Anda di halaman 1dari 23

Penghargaan

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, saya dapat menyempurnakan segala kerja kursus yang diberikan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang banyak membimbing saya iaitu, Encik Shamsul Rizal bin Khalil, pensyarah PKB 3203 kelas saya yang banyak membantu kami dalam menyelesaikan tugasan dan kerja kursus projek yang diberikan. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan sekelas saya yang banyak memberikan idea serta tunjuk ajar yang sangat memberangsangkan. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang banyak memberikan dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bagi.

Pengenalan

Manusia dilahirkan ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak ini. Jika ibu bapanya mendidik anak-anak mereka secara baik maka, besar kemungkinan tingkah laku kanak-kanak itu apabila membesar kelak juga baik. Tetapi jika ibu bapanya mendidik tingkah laku anak-anak mereka dengan tingkah laku yang buruk maka, besar kemungkinan, anak-anak mereka juga membesar dengan kelakuan yang buruk. Tetapi faktor ini bukan juga penyebabnya. Faktor persekitaran, faktor kesihatan dan juga faktor biologi memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pembesaran dan juga banyak mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak apabila dia besar. Faktor persekitaran adalah seperti tinggal bersama masyarakat bermasalah. Faktor kesihatan pula adalah menghadapi masalah terencat akal ataupun emosi dan sebagainyanya. Tingkah laku manusia adalah berbeza-beza. Kita seharusnya bijak untuk mengawal tingkah laku kita supaya ia tidak mendatangkan masalah dan mudarat ke atas diri kita. Akan tetapi ada juga manusia yang tidak dapat mengawal masalah tingkah laku yang dihadapi oleh mereka akibat daripada masalah kesihatan atau pun ketidakupayaan yang dihadapi oleh mereka. Imam Al- Ghazali menyatakan bahawa tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri serta setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan. Dorongan dan tujuan itu adalah berasal dari dalam diri manusia itu sendiri. Motivasi ini boleh di ransang oleh ransangan-ransangan luar atau dalaman yang berkaitan dengan keperlua-keperluan fisiologi atau emosi seperti perasaan lapar atau cinta dan takut kepada Allah.

BAHAGIAN A- PENULISAN ESEI

Apakah anda bersetuju bahawa pemberian ganjaran mampu mengubah tingkah laku negatif murid kearah tingkah laku positif secara berterusan.

Setiap dari manusia memang mempunyai pelbagai tingkah laku tidak kira tingkah laku itu, positif ataupun negatif. Tetapi, kita seharusnya peka bahawa, tingkah laku positif haruslah dikekalkan dan diamalkan manakala tingkah laku negatif haruslah diubah supaya dapat melahirkan manusia yang berjaya serta mampu membina negara, bangsa dan juga agama. Menurut Miltenberger (1996) beliau menyatakan tingkah laku boleh diperhati, diterangkan. Selain itu, Martin dan Pear ( 1996 ) menyatakan pada asasnya tingkah laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan. Di sini dapat disimpulkan bahawa tingkah laku merupakan apa sahaja pergerakan, perlakuan, percakapan, ujaran yang dikeluarkan serta gerak geri yang dihasilkan oleh seseorang. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasakan nilai-nilai tertentu. Ganjaran pula bermaksud sesuatu yang diterima sebagai tanda telah berjasa, hadiah pembalas jasa. Tingkah laku negatif pula membawa maksud tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya. Menurut Atkinson (1990) tingkah laku bermasalah / negatif adalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku negatif ini boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkah laku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan dan sebagainya. Menurut Woody (1992) semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkah laku tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Tingkah laku positif pula bermaksud tingkah laku yang membawa kesan yang baik kepada pelaku. Pengurusan tingkah laku ialah satu perancangan untuk mengubah tingkah laku bermasalah ke satu tingkah laku matlamat yang ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Sebagai guru, kita hendaklah membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif. Setiap manusia mempunyai tingkah laku bermasalah dalam diri mereka. Tetapi yang menjadi bezanya adalah adakah tingkah laku tersebut boleh dikawal ataupun tidak. Tingkah laku bermasalah terbahagi kepada dua. Pertama tingkah laku bermasalah positif dan yang kedua tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah positif

