru ialah Tanjong Puteri yang diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim, bapa kepada Sultan Abu Bakar. Pada permulaannya ia hanya merupakan sebuah perkampungan perikanan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai Johor Bahru ketika Baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866. Kedudukannya yang strategik telah menjadikan Johor Bahru sebagai pusat perindustrian, logistik, perdagangan dan pelancongan yang penting. Industriindustri utamanya ialah kilang-kilang elektronik, limbungan pembinaan kapal dan kilang-kilang penapis petroleum. Kawasan perindustrian berat terletak di Pasir Gudang dan Tanjung Langsat manakala kawasan perindustrian ringan dan sederhana di Tebrau, Senai dan Skudai. Biofuel Park yang didirikan di Tanjung Langsat merupakan pusat bagi industri biofuel dan biodiesel. Johor Bahru juga memiliki rangkaian sistem pengangkutan yang cekap iaitu Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Tebrau, Lebuhraya Tun Abdul Razak (TAR) dan lain-lain. Terdapat kemudahan pengangkutan keretapi menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura melalui Tambak Johor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang memberikan perkhidmatan sistem penerbangan nasional dan wilayah. Pelabuhan Tanjung Pelepas bertaraf antarabangsa ialah pusat kontena terbesar di Malaysia di samping Pelabuhan Pasir Gudang yang berfungsi sebagai pelabuhan komoditi utama negara.

16

Projek pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor (Wilayah Pembangunan Iskandar) adalah projek mega yang akan menjadikan kawasan seluas 2,200 km di Selatan Johor termasuk bandar raya Johor Bahru sebuah kawasan metropolis seperti Hong Kong dan Shenzhen di China yang menjadi hab serantau bagi bidang perubatan, biodiesel, pengangkutan dan kargo. WPI juga merangkumi Kompleks Kerajaan Persekutuan, Bandar Raya Siber, hab komersil, pendidikan, perindustrian, hiburan serta kediaman yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur dan prasarana yang moden. Johor Bahru juga merupakan pintu masuk utama pelancong-pelancong yang melawat Malaysia melalui Singapura. Terdapat banyak pusat membelibelah mega di Johor Bahru yang menjadi daya tarikan pelancong khususnya pelancong Singapura. Antaranya Johor Bahru City Square, Kompleks Tun Abdul Razak dan Tebrau City Shopping Centre. Kompleks Kastam, Imigresen dan kuarantin (CIQ Complex) di Bukit Cagar akan menjadi pemangkin kepada kemajuan sektor pelancongan dan ekonomi negeri Johor.

17

KOTA K I N AB AL U
Kota Kinabalu

K
BANDAR RAYA KOTA KINABALU Ibu Negeri Sabah Jumlah Penduduk kira-kira 457,236, orang Kaum Melayu, Cina, Kadazan, Dusun, Bajau, Bugis dan suku etnik lain Status Bandar Raya 2 Februari 2000 Bunga Rasmi Bunga Orkid (Orchidaceae)

ota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton suatu masa dahulu bersempena nama pegawai Inggeris Charles Jessel yang telah memilih satu kawasan di Pantai Singgah Mata atau “Api-api” sebagai pusat pentadbiran pada 1899. Pada 22 Disember 1967, ia dinamakan Kota Kinabalu sempena gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu. Gunung Kinabalu yang setinggi 4,095.2 meter itu adalah mercu tanda kepada bandar raya Kota Kinabalu dan juga negeri Sabah. Kota Kinabalu merupakan pusat perdagangan dan industri yang penting kepada negeri dalam mewujudkan persekitaran kewangan dan pekhidmatan yang unggul. Jabatan-jabatan kerajaan negeri tertumpu di Wisma Tun Mustapha yang sentiasa mengurus dan mengekalkan kelicinan pentadbiran. Kota Kinabalu mempunyai kemudahan penerbangan terus ke bandar-bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Bandar Seri Begawan, Singapura, Manila, Hong Kong, Tokyo, Taipei, Seoul dan Sydney. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu adalah antara lapangan paling sibuk dengan mencatatkan jutaan pengguna setahun. Fokus utama Majlis Bandaraya Kota Kinabalu ialah memajukan sektor pelancongannya yang memiliki kekayaan khazanah alam semula jadi. Aset pelancongan utama Kota Kinabalu adalah Gunung Kinabalu, pantai dan gugusan pulaunya yang indah dan menarik. Gunung Kinabalu dan Taman Marin gugusan lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik

