Anda di halaman 1dari 21

1.

PENDAHULUAN

Membaca dan menulis merupakan kemahiran asas yang wajib dikuasai oleh setiap insan di dunia ini. Walaupun, tidak berpelajaran tinggi, namun begitu, apabila seseorang individu itu dapat membaca dan menulis, mereka ini akan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Oleh itu, kelas pemulihan merupakan satu kelas yang amat penting bagi murid-murid yang tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis. Guru pemulihan akan berusaha untuk membantu murid yang tidak tahu membaca dan menulis untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas dan bahasa Melayu bermula dari mengenal huruf sehinggalah membaca ayat-ayat mudah.

1.1

Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Pada minggu kedua Bulan Januari 2012, saya telah menerima tiga orang murid di Sekolah Kebangsaan Losong yang telah dikenal pasti murid pemulihan. Saya telah melakukan ujian diagnostik terhadap mereka untuk mengesan daerah

kelemahan mereka dalam pelajaran bahasa Melayu.

Hasil analisa yang dilakukan terhadap kertas ujian diagnostik murid-murid pemulihan tersebut, saya telah mendapati mereka telah mengenal semua huruf konsonan dan huruf vokal, mereka juga dapat menulis suku kata KV . Namun begitu, mereka tidak dapat menulis dan mengeja suku kata KVK. Mereka hanya mengeja setakat KV sahaja dan tertinggal huruf konsonan dihujung.

Seterusnya, saya telah melakukan sesi pengajaran bermula mengulangkaji terlebih dahulu dengan kemahiran yang paling asas iaitu mengenal abjad. Saya telah menggunakan kaedah abjad sewaktu pengajaran. Seterusnya, saya telah ke 1

kemahiran berikutnya iaitu kemahiran suku kata KV. Murid dapat mengeja dan menulis suku kata KV dengan baik. Jadi, saya meneruskan lagi untuk kemahiran suku KVK. Pada awalnya, setelah diajar untuk mengeja suku kata KVK, murid dapat mengeja. Namun begitu, apabila saya meminta mereka untuk menulis semula suku kata KVK yang telah dieja tanpa sebarang bantuan, mereka tidak menulisnya. Mereka tetap menulis setakat dua huruf awal sahaja iaitu KV dan meninggalkan huruf konsonan dihujungnya. Jika mereka menulis pun huruf konsonan hujung itu tidak berkaitan dengan suku kata yang dieja. Contohnya, pat ditulis pal.

Murid-murid menjadi kurang bersemangat dan tidak bermotivasi apabila tidak dapat menulis suku kata KVK. Mereka mengadu kepada saya, susah untuk mengeja suku kata KVK serta menulisnya semula. Setiap kali, saya meminta mereka untuk mengeja dan menulis perkataan yang mengandungi suku KVK tanpa rujukan, mereka akan menunjukkan muka tidak suka serta muram. Hal ini, membuatkan saya berasa sedih. Murid-murid ini tidak dapat memasukkan atau membayangkan huruf yang ketiga dalam suku kata KVK sewaktu mengeja dan menulis suku kata KVK. Mereka hanya dapat mengeja dan menulis suku kata KV.

Oleh itu,sebagai seorang guru pemulihan, hal ini telah menjadi tanggungjawab saya untuk diatasi. Sehubungan itu, saya telah mengambil keputusan untuk menjadikan masalah mereka ini sebagai fokus kajian tindakan saya. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, dikhuatiri akan mengganggu pembelajaran mereka ke peringkat kemahiran yang seterusnya.

Sehubungan itu, saya harus menginovasi satu kaedah bagi membantu murid-murid saya. Kaedah tersebut ialah kaedah SOUND N GO. Kaedah ini menggabungkan kaedah fonetik dan kaedah VAKT untuk membantu penguasaan murid dalam kemahiran suku kata KVK.

1.2

Refleksi Literatur

Bagi meningkatkan lagi tahap pendidikan pemulihan di negara ini, setiap guru harus lebih kreatif dan berani melakukan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran masing masing selaras yang diperkatakan oleh Hj.Mohd Ali (1994), seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.