bermaksud tingkah laku yang ditonjolkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku yang dikatakan bermasalah sekiranya ditunjukkan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh mendatangkan masalah kepda dirinya. Tingkah laku bermasalah negatif pula bermaksud perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah. Tingkah laku bermasalah positif terbahagi kepada beberapa jenis: Tingkah laku ingin tahu Sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Tingkah laku ini boleh menjadi masalah apabila kanak-kanak tersebut sering bertanya kepada guru ataupun orang dewasa yang mereka kenal. Kadang kala mereka akan bertanya tentang perkara yang tidak bersangkut paut dengan perkara yang sedang diajar dalam kelas. Ini menyebabkan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas tidak berjalan dengan lancar. Guru terpaksa menjawab soalan yang dikemukakan oleh itu, konsentrasi dan kefahaman muridmurid lain sedikit terganggu akibat dari pertanyaan tersebut. Tingkah laku cepat belajar cepat menangkap atau catch up sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat. Ini akan membuatkan murid tersebut cepat bosan apabila guru mengulangi matapelajaran atau kandungan pelajaran tersebut. Selain itu, murid-murid lain juga akan turut terjejas kerana murid yang cepat belajar tadi akan menganggu konsentrasi mereka dengan menjawab dan juga mencelah sewaktu guru sedang mengajar. Tingkah laku pintar cerdas sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir. Tingkah laku pintar cerdas ini akan membuatkan pelajar cepat belajar sesuatu kerana mereka mempunyai IQ yang tinggi. Tingkah laku proaktif sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain. Ini akan membuatkan dia sentiasa ingin mengetahui dan sentiasa di hadapan berbanding rakan-rakannya. Oleh itu, apabila guru mengajar mereka sudah mengetahui dan ini akan menyebabkan mereka mudah berasa bosan dan sebagainya.

Contoh tingkah laku bermasalah negatif pula adalah

1. Tingkah laku Bermasalah Negatif Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi : Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri. Murid akan berasa bimbang iaitu mereka sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang, tiada keyakinan diri dan berasa diri mereka tidak dapat menandingi rakan-rakan sekelas sendiri. Pergantungan lebihan pula adalah terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya. Mereka juga terlalu manja dan tidak boleh berdikari sendiri. Pengunduran diri ialah malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri serta sering menggangap orang lebih baik dari dirinya. Pengasingan diri pula tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan. Mereka mempunyai sikap rendah diri yang terlalu tinggi dan perasaan malu pada kawan-kawan Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain. Sebagai contoh , hiperaktif iaitu kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif.

Berkelakuan nakal iaitu suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas. Suka membuat bising menganggu boleh menganggu ketenteraman murid lain. Bergerak sesuka hati dan suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran serta berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku dan juga melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa. Murid tersebut ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya. Murid itu juga bertindak agresif sama ada secara lisan dan fizikal dengan menuturkan dan menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan Ganjaran bermaksud adalah alat pendidikan represif yang menyenangkan. Ia juga dikatakan ganjaran adalah penilaian yang bersifat positif terhadap murid. (Amin Danien Indrakusuma ,1973). Di dalam Al-Quran pula bermaksud menunjukkan apa yang diperbuat oleh seseorang dalam kehidupan ini atau akhirat kelak kerana amal perbuatan yang baik. Allah taala telah berfirman dalam Al-Quran Surah Ali Imran ayat 148 :

Maksudnya : Maka Allah berikan ganjaran kepada mereka di dunia dan di akhirat dengan ganjaran yang baik. Dan Allah cinta kepada orang-orang yang berbuat baik.

