Anda di halaman 1dari 17

Sejarah Perkembangan Teknologi Islam

Kesedaran pelajar dalam perkembangan teknologi Islam adalah kurang mendapat


perhatian kepada pelajar-pelajar terutama pelajar islam. Dengan adanya tugasan yang
diberikan oleh saya iaitu perkembangan teknologi islam dapat menerapkan serta
mempertingkatkan sesedaran pelajar tentang kegemilangan dan ketamadunan umat islam
yang telah mengukir nama di pentas sejarah dunia. Teknologi islam juga telah banyak
berkembangan sejak dari dahulu lagi. Teknologi islam bukan sahaja dikembangkan dalam
belbagai aspek seperti teknologi sains seperti teknologi perubatan, matematik,
kejuruteraan, astronomi atau sains dan teknologi aerospace dan sebagainya.

Ibnu khaldun dalam tulisan kitab Al-Ibar di dalam Muqaddimah menerangkan keperluan
dan pembangunan antara aspek material dengan akhlak antara akhlak dan spiritual. Di
dalam kitab ini juga Ibnu Khaldun membincangkan tahap perkembangan dan kemajuan
yang bermula dari Badwi(darat atau hulu) membawa kepada Hadhari (maju/semasa),
kemudiannya Madawi (Bandar/ bertamadun) dan berakhir dengan Misri
(kota/berbudaya). Ini menunjukkan Bahawa islam tidak membataskan umatnya untuk
maju atau menolak perkembangan teknologi, malahan islam menggalakkan umatnya
maju dalam arus perkembangan teknologi mengikut peredaran dengan mengekalkan
nilai-nilai akhlak seiring dengan ajaran dan anutan agama Islam.

Teknologi dan kejuruteraan di Zaman Kegemilangan Islam

Teknologi kejururuteraan islam adalah di dalam golongan dalam kumpulan sains gunaan
yang boleh dikaitkan dengan teori asa merekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu
yang berguna kepada manusia. Ini bermakna, kejuruteraan adalah pemahaman sains
kepada fenomena fizikal yang digunakan di dalam teknologi dan proses merekabentuk
teknologi tersebut dengan menggunakan kaedah yang efektif. Para cendawiawan Islam
terdahulu mendapati terdapat dua prinsip asas Islam terdapat dua bidang iaitu konsep
keserataan atau mizan dan konsep keseimbangan tawazun. Dalam islam al Mizan
merupakan kaedah diukur dari segi dan mungkar. Manakala dalam sebuah sistem
kejuruteraan, prinsip al Mizan membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu itu berada di

1
dalam kejuruteraan, prinsip al Mizan membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu itu
berada di dalam kedudukan yang betul di dalam system kesimbangan, atau tawazun
sistem itu keseluruhannya diperlukan untuk mengekalkannya di dalam kedudukan
tersebut.

Contohnya, dalam kejuruteraan kimia, prinsip al Mizan digunakan untuk aliran


memahami bahan dan aliran tenaga. Sama seperti kejuruteraan awam dan mekanikal,
tindakan daya dan momen menggunakan prinsip yang sama, sementara dalam
kejuruteraan elektrik prinsip kesetaraan digunakn pada cas elektrik.

Sebagai contoh, sumbangan kejuruteraan mekanikal yang utama dalam teknologi alat
mengangkutan air untuk kegunaan bagi perairan, perumahan, industri, dan lain-lain.
Mesin pengangkutan air yang pertama digunakan di Mesir dan Syria dan dipanggil
Shaduf. Sementara dua lagi jenis pengankutan air dinamakan saqiya dan nau’ra. Saqiya di
gerakkan oleh tenaga binatang ternakan, manakala nau’ra digerakkan oleh kuasa air.

Taqi al Din pula dalam kitabnya,menerangkan alat mengepam air dengan menggunakan
roda berskoop. Satu perkara yang menakjubkan tentang alat ini ialah kemampuan
juruteranya mencipta silinder piston yang dapat mengepam air ke atassilinder piston telah
digunakan Taqi al Din pada alatnya untuk menghasilkan satu panduan daya tolak air ke
atas. Manakala Banu Musa bersaudara telah mencipta mesin yang menggunakan bantuan
air dan angina. Ciptaan mereka ini digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan
gula dan mengepam air. Mereka juga Berjaya mencipta satu bejana automatic yang boleh
mengisi bejananya sendiri.

