Anda di halaman 1dari 20

11.

Sinopsis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami peranan organ artikulasi dalam menghasilkan aliran udara dan seterusnya melahirkan bunyi bahasa yang membawa makna. Dalam penghasilan bunyi ini, semua organ memainkan peranan masing-masing. Para pelajar juga akan mempelajari

penggolongan dan penghasilan bunyi bahasa serta mengetahui cara-cara menghasilkan bunyi bahasa.

11.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. menyatakan sifat-sifat bunyi vokal; ii. mengenal pasti vokal, diftong dan konsonan; dan iii. menerangkan bagaimana vokal dan konsonan diujarkan.

11.3

Vokal Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa halangan, sekatan, ataupun sisian pada arus udara yang dikeluarkan dari paru-paru. Sifat-sifat bunyi vokal adalah; i. vokal adalah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan;

ii. vokal adalah bunyi bersuara; iii. untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral tanpa sekatan; dan iv. sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir.

Terdapat lapan bunyi vokal, iaitu enam vokal asli bahasa Melayu dan dua vokal pinjaman. Vokal-vokal asli ialah [a, e, i, o, u]. Vokal-vokal pinjaman pula ialah [, ]. Kelapan-lapan vokal ini ditunjukkan dalam Rajah 11.1 di bawah. Bahagian depan, tengah dan belakang pada rajah menunjukkan bahagian lidah yang berperanan ketika menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

Rajah 11.1: Kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu

Semasa bunyi vokal dihasilkan; i. ii. iii. berlaku getaran pada pita suara; anak tekak dinaikkan; udara yang keluar dari paru-paru tanpa sebarang halangan atau sekatan,

malahan keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut; iv. bentuk bibir boleh berkeadaan bundar atau leper.

11.3.1 Vokal Hadapan

Semasa kita menyebut bunyi akhir dalam kata beli, depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras terdapat saluran sempit untuk udara keluar. Huruf akhir pada perkataan beli, dilambangkan [ i ]. Lambang ini [ i ] ialah lambang fonetik. Manakala bunyi [ e ] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [ i ].

Selepas anda membunyikan vokal [ i ], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [ a ]. Anda akan dapat merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas kerana depan lidah juga diturunkan. Jadi bunyi [ a ] adalah bunyi vokal hadapan luas.

a. Vokal Hadapan Sempit [ i ]

Untuk menghasilkan vokal ini, hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara. Bibir berada dalam keadaan terhampar.

Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut; Awal kata [ikan] [ikat] [ipar] Tengah Kata [lipat] [lihat] [bila] Akhir Kata [gali] [sari] [cari]

Rajah 11.2: Pengujaran vokal depan sempit [ i ]

b. Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ]

Vokal ini terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Kalau kita menyebut vokal [ e ], bahagian depan lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan vokal [ i ]. Untuk menyebutnya, hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [ i ]. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara akan bergetar. Lihat Rajah 11.2 di atas. Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut;

Awal Kata [ elo ] [ esa ] [ ela ]

Tengah Kata [ laher ] [ merah ] [ sepa ]

Akhir Kata [ kole ] [ sate ]

c.

Vokal Hadapan Separuh Luas [ ]

Bahagian depan lidah diturunkan sepertiga daripada kedudukan vokal

semasa

melafazkan bunyi [ e ]. Lelangit lembut pula terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut dan pita suara bergetar. Semasa bunyi dilafazkan kedudukan bibir dalam keadaan terhampar.

