Anda di halaman 1dari 3

Arahan: Bacaan syarahan di bawah dengan sebutan, intonasi dan gaya

yang betul
Selamat pagi saya ucapkan kepada Yang Berusaha Guru Besar, Guru-guru
Penolong Kanan, para hakim yang bijaksama, guru-guru dan rakan sekalian. Pada
pagi yang ceria ini, saya akan menyampaikan satu syarahan yang bertajuk
Pencemaran Alam Salah Siapa?

Anak seluang nampak berbalam,


Anak sembilang berenang merata;
Apa dah jadi kepada alam,
Amat tercemar tidak terkata.
Kita sering berasa sedih dan berkata bumi kita sudah tercemar. Kita
menuding jari ke arah orang lain tanpa menyalahkan diri kita. Sebenarnya, kita
juga menjadi pentumbang ke arah pencemaran alam yang serius itu.
Rakan-rakan yang saya kasihi,
Sungai yang dahulunya jernih dan bersih tetapi sekarang ia telah
dipenuhi sampah-sarap. Siapakah yang ingin mengambil berat atas apa yang
terjadi? Kalau dahulu, anak-anak ikan kelihatan riang berenang-renang di dalam
sungai. Kini, sungai dipenuhi oleh sisa-sisa toksik, sampah-sarap dan minyak.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pencemaran alam sekitar membawa banyak kesan buruk kepada kita.
Kita cuba lihat hutan-hutan di sekeliling kita pula. Flora dan faunanya semakin

musnah. Hutan yang menjadi tadahan hujan telah dirosakkan. Akhirnya,


kejadian tanah runtuh dan banjir kilat sering melanda. Udara juga tidak bersih
dan penyakit juga mudah merebak jika berbanding dengan zaman dahulu.
Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab menyebabkan pencemaran
alam sekitar berlaku. Contoh, pembakaran secara terbuka. Ini akan
menyebabkan

pencemaran

udara

berlaku.

Pemilik

kilang

yang

tidak

bertanggungjawab mengambil kesempatan membuang sisa-sisa toksik ke dalam


laut dan melepaskan asap tanpa alat penapis udara akan menyebabkan
pencemaran alam sekitar.
Hadirin yang saya hormati,
Sedarlah masalah yang berlaku di sekeliling kita memerlukan perhatian
kita! Jika kita mahu alam kita sentiasa bersih, tepuk dada tanya selera.
Terpulanglah kepada kita untuk menentukannya.
Sekian, terima kasih.

Nama:

Tarikh:

Kelas:
Jawab semua soalan di bawah
1. Apakah tajuk bagi syarahan yang anda bacakan?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------2. Nyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3. Nyatakan kesan buruk daripada pencemaran alam sekitar.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------4. Apakah maksud bagi flora dan fauna?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai