Anda di halaman 1dari 11

ABSTRAK

Spek-AKU adalah ringkasan bagi ( Automatik Kawalan Utiliti ). Ianya adalah sebuah cermin mata yang di inovasi khas untuk memudahkan pengguna membaca dan mendengar sesuatu artikel dengan mudah dan sistematik tanpa menggunakan alat yang lain tetapi dengan hanya menggunakan alat ini sahaja. Alat ini menggunakan gabungan peralatan telekomunikasi yang ada di pasaran sekarang. Antara ciri-ciri yang ada pada Spek-AKU ialah ianya boleh digunakan oleh pengguna untuk menulis dan membaca AlQuran, surat khabar, buku-buku, majalah dan sebagainya samada dalam keadaan cahaya gelap atau cerah. Ini kerana cahaya tambahan yang dipasang pada cermin mata ini dikawal secara automatik. Di samping itu, alat ini juga boleh digunakan untuk menerima panggilan telefon dan juga memain Music tanpa wayar melalui telefon bimbit. Alat ini juga boleh digunakan bersama dengan Al-Quran digital yang berada dipasaran masa kini. Al-Quran digital ini juga mempunyai system Bluetooth yang membolehkan penguna mendengar bacaan Al-Quran tanpa wayar. Manakala ciri yang terakhir yang ada pada Spek-AKU ialah cahaya lampu yang terdapat pada cermin mata ini boleh dikawal secara automatik. Inilah antara keistimewaan tambahan yang terdapat pada Spek-AKU , semoga dengan adanya alat ini dapat memudahkan para pengguna dari segi masa, kewangan dan tenaga dalam membuat beberapa perkara dalam masa yang sama.

KANDUNGAN Tajuk Projek Abstrak Kandungan Penghargaan Senarai Pelajar Dan Guru Pengiring 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 Pengenalan Objektif Projek Mengenal Pasti Masalah Penyataan Masalah Penyelesaian Masalah Mengumpul Maklumat Kemahiran Menyiasat Laporan Amal 8.1 Langkah Kerja 8.2 Mencari Bahan 8.3 Kemahiran Yang Digunakan 8.4 Bahan Yang Digunakan 8.5 Alat Tangan Komponen Dan Fungsi Komponen Anggaran Kos Panduan Penggunaan Kesimpulan

Mukasurat

9.0 10.0 11.0 12.0

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t Alhamdulilah syukur kehadrat ilahi dengan izin dan hidayatnya pada tahun ini kumpulan kami memperolehi satu idea yang berguna untuk menghasilkan dan menyiapkan satu alat yang dapat digunakan oleh semua lapisan masyarakat dalam memudahkan kerja, menjimatkan masa dan mesra alam. Saya mengambil peluang keemasan ini untuk mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua pensyarah di atas kerjasama dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pensyarah selama Kami menghasilkan Alat ini. Antara yang terlibat adalah seperti yang dibawah:

Hj, Alwi Bin Mohd Ali (Pengarah) En. Mohammad Burhanuddin Bin Musa (Pengurus dan Jurulatih) En. Wan Zainuddin Bin Wan Mustafa (Ketua Penasihat Kelab) En. Azuri Bin Abdullah (Penasihat Kelab) En. Zamakh Shari Bin Che Isa (Penasihat Kelab)

Dan semua yang terlibat. Saya percaya dengan kemunculan rekaan terbaru ini akan memudahkan lagi kerjakerja harian. Sekian, Terima kasih.

(Muhammad Amirul Bin Mohd Amin) Ketua Pasukan Inovasi Produk Kolej Vokasional Tanah Merah Kelantan.