18

dan Pulau Sulug amat terkenal bagi pengunjung. Taman Marin ini lengkap dengan kemudahan penginapan, kemudahan restoran, aktiviti sukan air dan aktiviti menyelam dasar lautan. Diisytiharkan sebagai Taman Negara, Gunung Kinabalu adalah khazanah Borneo yang memiliki keindahan flora dan fauna semula jadi tropika berusia ribuan tahun dan masih kekal terpelihara sehingga kini. Bunga terbesar di dunia iaitu bunga “Rafflesia” juga terdapat di sini. Selain itu, terdapat juga bangunan-bangunan lama bercirikan British seperti Bangunan Pelancongan Sabah, Medan Australia, Tugu Peringatan Borneo Utara, Menara Jam Atkinson dan Stesen Keretapi Borneo Utara yang masih dikekalkan. Bangunan-bangunan lama bercirikan British tersebut telah mewarnai Bangunan Dewan Undangan Negeri, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Muzium Sabah dan Muzium Tamadun Islam.

19

S H AH AL A M
Shah Alam

S
BANDAR RAYA SHAH ALAM Ibu Negeri Selangor Keluasan Kawasan 290.3 km persegi Jumlah Penduduk 584,340 ribu (2006) Kaum Melayu, Cina, Kadazan, Dusun, Bajau, Bugis dan suku etnik lain Status Bandar Raya 10 Oktober 2000 Bunga Rasmi Bunga Anggerik

hah Alam dahulunya dikenali sebagai Sungai Renggam dan merupakan kawasan perladangan kelapa sawit. Ia dibuka pada tahun 1963 dan mendapat nama bersempena Kesultanan Selangor Sultan Hishamuddin Alam Shah.

Sebagai pusat pentadbiran, pusat perdagangan dan perusahaan yang penting, Shah Alam mempunyai banyak kilang-kilang berasaskan industri berat dan sederhana. Kedudukannya yang berhampiran dengan Pelabuhan Klang, North Port dan Westport memberi kelebihan kepada Shah Alam dari segi kemudahan urusan pengangkutan, mengimport dan mengeksport produk-produk dari dan ke luar negara. Kemajuan sektor industri ini telah berupaya menjana ekonomi penduduk setempat. Perkembangan pesat Shah Alam dapat dilihat menerusi pembukaan pusat-pusat perdagangan dan bandar penempatan baru atau township antaranya Shah Alam Business City Centre, Pusat Perniagaan World Wide, Bandar Baru Kota Kemuning, Shah Alam TTDI, Setia Park dan sebagainya. Shah Alam terbahagi kepada 56 Seksyen dan di Seksyen 1 terletaknya kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM). Berhampiran kampus ini ialah Pusat Bandar Shah Alam yang menempatkan Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan bangunan agensi-agensi Pusat serta Negeri yang lain. Rangkaian perhubungan lebuh raya dan kemudahan pengangkutan awam di ibu negeri Shah Alam cekap dan canggih. Shah Alam dihubungkan dengan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Putrajaya, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan bandar sekitarnya melalui