Pengajaran yang berinovasi dan kreatif juga akan memudahkan guru untuk meningkatkan lagi minat murid terhadap pembelajaran guru. Hal ini selari dengan pernyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar. Motivasi dan dorongan amat diperlukan bagi murid pemulihan untuk mendorong murid lebih bersemangat untuk belajar. Bertepatan dengan kenyataan Chua & Koh iaitu murid lambat sentiasa memerlukan berbagai bagai dorongan dan galakan untuk meningkatkan keyakinan diri.

Sehubungan itu, guru-guru di sekolah

mesti mengkaji dengan lebih

mendalam mengenai amalan-amalan mereka sendiri dan mengkaji kaedah-kaedah baru bagi memotivasikan para murid,mengaplikasikan gaya-gaya pembelajaran dan pengajaran, mengajar cara berfikir,dan dalam proses ini mengenali semula keberahian dan tujuan moral yangmenjadikan pengajaran suatu profesion yang 3

meransangkan dan efektif.Oleh itu, setelah pengkaji mengkaji lebih mendalam, pengkaji ingin menggabungkan kaedah fonetik dan kaedah VAKT sebagai satu kaedah baru untuk pengajaran pengkaji di kelas kelak.

Kaedah fonetik menekankan penguasaan hubungkait di antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Kajian telah menunjukkan bahawa otak manusia membaca dengan membunyikan bunyi huruf-huruf bukan membunyikan nama-nama huruf. Oleh kerana sebutan perkataan bahasa Melayu memang terbit secara langsung daripada gabungan bunyi-bunyi huruf, mengajar membaca menggunakan kaedah fonetik adalah antara yang terbaik.

Perkara ini juga selari seperti yang disebut dalam

Buku Panduan

Pemulihan (1991) iaitu mengikut kaedah fonetik ini murid-murid diperkenalkan dengan bunyi huruf dan bukannya nama huruf. Malahan kaedah fonetik ini juga sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu yang fonemik. Tahukah anda ? huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah, 1977:42).

Selaras dengan teori Chomsky yang telah membezakan antara Kebolehan bahas dengan pengetahuan bahasa. Menurutnya kebolehan bahasa bermaksud kebolehan kanak-kanak menggunakan bahasa. Pengetahuan bahasa bermaksud pengetahuan kanak-kanak tentang bahasa, iaitu tentang bentuk ayat, sistem amkna dan sistem bunyi yang didengar dalam abhasa yang digunakannya.

Jika selama ini murid hanya memandang dan menyebut sahaja apa yang dipandang menyebabkan murid kurang memahami apa yang diajar oleh guru . Namun begitu, apabila sesuatu pengajaran digabungkan dengan deria

pendengaran , penglihatan , pergerakan dan taktil atau singkatannya VAKT, murid akan lebih mudah untuk memahami dan mengingati setiap apa yang diajar. Hal ini selaras kenyataan yang dinyatakan dalam Dr. Anuar (2009) dalam blog tulisannya iaitu kaedah VAKT ini berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran dan berdiri atas premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran.

Kaedah SOUND N GO ini berselari dengan kaedah Gilingham yang menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannya (Dr. Anuar,2009).

2.0

FOKUS KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan masalah atau isu yang dihadapi oleh pengkaji dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah. Selain itu, pengkaji juga perlu menyenaraikan masalah atau isu yang memerlukan tindakan intervensi untuk meningkatakan keberkesanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.1

Tinjauan Masalah

Setelah melakukan ujian diagnostik dan pengajaran dijalankan terhadap muridmurid pemulihan ini, saya telah mendapati murid-murid pemulihhan masih tidak menguasai kemahiran menulis kemahiran suku kata KVK . Antara kesilapan yang saya perhatikan sepanjang ujian dan pengajaran dalam kelas ialah :

a) Meninggalkan huruf terakhir dalam suku kata KVK b) Tidak menulis huruf akhir seperti yang dieja atau dibaca c) Tidak dapat menulis suku kata KVK