Dalam kejuruteraan hidrologi pula, sumbangan juga amatlah besar. Ketika pemerintahan
khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang
panjangnya 10km, untuk mengalirkan sungai ke Basrah sebagai sumber air disebabkan
kemarau yang panjang. Terusan lain yang dibina oleh khalifah Umar Merah yang
panjangnya melebihi 100km, dengan tujuan pengangkutan yang lebih cepat dapat
dilakukan berbanding dengan pengangkutan darat.

2
Teknologi sains dalam Islam
Ilmu perubatan perubatan dalam islam telah wujud sejak zaman Rasulullah (s.a.w)
kerana banyak hadith yang menyebut tentang penjagaan kesihatan gigi dan tubuh badan.
Sehubungan dengan itu, sebuah buku yang berjudul Tibb al-Nabi (Perihal Perubahan
Nabi) yang memuatkan susunan hadith-hadith Rasulullah (s.a.w) telah disusun oleh
kumpulan penulis-penulis Islam. Terdapat galakan dari Al-Quran dan al-hadith tentang
penjagaan kesihatan mendorong para sarjana Islam mendalami ilmu perubatan.
Pencapaian tamadun Islam dalam bidang perubatan berada pada puncak
kegemilangannya pada zaman Bani Abbasiyyah.

Antara tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi, Ibnu Sina, Ibnu
Masiwaihi, Ibnu Sahal dan Ali bin Abbas, Hunayn Ibn Ishaq yang dikenali sebagai
Joannitius di Barat, Thabit Ibn Qurrah, al-Kindi dan al-Zahrawi. Karya-karya tokoh
perubatan Islam ini telah dijadikan rujukan dalam dunia Eropah. Sumbangan tokoh-tokoh
Islam juga termasuk dalam bidang ilmu kimia, matematik dan Fizik, trigonometri dan
astronomi, kejuruteraan, Botani dan teknologi Ketenteraan, teknologi perdagangan dan
pertanian dan sains sosial dan kemanusiaan.

Perkembangan teknologi islam juga berkembang terhadap sains astronomi apabila ke


angkasa lepas iaitu misi angkasawan Negara Malaysia dengan usahasama dua Negara
iaitu Malaysia dengan Rusia dan agensi Aeronautik dan angkasa lepas
kebangsaan(NASA) berjaya dilaksanakan pada 10 oktober 2007. kejayaan ini dapat
mencipta kejayaan baru kepada Malaysia dan Islam dalam industri sains aeroangkasa
lepas dan menjalankan kajian perubatan angkasa bekteria bagi rawatan penyakit barah.

TEKNOKRAT ISLAM

Rasional Pemilihan Tajuk.

Saranan Kementerian Pendidikan untuk menetapkan 60 peratus pelajar aliran sains di


universiti tempatan dan 40 peratus lagi oleh pelajar aliran agama dan sastera adalah

3
rasional dalam usaha negara menuju kearah kemajuan sains dan teknologi. Jadi, lebih
ramai lagi sumber manusia yang berasaskan sains dan teknologi dapat dihasilkan dimasa
depan. Namun, kita tidak seharusnya terlepas pandang mengenai 40 peratus kuota bagi
aliran sastera dan agama. Ianya menyentuh pengubal kurikulum Pendidikan Islam dalam
merevolusikan sistem yang ada agar terbina jambatan antara kurikulum ukhrawi dan yang
bersifat duniawi agar mereka juga berpeluang untuk didedahkan dengan sains dan
teknologi diperingkat tinggi.. (Utusan Malaysia, 27 Jun 1997). Persoalanya di sini,
sejauhmanakah negara dapat melahirkan tokoh teknokrat Islam yang dapat menguasai
bidang agama disamping sains dan teknologi dengan terlaksananya saranan tersebut?

Perkembangan Sejarah Pendidikan Islam.

Pendidikan Agama Islam di Malaysia bermula sejak sekian lama dahulu. Pendidikan yang
menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar diajar oleh mubaligh-mubaligh
Arab yang berdagang di Tanah Melayu masa itu. Masjid, surau dan rumah-rumah tok
guru adalah menjadi tempat di mana ilmu agama ini diajar. Pendidikan pada masa itu
tidaklah dijalankan secara formal dan sistematik dengan sistem silibus yang seragam.
Silibus adalah berasaskan kepada Al-Quran, Sunnah dan Hadith. (Kementerian
Pendidikan Malaysia 1997).

Didalam lapuran Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah (1992), sistem pendidikan
agama di Malaysia terbahagi kepada 4 tahap:-

a. Sistem belajar di rumah guru.

b. Sistem pondok.

c. Sistem Madrasah

d. Dasar Pelajaran Kebangsaan.

