Anda di halaman 1dari 4

Ekonomi Feudal Pendahuluan : o Ekonomi feudalisme berlaku pada Zaman Gelap atau Zaman Pertengahan Awal di Eropah ( 500

-1050 Masihi ). o Keadaan ekonomi ketika ini merosot dan kehidupan sukar kerana serangan orang gasar, ketiadaan kuasa pusat yang kuat, pembesar-pembesar yg berebut kuasa sesama mereka kerana raja gagal mengawalnya dan institusi gereja yang mengumpulkan kekayaan melalui pengaruh mereka Sistem Ekonomi Feudal : Tanah : o Penduduk menyerahkan tanah kepada tuan-tuan tanah Lords dan mereka menyerahkan sebahagian hasil tanaman serta menjadi askar sebagai balasan kepada perlindungan yg diberikan oleh tuannya. o Hubungan berbentuk 2 hala dan bertimbal balik.

o o

Pemegang tanah Vassal disyarat memberikan taatsetia kepada pemilik tanah Raja. Raja menyerahkan tanah kepada pegawai utama / ketua penyewa Count dan Count akan menyerahkan kepada pengusaha kecil / penyewa Lords dan Lords akan menyerahkan kepada manor tanah.

Hak Dan Tanggungjawab : o Count Ketua penyewa memperolehi tanah terus daripada raja dan tanggungjawabnya menyediakan sebilangan askar semasa perang.

o o o o

Count dipanggil untuk memberi nasihat dan menyumbang wang kepada raja. Sebagai balasan, raja akan memberi perlindungan kepada ketua-ketua penyewa dalam menyelesaikan pertelingkahan dengan kettu-ketua penyewa lain. Dibawah tiap-tiap ketua penyewa terdapat penyewa-penyewa lain dan hak serta tanggungjawabnya sepertiketua penyewa dengan raja. Dalam. system feudal ini kaum tani serf berada di tahap bawah sekali dengan corak hidup yang miskin dan tidak berpelajaran. Hak mereka sedikit tetapi tugas banyak dan tiada moboliti social. Jika hamba akan kekal ke anak.

Konsep Manor : o Petani tiada hubungan dengan dunia luar.

o o o

Keperluan petani seperti makanan, pakaian, peralatan dibuat dalam institusi manor sendiri. Tiada hubungan dagangan dengan dunia luar. Melaksanakan ekonomi melalui pertukaran barangan dan perkhidmatan menggantikan wang

Sistem Manor : o Tanah dibahagi kepada beberapa ladang manor dan ketua digelar Lord @ siegneur dan pekerja digelar petani serf.

o o o

Rumah manor di atas bukit bertujuan melindungi lord dan petani daripada diserang . Di kg terdapat kilang, kedai tukang besi, gereja kecil dan rumah parish ( jajahan yg ada paderi dan gereja sendiri. Tanaman sekeliling kg gandum

Kaedah Pertanian : o Sistem Tanah Lapang

o o o o o o o o o o o o o o

Pertanian tanah dibahagi 3 untuk tanaman ikut pusingan. Pusingan 1 Tanaman Musim Bunga oat dan barli Pusingan 2 Tanaman Musim Gugur gandum Pusingan 3 Tanah Rang ( dikosongkan tanpa tanaman ) Rumput yg tumbuh jadi makanan lembu, kambing dan kuda. Kebaikan kaedah ini menjamin kesuburan tanah Petani dikhaskan sebidang tanah kecil dan hasil untuk sara hidup Melalui cara ini petani berinisatif mencuba kaedah baru untuk tingkatkan pengeluaran. Hubungan petani tuan tanah dalam manor berasaskan kontrak tak bertulis Lord melindungi petani mendirikan kilang, gereja dan mahkamah untuk penduduk kampong. Sebagai balasan petani berhutang bayaran dan perkhidmatan kepada Lord. Bekerja untuk Lord beberapa hari seminggu. Musim menuai dipaksa berkerja di tanah Lord. Melaksanakan ekonomi melalui pertukaran barangan dan perkhidmatan menggantikan wang.

