Anda di halaman 1dari 5

Teknik Bertahan dari Phil Jones

Berikut adalah temuramah dgn Phil jones, pemain pertahanan Man Utd & England yg diterjemah kpd Bahasa Melayu, dipetik dari majalah FourFourTwo.

Warm up dulu, lepas ni nak pi hantar barang (DHL) ... 1. Pasukan lawan sering bermain taktik serang balas (counter attack) apabila menentang Manchester United. Apa yang anda lakukan apabila anda telah terperangkap dlm serangan balas mereka dan anda dapati anda adalah pemain terakhir dalam keadaan 2 lawan 1? Saya akan mengikuti pemain yg mempunyai bola dan cuba menghalang dia daripada menghantar kepada rakannya. Ini adalah penting, kerana seandainya dia berjaya menghantar bola kepada rakan sepasukannya maka pihak lawan akan berada dalam situasi 1 lawan 1 dengan penjaga gol. Anda perlu cuba untuk memerangkap lawan anda ke dalam situasi 1 lawan 1 dan bukan 2 lawan 1. Memilih masa untuk bertindak adalah paling penting. Sebaik sahaja anda melihat sentuhan pemain lawan terjauh dari kakinya, anda perlu bertindak untuk memaksa dia berubah arah menjauhi gawang anda atau menyekat hantarannya. Jika anda buat dgn betul, tidak ada cara dia boleh menggerakkan bola mengelilingi anda atau melalui anda. Kemudian anda perlu bergerak dgn pantas utk melakukan terjahan (tackle) atau professional foul!

Tackle yg baik

2. Bagaimana anda berurusan dengan penyerang2 yang sentiasa menukar2 kedudukan mereka? Gunakan suara. Bercakap adalah penting dalam bola sepak: jika mereka beralih, anda hanya perlu beritahu rakan Center Back anda. Jerit 'bahu kiri' atau 'bahu kanan' utk memberitahu dia dari arah mana penyerang datang. Kekal di mana anda berada: pertahanan tengah adalah satu perkongsian. Anda tidak perlu selalu menukar kedudukan - hanya pastikan mata anda jgn beralih dari permainan, bola dan penyerang lawan. Anda tidak akan mampu utk mengejar pemain lawan ke semua bahagian padang, oleh itu jangan takut untuk menyerahkan tugas marking anda kepada orang lain jika perlu.

Kalau tackle mcm ni pasti kena kad merah sebab tackle guna 2 kaki dan tinggi, kalau ref Mark Clattenberg 2 kad merah dia beri.

3. Apakah masalah yg akan timbul sekiranya anda perlu keluar dari posisi pertahanan anda? Pertama sekali, pemain pertahanan yg keluar dari posisinya akan mewujudkan ruang dlm barisan pertahanan pasukan anda. Contoh yg biasa adalah kerana terpaksa bergerak ke kawasan midfield utk merapatkan ruang permainan. Satu ruang kosong yg besar akan terhasil akibat pergerakan ini. Ruang ini sepatutnya dipenuhi oleh pemain full-back. Harapan saya setiap kali saya terpaksa berbuat demikian (meninggalkan posisi) saya berharap yg rakan full back yg lain akan dapat membaca dan bergerak

masuk memenuhi ruang yg saya tinggalkan tadi menyebabkan penyerang akan sukar utk bergerak dlm ruang tadi dan terpaksa bergerak ke sisi padang.

Masih ingat tak tackle ni? Ngeri gila. Terlalu ngeri sampai Eduardo terus tinggalkan BPL

4. Apa yg anda akan lakukan sekiranya seorang penyerang bergerak utk melepasi anda sedangkan anda adalah pemain pertahanan terakhir. Apa yg anda akan lakukan? Ia bergantung kpd keadaan permainan. Sekiranya kami sedang mendahului 2-1, saya dgn rela akan melakukan professional foul dan mendapat kad merah. Ia memungkinkan pasukan saya menang. Tapi kalau kami sedang mendahului 3-0, saya akan biarkan penyerang itu cuba menjaringkan gol dalam keadaan 1 lawan 1 dgn penjaga gol. Saya tidak akan gembira akibat jaringan tadi tapi ia bukan bermakna berakhirnya dunia.

Automatic yellow card, samada dapat bola ataupun tidak sebab tackle dari belakang

5. Seorang pemain sayap sedang berlari pantas bersama bola menyerang gawang anda,

sementara itu ada 2 orang pemain lawan dalam kotak penalti dan anda keseorangan. Apa yg akan anda lakukan? Jika terdapat dua penyerang di dalam kotak, saya akan bergerak rapat pada penyerang yang paling dekat dengan bola, atau cuba untuk mengagak di manakah pemain sayap itu mahu membuat hantaran lintang (cross). Dengan menutup ruang pada tiang terdekat (near post), anda juga mengurangkan sudut utk merembat atau membuat hantaran ke tiang belakang (back post). Ia menyukarkan penyerang tadi. Sekiranya dia melakukan kesilapan dlm kawalan atau sentuhan, saya akan cuba utk melakukan terjahan (tackle). Kalau dia terus menerus bergerak menggelecek ke arah gawang saya akan berlari mengikutinya tetapi saya akan terpaksa juga utk membuat terjahan pada suatu masa sebab sampai bila anda boleh bergerak ke belakang? Sekiranya dia berjaya mengelak dari terjahan anda dan menghantar bola kepada rakannya maka mungkin sekali mereka akan dapat utk menjaringkan gol. Ia suatu yg tidak enak, tetapi itu sahaja yg mampu anda lakukan. Dalam situasi ini adalah penting utk menghalang dari berlakunya keadaan 2 lawan 1 itu dan bukan menyalahkan pemain pertahanan atau penjaga gol yg ditinggalkan keseorangan.

Future England captain?

6. Bagaimana anda berhadapan dengan penyerang yang sentiasa bermain untuk mendapatkan foul? Saya akan tendang dia dgn lebih keras [ketawa]. Saya akan beritahu pengadil Tolong perhatikan pemain ini, saya tak sentuh dia pun. Kalau dia masih juga terus menerus cuba menipu pengadil dgn asyik terjatuh saya akan berdiri 1 atau 2 meter jauh darinya. Apabila dia tidak dapat merasa kehadiran saya (merasa dgn tangan), dia akan menyangkakan yg tiada pemain lawan yg ada berdekatan. Selalunya penyerang ini akan berpusing ke arah gol dan cuba melakukan larian yg pantas, sebaik sahaja dia berpusing ke arah gol saya akan terus mendekati beliau dgn pantas dan merampas bola dari kawalannya. Sebagai pemain pertahanan adalah sangat penting untuk bertenang setiap masa. Sekiranya pemain lawan berjaya menyebabkan anda marah, anda telahpun tewas. Sekiranya setiap pemain dapat memenangi pertarungan2 individu masing2 seperti ini, 9 dari 10 kali pasukan anda akan memenangi perlawanan tadi.

Kalau suka sangat tackle orang, sila tukar kpd sukan ni

7. Jika anda sedang mengejar satu perlawanan dalam beberapa minit terakhir dan anda memerlukan gol, adakah anda menyertai serangan? Saya akan naik ke atas dan cuba untuk mendapatkan gol, kerana jika anda kalah, ia tidak kira sama ada 1 gol atau banyak gol, anda tetap kehilangan semua mata. Jadi, naik ke atas dan cuba utk menyukarkan pemain lawan seboleh mungkin. Kalau bola terlepas dan pasukan lawan menyerang balas, anda hanya boleh berlari selaju mungkin utk menghalang serangan tadi.

Anda mungkin juga menyukai