Kesalahan-kesalahan ini,, saya telah dapati bermula dari ujian diagnostic lagi. Kemudian berulang lagi sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran yang melibatkan penggunaan suku kata KVK seperti perkataan KV + KVK, KVK + KVK , KV + KV + KVK dan KVK + KV + KVK. Kesalahan kanak-kanak ini tidak dapat dilihat sewaktu mereka membaca. Hal ini kerana mereka dapat membaca dengan baik perkataan yang mengandungi suku kata KV dan KVK. Namun begitu, apabila untuk menulis semula perkataan yang mereka baca tanpa sebarang bantuan, kelemahan mereka akan terserlah. Mereka tidak dapat menulis seperti yang dibaca.

Perkara ini jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan kanak-kanak ini menghadapi masalah dalam pengajaran penulisan dan membina ayat. Faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi kerana murid tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan bentuk huruf yang ingin ditulis.

2.2

Analisis Tinjauan Masalah

Masalah yang telah dikesan jika tidak diambil sebarang tindakan akan menyebabkan masalah tersebut itu makin bertambah besar. Sehubungan itu, pengkaji seharusnya mempunyai satu kaedah atau cara yang sesuai bagi mengatasi masalah yang timbul. Oleh itu, setelah meneliti beberapa jenis kaedah, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah SOUND N DO bagi

mengatasi masalah murid untuk mengeja dan menulis suku kata KVK .

Kaedah SOUND N DO merupakan satu kaedah yang pengkaji rasa sangat sesuai bagi murid untuk mengeja dan membaca. Kaedah ini sesuai dilakukan untuk kanak-kanak yang masih mengalami masalah dalam mengeja dan membaca. Kaedah ini merupakan gabungan kaedah fonik dan kaedah VAKT. Melalui pengalaman pengkaji selama mengajar murid pemulihan sewaktu praktikum, pengkaji mendapati murid akan lebih mengingati dan dapat menulis dengan baik apabila setiap semua deria rasa yang berada di tubuh mereka diguna dengan baik.

Selain itu, murid-murid juga tidak akan berasa bosan apabila mereka menggerakan tubuh badan sewaktu belajar. Murid murid akan diajar untuk membunyikan abjad-abjad mengunakan kaedah fonik. Kemudian mereka akan melakukan gaya bunyi huruf yang disebut. Contohnya bunyi bagi abjad a iaitu aaa, murid akan melakukan perbuatan seperti dalam kesakitan. Kemudian, murid akan menekap huruf a sambil membunyikan dan akhir sekali menulis huruf tersebut.

Pengkaji yakin murid akan dapat mengingati bunyi huruf dan juga dapat menggabungkan bunyi huruf serta dapat menulis semula suku kata KVK yang telah dibaca tanpa bantuan sesiapa. Selain itu, melalui kaedah VAKT juga, pengkaji dapat meningkatkan lagi penggunaan psikomotor halus murid yang sangat penting untuk menulis.

3.0

OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

3.1

Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan kaedah SOUND N DO akan dapat meningkatkan minat, pemahaman, penguasaan murid-murid Kelas Pemulihan Sekolah Kebangsaan Losong dalam kemhiran suku kata KVK.

3.2

Objektif Khusus i. Mengenalpasti minat murid dalam kemahiran suku kata KVK kesan daripada penggunaan kaedah SOUND N DO. ii. Mengenalpasti tahap pemahaman murid dalam kemahiran suku kata KVK kesan daripada penggunaan kaedah SOUND N DO.

iii.

Mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran suku kata KVK kesan daripada penggunaan kaedah SOUND N DO 8

3.3

Soalan Kajian Adakah penggunaan kaedah SOUND N DO dapat menarik minat murid dalam kemahiran suku kata KVK. Sejauh manakah penggunaan kaedah SOUND N DO dapat meningkatkan tahap pemahaman murid dalam kemahiran suku kata KVK. Sejauh manakah penggunaan kaedah SOUND N DO dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran suku kata KVK

i.

ii.

iii.

