Anda di halaman 1dari 4

Kepentingan Penyelesaian Masalah Matematik Dalam Kehidupan Seharian Kebolehan nombor dalam matematik untuk menyelesaikan masalah dalam

kehidupan banyak memberi kepentingannya yang tersendiri kepada individu. Seperti yang kita tahu dalam kehidupan seharian, nombor sering wujud dan banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Bagaimana perniagaan saham boleh naik turun setiap detik, setiap waktu, dan setiap saat? Nombor yang terdapat dalam matematik yang berperanan untuk menyelesaikan masalah kewangan di setiap syarikat dan perniagaan. Tanpa nombor , tidak akan wujud urusan perniagaan di seluruh negara. Bukan sahaja itu, wujud manusia yang buta ilmu pengiraan dan terbantutlah pemikiran manusia kerana penyelesaian masalah dalam nombor yang memberi keselesaan dalam kehidupan . Seperti yang kita tahu,setiap pemegang saham sesuatu syarikat pasti mempunyai masalah dalam pelaburannya seperti kekurangan bayaran saham, dan sebagainya. Bayangkan sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan, implikasinya pasti sangat besar dan memberikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan seharian kita. Itulah kepentingan penyelesaian masalah dalam nombor. Sesuatu urusan kehidupan manusia pasti akan dapat diuruskan dengan efektif dan lancar. Antara pemikir yang menyumbangkan kepada keberkesanan penyelesaian masalah nombor dalam matematik ialah George Polya yang telah mengemukakan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah nombor yang bukan hanya boleh digunakan untuk masalah matematik, malah masalah yang sering kita hadapi dalam kehidupan seharian. Di samping itu, kemahiran penyelesaian masalah nombor matematik dalam kehidupanseharian dapat merangsang perkembangan intelek seseorang individu itu. Ia meningkatkan lagi perkembangan kognitif dalam perkembangan seseorang supayalebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan.Bayangkan,seorang penjual aiskrim bergerak juga akan menghadapi kesukaran apabilaberhadapan dengan pelanggan yang ramai. Boleh bayangkan jika dia tidak bolehmengira secara pantas? Itulah kepentingan matematik yang wujud secara tidak sedar kerana pada waktu yang sama,penjual aiskrim itu meningkatkan kemahiran mengiranyasetiap kali dia berurusniaga dengan pelanggan. Bayangkan sekiranya dia menjual aiskrim yang beharga pelbagai harga dan sebagai contoh, Aiskrim Mat Kool vanilla yang disaluti coklat ranggup yang berharga RM1.20 dan aiskrim ini yang menjadi sambutankanak-kanak.Oleh itu, peniaga ini seharusnya sudah memikirkan untuk menukar syilingyang banyak kerana banyak syiling

diperlukan untuk dipulangkan kepadapelanggan.Secara tidak langsung, penjual aiskrim sudah belajar cara memulangkanbaki kepada pelanggan.Ramai peniaga peniaga yang wujud di dunia ini tidak pandaimenulis tapi pandai mengira dengan lancarnya.Itulah kepentingan matematik dalamkehidupan seharian kerana wujud praktikal jika diamalkan selalu.Sekiranya kita sedar bahawa Matematik adalah ilmu yang bukan berdasarkanteori malah perlu praktikal selalu supaya tidak lupa apa yang dipelajari. Ia adalah satudisiplin penting kerana peranan praktikal bagi individu dan masyarakat melaluipendekatan penyelesaian masalah, aspek matematik ini dapat dibangunkan.Penyelesaian masalah dan mengembangkan kemahiran yang diperluka n untukmenyelesaikan masalah yang lebih baik dari pengajaran kemahiran tanpa kontekstersebut memberikan penyelesaian masalah nilai khusus sebagai salah satu cara untukbelajar konsep baru dan kemahiran atau penguatan kemahiran yang telah diperoleh.Stanic dan Kilpatrick, (1989), NCTM, (1989) mengatakan bahawa mendekatimatematik melalui penyelesaian masalah dapat mencipta konteks yangmensimulasikan kehidupan nyata dan kerana matematik daripada memperlakukannya.Penyelesaian masalah menjadi fokus utama dalam matematik kerana, mereka berkata,itu meliputi kemahiran dan fungsi yang merupakan bahagian penting dari kehidupansehari-hari. Selain itu ,ia juga dapat membantu orang untuk menyesuaikan diri denganperubahan dan masalah tak terduga dalam kerjaya mereka dan aspek lain darikehidupan mereka.Penyesuaian diri itu amat penting kerana kepekaan terhadap aspek perubahanekonomi yang wujud di dunia ini kerana kemodenan banyak meningkatkan kos taraf hidup manusia. Kos taraf kehidupan merupakan salah satu masalah matematik yangdiurus secara langsung oleh setiap individu yang menghadfapi masalah ini. Hargaminyak di Malaysia yang semakin naik setiap tahun adalah salah satu contoh terbaikuntuk perubahan kesan daripada faktor ekonomi negara Mesir yang menghadapi krisispemberontakan. Harga minyak Petrol RON 97 seliter yang naik 10 sen pada harga pasaran ialah RM2.50 yang dikuatkuasakan serta merta pada awal Februari yang lalu.Oleh itu, sebagai seorang yang boleh berfikir dan boleh merancang perbelanjaaan dirikita perlu mengelakkan dan merancang penggunaan wang kita agar tidak berlakumasalah kewangan yang akan membebankan kita. Ini adalah salah satu kepentinganmatematik dalam kehidupan seharian ,iaitu diajar untuk menerima arus perubahansedia ada supaya tidak mengalami kejutan budaya dan berusaha untuk mencapaistandard individu yang berkualiti dari segi intelek.Bayangkan kehidupan tanpa nombor? Bolehkah manusia boleh melakukanpengiraan terhadap sesuatu? Apa yang dilakukan untuk menggantikan sistem nombor di dunia ini? Matematik wujud