SENARAI NAMA PELAJAR DAN PENSYARAH

Bil 1 2

Nama Pensyarah Pengiring


W. ZAINUDDIN B. W. MUSTAPHA AZURI B. ABDULLAH

No Kad Pengenalan
630208-03-5015 720519-03-5345

OPSYEN Pensyarah Kej. Awam Pensyarah Elektronik

Bil 1 2 3 4

Nama Peserta
MUHAMMAD AMIRUL BIN MOHD AMIN MOHAMAD AIZAT ARIZ BIN MAT YUSOFF SITI NABILLAH BT MUHAMMAD NASIR NATASYA NABELLA BT RIDWAN

No Kad Pengenalan
970824-03-5319 970115-03-5797 970629-14-5512 971117-14-6436

Tingkatan/ Khurus 2 ETN 2 ETN 2 HAK 2 PPN

1.0 Pengenalan

Perkembangan teknologi masa kini banyak memberi infak yang positif dalam pembangunan sesebuah organisasi terutamanya berkaitan dengan pengurusan masa. Masa adalah merupakan satu aspek yang penting dalam menentukan sesuatu kerja samada Berjaya atau sebaliknya. Alat yang kumpulan kami hasilkan ini dapat memudahkan pengguna membaca dan mendengar sesuatu artikel dengan mudah dan sistematik tanpa menggunakan alat yang lain tetapi dengan hanya menggunakan alat ini sahaja. Di samping alat ini juga dapat membantu penguna membaca Al-quran atau sesuatu artikel pada keadaaan yang gelap atau pada waktu malam. Pengoperasian alat ini mengunakan Bluetooth Audio Transmitter sebagai penghantar Audio Dari Pen Al quran Digital kepada Bluetooth Reciever atau Dipangili sebagai Bluetooth earphone untuk Menghasilkan Penghantaran Audio Tanpa wayar (wireless).

2.0 Objektif 1. Alat ini direka bertujuan untuk memberi kemudahan kepada penguna untuk membaca Al-quran atau sesuatu artikel pada waktu malam atau tempat yang gelap. 2. Alat ini juga direka untuk memudahkan penguna mendengar atau membaca Alquran secara tanpa wayar(wireless). 3. Penguna tidak serabut semasa mengunakan alat ini kerana alat ini tidak memerlukan earphone berwayar untuk mendengar bacaan Al-quran. 4. Alat ini boleh dikendalikan oleh semua golongan masyarakat dan semua

peringkat omor kerana system pengunaan alat ini berkonsepkan mesra pengguna.

3.0 Mengenal pasti masalah Dalam sesebuah syarikat atau kilang pengeluar produk Al-quran Digital terdapat banyak versi-versi atau jenis Al-quran Digital tetapi tidak ada satu pun yang mengunakan system bluetooth wireless. Keadaan ini menyukarkan pengguna untuk mengunakannya. Ini kerana penguna harus mengunakan alat dengan earphone yang berwayar. Pengunaan earphone yang berwayar menyukarkan penguna kerana ia mempunyai had jarak antara earphone dan Pen Al-Quran Digital yang disebabkan oleh panjang wayar earphone yang pendek. Selain itu, kebanyakan masyarakat gemar membaca Al-quran pada waktu malam dan tidak ingin menggangu ahli keluarga yang sedang tidur. Oleh itu, kami bersama pengurus dan pensyarah penasihat telah mengadakan satu sesi perbincangan untuk mendapatkan idea iaitu bagaimana cara atau kaedah bagi memudahkan penguna untuk mengunakan alat ini pada waktu malam agar tidak mengaggu ahli keluarga yang sedang tidur dan tidak berserabut dengan gangguan wayar pada earphone dan jarak antara earphone dan Pen Al-quran Digital dapat dijarakkan lagi dan digunakan secara tanpa wayar(wireless). Idea dan hasil keputusan perbincangan tersebut telah pihak kami bersetuju dan bersedia untuk merekabentuk satu inovasi produk akan dapat menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat. Produk yang kumpulan kami hasilkan ialah dinamakan sebagai Automatik Kawalan Utiliti atau nama ringkas nya ialah Spek-AKU. 4.0 pernyataan Masalah 1. Panjang wayar earphone adalah pendek. 2. Tidak dapat melakukan perkara yang lasak 3. Menggangu ahli keluarga yang sedang tidur ketika membuka lampu bilik untuk membaca Al-quran pada waktu malam.

