Anda di halaman 1dari 12

Dr Abdullah Yasin

AGAMA ADALAH NASIHAT - 001


31 December 2010 at 10:24
Assalamualaikum,
( :
: : - ( Dari
Abi Ruqayyah Tmim Bin Aus al-Dary r.a : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : Agama
itu nasihat. Kami berkata : Bagi siapa ? Baginda SAW bersabda : Bagi Allah, bagi Kitab-
Nya, Bagi Rasul-Nya dan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan orang-orang
awam mereka.( HR Muslim )
Beberapa pengajaran yang dapat diambil dari hadis sahih diatas, ialah :
1. Agama yang dimaksudkan disni adalah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad
SAW. Firman Allah : "Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam". (Ali Imran:19);
"Barangsiapa mencari agama selain Islam, nescaya Allah tidak akan menerimanya, dan di
akhirat dia pasti termasuk golongan yang merugi". (Ali Imran:85); Luqman Al-Hakim
berkata : "Jika di dunia ini kamu memiliki hanya satu, maka satu-satunya itu hendaklah
agama". Pepatah Arab berkata : "Manusia tanpa agama, bagaikan kuda tanpa kekang (hidup
liar dan tidak terkawal)".
2. Islam adalah nasehat. Maksudnya : Agar kehidupan manusia terkawal maka agama sangat
berguna untuk mengawal agar ia menjadi insan yang baik dan sempurna dan selanjutnya
mendapat keredhaan Allah. Agama sangat berperanan membimbing manusia agar menjadi
insan yang cemerlang dan bahagia di dunia dan di akhirat. Dan kita mesti ingat bahawa
rujukan utama agama Islam adalah Al-Quran dan Sunnah Rasul SAW. Rasul SAW bersabda :
"Aku tinggalkan dua perkara, selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya maka kamu
tidak akan sesat untuk selamanya".
3. Ketika Nabi SAW ditanya : Bagi siapa ? Lalu baginda SAW menjawap : Bagi Allah. Ini
tidak bermaksud Allah memerlukan nasehat ! tetapi maksudnya : Kita mestilah beriman dan
mentauhidkan Allah, jangan buat syirik, buat suruhan-Nya dan jauhi larangan-Nya,
2

mensyukuri nikmat-Nya dan mengharap redha-Nya; Bagi Kitab-Nya, yakni beriman kepada
Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup; Bagi Rasul-Nya, beriman kepada Nabi
Muhammad SAW, mencintainya, dan menjadikannya sebagai role model dan teladan dalam
segala urusan agama, mencintai sesiapa yang mencintainya dan memusuhi sesiapa saja yang
memusuhinya dan sunnahnya.
4. Adapun maksud bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin pula ialah menolong dan
menyokong mereka dalam perkara-perkara kebenaran dan keadilan serta patuh kepada
mereka dalam urusan kebenaran. Tegur mereka dengan cara yang sopan dan ingatkan mereka
ketika lalai melaksanakan kewajipan. Sedangkan bagi orang awam kaum muslimin pula,
ialah membimbing mereka ke jalan yang benar, mengawasi mereka daripada jalan yang salah
atau sesat, bertolong-tolongan dalam perkara-perkara kebaikan dan ketakwaan, saling hormat
menghormati dan saling sayang menyayangi.
4. Walau nasihat itu berguna, namun jika tersalah caranya boleh membawa bencana. Oleh itu,
ketika memberi nasihat kita perlu bijaksana dan tahu caranya. Pepatah Arab : " Memberi
nasihat di khalayak ramai adalah suatu penghinaan". Rasulullah SAW bersabda : Hak muslim
terhadap muslim lain ada enam, (satu diantaranya) : "Jika salah seorang saudara seagamamu
meminta nasihat, maka berilah dia nasihat". Hanya saja menurut Imam Al-Nawawiy dalam
syarahannya : Nasihat perlu diberikan kepada muslim jika dia meminta nasihat, hanya dalam
hal-hal keduniaan seperti pertanyaannya tentang pribadi orang yang dia ingin menjadikannya
sebagai rakan kongsi dalam urusan perniagaan, tetapi jika kita melihat kesalahan dalam
urusan agama, maka kita wajib menegornya atau memberinya nasihat walaupun muslim itu
tidak meminta nasihat.
5. Nasihat menurut bahasa Arab memilki tiga makna :1. menjahit/menampal : (

