Anda di halaman 1dari 9

PENGGUNAAN BAHASA DALAM SEJARAH MELAYU ~Alkisah Cetera yang Kesembilan~

Disediakan Oleh : Norehan Binti Kamarudin Noor Marina Binti Yunus Nik Nabila Binti Wan Mohd Supian

Kata Pembuka Cerita


Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Malikul Mansor di Semudra. Bermula, akan Sultan Malikut Tahir ada beranak seorang Raja Ahmad namanya, dan tatkala Sultan Malikut Tahir tertangkap ananda baginda kecil, dan tatkala baginda kembali dari Syahrun Nuwi itu anada baginda Ahmad itu telah terserlah.

Kata Penyambung Ayat


Adapun Sultan Malikut Tahir naik dari Sungai Ketari, lalu berjalan ke istana baginda. Adapun Sultan Malikut dibawa orang berperahu ke Timur. Syahdan, berapa lamanya, maka Sultan Malikut Tahir pun geringlah. Dan kepada Sidi Ali Hishamuddin tiada berkenan, kerana ia menteri tua, lagi tahu pada segala pekerjaan, tak dapat tiada firnah juga.

Kata Yang Menunjukkan Peredaran Masa


Maka sembah Sidi Ali Hisamuddin Jangan Tuanku berangkat; kalau-kalau datang fitnah. Maka sembah Tun Perpatih Tulus Tukang Sagari, jikalau mati Sultan Malikul Mansor, bukanlah tukang namanya. Setelah tiga tahun lamanya Sultan Malikul Mansor di Manjong, maka Sultan Malikul Tahir pun tersedarlah akan saudara baginda.

Ayat Panjang
Telah itu, maka kedengaranlah khabar bahwa Sultan Malikut Tahir ada sudah sampai ke Jambu Air, dan khabar Sultan Malikut Mansor berbuat pekerjaan tiada patut itupun sudah kedengaran kepada Sultan Malikut Tahir.

Maka baginda berwasiat pada ananda baginda Sultan Ahmad, katanya, Hai anakku, dan cahaya mataku, dan buah hatiku, hendaklah jangan engkau melalui sembah hambamu yang tua-tua pada barang suatu pekerjaan; hendaklah engkau mesyuarat dengan segala menterimu; dan jangan segera engkau menggerakkan hati hambamu; dan hendaklah engkau perbanyak sabar pada segala pekerjaan yang keji; dan jangan engkau peringankan ibadatmu akan Allah Subhanahu Wataala; dan jangan engkau ambil hak segala manusia dengan tiada sebenarnya.

Unsur Perbandingan

Penggunaan Puisi

Sekian, terima kasih..