Kesimpulan : Ekonomi feudal bersifat mudah dan primitive dan kaedah yang digunakan adalah untuk menjamin bekalan tenaga buruh unruk tuan tanah tanpa bayaran upah.

Huraikan matlamat pelaksanaan Dasar Merkantilisme di Eropah. Pengenalan : 1. Latar belakang Perubahan dan perkembangan ekonomi yang berlaku di Eropah sejak abad ke enam belas ada kaitan dengan dasar ekonomi negara-negara tersebut. Bagi negara-negara Eropah, dasar ekonomi yang menjadi amalan dari awal abad ke enam belas sehingga ke pertengahan abad ke lapan belas dikenali sebagai Merkantilisme. 2. Keruntuhan sistem Feudalisme telah membawa kepada kemunculan negara-negara bangsa. Ini menyebabkan pemerintah negara-negara bangsa ini telah mula memperkukuhkan kekayaan negara melalui dasar Merkantilisme. 3. Konsep Merkantilisme : Merkantilisme boleh diertikan sebagai satu sistem campur tangan kerajaan dalam hal ehwal ekonomi negara. 4. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan kekuasaan politik dan kekayaan negara. Melalui campur tangan secara langsung dalam ekonomi, kerajaan dapat memastikan supaya perkembangan ekonomi yang berlaku selari dengan matlamat dan kepentingan negara. Isi : 1. Memenuhi keperluan ekonomi kendiri : Dalam konteks ini nasionalisme bermaksud setiap buah negara tersebut perlu membina satu sistem ekonomi yang bersifat kendiri. Bagi mencapai tahap kendiri dari segi ekonomi, negara tersebut perlu memajukan ekonominya baik dalam sektor pertanian mahupun dalam sektor perindustrian, seperti mewujudkan kegiatan perindustrian baru.Kerajaan perlu memberi galakkan dan perlindungan kepada sektor-sektor tersebut. 2. Memajukan ekonomi untuk mengekalkan kedaultan, dengan itu ia tidak perlu bergantung kepada negara lain bagi memenuhi keperluannya. Justeru itu negara berkenaan akan dapat mengekalkan kedaulatan, maruah dan menambahkan kekuatan politik dan kekayaan ekonominya. 3. Memajuknan dan memperkembangan industri telah meningkatkan keupayaan ekonomi negara sangat penting bagi ekonomi sebuah negara. Ia akan dapat memenuhi keperluan pasaran dalam negeri, mengelakkan pengimpotan barang dari luar, dan juga menyumbang ke arah usaha meningkatkan keupayaan negara mengekspot barangan. 4. Membina dasar yang bercorak Paternalisme : Paternalisme bermaksud kerajaan perlu memainkan peranan yang besar dan langsung dalam mengatur kegiatan ekonomi, politik dan sosial rakyat. Hanya dengan cara inilah kehidupan rakyat dapat dirangka sesuai dengan matlamat dan kepentingan negara. Pada tempoh ini di Eropah, hampir keseluruhan aspek kehidupan rakyat tidak terlepas daripada pengaruh peraturan undang-undang negara. Kerajaan melaksanakan peraturan tentang perkahwinan, menggalakkan pertumbuhan penduduk, menentukan kualiti dan kuantiti barangan industri, menetapkan harga barang. Dengan itu segala aspek kehidupan rakyat perlu tunduk kepada cita-cita dan matlamat ekonomi dan politik negara. Kerajaan menentukan perjalanan politik, ekonomi dan sosial keseluruhannya. 5. Bagi menggerakkan dasar meluaskan dengan mendapatkan tanah jajahan. Kolonialisme adalah unsur yang sangat penting dalam Merkantilisme. Melalui dasar ini, sesebuah negara dianggap perlu mempunyai tanah jajahan di seberang laut. Tanah jajahan menjadi simbol prestij negara tersebut. Tanah jajahan itu penting bagi memenuhi keperluan ekonomi negara induknya. Dengan mempunyai tanah jajahan, sesebuah negara akan dapat membebaskan diri daripada bergantung kepada negara lain. Ringkasnya, bagi dasar ini, tanah jajahan diwujudkan semata-mata untuk memenuhi kepentingan perdagangan negara induk. Tanah jajahan tidak dibenarkan membangunkan sektor industri dan mempunyai kapalnya sendiri. 6. Memonopoli perdagangan antarabangsa di Amerika, Eropah dan Afrika dalam pelbagai bidang eksport, seperti hamba abdi dan produk-produk dari amerika. Ini dapat dilihat dengan wujudnya Akta-akta Pelayaran seperti Akta Perantis 1563, Akta perkapalan 1650, Undang-undang Kemiskinan 1600, Settlement Act 1662 dan Akta Makanan 1663. 7. Membentuk ekonomi bersifat nasional dengan menyatukan dan menyelaraskan ekonomi bersifat kedaerahan ( Manorialisme )