` _ ) :
Dia menjahit/menampal baju; 2. Menyaring/menapis ( _ ) : Dia menyaring/menapis
madu; 3.Ikhlas ( =

) : Taubat yang ikhlas. Jika kita rangkumi ketiga-tiga makna


tersebut, maka suatu nasihat mestilah memenuhi tiga sifat, iaitu : 1. Nasihat mestilah ke arah
memperbaiki atau kesempurnaan diri orang yang dinasihati sebagaimana peranan jahitan atau
tampalan baju yang koyak. 2.Ketika memberi nasihat hendaklah menggunakan kata-kata
yang baik-baik atau ditapis dan diseleksi, bukan asal cakap yang boleh menyinggung
perasaan orang yang dinasihati. 3.Suatu nasihat hendaklah diberi dengan niat yang ikhlas,
bukan cari pengaruh atau pujian atau keuntungan duniawiy.
3

6. Muslim/muslimat jika mendapat nasihat dari seseorang, sama ada dari Ibu Bapa, para guru,
para ustaz atau para ulama dan pendakwah, hendaklah menerimanya dengan baik dan
berusaha untuk mematuhinya. Lebih-lebih lagi jika nasihat itu memenuhi semua kriteria di
atas dan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasul. Allah SWT menggambarkan ciri-ciri
orang kafir dalam firman-Nya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama saja bagi mereka,
engkau beri peringatan atau engkau tidak beri peringatan, mereka tetap saja tidak mau
percaya (beriman) - (Al-Baqarah : 6) Oleh itu, umat Islam tidak seharusnya memilki sifat
kafir tersebut, tetapi selalu " Sami'naa Wa Ata'naa ".
7. Rasulullah SAW bersabda dalam wasiatnya sebelum wafat : " Bertakwalah kamu kepada
Allah, dan dengarlah, dan patuhilah, walaupun yang menyampaikan (nasihat atau kebenaran
itu) seorang hamba abdi berbangsa Habsy". Wasiat ini mengandungi pengajaran : 1. Untuk
mencapai derjat takwa, seseorang itu mestilah suka mendengar dan mematuhi (kebenaran)
yang didengarnya itu. 2. Kebenaran yang disampaikan wajib dipatuhi tanpa mengira siapapun
yang menyampaikannya, walau dari orang yang tidak mempunyai status seperti hamba abdi
berbangsa Afrika.
Insya Allah ustaz akan tulis nasihat secara bersiri dalam Facebook, paling kurang satu nasihat
setiap minggu.Anggap saja ini Nasihat Agama Siri (001). Ustaz berusaha untuk memenuhi
ciri-ciri nasihat di atas berdasarkan Kalam Allah dan Kalam Rasul-Nya. Kepada semua, ustaz
persilakan memenfaatkannya dan menyibarkannya kepada rakan-rakan yang lain. Ibu Bapa
disarankan menggalakkan setiap anaknya mengikuti Siri Nasihat ini, semoga dapat
mengurangi beban orang tua, khasnya dalam dunia globalisasi yang sangat mencabar ini.
Marilah kita saling bertolongan ke arah kebaikan dan takwa. Allah berfirman : "Bertolong-
tolonglah kamu kepada kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu bertolongan dalam perkara
dosa dan permusuhan" - ( Al-Maidah : 2 ).
Wassalam.
Yang Ikhlas,
Ustaz Dr. Abdullah Yasin.
Mantan Pegawai Dakwah Di Unit Dakwah Islamic Counsellor,
Keduataan Arab Saudi, Malaysia, Kuala Lumpur - ( 1980 - 2009 )
4

HIJRAH YANG DITUNTUT - 002
31 December 2010 at 10:28

by Abdullah Yasin on Saturday, December 18, 2010 at 10:02pm
-

-
_

- =- /

=1491 -

= _

- : = - Daripada I bnu
Amru daripada Nabi SAW sabdanya : Sebaik-baik orang yang berhijrah, ialah orang yang
berhijrah (meninggalkan) apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT. (HR al-Tabaraniy -
Hadis Sahih - Himpunan Hadis-Hadis Sahih No. 1491 - Lihat Sahih al-J ami' al-Saghir -
Oleh Al-Albaniy.
Penjelasan hadis :
1. Hijrah menurut bahasa maknanya berpindah atau meninggalkan yang pertama menuju
kepada yang kedua. Hijrah dalam Islam terbagi dua, iaitu : 1. (

= =

) : Hijrah Fisikal ; 2.
( =

) : Hijrah Sikap.Hijrah Fisikal ialah berpindah dari satu negeri ke negeri lain.
Hijrah jenis ini tidak dituntut kecuali jika darurat. Umpamanya jika kita tinggal disuatu negeri
yang tidak membenarkan kita melaksanakan syareat Allah seperti tidak boleh solat, tidak
boleh menutup aurat dan lain-lain, maka ketika itu kita wajib berhijrah jika
memungkinkan.Adapun Hijrah Sikap adalah wajib dan Fardhu 'Ain ke atas setiap muslim dan
muslimat. Hijrah jenis inilah yang diisyaratkan oleh Hadis Sahih di atas.
2. Berhijrah daripada apa yang dilarang oleh Allah adalah jenis hijrah yang paling afdhal dan
paling utama. Inilah yang dimaksudkan dengtan Hijrah Sikap. Umpamanya : Berhijrah
daripada sikap atau sifat pemalas kepada sifat rajin ; daripada pengotor kepada pembersih ;
daripada pemarah dan panas baran kepada penyabar ; daripada pendendam kepada pemaaf ;
daripada bodoh kepada berilmu pengetahuan. Dan yang paling utama dari semua itu ialah
berpindah daripada Syirik kepada Tauhid ; daripada Bid'ah kepada Sunnah ; daripada
beragama secara Taqlid kepada Ittiba'.
3. Umat Islam jika ditinjau dari sudut "mengikut" terbagi kepada dua, iaitu : 1. Taqlid :
Mengikut secara membuta tuli dan tidak tahu sama ada yang diikutinya itu ada dalil atau
tiada dalil. 2. Ittiba' : Mengikut juga tetapi mengetahui ada dalilnya. Menurut istilah agama,
orang tang bertaqlid dipanggil Muqallid, sedangkan orang yang ittiba' dipanggil Muttabi'.
Dan sudah pasti dalam hal ini kedudukan Muttabi' adalah lebih tinggi dan lebih mulia di sisi
5

Allah berbanding dengan Muqallid. Ini kerana Islam adalah agama ilmu, bukan agama ikut-
ikutan atau ikut secara membuta tuli. Malah Islam sangat melarang umatnya bertaqlid secara
tetus menerus. Oleh itu, setiap muslim wajib terus berusaha mencari dan menambah ilmu
agama agar segala keyakinan dan amalannya selama ini mempunyai nilai yang tinggi di sisi
Allah. Bukan hanya bertaqlid sampai mati, padahal peluang mencari ilmu zaman ini sangat
mudah.
4. Kembali kepada topik pembahasan. Hijrah paling afdhal ialah meninggalkan apa yang
dilarang oleh Allah. Menurut Kaedah Ilmu Ushul : Larangan Allah juga tersirat di dalam
semua suruhan-Nya. Maksudnya : Larangan Allah bukan datangnya hanya dalam bentuk
larangan, seperti : Jangan membunuh, jangan mendekati zina, jangan mengumpat, jangan
mencela, jangan mencuri, jangan berburuk sangka dan lain-lain. Tetapi larangan juga tersirat
di dalam semua suruhan Allah. Contoh : Dalam suruhan mendirikan solat tersirat larangan
jangan abaikan solat, dalam suruhan mentauhidkan Allah tersirat larang syirik, dalam suruhan
mengikuti ibadat cara Rasulullah SAW tersirat larangan berbuat bid'ah, dalam suruhan
berbuat ihsan kepada ibu bapa tersirat larangan durhaka kepada mereka berdua dan lain-lain.
5. Menurut para ilmuan Islam : Dosa kerana tidak melakukan suruhan Allah SWT adalah
lebih besar dan lebih dahsyat berbanding terlanggar larangan Allah. Walaupun kedua-duanya
adalah dosa. Kesimpulan ini berdasarkan sikap Iblis dan Adam ketika dalam syurga. Iblis
berdosa kerana tidak melakukan suruhan agar sujud kepada Adam. Adam juga berdosa
kerana beliau melanggar larangan Allah agar jangan mendekati pokok larangan. Walaupun
kedua mereka berdosa, tetapi dosa Iblis lebih besar jika dibandingkan dosa Adam sebab motif
keengganan Iblis sujud adalah sombong (takabbur), tetapi motif Adam melanggar larangan
Allah adalah kerana terlupa dan tertipu oleh rayuan Iblis.
6. Ibu Bapak dinasehatkan agar memperbetul persepsi yang salah ini. Terdapat dalam
masyarakat kita sesetengah orang tua yang beranggapan bahawa anaknya sudah baik, jika
mereka tidak terlibat dadah, pergaulan bebas, mencuri, berzina tetapi pada masa yang sama
anak-anaknya tidak solat, tidak menutup aurat, tidak berbuat ihsan kepada orang tuanya. Kita
tidak menafikan bahawa semuanya dosa dan wajib dijauhi semuanya. Namun dosan tidak
membuat suruhan Allah adalah lebih besar berbanding terlanggar larangan Allah. Diharap
para pembaca tidak salah faham dengan penjelasan ini. Perkara ini didedahkan hanya
bertujuan untuk memperbetul persepsi atau anggapan yang salah dikalangan sesetengah
masyarakat kita.
6

7. Kewajipan utama umat manusia dimuka bumi adalah mentaati atau mematuhi Allah. Taat
dalam Islam terbagi dua, iaitu : 1. Buat apa yang Allah suruh, 2. Tinggalkan apa yang Allah
larang. Oleh itu, tidak sempurna ketaatan seseorang jika hanya setakat membuat apa yang
Allah suruh tetapi pada masa yang sama dia melanggar larangan Allah, ataupun sebaliknya,
meninggalkan larangan Allah tetapi pada masa yang sama tidak membuat suruhan Allah.
Marilah kita sama sama berusaha untuk menjadi hamaba-Nya yang sentiasa berkata : (

'

) : Kami dengar dan kami patuhi, (mereka berdoa) : Ampunilah


kami ya Tuhan kami, dan kepada Engkau lah kami kembali. (Al-Baqarah : 285)
Topik ini ustaz rasa sangat perlu direnung kerana kita masih dalam suasana memasuki "
Tahun Hijrah Baru 1432H ". Semoga keimanan dan ke-Islam-an kita lebih baik pada tahun-
tahun yang akan datang. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
7