4
• Sistem belajar di rumah guru

Kehadiran Islam telah merubah sistem kehidupan masyarakat masa itu dari Hindu kepada
Islam. Oleh sebab itu, Islam diterima sebagai membawa perubahan sosiologi kanak-
kanak Islam dalam keluarga Melayu. Hikayat Abdullah Munshi pernah menulis, sesudah
boleh membaca dan menulis barulah disuruh mengaji Ilmu Tauhid dan Fiqh. Pendidikan
pada awalnya ialah dengan pelajar datang ke rumah guru (Penyeliaan Pendidikan Islam
Sekolah Rendah, 1992)

• Sistem pondok

Apabila bilangan pelajar makin bertambah, timbullah idea baru dengan membina surau
berdekatan rumah guru. Ianya dipelopor oleh ulama yang mendapat pendidikan di Patani.
Bilangan pelajar yang ramai dan datang dari beberapa tempat menyebabkan pondok-
pondok kecil pula dibina berdekatan dengan rumah guru. Ini bagi memudahkan
pengajaran bagi pelajar-pelajar yang datang dari luar daerah. (Penyeliaan Pendidikan
Islam Sekolah Rendah, 1992).

• Sistem Madrasah

Apabila pendidikan ini semakin berkembang, tumpuannya lebih daripada sekadar kepada
ibadah dan tauhid tetapi juga bahasa Arab, Hisab, Geografi dan lain-lain. Jadi, sistem
madrasah pula dibentuk. Pada awalnya, madrasah ini adalah yang dibiayai oleh penduduk
setempat (Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah, 1992).

• Dasar Pendidikan Kebangsaan

Madrasah telah lumpuh apabila Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) diperkenalkan.


DPK diperkenalkan melalui Penyata Pelajaran Razak 1956 dan Penyata Pelajaran Abdul
Rahman Talib 1960. Ibu-bapa banyak menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan
memandangkan peluang untuk mengikuti pendidikan yang lebih tinggi adalah lebih luas.
DPK dibahagikan kepada:

5
1. Sekolah agama dan madrasah rakyat yang didirikan oleh rakyat dan ditadbir sendiri.

2. Sekolah agama oleh kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri.

3. Sekolah agama oleh Majlis Agama.

4. Sekolah Agama dibawah Kementerian Pendidikan (SMKA)

(Sumber: Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah, 1992)

Sewaktu penjajahan Inggeris, sistem penjajahan Inggeris tidak melibatkan diri mereka
dalam hal agama dan budaya Melayu. Seperti contoh, dalam pembinaan sekolah
Madrasah. Pada tahun 1917, Madrasah Muhammadiah telah dibina di Kelantan hasil
usaha rakyat tempatan sendiri tanpa campurtangan Inggeris. Sekolah ini mempunyai tiga
bahasa pengantar iaitu Inggeris, Melayu dan Arab. Kurikulum asasnya adalah bersamaan
dengan yang ditawarkan di sekolah menengah akademik biasa. Kursus yang wajib adalah
bahasa Arab (komunikasi), Bahasa Arab (lanjutan), Tasawwur, Pendidikan Al-Quran dan
As-Sunnah dan Pendidikan Syari'ah. Dasar Inggeris yang mengamalkan pendidikan
vernakular, memisahkan lagi pendidikan agama dengan pendidikan yang lain. (Chelliah
1960 ).

Mereka yang mengikuti persekolahan di sekolah agama, kebanyakkannya melanjutkan


pelajaran ke Mesir terutama di Universiti Al-Azhar di Kaherah. Ini memandangkan Al-
Azhar pada masa itu adalah merupakan gedung ilmu agama yang termasyhur. Pada masa
itu, ilmu agama dipisahkan dari ilmu sains dan teknologi.

Mereka ini mendalami ilmu agama dengan begitu mendalam tetapi tidak mahir dengan
sains dan teknologi. Kelompok yang menuntut di negara-negara barat pula, adalah
kebanyakkannya mereka yang mendapat pendidikan Inggeris di tanah air dan dari
golongan bangsawan (Chelliah 1960)

Fenomena lampau ini memberikan kesan sejagat kepada masyarakat sekarang dalam
melihat adakah arus teknologi berkembang bersama dengan unsur-unsur kerohanian
Islam itu sendiri.

