Anda di halaman 1dari 2

SISTEM SOKONGAN TUMBUHAN JENIS TUMBUHAN CONTOH SISTEM SOKONGAN Batang tidak berkayu, lembut dan memerlukan kesegahan

air untuk sokongan. TUMBUHAN TIDAK BERKAYU Pokok keembung, rumput, bayam, sawi, jagung, pokok kekwa. Air yang tersimpan di dalam sel-sel tumbuhan mengekalkan ketegangan dan kesegahan dinding sel. KELEMAHAN / KELEBIHAN Tidak dapat menyokong berat yang besar. Jadi, pokok tidak berkayu biasanya lebih rendah. Tumbuhan mudah layu apabila sel tumbuhan kehilangan air melalui transpirasi. Tumbuhan yang berbatang tegak dan tinggi membolehkannya bersaing dengan tumbuhan lain untuk mendapatkan cahay matahari. Pokok berkayu tidak mudah ditumbangkan oleh angin kencang.

Batang keras yang terdiri daripada tisu berkayu padat. Tisu berkayu itu adalah tisu xylem tua yang mana dinding selulosanya telah diperkuatkan oleh lignin. TUMBUHAN BERKAYU Pokok durian, pokok angsana, pokok getah Semakin tua sesuatu pokok, semakin banyak lilitan tisu berkayu yang terbentuk pada batangnya. Tisu keras itu membolehkan tumbuhan berdiri tegak untuk mendapatkan cahaya matahari untuk fotosintesis.

Batangnya lembut dan tidak berkayu. Tumbuhan akuatik hanya boleh berdiri tegak ketika tumbuhan itu berada di dalam air dan disokong oleh pengapungan air. Batangnya mempunyai banyak ruang udara untuk membolehkannya terapung di atas air. Tumbuhan akuatik mempunyai daun yang kecil untuk mengurangkan rintangan arus air.

Daun tumbuhan akuatik yang dikeluarkan dari air akan terkulai dan terjuntai.

TUMBUHAN AKUATIK

Bunga teratai, keladi bunting, kiambang air.

Anda mungkin juga menyukai