ISLAM AGAMA ILMU - 003
31 December 2010 at 10:30

by Abdullah Yasin on Saturday, December 25, 2010 at 2:47pm
= = : -
. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang
Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan
Tuhanmulah yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaran Qalam,
Dia Mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-Alaq : 1-5)
Beberapa pengajaran yang dapat diambil dari Firman Allah di atas, iaitu :
1. Semua umat Islam tahu bahawa lima ayat pertama surah Al-Alaq diatas merupakan wahyu
pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Ini member isyarat
bahawa Islam sangat menggalakkan agar umatnya banyak membaca. Dengan banyak
membaca seseorang akan mendapat maklumat dan ilmu pengetahuan. Walaupun dalam
reality kita dapati bahawa budaya gemar membaca pada hari ini dimiliki oleh non muslim dan
sebaliknya umat Islam-lah yang paling malas membaca.
2. Menurut ulama tafsir : Kitab yang mesti kita baca ada dua jenis, iaitu : Kitab Makhluk
dan Kitab Munazzal. Membaca Kitab Makhluk : Membuat kajian atau penyelidikan di alam
maya ini, seperti membuat kajian keluar angkasa, ke dasar laut, ke perut bumi, para dokter
mengkaji perlbagi penyakit dan obat-obatan dan lain-lain. Membaca Kitab Munazzal :
Membaca dan mengkaji kitab yang diturunkan oleh Allah yakni Al-Quran. Dalam membuat
kajian Kitab Makhluk, umat manusia hendaklah sentiasa berpandukan kepada Kitab
Munazzal sebab Wahyu Allah semuanya meyakinkan dan tidak pernah keliru.
3. Berdasarkan kepahaman di atas nyatalah bahawa Islam bukan agama taqlid yakni
mengikuti secara membuta tuli. Itu sebabnya pada nasihat sebelum ini kita disuruh agar
berhijrah daripada Muqallid kepada Muttabi yakini mengikuti dengan ilmu. (Sila lihat
Nasihat 002). Hanya dengan berpandukan ilmu yang tepat dari sumber yang dijamin
kesahihannya, barulah kita mampu berlaku adil dan meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Bagi umat Islam sumber utama yang disepakati adalah Kalam Allah dan Kalam Rasul-Nya.
Sedangkan sumber tambahan pula adalah Ijmak dan Qiyas.
8

4. Selain Islam bukan agama taqlid tetapi agama ilmu, malahan Islam juga bukan agama
warisan nenek moyang. Kita semua tahu bahawa Agama Hindu sudah bertapak berabad abad
lamanya di Nusantara sebelum kedatangan Islam. Nenek moyang kita menerima Islam
dengan cara yang sangat sederhana melalui para pedagang dari Hadramaut (Yaman) atau
Gujarat (India) atau China. Besar kemungkinan ajaran Islam yang tiba di Nusantara sudah
mula dicampuri dengan budaya mereka masing-masing. Oleh itu, umat Islam Nusantara
sangat perlu kembali kepada ajaran Islam yang asal yakni sebagaimana yang dibawa oleh
Rasulullah SAW.
5. Allah SWT menegor sikap Arab Jahilyah yang jika mereka diajak oleh Rasulullah SAW
supaya mentaati Allah dan ajaran yang baginda bawa, maka selalu mereka menjawab :
Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati nenek moyang kami mengerjakannya. (Al-
Maidah : 104). Rujukan agama Islam adalah Al-Quran dan Al-Sunnah. Inilah sebenarnya
tuntutan yang terkandung di dalam Dua Kalimah Syahadat, yang dengannya seseorang layak
menjadi muslim atau muslimat. Jadi rujukan agama Islam bukan nenek moyang atau adat-
istiadat.
6. Untuk memahami Al-Quran dan Al-Sunnah hari ini sangat mudah dan memungkinkan.
Jika tidak mampu memahami sendiri kerana ilmu terbatas, maka ambillah pandangan para
ulama yang muktabar dari kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, seperti Imam Abu Hanifah,
Imam Malik, Imam Syafii dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal. Bermazhab dengan salah satu
mazhab di atas tidak salah. Yang salah adalah taassub atau Ianatik mazhab. Semua imam
tersebut berkata : Aku tidak redha sesiapapun yang mengikuti aku sehingga dia mengetahui
bagaimana aku mengambil kesimpulan suatu hukum. Ungkapan ini member isyarat kita
disuruh menjadi Muttabi bukan Muqallid.
7. Diantara budaya orang yang berpendidikan atau orang yang berpelajaran ialah tidak mudah
percaya sesuatu kecuali jika ada buktinya. Mereka selalu berkata : Show me the proof ! Sikap
ini sangat baik, tetapi sayangnya selogan itu hanya mereka gunapakai dalam hal-hal
keduniaan, tetapi bukan dalam hal-hal keagamaan, buktinya banyak mereka yang hanya
bertaqlid dalam urusan agama. Padahal sebenarnya dalam urusan agamalah mereka
sepatutnya berhati-hati sebab ia menyangkut keselamatan mereka di akhirat. Jika sesat jalan
di dunia masih boleh berpatah balik, tetapi bila sesat jalan menuju akhirat buruk padahnya.
Panduan tuan guru boleh diikuti tetapi jangan letakkan tuan guru mengatasi Rasulullah SAW
sebab hanya baginda yang maksum (selamat dari kesilapan)
9

8. Di dalam mahkmah di akhirat nanti Allah SWT akan memanggil Rasul-Nya sebagai saksi
terhadap akidah dan amalan umatnya, bukan tuan guru dan bukan pula imam mazhab. Jika
Allah SWT sebagai Hakimnya dan Rasul pula sebagai saksinya memihak kepada kita, maka
akan selamatlah kita dan selanjutnya layak masuk syurga. Tetapi jika amalannya ditolak oleh
Allah sebab amalan itu dilakukannya tidak ikhlas dan Rasul pula menolak kerana amalannya
tidak ikut cara Rasulullah SAW maka buruklah padahnya. Untuk mendapat keikhlasan atau
tauhid yang murnia kita memerlukan Ilmu Akidah, dan untuk memahami cara beraamal kita
memerlukan Ilmu Syareat. Dua cabang ilmu inilah sebenarnya yang diisyaratkan oleh Dua
Kalimah Syahadat.
9. Imam Ahmad Bin Hanbal berkata : Manusia memerlukan makanan dan minuman, cukup
dua atau tiga kali dalam sehari, tetapi keperluan manusia kepada ilmu pengetahuan sebanyak
turun naiknya nafas. Para salafus soleh berkata : Ilmu hendaklah didahulukan daripada
bercakap dan beramal. Ilmu bagaikan imam, sedangkan amalan pula mengikuti sahaja.
Semua ungkapan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu
pengetahuan, seseorang boleh terdedah dengan kesesatan dan juga boleh mengakibatkan
kesesatan orang lain.
10

MUHASABAH DIRI - 004
1 January 2011 at 10:55

- ' - - - - = -
( / 59 : 18) Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah
setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan
bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (
Al-Hasyr / 59 : 18 )
Nota ini ditulis bertepatan dengan 1hb Januari 2011M / 26hb Muharram 1432H. Kita sama-
sama berada dalam bulan pertama Masihiah dan Hijriah. Bagaimana seharusnya sikap kita
bila memasuki tahun baru ? Sebenarnya tiada nas atau hujah dalam Islam yang menyuruh kita
mengadakan apa-apa perayaan sempena menyambut tahun baru, apalagi bergembira
melampaui batasan sambil menari, minum arak, bergaul bebas, adakan konsert liar dan lain-
lain lagi.
Tidak dinafikan, kita wajar bergembira dan bersyukur kepada Allah kerana dipanjang usia
sehingga termasuk golongan yang layak memasuki tahun baru. Tetapi kita mesti ingat
bahawa kegembiraan dalam Islam terbagi dua, iaitu : 1. Farhun Syakar (kegembiraan
syukur) ; 2. Farhun Batar (kegembiraan sombong) Contoh : Kegembiraan Namrudz,
Firaun, Qarun semakin berkuasa dan kayaraya semakin sombong dan derhaka kepada
Allah SWT dan para Rasul-Nya.
Golongan Farhun Syakar pula, akan segera bersyukur jika mendapat nikmat. Oleh itu,
marilah kita syukuri perpanjangan usia ini dengan mempertingkat ketaqwaan kita kepada
Allah SWT. Ikutilah jejak langkah Rasulullah SAW yang ketika ditanya oleh para isterinya
mengapa baginda banyak beribadat kepada Allah, padahal baginda telah dijamin masuk
syurga ? Baginda SAW hanya menjawap : (

- -

) : Tidak bolehkan aku menjadi


hamba-Nya yang bersyukur ? Jawapan singkat ini menggambarkan bahawa pendorong utama
baginda SAW banyak beribadat ialah kerana ingin bersyukur.
Muhasabah Diri adalah cara yang paling baik ketika memasuki tahun baru. Muhasabah Diri
membawa makna Re-evaluasi atau Introspeksi, iaitu : Menilai kembali diri atau usaha melihat
ke dalam diri sendiri, sudah sampai dimana persiapan yang dibuat untuki menghadapi Hari
Berhisab. Ingat kata-kata Omar Ibnu Al-Khattab r.a. : (

= ) : Kiralah
(hisablah) dirimu sebelum kamu dihisab (oleh Allah di akhirat nanti).
11

Para MuIassirin (ulamak taIsir) menamakan ayat 18 surah Al-Hasyr di atas sebagai (

) : Ayat Muhasabah Diri. Dalam ayat tersebut : Orang-orang beriman mendapat tiga
perintah dari Allah, iaitu : 1. Bertakwalah kepada Allah ; 2. Hendaklah setiap diri
memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) ; 3. Bertakwalah
kepada Allah.
Dalam ayat tersebut perintah muhasabah diri terletak pada perintah yang ditengah, diapit oleh
dua perintah yang serupa didepan dan dibelakangnya iaitu bertakwalah kepada Allah. Ini
memberi isyarat seolah-olah : Cara muhasabah diri yang paling tepat ialah dengan
mempertingkat ketakwaan kepada Allah. Demikian analisis para mufassiri.
Apakah makna bertakwa kepada Allah ? Menurut Ali Bin Abu Talib r.a. : Takwa ialah
membuat suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya. DeIinisi takwa ini diguna pakai oleh
para ilmuan Islam hingga ke hari ini, sebab ringkas ungkapannya tetapi menyeluruh
maknanya. Hakikat ini diperkuat oleh Iirman Allah : (

'

) : Dan buatlah
perbekalan !!! dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa ( Al-Baqarah / 2 : 197 )
Bagaimanakah cara untuk mencapai derjat takwa ? Jawapannya : Patuhilah ajaran Allah
sebagaimana yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dengan kata lain : Jadikanlah Al-
Quran dan Sunnah Nabi SAW sebagai pedoman hidup. Allah berIirman (

- ) : Inilah kitab Al-Quran, tiada keraguan di dalamnya, pedoman bagi orang yang
bertakwa ( Al-Baqarah : 2 ) ; Dan Nabi Muhammad SAW pula mendapat gelaran (

' )
: Pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.
Menurut keyakinan orang yang beriman, setiap kita akan melalui dua kehidupan. Pertama :
Kehidupan yang sementara di dunia ini. Kedua : Kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti.
Corak hidup di akhirat nanti sangat ditentukan oleh aktibiti yang kita lakukan di alam dunia
ini. Jika di dunia diisi dengan ketakwaan kepada Allah maka syurga menanti disana dengan
izin Allah tetapi jika sebaliknya, maka neraka tempatnya Nauudzu Billah Min Dzaalik.
Jika anda akur dengan penjelasan di atas. Tolong renung dan fikir sejenak, mula sekarang :
Anda ingin booking syurga atau neraka ? Ingat bahawa kematian boleh datang anytime.
Kematian tidak hanya mengunjungi warga emas saja, tetapi juga para remaja, malahan bayi
dalam kandungan juga boleh mati. Realiti ini tiada siapa boleh mengingkarinya.
Jangan serahkan nasib anda semata-mata kepada takdir tanpa berusaha. Itu sebabnya dalam
Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW ungkapan (

) : Mereka yang beriman, sentiasa


12

diikuti dengan (

) : Dan mereka beramal soleh. Ada iman tanpa amal akan sia-
sia seperi iman Iblis. Demikian sebaliknya banyak amal kebaikan tetapi tidak beriman juga
sia-sia seperti kebaikan Abu Talib uncle Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu, mula saat ini perbaikilah hubunganmu dengan Allah melalui ibadat, dengan
Rasulullah SAW dengan menjadikannya sebagai role model, dengan Ibu Bapamu, saudara
maramu, para pembimbing atau gurumu, jiran tetanggamu, kaum muslimin dan juga terhadap
non muslim. Serlahkanlah keindahan ajaran Islam melalui tingkah lakumu, pertuturanmu,
sehingga non muslim terpikat dan akhirnya dengan izin Allah mendapat hidayah melalui
syakhsiahmu atau keperibadianmu.