20

Lebuhraya Persekutuan, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Shah Alam-Klang (KESAS) dan alternatif lebuh raya lain. Kemudahankemudahan pengangkutan awam lain ialah Sistem Perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM), pengangkutan bas dan teksi memberikan perkhidmatan yang efisien dan cekap. Kemudahan Sistem Perkhidmatan Komuter menawarkan perkhidmatan laluan berkembar di Stesen Komuter Shah Alam bermula di Stesen Keretapi Kuala Lumpur sehingga ke Pelabuhan Klang dan Seremban. Shah Alam terkenal dengan gelaran “Bandar Dalam Taman” sejajar dengan bunga rasmi Shah Alam iaitu Bunga Anggerik. Aspek kehijauan seperti tamantaman di kawasan-kawasan perumahan amat diutamakan bagi mengimbangi keperluan alam sekitar dan juga penduduknya. Terdapat juga pelbagai kemudahan rekreasi yang disediakan untuk warga Shah Alam seperti Taman Tema Air Wet World,Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam (Bukit Cerakah) dan Kompleks Sukan Negeri.

21

B AN DAR M E L AKA

Bandar Melaka

Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh, iaitu pemerintah Kesultanan Melaka pada 1400. Bandar raya Melaka juga dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah. Sektor pelancongan dan pembuatan adalah penyumbang utama kepada ekonomi Melaka. Pembangunan pesat berlaku di bandar Melaka dengan pertumbuhan pusat-pusat perniagaan, perumahan dan perindustrian, antaranya kawasan perindustrian Cheng, Melaka Sentral dan sebagainya. Pakej pelancongan kesihatan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Melaka semakin mendapat sambutan daripada masyarakat Malaysia dan negara jiran serantau. Di bandar Melaka terdapat hospital-hospital yang menawarkan kemudahan dan perkhidmatan perubatan yang berkualiti seperti Hospital Besar Melaka, Pusat Perubatan Mahkota, Hospital Pantai dan Hospital Putra. Sejarah peninggalan penjajah asing seperti Portugis, Belanda dan Inggeris amat ketara khususnya dalam aspek senibina dan kebudayaan masyarakat tempatan. Di Bandar Melaka terdapat bangunan dan monumen bersejarah seperti A Famosa yang dibina pada 1511, Bangunan Stadhuys (1650), Gereja Christ (1753),

BANDAR RAYA MELAKA Ibu Negeri Melaka Keluasan Kawasan kira-kira 303km persegi Jumlah Penduduk dianggarkan 350,000 orang Kaum Melayu, Cina dan India, Baba Nyonya, Portugis, Chetti dan Serani Status Bandar Raya 15 April 2003 (diisytiharkan sebagai Bandar raya Bersejarah pada 15 April 1989) Bunga Rasmi Bunga Siantan (Ixora Fistula)

22

Gereja St. Francis Xavier (1849), Muzium Samudera, Kapal Flor De La Mar dan Gereja St. Paul yang berunsurkan kolonial. Melaka telah mewarisi kebudayaan yang pelbagai dan unik, masyarakat Baba Nyonya, Portugis, Chetti dan Serani masih mengekalkan warisan budaya tradisi mereka. Di bandar raya Melaka terdapat perkampungan Portugis di mana penduduk berketurunan Portugis masih lagi mewarisi warisan kebudayaan Portugis, contohnya perayaan Intrudu,Tarian Branyu dan Santa Cruz. Selain itu, terdapat juga tempat-tempat penting dan bersejarah lain seperti Dataran Pahlawan, Tokong Cheng Hoon Teng, Memorial Kemerdekaan, Muzium Budaya Cheng Ho, Perigi Hang Li Poh, Bukit Cina, Mini Malaysia, Taman Rama-Rama, Zoo Melaka dan Pusat Peranginan Auyin.

23

Alor Setar

AL OR S TA R

lor Setar adalah cantuman dari kata “Alor” dan “Star” di mana Setar adalah sejenis pohon kundang. Ejaan nama Alor Setar ditukar kepada Alor Star sempena pengisytiharan Bandar raya Alor Star pada 21 Disember 2003.
BANDAR RAYA ALOR STAR Ibu Negeri Kedah Keluasan Kawasan 92 km persegi Jumlah Penduduk dianggarkan seramai 340,000 ribu orang Kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain Status Bandar Raya 21 Disember 2003 Bunga Rasmi Bunga Bongor (Lagerstoemia Floribunda)