Menurut Amin Danien Indrakusuma (1973), ganjaran merupakan penilaian yang bersifat positif terhadap murid. Selain itu, menurut H. Balnadi Sukadipura (1982), pada umumnya ganjaran merupakan motivasi yang terbaik daripada celaan, hukuman, atau ujian ulangan. Menurut Ag.Soejono (1980) terdapat beberapa syarat dalam memberikan ganjaran: 1. Penghargaan dari guru hendaklah berkurangan seiring dengan perubahan atau perkembangan tingkah laku murid sehingga akhirnya murid tersebut memperoleh penghargaan dari diri sendiri sesudah melaksanakan tingkah laku tersebut iaitu perasaan puas hati. 2. Ganjaran wajib diberikan secara adil, tanpa membezakan murid. Ketidakadilan dalam pemberian ganjaran dapat menimbulkan perpecahan dalam kelas. 3. Ganjaran sesuai diberikan dengan sifat dan watak murid. 4. Penghargaan haruslah diberikan dengan bijaksana. 5. Tidak salah memberikan murid-murid ganjaran yang berupa makanan, gula-gula dan lain-lain kerana ia adalah sesuai dengan kehendak mereka.

Terdapat berbagai-bagai jenis ganjaran antaranya adalah pujian. Pujian adalah satu bentuk ganjaran yang paling mudah dilaksanakan. Terdapat juga pujian yang berbentuk kata-kata yang bersifat perkongsian pendapat. Disamping kata-kata, ia juga boleh berupa isyarat-isyarat atau pertanda-pertanda. Misalnya dengan menunjukkan ibu jari, dengan menepuk bahu dan tangan dan sebagainya. Kedua adalah ganjaran dalam bentuk penghormatan. Ganjaran dalam bentuk penghormatan terdiri daripada dua bentuk iaitu bentuk pertama adalah penobatan iaitu, murid diberikan penghormatan dengan diumumkan namanya dan ditampilkan dihadapan kelas dan sekolah. Kedua adalah penghormatan berbentuk pemberian kekuasaan untuk melakukan sesuatu, misalnya kepada murid yang berjaya menyelesaikan soalan yang susah disuruh kehadapan dan diberikan peluang untuk tulis dipapan putih dan dilihat oleh rakan sekelas. Ketiga, ganjaran juga boleh berbentuk hadiah, iaitu ganjaran yang berupa barangan.

Oleh itu, sebagai ingin menjawab pernyataan di atas, iaitu saya sangat bersetuju dengan pemberian ganjaran mampu mengubah tingkahlaku negatif murid kearah tingkah laku positif secara berterusan. Menurut Stone (2007), kalau tingkahlaku boleh dipelajari maka sudah tentu ia boleh.diubah atau diubahsuai Berdasarkan pelbagai perspektif teori, pembentukan tingkah laku negatif kadangkala adalah tanpa kesedaran murid itu sendiri. Persepsi mereka mungkin beranggapan nilai dan world view mereka adalah sama dengan orang di sekeliling mereka. Guru, ibu bapa dan masyarakat perlu sedar bahawa tanpa bimbingan, murid tidak akan sedar nilai dan worldview mereka kadangkala adalah bertentangan dan tidak selari dengan nilai-nilai kebenaran universal. Tingkah laku bermasalah ataupun tidak berdisiplin dapat dihindari dan seterusnya melahirkan tingkah laku yang baik (Alberto & Troutman 1990, Bandura 1977, Skinner 1982,1968, Axelrod 1983) Ini dapat dibuktikan melalui Teori Pembelajaran Pelaziman Operan yang di asaskan oleh B.F Skinner dimana beliau menekankan hasil kesan-akibat membawa kepada tingkah laku baharu, tingkah laku diteruskan atau diulangi dan sebaliknya. Kesan-akibat boleh berlaku dalam bentuk ganjaran ataupun hukuman iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Oleh itu, hukuman dan dendaan, ganjaran dan peneguhan membawa kesan yang tertentu kepada kemungkinan tingkah laku baharu atau sebaliknya. Bagi Skinner, dendaan merupakan kaedah yang tidak berkesan untuk membentuk tingkah laku dan mengekalkan dalam suatu jangka masa yang panjang. Oleh itu, dendaan hanya akan menghasilkan perubahan jangka pendek sahaja. Peneguhan adalah mengukuhkan lagi tingkahlaku yang memungkinkan tingkah laku diulangi atau diteruskan. Skinner memperkenalkan dua kategori peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. 1) Peneguhan positif peneguhan positif berkait rapat dengan pemberian ganjaran terhadap tingkah laku yang ditonjolkan dan ingin terus dikekalkan. Ini memberikan gambaran tingkah laku tersebut akan berulang dengan pemberian ganjaran tersebut. peneguhan yang diberikan supaya meransang kepada tingkah laku seterusnya. Kebarangkalian tingkah laku diteruskan adalah tinggi disebabkan pujian, galakan dan ganjaran yang diterima meransang gerak balas seterusnya. Contohnya, apabila murid mampu menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada waktunya, maka guru memberikan sedikit ganjaran. Hal ini akan membuatkan murid ingin menyiapkan tugasan seterusnya dengan baik dan menepati waktu. 2) Peneguhan negatif pula peneguhan yang diberikan memungkinkan tingkah laku diteruskan apabila ransangan yang tidak selesa disingkirkan. Kebarangkalian tingkah laku diteruskan adalah tinggi apabila leteran, bebelan, dan teguran ditiadakan lagi. Ia berkaitan dengan memberi sesuatu yang tidak baik tetapi kesannya menghaasilkan sesuatu yang baik.