3.4

Kepentingan Kajian

Kajian ini mengupas mengenai penggunaan kaedah SOUND N DO dapat menyelesaikan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran suku kata KVK. antara kaedah SOUND N DO yang berkesan adalah penggunaan seluruh deria murid untuk mengingati setiap apa yang dipelajari perlu digunakan dengan baik. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan kaedah SOUND N DO semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid terhadap mempelajari kemahiran suku kata KVK. selain itu, murid dapat memahami dengan mudah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan murid-murid juga dapat ditingkatkan selepas mereka menggunakan seluruh deria.

3.5

Definisi Operasional

Berikut adalah merupakan istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini. 3.5.1 Kaedah

Menurut Abd. Aziz (2000), kaedah ialah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Kaedah merujuk kepada cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran bahasa.

3.5.2

Fonetik:

Kaedah fonetik menekankan penguasaan hubungkait di antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Selari dengan yang diperkatakan oleh Abd. Aziz (2000) kaedah fonik pernah juga dikenali sebagai kaedah bunyi.

3.5.3

VAKT

Kaedah membaca pelbagai deria, VAKT bermaksud V = Visual (penglihatan) , A = Audio (pendengaran) , K = Kinestetik (pergerakan) , T = Tektil (sentuhan).

Menurut Kamus Dewan (2005), visual bermaksud dapat dilihat. Visual menggunakan deria penglihatan iaitu mata untuk melihat apa yang ditunjukkan oleh guru.

10

Menurut Kamus Dewan (2005) audio adalah berkaitan dengan bunyi atau pendengaran. Audio melibatkan penggunaan deria

pendengaran iaitu telinga untuk mendengar sesuatu bunyi. Kinestatik pula melibat pergerakan tubuh badan. Taktil pula sentuhan ke atas sesuatu benda. Menggunakan deria sentuhan untuk mengingati sesuatu perkara.

3.6

Batasan Kajian

Kajian ini adalah berdasarkan dengan menyelesaikan masalah dalam bidang menulis kemahiran suku kata KVK. antara batasan batasan dalam kajian ini adalah ia terhad kepada sebuah sekolah sahaja iaitu SK Losong. Kajian ini juga hanya dibuat terhadap tiga orang murid Pemulihan SK Losong. Bidang yang ingin dikaji ialah menggambar dan menumpu kepada masalah murid untuk menulis suku kata KVK. masalah yang ingin diatasi adalah berfokus pada minat, pemahaman dan penguasaan.

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran untuk kajian berkaitan menyelesaikan masalah dalam kemahiran suku kata KVK dengan menggunakan kaedah SOUND N DO bagi murid-murid

pemulihan Sekolah Kebangsaan Losong ini adalah seramai 3 orang. Ketiga-tiganya adalah murid lelaki. Mereka ini dari kelas 2 Amanah yang telah dicalon untuk pemulihan. Sampel yang dipilih adalah dari kalangan yang tidak menguasai kemahiran suku kata KVK . Mereka ini kurang meminati, faham dan menguasai kemahiran suku kata KVK.

11

5.0

CADANGAN TINDAKAN

5.1

Perancangan Tindakan

Refleksi Membuat refleksi kendiri untuk melihat kekuatan dan kelemahan P&P sendiri.

Pemerhatian Mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan

Perancangan Merancang tindakan / intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan

Tindakan melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan

Rajah 5.1 : Prosedur Kajian Tindakan berasaskan Model penyelidikan Stephen Kemmis (1983)

12

Merujuk Rajah 5.1 , langkah pertama yang diambil oleh pengkaji ialah membuat refleksi terlebih dahulu. Refleksi dilakukan dengan mengimbas kembali sesi

pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung serta hasil ujian diagnostik yang telah dijalankan. Pengkaji melihat pada kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada setiap sesi pengajaran yang dijalankan. Antara isu yang pengkaji perhatikan ialah samada murid menguasai kemahiran asas dalam bahasa melayu. Selain itu, pengkaji juga perhatikan adakah murid memahami dan berminat dalam pengajaran pengkaji. Dari refleksi yang dilakukan, pengkaji telah mengesan kelemahan murid dalam penguasaan kemahiran suku kata KVK. pengkaji juga telah mengenalpasti murid yang telah mengalami masalah ini melalui maklumat yang diperolehi dari ujian diagnostik dan maklumat dari guru-guru.