A

Binaan moden Menara Alor Star merupakan mercu tanda bandar raya Alor Star yang setinggi 165.5 meter ini berfungsi sebagai menara telekomunikasi dan menara peninjau bagi pengunjung yang mahu menikmati pemandangan bandar raya Alor Star. Binaan moden lain ialah Kompleks Pekan Rabu, Bangunan Yayasan Al-Bukhary dan bangunan komersial yang semakin pesat dibangunkan. Alor Star turut memajukan sektor industrinya terutama di Mergong dan sektor ini semakin maju dan berdaya saing kerana faktor kos buruh yang rendah di Alor Star. Bandar raya Alor Star mudah dihubungi kerana terdapat Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Timur Barat, Stesen Keretapi Tanah Melayu,

24

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Terminal Bas Shahab Perdana yang saling melengkapi antara satu sama lain. Rangkaian jalan raya dan keretapi ini dapat menghubungkan Alor Star dengan Pulau Pinang, Perlis dan Selatan Thai hingga ke Bangkok. Alor Star mewarisi khazanah bersejarah seperti bangunan Balai Besar, Balai Nobat, Masjid Zahir, Muzium Di Raja, Muzium Padi, Balai Seni Negeri, Bangunan Mahkamah Rendah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Medan Budaya dan Istana Pelamin. Balai Nobat misalnya adalah dewan untuk permainan muzik yang merupakan muzik diraja Kesultanan Kedah. Sehingga kini Nobat masih dipermainkan tetapi pada upacara-upacara tertentu seperti pertabalan Sultan, kemangkatan diraja dan upacara-upacara rasmi. Terusan Wan Mat Saman yang sepanjang 31km dari Alor Star ke Gurun, Kedah dibina antara tahun 1900 hingga 1909 merupakan terusan pengairan terpanjang di Malaysia. Terusan ini berfungsi sebagai sumber pengairan utama kepada penanaman padi di negeri jelapang padi itu.

25

MIRI
Miri

M
BANDAR RAYA MIRI Bandar kedua terbesar di Sarawak dan bandar pertama yang bukan ibu negeri Keluasan Kawasan 997.43 km persegi Jumlah Penduduk kira-kira 350,000 ribu orang Kaum Melayu, Cina, Iban, Melanau, Kayan, Kenyah, Kelabit, India, Penan, Bidayuh, Kedayan dan suku etnik lain Status Bandar Raya 20 Mei 2005 Bunga Rasmi Bunga Periwinkle

iri mendapat namanya daripada suku kaum Miriek yang merupakan penduduk jati Miri pada kurun ke 15. Kemudian, orang-orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak lebih mudah menyebutnya Miri. Miri menjadi terkenal disebabkan kemunculan industri minyak dan gas asli yang pertama dijumpai pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Miri juga dikenali dengan gelaran Grand Old Lady. Kemajuan bandar ini adalah kerana kekayaan sumber asli terutama petroleum. Miri merupakan sebuah bandar yang nyaman serta pembangunan ekonominya memberangsangkan. Terdapat pasar-pasar, kompleks membeli-belah, bangunan kedai-kedai, pusat komersial Pelita dan pusat komersial Boulevard mencorakkan kesibukan bandar raya Miri yang membawa pertumbuhan ekonomi negeri. Universiti Teknologi Curtin, Kampus Sarawak yang dibuka pada tahun 1999 secara kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak adalah kampus cawangan yang pertama ditubuhkan oleh Curtin University of Technology, Western Australia di luar negara Australia. Kampus ini telah menjadi tempat pengajian tinggi untuk pelajar tempatan dan antarabangsa. Kini, Kerajaan Negeri Sarawak dan Majlis Bandaraya Miri memberi fokus utama memajukan industri pelancongan di Miri. Kepesatan industri pelancongan telah menyebabkan Miri beralih dari gelaran bandar minyak kepada bandar peranginan. Bandar raya Miri memiliki khazanah alam semulajadi yang menjadi daya tarikan utama pengunjung, antaranya Taman Negara Mulu dan Taman Negara Niah. Gua Mulu merupakan gua terbesar di dunia dan telah diperakui sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Gua Niah pula menyimpan nilai-nilai