Melalui kajian oleh B.F Skinner ini, didapati ganjaran terletak dalam bentuk peneguhan positif . B.F Skinner telah membuat satu uji kaji berkaitan dengan ganjaran dengan burung merpati. Burung merpati tersebut dikehendak menghantar bola ping pong melepasi jaring dengan menggunakan paruh masing-masing. Ganjaran akan diberikan apabila burung tersebut dapat menghantar bola ping pong melepasi jaring tersebut. Ganjaran tersebut adalah berbentuk biji-bijian. Akhirnya apabila kedua-dua burung merpati tersebut dapat menghantar bola melepasi jaring, maka mereka akan diberikan ganjaran. Aplikasi teori ini didalam kelas adalah, apabila murid yang mempunyai masalah tingkah laku seperti suka menganggu kawan diberikan arahan oleh guru untuk tidak menganggu rakannya. Jika murid tersebut menepati arahan tersebut maka guru akan memberikan ganjaran dalam bentuk barangan, hadiah, dan sebagainya. Pemberian ganjaran ini hendaklah diteruskan sehingga murid sedar dan murid dapat belajar serta menyelesaikan masalah tingkah laku mereka. Disamping itu, Teori Thorndike juga mengatakan terdapat perkaitan antara ransangan dan tindak balas. Singkatan teori ini adalah disebut sebagai S-R. S adalah untuk stimulus dan R adalah untuk response. Hubungan antara R-S ini pula dihasilkan melalui beberapa hukum iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Kesan dan Hukum Latihan. Hukum Kesediaan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: a- Apabila sesuatu itu bersedia bertindak, beliau akan berpuashati. b- Apabila sesuatu bersedia untuk bertindak, tidak melakukannya akan kecewa. c- Apabila sesuatu itu tidak bersedia bertindak, dipaksa bertindak, iainya akan mengecewakannya. Secara umumnya, sesuatu ganjaran itu akan berkesan hanya jika ada kesanggupan untuk menerimanya secara psikologi. Hukum ini boleh dinyatakan untuk merangkumi kepentingan perhatian dan motivasi belajar kerana keadaan bersedia, atau set untuk memastikan gerak balas seterusnya di dalam sesuatu urutan. Melakukan sesuatu dengan bersiap sedia adalah dianggap kepuasan dan begitulah sebaliknya. Hukum kesan pula lebih merujuk kepada ikatan ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapay kesan yang memuaskan (ganjaran) selepas sesuatu gerak balas yang dihasilkan. Ganjaran ini boleh dari aspek fizikal,mental,emosi,ataupun sosial. Selain itu, iakatan akan menjadi lemah sekiranya gerak balas diikuti oleh sesuatu yang tidak menyenangkan (hukuman). Mengikut hukum ini, jika sesuatu itu perlu dipelajari, sesuatu ganjaran mesti disajikan untuk tingkah laku yang diingini, dan sebaliknya jika sesuatu itu perlu dielakkan maka dendaan mesti mengikuti gerakbalas yang tidak diingini itu. Contoh, jika gerak balas diikuti dengan rasa kecewa, kekuatan hubungan itu menurun, dan jika gerak balas diikuti dengan rasa puas hati, kekuatan hubungan itu meningkat. Peneguhan atau