Langkah kedua ialah perancangan kaedah tindakan yang paling sesuai dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Pengkaji telah melakukan inovasi dengan mencetuskan satu kaedah yang diberi nama kaedah SOUND N DO. Kaedah ini merupakan gabungjalin kaedah fonetik dan kaedah VAKT. Kaedah SOUND N DO akan digunakan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran suku kata KVK.

Langkah ketiga ialah pelaksanaan tindakan bagi mengatasi masalah yang telah menjadi fokus kajian. Tindakan yang diambil oleh pengkaji ialah menjalankan kaedah SOUND N DO. Pengkaji akan menjalankan kaedah ini selama 6-8 minggu kepada murid-murid pemulihan yang mempunyai masalah penguasaan kemahiran suku kata KVK. Berikut merupakan tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh pengkaji :

13

Tindakan tindakan tersebut ialah : i. ii. Guru tunjuk huruf pada kad imbasan. Guru sebut perkataan bunyi huruf. Contoh huruf a dan bunyinya aaa iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan membunyikan huruf. iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf. v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis sambil menyebutnya(menterjemah bunyi yang didengar kepada tulisan.). vi. vii. Murid membaca apa yang ditulisnya. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan bentuk huruf. viii. Setelah murid buasa dengan nama, bunyi dan bentuk huruf , guru boleh teruskan dengan murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat. ix. x. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja).

Langkah keempat ialah pemerhatian. Pengkaji akan mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan. Pengkaji berminat memilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap tiga objektif utama kajian iaitu berkaitan minat, pemahaman dan penguasaan sampel. Pemerhatian yang dijalankan akan direkodkan untuk dianalisis bagi mendapatkan kesimpulan.

14

5.2

Prosedur Cara Pengumpulan Data

Terdapat pelbagai jenis alat kajian yang biasa digunakan untuk mendapatkan data iaitu soal selidik, temu bual, pemerhatian dan penelitian dokumen. Selain itu, pengkaji juga boleh menggunakan alat kajian lain seperti senarai semak, rakaman video/kaset, foto, portfolio dan jurnal.

Alat kajian pertama yang digunakan ialah senarai semak. Senarai semak boleh digunakan ketika melakukan pemerhatian dan penelitian dokumen. Dalam senarai semak itu, pengkaji menyenaraikan item-item untuk menilai kemahiran atau tingkah laku yang diperhatikan.

Alat kajian kedua yang digunakan ialah pemerhatian. Pemerhatian akan dijalankan pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran, semasa aktiviti dijalankan dan selepas aktiviti dijalankan. Semasa peringkat awal pengajaran dan pembelajaran, pengkaji dapat melihat bagaimana kaedah SOUND N GO dapat menarik minat sampel. Pemahaman sampel pula akan dilihat semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Seterusnya, penguasaan sampel dalam kemahiran

suku kata KVK akan diliperolehi selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Seterusnya, pengkaji akan menggunakan alat kajian iaitu penelitian dokumen untuk mendapatkan data daripada dokumen dokumen yang berkaitan. Tujuannya adalah untuk menyokong dapatan yang sedia ada ( Rosinah Edinin , 2011).

15

Pengkaji juga akan menggunakan ujian sebagai alat kajian untuk mengumpul maklumat. Ujian terbahagi kepada dua iaitu ujian pra dan ujian pos. ujian pra akan dilakukan sebelum kaedah SOUND N DO diaplikasikan

kepada sampel. Ujian pra yang akan digunakan ialah ujian diagnostik. Menurut Buku Panduan Pemulihan (1999) mengatakan ujian diagnostik ialah ujian yang terpenting dalam program Pendidikan Pemulihan Khas. Manakala ujian Pos dijalankan setelah kaedah SOUND N DO diaplikasikan kepada sampel. Ujianujian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana penguasaan sampel kesan daripada penggunaan kaedah SOUND N DO.