Kesimpulan : Ringkasnya, dasar merkantalisme banyak menyumbang kepada negara-negara menambah kekayaan dan penguasaan mereka ke atas tanah jajahan. Huraikan ciri-ciri ekonomi Feudalisme pada zaman pertengahan awal di Eropah ( 476 1050M ) . Pendahuluan : o Ekonomi adalah suatu ilmu yang mengkaji pengeluaran, pengagihan, pertukaran dn penggunaan bahanbahan atau barang-barang yang bersifat kekurangan serta beraneka. Ekonomi juga merupakan suatu ilmu sains sosial kerana kajian ekonomi bisanya melibatkan aspek-aspek gelagat ( perilaku ) manusia.

Zaman Pertengahan awal di Eropah juga dikenali sebagai zaman gelap . Zaman ini bermula selepas kejatuhan tamadun Rom. Eropah mengalami zaman kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran. Pada masa itu juga tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan. Sistem masyarakat pada zaman gelap di Eropah ini dikenali sebagai sistem Feudalisme.

Isi : Ciri-Ciri Ekonomi Feudalisme : o Sistem ekonomi feudalisme tiada hubungan dengan dunia luar. Serangan orang gasar menyebabkan tidak wujud satu pemerintahan pusat yang berkesan. Rakyat menyerahkan tanah dan diri mereka kepada tuantuan tanah, iaitu lords dan berjanji untuk bertempur dan menyerahkan sebahagian daripada tanaman mereka kepada lord. Mereka yang memegang tanah daripada tuan tanah dkenali sebagai lords tenant atau vassal.

Sistem ini disebut feudalisme di mana hubungan peribadi antara lord dan vassal adalah berasaskan kontrak yang tidak bertulis. Dalam institusi feudalisme , raja mempunyai kuasa mutlak dan berada di kedudukan yang tertinggi, diikuti oleh count, lord, manor dan serf. Setiap seorang mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing yang bergantung kepada jenis tanah.

Ekonomi Masyarakat Feudal : o Di bawah sistem manor, tanah dibahagikan kepada beberapa ladang yang disebut manor dan ketuanya digelar lord/siegneur dan pekerja di bawah mereka digelar petani.

o o o

Kaedah pertanian mereka dikenali sistem tanah lapang dan diamalkan untuk menjamin kesuburan tanah. Tanah dibahagikan kepada tiga bahagian untuk penanaman mengikut pusingan: Pusingan pertama dikenali sebagai tanaman musim bunga di mana oat dan barli ditanam, pusingan kedua melibatkan tanaman musim gugur, iaitu gandum. Pada pusingan ketiga, tanah rang dibiarkan kosong. Di bawah sistem manor, kehidupan petani tertutup kerana keperluan seperti makanan, pakaian dan peralatan dihasilkan dalam isntitusi manor. Oleh yang demikian, tiada hubungan dagang dengan dunia luar. Dalam sistem manor , pertukaran barangan diutamakan.

Kesimpulan : Apa sahaja yang berkaitan.