5.0 Penyelesaian Masalah Dalam proses untuk penyelesaian masalah di atas, kumpulan kami telah mencipta sebuah alat yang dinamakan Automatik Kawalan Utiliti atau nama ringkas nya ialah (SpekAKU). Produk ini mempunyai lampu sensor malam. Ia akan bernyala apabila terdedah kepada tempat yang gelap atau malam. Selain itu, produk ini juga mengunakan (Bluetooth Audio transmitter) untuk menerima isyarat audio dari Pen Al-quran Digital dan menghantar isyarat audio itu kepada (Reciever) atau nama yang biasa didengari ialah (Bluetooth earphone) secara wireless di dalam bentuk gelombang Bluetooth. Dengan itu Penguna boleh membaca dan mendengar Al-quran secara Tanpa wayar(wireless) dan tidak menggangu ahli keluarga yang sedang tidur.

Ciri-ciri keistimewaan alat ini ialah: Dapat bergerak dengan bebas tanpa ada ganguan dari dari wayar earphone. Mengunakan Bluetooth Audio Transmitter untuk menghantar isyarat audio dari Pen Al-quran Digital kepada Bluetooth earphone. Dapat melihat dan membaca Al-quran dalam gelap dengan menggunakan lampu LED yang ada pada cermin mata itu. Alat ini mempunyai 2 Bateri di dalamnya dan dapat bertahan selama 8jam jika dicas penuh. Pen Al-quran Digital juga dapat disambungkan(paring) dengan pelbagai Bluetooth earphone(Reciever) dan Laptop yang mempunyai system Bluetooth.

6.0 Mengumpul Maklumat Kami telah menjalankan beberapa kajian bagi mendapatkan matlumat untuk mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh masyarakat berhubung dengan keperluan kehidupan seharian. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat sering menghadapi masalah ketika ingin membaca atau mendengar bacaan Al-quran pada waktu malam kerana menggangu ahli

keluarga yang sedang tidur dan gangguan itu berpunca dari cahaya lampu bilik yang di buka untuk membaca Al-quran.

7.0 Kemahiran Menyiasat Tujuan menyiasat adalah untuk mengumpul matlumat bagi mencetus idea awal dan mencari penyelesaian masalah dalam pengunaan teknologi elektronik dalam penghantaran isyarat Audio dari Pen Al-quran Digital kepada earphone Bluetooth secara tanpa wayar(wireless) dalam bentuk gelombang Bluetooth. Selain itu, kami telah menyoal sendiri pensyarah-pensyarah di kolej kami tentang keselesaan pengunaan Cermin mata dan Pen Al-quran Digital yang biasa. Kami telah menyoal seramai 15 orang responden yang berkhidmat di Kolej kami. Hasil dari itu, kami mendapati bahawa ramai penguna alat yang biasa itu menghadapi masalah seperti berikut:

Panjang wayar earphone adalah pendek. Tidak dapat melakukan perkara yang lasak kerana risau wayar earphone akan terputus. Menggangu ahli keluarga yang sedang tidur ketika membuka lampu bilik untuk membaca Al-quran pada waktu malam.

METHODOLOGI
8.0 Laporan Amali 8.1 Lankah Kerja

8.2 Mencari Bahan Mencari Cermin mata yang sesuai Mencari satu set Al-quran digital yang sesuai Mencari Earphone Bluetooth yang sesuai

8.3 Kemahiran Yang Digunakan Mengukur dan menanda Memateri wayar dan komponen Memahami litar alat yang ingin diubah suai

8.4 Bahan-Bahan Wayar Transmitter Timah Pematerian Perspek Gam 2 Saat Gam Silikon Skru Kecil Perintang Peka Cahaya Perintang LED Transistor

8.5 Alatan Tangan Mesin Gerudi AC Soldering Iron Pemotong Perspek Kertas Pasir Pelayar Muncung Tirus Penjalur Wayar

Anda mungkin juga menyukai