26

sejarah antara penempatan awal manusia di rantau ini. Taman Negara Bukit Lambir mengandungi pelbagai jenis flora dan fauna. Di samping itu, Miri mempunyai pantai bersih yang sesuai untuk aktiviti menyelam dasar lautan dan kegiatan sukan pantai. Miri juga dikenali kerana hasil kraftangannya, terutamanya keluaran bermanik. Kedai kraftangan sepanjang Jalan Bendahara, dan Jalan Brooke merupakan destinasi pilihan di kalangan penduduk tempatan dan pelancong di samping Muzium Sains Petroleum, Taman Rekreasi Awam, Miri City Fan yang pernah dianugerah taman bandar raya berlanskap terbaik di Malaysia. Tokong Taoisme yang terletak di pinggir bandar Krokop di Miri ialah tokong Taoisme terbesar di Asia Tenggara. Seni bina luar biasa dan arca yang rumit di tokong ini menarik perhatian pelancong.

27

PE TAL I N G J AYA
Petaling Jaya

BANDAR RAYA PETALING JAYA Bandar raya kedua di Selangor Keluasan Kawasan 97.2 km persegi Jumlah Penduduk mencecah 600,000 orang Kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain Status Bandar Raya 20 Jun 2006 Bunga Rasmi Bunga Inai Merah (Lawsonia Inermis)

etaling Jaya telah berkembang daripada sebuah kawasan estet getah kepada bandar satelit yang terancang dan maju. Kedudukannya yang strategik berhampiran dengan bandar Kuala Lumpur menjadikan Petaling Jaya pesat membangun dan berjaya menarik pelabur-pelabur asing menanam modal khususnya dalam sektor perindustrian. Dalam sektor perindustrian contohnya Zon Perdagangan Bebas Sungai Way merupakan zon perindustrian yang menempatkan kilang-kilang bertaraf multi nasional seperti Motorola, Western Digital dan sebagainya. Kilang-kilang terawal di negara ini juga terletak di Petaling Jaya seperti kilang Dunlop, Straits Timber dan Nestle yang masih kekal hingga kini. Kewujudan dan kemajuan sektor industri ini telah menjadi pemangkin kepada kemajuan bandar raya Petaling Jaya. Fokus pembangunan Petaling Jaya pada masa kini dan akan datang ialah perumahan baru dan bangunan komersil di Kota Damansara yang berpotensi untuk dimajukan. Proses pembangunan Petaling Jaya bermula di Petaling Jaya Old Town yang membentuk corak petempatan baru seperti Seksyen 1, Seksyen 2 dan Seksyen 3. Di Petaling Jaya Old Town juga terletaknya Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan bangunan agensi- agensi Kerajaan lain di sekitarnya. Kewujudan sub-urban Sungai Way, Kelana Jaya, Kota Damansara dan pertumbuhan kawasan industri dan komersil telah merancakkan lagi pertumbuhan Petaling Jaya. Kemudahan-kemudahan awam dan infrastruktur di Petaling Jaya juga canggih dan lengkap. Terdapat rangkaian jalan raya yang mudah dihubungkan dengan Kuala Lumpur serta pelbagai kemudahan awam untuk masyarakat setempat.

P

28

Terdapat pelbagai institusi awam mahupun swasta seperti institusi pendidikan, kesihatan, perkhidmatan, kebajikan dan sosial yang mudah dihubungi dengan kemudahan pengangkutan awam. Antara institusi kesihatan yang terdapat di Petaling Jaya ialah Hospital Assunta, Hospital Mata Tun Hussien Onn dan Hospital Pakar Damansara. Di Petaling Jaya juga terdapat pelbagai kemudahan lebuh raya iaitu Lebuh Raya Persekutuan, North Klang Valley Expressway (NKVE), Lebuh Raya SPRINT, Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), New Pantai Expressway (NPE), Penchala Link dan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang menghubungkan Petaling Jaya dengan kawasan sekitarnya terutama Kuala Lumpur dan Shah Alam. Walaupun bandar raya Petaling Jaya semakin pesat membangun tetapi kepentingan alam sekitar dan keselesaan penduduknya tetap diutamakan. Rizab hutan simpanan, antara kawasan hijau dan rekreasi di Petaling Jaya ialah Bukit Gasing, Taman Rimba Riang di Kota Damansara, Taman Perbandaran Kelana Jaya dan Taman Jaya yang sentiasa menjadi tumpuan penduduk setempat untuk beristirehat dan beriadah.