6
Islam dan Ilmu Sains

Menurut Dr Hakimi Ibrahim, Allah menjadikan alam semesta ini penuh dengan peraturan
dan hukumnya yang tersendiri. Rahsia dan hikmah di alam fizikal ini sampai masa kini,
secara terhad dapat diterokai oleh akal melalui pemikiran sains dan teknologi. Walau
bagaimanapun, pengembangan sains tanpa mendapat bimbingan Ilahi akan membawa
kepada perkembangan yang tidak bersesuaian dengan fitrah manusia dan pembangunan
rohani yang sehingga mengabaikan sains dan teknologi juga akan membawa kepada
kehancuran (Berita Harian, 10 Julai 1998) .

Menurut Ziauddin Sardar (1981), Islam bukan sahaja menghasilkan ahli-ahli sains yang
terkemuka tetapi juga membentuk satu bentuk sains yang tersendiri. Ini adalah kerana
sains dalam Islam adalah menyatukan sains yang objektif ke dalam pandangan hidup
Islam. Sains boleh membawa kecelaan apabila melahirkan kesan-kesan sosial yang tidak
diingini, apabila membawa kekaburan yang merenggangkan manusia dengan yang lain,
apabila ianya membawa kepada kekeliruan bukan pengetahuan.

Teknokrat Islam.

Persoalan yang ditimbulkan adalah mengenai siapakah yang boleh dikatakan sebagai
teknokrat Islam. Oxford Advance Learner’s Dictionary menyatakan definisi teknokrat
sebagai ‘expert in science and engineering’. Seorang teknokrat secara dasarnya ialah
manusia yang mempunyai kepakaran dalam sains dan teknologi. Teknokrat Islam pula,
memainkan peranan besar dalam masyarakat sama seperti ilmuan dan tokoh agama.
Mereka juga boleh menjadi sumber rujukan masyarakat apabila wujudnya masalah dalam
masyarakat. Apabila wujudnya isu pengklonan manusia, ramai tokoh-tokoh ulama,
pemikir memberikan pendapat dan hujah. Kita juga ingin mendengar hujah-hujah dan
idea dari golongan teknokrat Islam?

Sejarah Islam dahulu boleh dibanggakan dengan lahirnya teknokrat Islam seperti Ibnu
Sina. Dia bukan sahaja mahir dalam bidang agama tetapi juga merupakan bapa

7
kedoktoran Islam pada masa itu. Buku-buku perubatannya menjadi rujukan dinegara-
negara barat. Imam Abu Hanifah yang warak merupakan juga tokoh perniagaan yang
handal dan jujur. Al-Khawarizmi pula merupakan tokoh dalam bidang matematik.
(Utusan Malaysia 27 Jun 1997). Namun, itu semua faktor sejarah yang lalu dan pada
masa ini amat sukar untuk mencari seorang teknokrat Islam seperti mereka.

Teknokrat ini lahir dari golongan-golongan intelektual yang sering dikaitkan dengan
kesarjanaan dan ilmuan. Mereka bukan sahaja mahir dalam teknologi tetapi dalam ilmu
agamanya. Menurut Shaharom TM Sulaiman dalam tulisannya di Majalah Pembaharuan
(Ogos 1996, m.s 23), kaum intelektual bukanlah sarjana yang mendapat kelulusan tinggi,
bukan sekadar ilmuan yang mendalami dan mengembangkan ilmu tetapi kelompok
manusia yang merasa terpanggil untuk membaiki dan membimbing masyarakat,
memahami aspirasi masyarakat dan menawarkan strategi penyelesaian masalah
masyarakat. Di dalam perspektif Islam, seseorang intelektual harus menguasai ajaran
Islam termasuk bersikap kririkal dalam menilai sejarah dan juga jujur kepada ilmiah. Ini
merujuk kepada perkataan "ulul al-bab" yang disebut di dalam Al-Quran khusus kepada
sekelompok manusia yang diberikan keistimewaan dalam bentuk hikmah (kebijaksanan)
dan pengetahuan. Terdapat lima tanda yang mengesahkan ciri-ciri intelektual Islam
menurut Shaharom TM Sulaiman (1996):

1. Bersungguh-sungguh mencari ilmu.

2. Mampu memisahkan yang buruk dengan yang baik, kemudiannya memilih yang baik
walaupun terpaksa berseorangan.

3. Kritis dalam mendengan pembicaraan, mahir merasionalkan ucapan, teori atau dalil.

4. Bersedia menyampaikan ilmunya kepada orang lain untuk memperbaiki masyarakat.

5. Tidak takut kepada sesiapapun melainkan Allah.

8
Jika dilihat, Imam Al-Ghazali bukan semata-mata seorang sufi ketika ia mengirimkan
surat protes kepada penguasa di negerinya. Ibnu Taimiyah bukan semata-mata seorang
ahli fikah ketika ia memimpin pemberontakan terhadap kerajaan Mongol. Kesemua
mereka ini cuba untuk mengubah sikap masyarakat sebenar masa itu dengan
menggunakan pengetahuan agama yang mendalam disamping berpengetahuan dalam
pengurusan negara.

Pendidikan Islam Di Malaysia Kini

Falsafah Pendidikan Negara amat menekankan dalam melahirkan insan yang mempunyai
unsur nilai, insaniah dan kerohanian. Konsep pembangunan jasmani, emosi rohani dan
intelektual sering dipertekankan. Ini adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Islam
iaitu:-

"Menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan


Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, peribadi dan pandangan hidup sebagai
hamba Allah yang bertanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat dan negara
kearah kebaikkan dunia dan akhirat".

Sumber: Lapuran Tahunan Pendidikan Kemnterian Pendidikan Malaysia, 1996

Pendidikan Islam adalah antara elemen penting kearah pembentukan diri insan tersebut.
Tidak dinafikan perubahan pesat dalam pendidikan negara melalui reformasi pendidikan,
telah memberikan impak yang besar kepada cara hidup masyarakat. Jadi, pelajar aliran
agama seharusnya seiring bergerak dengan aliran-aliran yang lain. Sehingga 1995,
perangkaan pendidikan menunjukkan jumlah sekolah agama seperti berikut:-

Jenis Sekolah Bilangan Sekolah

SM (A) Negeri 100

SM (A) Rakyat 141

SM (Arab) Negeri 2

9
SM (Arab) Rakyat 31

Perangkaan Pendidikan 1995,

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Peringkat Sekolah

Lapuran Tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan sistem persekolahan di


Malaysia dipisahkan mengikut 3 kelompok utama:

1. Sekolah Harian (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan)

2. Sekolah Teknik dan Vokasional.

3. Sekolah Kebangsaan Agama.

Sistem ini melahirkan empat kelompok besar yang lain iaitu dari jurusan sains, agama,
sastera dan teknik. Calon SPM, mengambil sekurang-kurangnya lapan matapelajaran dan
tidak melebihi sepuluh. Enam matapelajaran teras termasuklah Pendidikan Islam dan
empat matapelajaran elektif. Bagi mendapat pangkat 1, calon mestilah sekurang-
kurangnya mendapat kepujian bagi enam matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan
dua subjek elektif. .Namun begitu, matapelajaran Pendidikan Islam bukanlah menjadi
matapelajaran yang banyak membantu dalam kriteria pemilihan untuk ke IPT jika pelajar
ingin mengikuti jurusan sains dan teknologi. Ini berikutan pandangan Presiden ABIM,
Prof. Madya Dr Muhammad Nur Manuty (Berita Harian, 23 Jun 1997) bahawa pelajar
agama tidak dibenarkan mengambil jurusan sains dan sains sosial memandangkan mereka
tidak mempunyai komponen mata pelajaran Sains yang melayakkan mereka ke IPT.
Beliau juga menyatakan bahawa, polisi baru yang menetapkan 60% kemasukkan pelajar
dalam bidang sains ke IPT boleh menyebabkan pelajar aliran agama akan tercicir
sungguhpun mendapat keputusan yang baik.

10
• Matapelajaran Sains di Sekolah Kebangsaan Agama

Sekolah Kebangsaan Agama (SKA) ditubuhkan bertujuan untuk membina individu yang
berjaya dengan nilai-nilai yang seimbang antara rohani dan pengetahuan intelek. SKA
menitik beratkan ilmu kerohanian dan kurang penekanan pendedahan kepada ilmu sains
seperti Fizik, Kimia dan Biologi. Sehinggalah sekarang, kerajaan cuba memperkenalkan
matapelajaran ini di SKA. Ini supaya dapat melahirkan individu yang dapat
mengintegrasikan pengetahuan dalam Islam dengan bidang-bidang lain seperti sains dan
teknologi. Menurut Mohd Fauzi Mustaffa Al-Besuty (Jun, 1997) pengintegrasi mata
pelajaran agama dengan matapelajaran lain adalah perlu dalam merapatkan jurang antara
pelajar aliran agama dan pelajar sains yang sekaligus dapat melahirkan bakal ulama dan
kelompok profesional. Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya, Universiti Islam
Antarabangsa dan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin ditubuhkan bertujuan untuk
melahirkan lebih ramai ulama intelek yang profesional dan progresif.

• Aliran agama di sekolah biasa

Sistem pendidikan aliran agama telah diperluaskan lagi. Di peringkat sekolah, kerajaan
bercadang untuk memperluaskan aliran agama disemua sekolah menengah kebangsaan.
Ini memberikan peluang pelajar mengambil bidang agama dan bidang lain mengikut
pilihan. Pelajar akan mengambil matapelajaran bahasa Arab sebagai teras dan elektif lain
seperti Tasawwur,syariat dan sebagainya. (Berita Harian, Mei 20.1998). Persoalanya, jika
matapelajaran ini menjadi pilihan pelajar ianya tidak membantu pemilihan ke IPT kelak
bagi mengikuti jurusan sains dan teknologi.

• Tenaga Pendidik

Didalam Seminar Kebangsaan Kurikulum Pendidikan Islam, satu resolusi mendesak


supaya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral mengadakan garis panduan untuk
mewujudkan pula guru pakar dalam bidang pendidikan Islam. Ini bagi memperbaiki
kelemahan dan kekurangan dalam meningkatkan kualiti guru pendidikan Islam. Juga,
dicadangkan supaya maktab perguruan dan Jabatan Pendidikan IPT menubuhkan Jabatan
Perkaedahan Pendidikan Islam dalam melahirkan dan melatih guru. (Berita Harian, Mei

11
19. 1997). Menurut Perangkaan Pendidikan 1995, bilangan guru disekolah agama seperti
berikut:

Jenis Sekolah Guru Terlatih Guru Tidak Terlatih

SM (A) Negeri 1530 1592

SM (A) Rakyat 231 2456

SM (Arab) Negeri 21 18

SM (Arab) Rakyat 60 403

Perangkaan tersebut menunjukkan jumlah yang tinggi dikalangan guru tidak terlatih. Ini
seharusnya diambil perhatian memandangkan guru adalah merupakan nadi kepada
pendidikan.

Dalam satu kajian "Pengajaran Pendidikan Agama Islam di sekolah rendah di


Semenanjung Malaysia" (1989), didapati guru-guru pendidikan Agama Islam lemah
dalam kemahiran menulis dan bertutur dalam bahasa Arab. 50% sahaja guru yang
menyediakan sendiri alat bantuan mengajar, mengadakan latihan amali dalam aspek
ibadah dan pemulihan. Lebih dari 90% guru-guru jarang melatih murid-murid merujuk
buku-buku agama di perpustakaan atau sumber-sumber lain. (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1997). Perkara ini seharusnya dipandang serius kerana kualiti pengajaran akan
menjadi persoalan yang perlu dijawab.

• Pendidikan teknik di sekolah agama

Berikutan dengan pengenalan aliran teknikal, sekolah menengah agama juga dicadangkan
untuk diperkenalkan dengan aliran teknik dan vokasional. Di dalam resolusi utama
Seminar Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan telah dicadangkan matapelajaran
Lukisan Teknik Kejuruteraan ditawarkan di SMKA begitu juga matapelajaran elektif
teknik dan vokasional (Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah, 1992). Langkah ini
adalah bijak dalam memberi pendedahan teknikal kepada pelajar agama diperingkat
sekolah lagi.

12
Peringkat Tinggi

Timbul persoalan sekarang ini ialah masalah penempatan pelajar aliran agama di IPT.
Pelajar aliran agama dikelompokkan dalam jurusan agama dengan terpaksa bersaing
dengan pelajar aliran sastera untuk ke IPT. Peluang mereka untuk memasuki jurusan sains
dan teknologi adalah tipis jika tidak memiliki asas dalam matapelajaran sains diperingkat
sekolah. Penumpuan mereka akan hanya untuk meneruskan pengajian dalam bidang
agama kerana mata pelajaran agama yang diambil tidak lagi menjadi kriteria pemilihan
ke IPT bagi jurusan sains. (Berita Harian, 23 Jun 1997). Ini sudah menampakkan
fenomena lalu berulang lagi dimana negara masih gagal untuk melahirkan golongan
teknokrat Islam meintegrasikan sains dan agama dalam pendidikan.

Dalam pada itu perancangan penubuhan Universiti Teknologi Islam (UNITI) sebagai satu
universiti swasta telah mendapat perhatian ramai. Atas kesedaran ini, UNITI memberikan
peluang kepada pelajar jurusan agama untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
kejuruteraan. Ini disebabkan syarat ke IPT tempatan terhad kepada aliran sains sahaja,
pelajar aliran agama yang berminat diketepikan. (Watan, Julai 18. 1996). Usaha ini dapat
membentuk golongan profesional yang bukan sahaja mahir dalam bidang teknologi dan
sains tetapi juga mempunyai pegangan yang kuat dalam agama.