ke arah kepentingan yang paling umum dan menjadirutin yang sebati dalam kehidupan ialah ia membantu untuk memudahkan kehidupanseharian dengan kewujudan Matematik dalam kehidupan.dan ia sudah sebati dalamkonteks kehidupan manusia.Proses jual beli yang berlaku pada setiap kedai yang wujuddi seluruh dunia.Kewujudannya yang meluas yang menyebarkan perdagangan keseluruh dunia dari zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana pedagang pedagang Arab yang sanggup berdagang ke Tanah Melayu untuk berdagang rempah ratus danpada waktu yang lalu,mereka hanya menggunakan duit kupang sebagai nilai emasmereka.Bukan sahaja itu, sekiranya matematik tidak wujud, wujudkah lagi bank di dalamdunia? Itulah menjadi persoalan dan menjadi salah satu faktor yang penting tentangkepentingan matematik. Proses yang melibatkan operasi matematik seperti akaun, fizik,kimia yang menjadikan pengiraan sebagai langkah untuk mahir dalam subjek ini. Olehitu,pakar pakar Intelek mengatakan bahawa matematik adalah subjek yang peting yangmembawa kepada kecerdasan otak kiri yang menjadikan seorang itu cenderung untukmelakukan kira kira iaitu Abacos sebagai contoh teknik mengira yang paling kreatif didalam dunia dan banyak pakar matematik yang wujud disebabkan kaedah Abacos ini.Kaedah ini membantu ramai individu di dalam penyelesaian masalah yang melibatkanoperasi tambah dan tolak. Apa yang dapat disimpulkan di sini,Matematik adalah satu subjek yang wajibdididik kepada kanak kanak sewaktu kecil kerana semakin lama Manusia semakinmembesar,semakin banyak digunapakai dalam kehidupan yang nyata ini.Bukan sahajaitu, desakan dari arus kemodenan, ia menjadi subjek yang wajib untuk difahami keranateknologi kini banyak menjadikan matematik sebagai salah satu yang penting dalamkehidupan seharian samada dalam penyelesaian masalah ataupun tidak.Matematik inipasti akan memberi impak yang positif kepada seseorang supaya tahap kecerdasanintelek seseorang itu dapat mengimbangkan kehidupannya untuk menjadi individu yangberguna pada masa akan datang, dan matematik juga memainkan peranan yang amatbesar dalam proses pertukaran barang yang sangat diperlukan oleh manusia untukmeneruskan kehidupan seharian. Tanpa matematik maka mundurlah pembangunanmanusia, pincang pemikirannya dan bantutlah perkembangannya.

Betapa pentingnya nombor itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Kita guna nombor untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas nombor iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita. Nombor juga penting dalam perniagaan dan ekonomi. Nombor digunakan untuk menentukan untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti keseimbangan dalam perniagaan dan ekonomi. Statistik juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Statistik digunakan untuk menyajikan data yang dikumpul daripada manusia supaya manusia dapat faham dan guna untuk buat keputusan dalam beberapa perkara yang penting dalam kehidupan kita. Statistik adalah sebahagian daripada nombor. Bidang ini menumpukan kepada pengiraan nilai-nilai unik dalam matematik dengan menggunakan nombor seperti min, median dan mod untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi.