Anda di halaman 1dari 10

Semantik. Perubahan Makna. 1) Pendahuluan Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia.

Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantic, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsure makna.

Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Sementara itu, Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata maknamemberi erti maksudatau erti . Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16

pengertian dan erti bagi makna; antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan. Dengan yang demikian, kita dapat membayangkan betapa rumit sekali makna bagi makna .

Asas kaedah kajian untuk tajuk di atas telah di buat berdasarkan dari majalah Dewan Bahasa dan internet. Matlamat utama kajian ini, adalah untuk menunjukkan bagaimana, semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek aspek seperti erti dan rujukan, perkataan dan perubahan makna.

2)

Semantik Kata semantikini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani

semantickos yang membawa makna pentingatau bererti . Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna,

perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.

3)

Perkataan dan Makna Perkataan, menurut pandangan ahli-ahli bahasa, adalah unit bahasa yang

terkecil yang mengandung makna.

Dalam pada itu, Lyons dalam bukunya

Introduction of Theoretical Linguistics (1968), berpendapat bahawa perkataan merupakan suatu tanda yang mencakupi dua bahagian, yakni bentuk dan maknanya. Misalnya kata dua , ada bentuknya yang terdiri, iaitu d u a dan

maknanya, jumlah satu campur satu atau 1 + 1 . Manakala, kata beras , misalnya, ada bentuk be ras dan maknanya padi yang sudah dikupas kulit dan sedia untuk dimasak .

Ada juga perkataan dalam bahasa Melayu yang ada satu bentuk tetapi maknanya yang banyak, seperti kata dalam, semak, dan rendang. Hal ini akan terbukti jika dicari makna bagi perkataan perkataan tersebut dalam kamus. Selain itu, ada perkataan yang berkongsi dan bertindan makna dengan kata yang lain.

Contohnya, perkataan bercakap berkongsi dan bertindan makna dengan kata bisik, jerit, teriak kerana dalam semua perkataan ini ada komponen makna yang berkaitan dengan hal penyuaraan. Demikian juga mawar, teratai, orkid, semua bertindak

makna dengan satu sama lain kerana memiliki dalamnya makna umum bunga.

Oleh sebab ada pelbagai jenis kata, bentuk kata, makna yang pelbagai, maka kata-kata dalam bahasa Melayu seperti dalam bahasa-bahasa lain dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (makna yang sama), antonim (makna yang berlawan), hiponim (bentuk yang sama tetapi makna yang berbeza) dan sebagainya.

4)

Konteks dan Makna Dalam hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting

(Leech, Semantics, 1974). Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketika kita rasa bingung akan makna dalam sesuatu ujaran atau tulisan kerana kurangnya maklumat kontekstual. Dengan mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna yang pelbagai dapat dielakkan, walaupun ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran atau tulisan kita. Misalnya, dalam ujaran, Kamal! Kambing!, makna yang hendak disampaikan ialah Kamal, tolong halau kambing kambing ituyang mungkin mahu masuk ke dalam kebun, rumah, atau tempat, bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan.

Konteks

memainkan

peranan

untuk

menghilangkan

kekaburan

dan

ketidakjelasan makna.

Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi Misalnya, untuk membezakan

perkataan dalam satu satu ujaran atau tulisan.

golongan kata untuk menentukan makna, seperti dalam kata bilas (basuh / cuci) sebagai kata kerja dan bilas (kabur) sebagai kata adjektif, konteks amat perlu.

Konteks juga menjadi amat mustahak dalam hal homonim.

Umpamanya,

untuk membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau berkurangannya besar kerana tergosok, kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau ujaran tersebut. Mungkin, dalam ayat ini Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah maknanya ialah rasa dahaga.

Dalam hal ini, Wittgenstein dalam bukunya Philosophical Investigations (1953), yang juga seorang ahli falsafah yang terkenal, pernah dengan tegas menyatakan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya, atau dalam konteks penggunaannya. Demikian juga Ullmann

berhujah bahawa makna perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya.

Oleh itu, makna kata tidak akan menjelma selain dalam konteks pengunaan perkataan atau ayat dalam ujaran atau tulisan. Misalnya, ujaran kata cantik , amat kabur maknanya, kecuali dinyatakan dalam satu konteks seperti diucapkan untuk memberitahu orang lain akan kecantikan seseorang atau pandangan, benda dan sebagainya, atau untuk memberi penghargaan atau pujian terhadap sesuatu perbuatan seperti menjaringkan gol dalam permainan bola sepak. Dalam kedua dua situasi tadi, kata cantikmemang tidaklah sama. Dengan yang demikian

menjadi nyata bahawa perkataan memperlihatkan makna yang berbeza beza ketika digunakan dalam pelbagai situasi sosial oleh manusia.

5)

Perubahan Makna Salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan

makna dalam bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang menjadi unit asas kepada bahas, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati oleh pengkaji bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak factor yang merangsangkan perubahan.

Ullmann dalam bukunya Semantics:

An Introduction to the Science of

Meaning (1962), misalnya memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Antaranya adalah seperti sebab-sebab sejarah, sebab-sebab sosial, sebab-sebab psikologi, pengaruh luar, keperluan untuk kata baharu.

Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. disempitkan dan diperluaskan. Menurutnya, makna kata boleh

Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi,

hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi yang juga menandakan perubahaanperubahan dalam sesuatu bahasa.

Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri.

Ini

bermaksud, makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial masyarakat. Misalnya, kata belayar, pada satu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak menggunakan layar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Atau, contoh perkataan rawat: Makna umum adalah menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna barunya sekarang (nurseri). meliputi merawat sisa kumbahan, pokok

Demikian juga kata tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makna diubah untuk mencakup makna menguruskan ,

mengendalikan , dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini . Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Umpamanya, kini kita sering menemukan ayat atau ujaran. Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu. Dalam contoh ini, kata gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab sebab perubahan dalam bahasa itu sendiri.

Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi juga, banyak kata yang telah mengalami perubahan makna. Misalnya, kata taman, pada masa dahulu

hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga , tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk mencakup makna tambahan seperti kawasan perumahan , kawasan perindustriandan kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu . Demikian juga kata datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa jasa mereka.

Dalam arus perubahan zaman, banyak kata mengalami perubahan makna. Kata kata yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep konsep saintifik merupakan antara kata yang mengalami perubahan makna. Misalnya, kata kebal berubah daripada makna asal kuat dan kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal.

Bahasa juga berubah kerana sebab sebab sosial.

Peredaran masa

menyebabkan munculnya bidang bidang baharu dalam satu satu budaya masyarakat bahasa. Faktor factor seperti emosi, tabu menjadi punca perubahan makna dalam bahasa. Misalnya, ungkapan orang gaji kini berubah menjadi

pembantu rumah, budak pejabat bertukar menjadi pelayan pejabat, dan Hari Buruh menjadi Hari Pekerja. Perubahan perubahan ini berlaku kerana ungkapan yang digunakan dahulu membawa konotasi negatif, dan dengan demikian perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak membawa unsur negatif.

Selain itu, unsur larangan atau tabu juga menyebabkan perubahan perkataan. Umpamanya, tidak sopan kalau dikatakan saya hendak kencingdi khalayak ramai, tetapi ungkapan buang air atau saya hendak ke tandas . Kini kata tandas pula membawa makna yang tidak begitu sopan, maka sudah ada ungkapan bilik air yang digunakan untuk tujuan yang sama, iaitu kencing atau buang air kecil. Ada juga ungkapan bilik selesa yang digunakan untuk merujuk kepada konsep tandas. Pilihan perkataan atau ungkapan seumpama ini, sebenarnya merujuk kepada gejala yang disebut segai eufemisme, yakni penggunaan bahasa secara halus dan sopan.

Dalam Bahasa Melayu, kata daging disempitkan makna untuk merujuk kepada daging lembusahaja tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam, atau daging arnab. Sedangkan makna dalam kamus adalah isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang (Kamus Dewan, 1994).

Ada juga makna yang diperluaskan, seperti dalam kata tangan yang menjadi menangani, taman yang merujuk kepada kawasan perumahan atau kawasan

perindustrian seperti yang dijelaskan di atas. Untuk menerangkan konsep konsep baharu yang timbul akibat perkembangan sains dan teknologi, maka perluasan makna bagi beberapa banyak perkaaan diperlukan.

6)

Kesalahan Semantik dalam Bahasa

Oleh sebab maklumat semantik amat penting dalam bahasa, maka hal makna dalam ayat harus diberi perhatian oleh pengguna bahasa. Jika aspek makna tidak diambil kira dalam binaan atau ujaran ayat, maka ayat ayat yang diujar atau dibina akan merupakan ayat yang taksa, atau tidak benar.

Justeru itu binaan atau ujaran ayat ayat seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu, memandangkan ayat ayat ini tidak betul dari segi semantik, walaupun memenuhi aturan nahu. Perhatikan contoh contoh yang berikut: 1) Mereka mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini. 2) 3) 4) 5) 6) 7) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi. Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik. Pekerja pekerja akan memulakan kerja mereka bila hujan berhenti. Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu. Ayah menghantar kawat kepada abang saya di Johor. Ayah menghadiahkan saya jam tangan.

Dalam ayat ayat di atas, nyata ada kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam ayat ayat tersebut. Umpamanya, mereka mereka dalam ayat 1 adalah kelewahan semantik, yakni makna yang berlehihan, yang sebenarnya tidak diperlukan. Demikian juga dalam ayat 2, tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibu kepada bapa Ali atau kedua dua ibu dan bapanya yang meninggal. Dalam ayat, 6 pula, apakah hapa menghantar dawai atau berita kepada abang? Mungkin ayat 7, perlu diperbetul menjadi Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya atau Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan .

Demikianlah suatu huraian tentang semantik dalam bahasa Melayu dari aspek makna dan perubahan makna dalam semantik. Seperti yang

dinyatakan dalam perbincangan di atas, aspek makna menjadi penting dalam bahasa, dan jika tidak, bahasa yang digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh difahami manusia kerana bahasa itu tidak jelas maknanya, atau kabur, taksa, dan kerana ada pertentangan makna serta ada unsure kelewahan dan seumpamanya.

Sesungguhnya, semantik merupakan suatu bidang kajian yang cukup menarik dan memberangsangkan jika didekati dan dikaji.

Bibliografi

Majalah S.Nathesan. (2001). Semantik dalam Bahasa Melayu: Komprehensif.dalam Dewan Bahasa, 1(9), 21-28 Satu Pandangan

Internet Semantik , http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/semantik/semantik.htm

Anda mungkin juga menyukai