Arah Masa Depan Aliran Agama

Tidak dinafikan pencapaian akademik pelajar aliran agama adalah sungguh


memberangsangkan. Disamping itu juga, keperibadian akhlak pelajar aliran agama juga
adalah baik. (Berita Harian, Mac 1997). Namun begitu, tahun 2020 mengundang
pembangunan negara Malaysia berasaskan teknologi mengikut acuan budaya tersendiri.
Ianya juga menuntut kepada pengislaman ilmu dalam matapelajaran bukan agama.
Adakah negara sudah bersedia dengan generasi yang menguasai kedua-dua bidang ini.
Ianya penting dalam memberikan tasawur yang betul untuk menghasilkan golongan
profesional Islam seperti jurutera, akauntan dan doktor mengikut acuan Islam.

13
Rang Undang-Undang 1995 membincangkan isu pendidikan Islam yang mana ianya akan
diperluaskan disemua kategori sekolah termasuk sekolah swasta. Jika sebelum ini, ianya
hanya diwajibkan disekolah kerajaan dan bantuan kerajaan apabila terdapat 15 atau lebih
pelajar Islam. Subseksyen 18(2) pula menjadikan Pendidikan Islam sebagai
matapelajaran teras. Resolusi Seminar Pendidikan Islam Kebangsaan 1995 telah dibuat
berhubung dengan penyusunan semula kurikulum, pendidikan guru dan strategi
pengajaran akan dilaksanakan untuk memberi pendekatan baru terhadap pendidikan
Islam (Rang Undang-Undang Pendidikan, 1995)

Cadangan

• Refomasi Kurikulum Pendidikan Islam

Banyak perubahan yang perlu dilakukan dalam usaha untuk merealisasikan cita-cita
untuk melahirkan lebih ramai lagi teknokrat Islam. Malaysia, yang bercita-cita untuk
menjadi pusat ilmu serantau seharusnya melakukan reformasi dalam pendidikan Islam.
Di dalam Seminar Kebangsaan Kurikulum Pendidikan Islam satu resolusi telah diambil
iaitu:

"Berdasarkan kehendak masa kini, Kurikulum Pendidikan Islam yang sedia ada sudah
lengkap dan mampu menanggani masalah masyarakat kini, jika semua kehendak dan
ketetapan dipatuhi, terutama aspek perkaedahan, kesepaduan dan penilaian"

(Utusan Malaysia 27 Jun 1997)

Jika diamati resolusi tersebut, kurikulum sains dalam pendidikan Islam tidak menjadi isu
yang diambilkira dalam resolusi tersebut memandangkan ianya sudah lengkap.

• Suntikan matapelajaran sains

Jadi, apakah rasionalnya Kementerian Pendidikan memperkenalkan matapelajaran


pendidikan teknik (Lukisan Kujuruteraan) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,
aliran agama di sekolah biasa dan matapelajaran sains di sekolah agama? Menurut

14
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Khalid Yunus (Berita Harian 30 Mac 1998) ianya
adalah untuk memberikan peluang yang sama kepada pelajar aliran agama ke IPT.

Jika diperhatikan, Kurikulum Pendidikan Islam dahulu terikat kepada membaca Al-
Quran, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran surah-surah, menyakini asas
keimanan, mengamalkan asas Fardu Ain dan mengamalkan akhlak Islamiah. Jika ini
berlaku menurut Datin Dr. Rohaty Mohd Majzub, Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan
UKM (Utusan Malaysia, 27 Jun 1997) akan berlaku kejutan kurikulum dikalangan pelajar
sekolah agama apabila menjejakkan kaki ke universiti sebagai pelajar sains. Jadi, tidak
salahnya mengubah falsafah pendidikan agama kerana bukannya mengubah falsafah
agama kerana pelajar telah didedahkan dengan matapelajaran sains dan teknikal sejak
dibangku sekolah lagi (Utusan Malaysia, 27 Jun 1997). Tindakan adalah wajar bagi
Kementerian Pendidikan menyuntik aliran sains dan teknikal ke sekolah agama.
Pendedahan ini perlu agar tidak wujud fobia hingga boleh membawakan istilah
sekularisme dalam pendidikan difikiran pelajar.