Rajah 11.3: Vokal Depan Separuh Luas

d. Vokal Hadapan Luas [ a ]

Vokal ini dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Pita suara bergetar. Vokal ini paling banyak terdapat dalam Bahasa Melayu. (rujuk Rajah 11.4)

Rajah 11.4: Vokal Hadapan Luas [ a ]

Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut;

Awal Kata [ ala ] [ ali ] 11.3.2 Vokal Belakang

Tengah Kata [ mkan ] [ sara ]

Akhir Kata [ lala ] [ papa ]

Vokal belakang dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah ke lelangit lembut. Kemudian belakang lidah diturunkan satu pertiga ke bawah di bahagian belakang lidah seperti dalam menghasilkan bunyi vokal depan. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar. Bibir dibundarkan semasa menghasilkan bunyi ini. a. Vokal Belakang Sempit [ u ]

Bahagian belakang lidah diangkat tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuhnya. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara bergetar. Bibir berada dalam keadaan bundar. (rujuk Rajah 11.5)

Rajah 11.5: Vokal Belakang Sempit [ u ] Contoh; Awal Kata [ upah ] [ ubah ] b. Tengah Kata [ sulam] [ luka ] Akhir Kata [ buku ] [ dulu ]

Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]

Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan sedikit daripada titik yang paling tinggi semasa melafazkan bunyi [u]. Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut, sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung sementara pita suara digetarkan. (lihat Rajah 11.6)

Rajah 11.6: Vokal Belakang Separuh Sempit [o] Contoh: Awal Kata [ oleh ] Tengah Kata [ sogo ] Akhir Kata [ solo ]

c. Vokal Belakang Separuh Luas [ ]

Untuk menghasilkan bunyi vokal ini, belakang lidah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa bunyi ini dilafazkan, bibir berada dalam keadaan bundar.

Contoh: Awal Kata [ ra] d. Vokal Tengah [ ] Tengah Kata [ tlak] Akhir Kata [ blt ]

Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di bahagian bawah rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak untuk menutup rongga hidung. Udara keluar daripada paru-paru tanpa sekatan. Pita suara bergetar.

Rajah 11.7: Vokal Tengah

Contoh: Awal Kata [ ma ] Tengah Kata [ sma ] Akhir Kata

11.4

Bunyi Konsonan

Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan, bunyi-bunyi ini menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi konsonan terhasil apabila berlakunya sekatan udara yang mengalir dalam saluran suara. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Rujuk Rajah 11.8 untuk melihat cara-cara menghasilkan bunyibunyi konsonan bahasa Melayu.

Rajah 11.8: Konsonan Bahasa Melayu

Dalam Bahasa Melayu, konsonan terbahagi kepada konsonan asli dan pinjaman. Konsonan asli terdiri daripada bunyi-bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran, sisian, getaran dan bunyi separuh vokal. 11.4.1 Konsonan Letupan (Plosif)

Konsonan letupan dihasilkan dengan merapatkan alat sebutan kepada mana-mana daerah sebutan.. Udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut akan tersekat. Apabila udara yang tersekat ini dilepaskan dengan serta merta maka

terhasillah bunyi letupan. Bunyi letupan akan berubah-ubah apabila daerah dan alat sebutannya diubah. a. Letupan bibir [ p ], [ b ]

Letupan bibir dihasilkan dengan merapatkan bibir nbawah ke bibir atas dan lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru akan tersekat dan dilepaskan serta-merta. Apabila letupan itu dilakukan dengan pita suara tak bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan bibir tak bersuara [ p ]. Contoh, [ parah ], [ rupa ]. Apabila pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan bibir bersuara [ b ]. Contoh, [ baru ], [ biru ], [ habuk ]

Rajah 11.9: Konsonan letupan bibir [p] dan [b]

b.

Letupan gusi [ t ], [ d ]

Bunyi konsonan letupan gusi dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang tertahan dalam rongga mulut dilepaskan serta-merta pada bahagian hujung lidah dan gusi.Jika pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [ d ]. Contoh, [ dada ], [ nada ], [ tidur ]. Jika pita suara tidak bergetar, maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tak bersuara [ t ]. Contoh, [ tanah ], [ mata ]

Rajah 11.10: Konsonan letupan gusi [t] dan [d]

c.

Letupan lelangit lembut [ k ], [ g ]

Letupan lelangit lembut dihasilkan apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang tertahan dilepaskan dengan serta-merta pada bahagian belakang lidah dan lelangit lembut. Bunyi suara yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut [ k ] tak bersuara di mana pita suara tidak bergetar. Contoh, [ kaki ], [ laku ], [ saku ]. Apabila pita suara bergetar maka bunyi suara yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut [ g ] bersuara. Contoh, [ gaya ], [ pagar ], [ segar ]

Rajah 11.11: Konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g] Letupan pita suara/hentian glotis [ ]

d.

Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Udara kemudian terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan serta-merta pada bahagian pita suara. Pita suara tidak bergetar. Maka terhasillah [ ]. Contoh, [ poko ], [ keadaan ]

11.4.2 Konsonan Letusan (Afrikat) Bunyi letusan dihasilkan dengan merapatkan alat artikulasi sehingga udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutupi rongga hidung. Udara kemudiannya terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan perlahan-lahan pada bahagian lelangit keras. Maka terhasillah fonem [ ] di mana pita suara tidak bergetar. Contoh, [ awan ], [ baa ]. Apabila pita suara bergetar, bunyi suara yang dihasilkan ialah konsonan letusan lelangit keras bersuara [ ]. Contoh, [ alan ], [ baa ]

Rajah 11.12: Konsonan letusan [ ] dan [ ]

11.4.3 Konsonan Sengauan (Nasal) Dalam Bahasa Melayu terdapat empat bunyi nasal. Bunyi nasal berlaku apabila alat artikulasi dirapatkan kepada daerah artikulasi. Lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga hidung dan rongga mulut. Pita suara akan bergetar.

a.

Konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ]

Udara dari paru-paru dipam ke pita suara. Lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Udara terhalang pada bahagian dua bibir, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut, maka terhasillah fonem [ m ]. Contoh perkataan [ mlu ], [ amn ]. (rujuk Rajah 11.13)

Rajah 11.13: Konsonan Sengauan [m]

b.

Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]

Bunyi terhasil apabila udara terhalang pada bahagian hujung lidah dan gusi kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Apabila udara tiba di rongga tekak, lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]. Contoh perkataan ialah, [ nsi], [ nns ]. (rujuk Rajah 11.14)

Rajah 11.14: Konsonan Sengauan [n]

c.

Konsonan sengauan lelangit keras [ ]

Bunyi konsonan ini dihasilkan apabila udara yang terhalang pada bahagian depan lidah dan lelangit keras, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut.

Bunyi suara yang dihasilkan ialah fonem [ ]. Contoh perkataan ialah, [ ala ], [ baak ]. (rujuk Rajah 11.15)

Rajah 11.15: Konsonan sengauan [ ] d. Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ ] Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Udara terhalang pada bahagian belakang lidah dan lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Pita suara akan bergetar. Bunyi suara yang dihasilkan ialah [ ]. Contoh perkataan ialah, [ aa ], [ mail ]. (rujuk Rajah 11.16)

Rajah 11.16: Konsonan sengauan [ ] 11.4.4 Konsonan Geseran (Frikatif) Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan rongga aliran udara sewaktu melalui rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan udara hanya keluar melalui rongga mulut.

a.

Geseran gigi-gusi tak bersuara [ s ]

Bunyi dihasilkan apabila udara yang keluar dari paru-paru bergeser pada sempitan lidah dan gusi. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara maka terhasillah bunyi gusi tak bersuara [ s ]. Contoh perkataan ialah, [ salah ], [ msa ], [ bas ]. (rujuk Rajah 11.17)

Rajah 11.17: Konsonan Geseran [ s ]

b.