29

K UAL A T E R E N G G AN U
Kuala Terengganu

BANDA RAYA KUALA TERENGGANU Ibu Negeri Terengganu Keluasan Kawasan 60,528 hektar Jumlah Penduduk mencecah 400,000 orang Kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain Status Bandar Raya 1 Jan 2008

uala Terengganu pada asalnya adalah sebuah pelabuhan awal Tanah Melayu yang kini berkembang menjadi bandar utama yang dikenali juga Bandaraya Warisan Pesisir Air sebagai identiti pengenalannya. Nama Kuala Terengganu berasal dari nama sungai iaitu Terengang dan terbat yang mengalir dari Hulu Terengganu ke kuala yang kini Kuala Terengganu. Sektor pelancongan, sektor pembuatan, perikanan, pertanian dan perniagaan merupakan penyumbang utama ekonomi bandar raya Kuala Terengganu. Kuala Terengganu terus menjana ekonomi dengan penganjuran sukan seperti Kapal Layar Piala Monsun yang diadakan. Bazar Warisan, Pusat Niaga Keladi dan Kompleks Raya Bunga juga dibangunkan untuk kemudahan perkembangan ekonomi negeri. Institusi-institusi pendidikan yang terdapat di sekitar bandar raya ICT adalah Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Universiti Malaysia Terengganu, Institut Latihan Perguruan Batu Rakit, dan Institut Latihan Perindustrian serta kolej awam dan swasta yang lain. Bandar raya Kuala Terengganu juga mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap dengan jaringan jalan raya dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Selain itu, Kemudahan-kemudahan awam seperti Kompleks Sukan, Perpustakaan Awam Terengganu, Taman Awam Batu Burok, Dataran Shahbandar, Taman Rekreasi Kuala Ibai dan Taman Waterfront, Pulau Duyong dan Pulau Warisan disediakan untuk keselesaan penduduk di samping menjadi tarikan pelancong. Taman Panorama Bukit Pak Api yang berada di tengah-tengah Bandar membolehkan pengunjung melihat pemandangan sekitar bandar raya di atas puncak bukit.

K

30

Sejarah Kuala Terengganu sebagai pelabuhan perdagangan dan penerima kunjungan pedagang asing dari Eropah, Indo China dan India telah memberi perkembangan industri pembuatan tembaga dan tenunan songket yang terus menjadi identiti dan budaya unik bandar raya ini. Kuala Terengganu terkenal sebagai pusat perkembangan Islam yang masih mempertahankan tradisinya. Antaranya Taman Tamadun Islam dibangunkan sebagai taman pelancongan berunsur seni bina Islam bertaraf antarabangsa di muara sungai Terengganu. Ia menjadi mercu tanda Terengganu dengan Taman Tema yang mempunyai 21 replika monumen terkenal dunia, pusat pembelajaran, pusat kebudayaan dan Masjid Kristal. Bangunan-bangunan moden dan pusat komersial di Pulau Duyong juga dibina dengan seni bina dan warisan Terengganu dengan mengekalkan nilai kemelayuan. Pulau Duyong masih mengekalkan khazanah industri warisan pembuatan bot traditional. Keunikan bandar raya Kuala Terengganu daripada segi nilai-nilai sejarah, aktiviti kebudayaan, hasil kraftangan dan keindahan alam semula jadi telah menjadikannya hab pelancongan pantai timur yang terkenal.

31

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->