• Mengintegrasikan sains dan agama

Sistem Pendidikan di negara Islam menggunakan andaian asas dari sistem pendidikan
barat. Ini dapat dilihat melalui pembahagian antara dua bahagian penting iaitu
‘kehidupan’ dan ‘keagamaan’. Ini tidak diterima oleh Islam dengan membahagikan
agama dengan sains dan teknologi. (Ziauddin Sardar, 1981). Sememangnya Islam tidak
pernah manafikan pembangunan sains dan teknologi asalkan pembangunan itu bertempat
dan membawa manafaat (Dr. Hakimi Ibrahim, 10 Julai 1998). Kesedaran sains
diperingkat sekolah rendah dengan penggunaan sistem pendidikan adalah mesti
dijalankan dengan lebih sistematik dan terperinci.

Menurut Mohd Fauzi Mustaffa, Pegawai Penyelidik IKIM, langkah-langkah yang perlu
diberikan perhatian serius dalam melahirkan lebih ramai teknokrat Islam di masa hadapan
antaranya:

a) Penekanan aliran sains diseimbangkan dengan aliran sastera.

15
b) Kelemahan tenaga pengajar perlulah diperbaiki melalui latihan khas, kursus, program
dan lain-lain.

c) Kelemahan pelajar aliran agama dalam penguasaan bahasa Arab dan Inggeris-
kebanyakkan cadangan untuk mengajar sains dan teknologi kepada orang awam adalah
dengan bahasa Inggeris. (Ziauddin Sardar, 1981 m.s 228)

e) Kelemahan kurikulum pendidikan agama yang tidak menekankan aspek sains dan
teknologi.

f) Kekurangan kemudahan asas dan peralatan dalam proses pembelajaran.

(Berita Harian ,27 Jun 1997)

Langkah-langkah tersebut telah pun dibincangkan sebelum ini dan usaha berterusan bagi
merealisasikan usaha ini seharusnya diambil.

. Usaha-usaha ini merupakan satu titik tolak kepada aspirasi negara dalam melahirkan
teknokrat Islam dimasa depan. Semoga perbincangan ini dapat membuka mata
masyarakat dalam melihat fenomena yang berlaku sekarang ini.

Ulasan

Pendidikan merupakan elemen terpenting dalam kehidupan manusia. Justeru, Islam


sebagai agama yang unggul dan sempurna sangat mementingkan wujudnya unsur Ilmu
dan pendidikan dalam kehidupan umat manusia malah ia merupakan risalah yang
terpenting dalam Islam. Ini jelas ayat pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi
Muhammad (s.a.w) sendiri memberi galakan kepada kegiatan keilmuan dan pendidikan.
Firman Allah (s.w.t) dalam al-Quran yang maksudnya:

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”

Berdasarkan kepada ayat al-Quran dan Hadith di atas, jelas menunjukkan kepada kita
akan pentingnya pendidikan dalam kehidupan manusia demi menjamin kesinambungan
ketamadunan manusia.

16
Bidang teknologi di dalam pendidikan Islam sudah lama bertapak di bumi. Teknologi ini
telah banyak membaiki dan memperbaharui tamadun dahulu sehingga sekarang. Tokoh-
tokoh Islam seperti Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Jabir Ibn Hayyan, Abu
hassan al-Mannar telah banyak berkorban dan jasa terhadap teknologi pendidikan Islam.

Pada hari ini Malaysia telah mengintegrasikan semula teknologi dalam pendidikan Islam.
Ini dapat meningkatkan lagi ketamadunan dan ekonomi Negara Islam.

Islam berkonsep atau bercirikan syumul iaitu menyeluruh yang bermaksud bahawa
risalah Islam adalah didatangkan untuk semua manusia dalam seluruh aspek kehidupan
dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya. Allah (s.w.t) adalah bersifat sempurna
baik dari segi zat, sifat dan perbuatannya. Justeru, ajaran yang yang diturunkan-Nya juga
bersifat sempurna tanpa sebarang kecacatan atau kekurangan. Kesederhanaan dalam
Islam bersifat menyeluruh iaitu untuk menyepadukan antara aspek rohani, jasmani,
intelek dan emosi juga mencakupi keseimbangan diantara dunia dan akhirat.

Kesyumulan dalam Islam meliputi hubunga manusia dengan Allah (s.w.t), hubungan
manusia dengan alam sekitarnya dengan sesame manusia serta hubungan manusia dengan
alam sekitarnya dengan memelihara dan memulihara keseimbangan alam yang menjadi
sumber dan keperluan asas kepada manusia.

Islam tidak menghalang umatnya meningkatkan atau membataskan pengunaan teknologi


terkini dalam kehidupan seharian umatnya. Tetapi penggunaan teknologi boleh di
gunakan selagi tidak bercanggah hukum syarak dan lunas agama islam

17

Anda mungkin juga menyukai