Geseran glotis tak bersuara [ h ]

Bunyi dihasilkan apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang tanpa halangan. Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang tekak. Bunyi suara yang dihasilkan ialah [ h ], geseran glotis tak bersuara. Contoh perkataan ialah, [ hawa ], [ mha ] (rujuk Rajah 11.18)

Rajah 11.18: Konsonan Geseran [ h ]

11.2.5 Konsonan Getaran (Tril) Bunyi dihasilkan apabila udara dari paru-paru ditekan keluar melalui rongga mulut hingga menggetarkan lidah pada bahagian gigi-gusi. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara [ r ]. (rujuk Rajah 11.19)

Rajah 11.19: Konsonan Getaran [ r ]

11.2.6 Konsonan Sisian (Lateral) Udara dikeluarkan melalui rongga mulut terhalang dan keluar melalui kedua-dua belah kiri dan kanan lidah. Hujung lidah dinaikkan ke bahagian gusi. Pita suara bergetar. Bunyi yang dihasilkan ialah [ l ]. Contoh perkataan ialah, [ lari ], [ sila ], [ selamat ]. (rujuk Rajah 11.20)

Rajah 11.20: Konsonan Sisian [ l ]

11.2.7 Konsonan Separuh Vokal

Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah dan ruang udara di dalam mulut sama kedudukannya seperti ketika menyebut bunyi vokal. Ujaran dilakukan separuh jalan sahaja. a. Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]

Bibir dan belakang lidah seperti untuk membunyikan [ u ], kemudian berlaku geluncuran. Bunyi yang dihasilkan ialah separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]. Contoh perkataan ialah, [ waya], [ wa ]. (rujuk Rajah 11.21)

Rajah 11.21: Konsonan Separuh Vokal [ w ] b. Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [ y ]

Kedudukan lidah pada peringkat awal adalah seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini ialah separuh vokal lelangit keras bersuara [ y ] 11.5 Diftong

Diftong ialah bunyi yang terdapat geluncuran semasa menyebutnya. Diftong dilambangkan oleh dua huruf vokal yang membentuk satu suku kata. Semasa bunyi diftong dihasilkan, berlaku getaran pada pita suara. Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga bentuk diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Bunyi diftong dihasilkan apabil sebuah vokal menggeluncur dan bergabung dengan sebuah vokal lain. Ini dapat dilihat dalam diftong [ai].

Bunyi vokal dimulai dengan cara penghasilan vokal depan luas [a], kemudian berlaku geluncuran ke arah bunyi vokal depan sempit [i]. Contoh perkataan ialah, [ rumpai ], [ sampai ], [salai]. Diftong [au] pula dihasilkan apabila vokal depan luas [a] menggeluncur ke arah bunyi vokal belakang sempit [u] iaitu bibir berada dalam

keadaan bundar dan lidah berada di belakang. Contoh perkataan ialah, [ panau ], [ surau ], [ pulau ]. Pengujaran diftong [oi] dimulai dengan cara penghasilan vokal belakang separuh sempit [o], kemudian berlaku geluncuran ke arah bunyi vokal depan sempit [i]. Bibir berkeadaan leper dan lidah berada di hadapan dan bukaan mulut separuh sempit. Contoh perkataan ialah, [ dodoi ], [ boikot ].

Aktiviti 1 i. Bagaimana bunyi diklasifikasikan sebagai vokal dan konsonan? ii. Dalam kumpulan, bincang dan buat deskripsi konsonan letupan dan letusan. Nyatakan perbezaan kedua-dua konsonan ini. iii. Apakah fungsi getaran pita suara dalam menghasilkan bunyi konsonan.

Aktiviti 2 Setelah anda membaca dan memahami keterangan yang berkaitan dengan penghasilan bunyi konsonan. Cuba lengkapkan jadual di bawah dengan memberikan contoh perkataan yang menunjukkan penyebarannya dengan menggunakan transkripsi fonetik.

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i]. Vokal Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah. Lambang fonetik Contoh perkataan Nota [a] anak, tanah, lada [] ela, semak, sate [i] iring, kita, seri [] emak, betul Tidak terdapat di hujung perkataan [o] obor, botak, moto [u] ular, sultan, saku Konsonan asli bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman. Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan.

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. [p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y]