Seterusnya, pengkaji turut menggunakan temu bual sebagai alat kajian. Pengkaji akan menemubual individu-individu yang mempunyai perhubungan dengan sampel seperti ibu bapa, guru kelas, guru besar dan rakan sekelas responden. Hal ini bertujuan untuk mendapat maklumat yang lebih tepat mengenai tingkah laku yang ditunjukkan sewaktu bersam-sama dengan individu tersebut.

5.3

Perancangan Cara Menganalisis Data

Terdapat tiga cara menganalisis data iaitu melalui cara kualitatif sahaja, cara kuantitatif sahaja atau menggunakan kedua-dua cara iatu kualitatif dan kuantitatif. Pengkaji akan menggunakan cara kualitatif untuk menganalisis data yang dikumpulkan melalui alat kajian.

Cara yang pengkaji akan gunakan ialah cara kualitatif. Cara kualitatif ini digunakan untuk menganalisis alat kajian temu bual, senarai semak dan pemerhatian. Data temu bual akan dianalisis dengan mengkategorikan mengikut 16

keperluan supaya maklumat yang diperolehi dapat menjawab persoalan kajian. Analisis senarai semak pula berdasarkan item-item yang telah disenaraikan dalam senarai semak. Analisis dokumen pula berdasarkan pencapaian murid dalam

Ujian Diagnostik, lembaran kerja dan buku latihan. Analisis pemerhatian pula akan dianalisis dengan melihat tahap pencapaian yang dapat dicapai melalui senarai semak yang telah dibuat.

5.4

Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Perancangan tindakan menggunakan Carta Gannt. Jadual 5.4 : Jadual Perancangan Pelaksanaan Tindakan

BULAN

JANUARI

FEBRUARI

MAC

APRIL

MEI

JUN

JULAI

OGOS

SEPTEMBER

OKTOBER

AKTIVITI

Penyerahan kertas tugasan

Draf pengajaran

refleksi dan

pembelajaran lalu

Pencarian maklumat refleksi literatur untuk sorotan

Perbincangan

17

dengan penyelia

Hantar cadangan penyelidikan tindakan 7, 2012

kertas

semester

Mengumpul maklumat tentang

penyelidikan tindakan

Menganalisis datadata diperolehi yang

Menyiapkan kertas penyelidikan

Pembentangan data

Hantar penyelidikan tindakan 8, 2012

tesis

semester

18

6.0

SENARAI RUJUKAN

Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi bahasa Melayu; Prinsip, Kaedah dan teknik .Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distribution Sdn Bhd Buku Panduan Kepada Guru-Guru Pendidikan Pemulihan 1991. Terengganu : Jabatan Pendidikan Terengganu Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (1999) . Kuala Lumpur : J abatan Pendidikan Khas Haji Mohd Ali Muda. (1994). Isu kreativiti Dan Tuntutan Perubahan Dalam Pendidikan.Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu. 1(1):53-60.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005).Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan Penulisan .Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd

Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). dalam Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teorikital dan Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.

Tadika

Intan

Gemilang

(2009).

Diperoleh

daripada

http://intangemilang.blogspot.com/2009/02/kaedah-fonetik.html Dr. Mohd Anuar (2009). Masalah bacaan . Diperoleh daripada

http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html

19

Nik Siti Amanah Zuhri (2011). Menyelesaikan Masalah Dalam Bidang Menggambar aktiviti Kolaj dengan Menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup Bagi Murid Prasekolah Bestari, Sk Pulau Rusa. Kajian Tindakan Tidak Diterbitkan , Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail., Kuala Terengganu. Terengganu Nur Farhanah Bt Mohd Amin (2011). Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk Kitaran Air. Kajian Tindakan Tidak Diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail. Kuala Terengganu. Terengganu

20

7.0

LAMPIRAN

21

Anda mungkin juga menyukai