pengukuhan di sini ialah peningkatan kebarangkalian bahawa respon itu akan belaku. Sekiranya ransangan belaku, gerak balas juga akan berlaku. ( Anita E. Woolfook, 1995) Sebagai contoh, apabila seorang murid, mengucapkan selamat pagi kepada gurunya, dia dibalas dengan senyuman dan ucapan yang sama. Pengalamn yang dilalui oleh murid itu adalah menyenangkan. Tingkah laku tersebut diulangi. Sebaliknya, kalau guru tidak mengendahkan amalan yang bersopan itu murid berkenaan mungkin tidak akan mengulangi amalan iu ketika berhadapan dengan guru.

Selain itu, sebagai bukti lain, menurut Teori Humanisme, manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai. Di dalam buku Murid dan Alam Belajar ( 2012), Abraham Maslow mengatakan keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru , memanipulasikan keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Menurut Maslow, sekiranya keperluan kekurangan masih belum dipenuhi, keperluan perkembangan tidak akan bermakna. Apabila keperluan kekurangan telah diperolehi, individu tidak akan lagi ermotivasi untuk memenuhinya, tetapi akan bergerak kea rah hierarki yang lebih tinggi. Sebaliknya akan berlaku kepada keperluan perkembangan. Individu tidak akan jemu dan akan terus berusaha untuk mengembangkan lagi minat dan kecenderungan dalam akademik atau seni estetik yang dicapainya. Ini seterusnya membawa kepada penyempurnaan kendiri, iaiti mencapai potensi menyeluruh. Implikasi dari teori ini, salah satunya adalah guru hendaklah memberikan tugasan yang sesuai dengan keupayaan pelajar supaya pelajar berjaya membuatnya. Perkara ini akan menimbulkan rasa berjaya dan meningkatkan harga diri pelajar. Beri peneguhan dan pengiktirafan bagi hasil kerja pelajar. Beri peneguhan dan pengiktirafan bagi hasil kerja mereka. Seperti yang diketahui ganjaran terletak didalam peneguhan. Oleh itu, teori ini sedikit sebanyak memberikan bukti bahawa, pemberian peneguhan (ganjaran) dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk mengubah tingkah laku. Ini adalah contoh Hierarki Keperluan Maslow:

Penyempurnaan kendiri

Keperluan estetika

Keperluan pencapaian intelek

Keperluan penghargaan

Keperluan kasih sayang

Keperluan keselamatan

Keperluan fisiologi

Terdapat bukti lain juga telah menyatakan bahawa pemberian ganjaran merupakan pembentuk tingkah laku yang sangat berkesan. ( Wolery, Baily & Sugai 1988). Selain itu, terdapat juga kajian mengenai motivasi. Teori motivasi dua faktor telah dikemukan oleh Herzberg. Motivasi bermaksud kesungguhan dan ke arah untuk mencapai usaha-usaha, di mana kesungguhan merujuk kepada kuantiti usaha-usaha yang dibuat, manakala ke arah untuk mencapai merujuk kepada apa yang akan anda kehendaki (McCullagh, 2005).

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), motivasi bermaksud keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Definisi kedua di dalam

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) ialah sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat. Dalam kajian ini, tiga jenis konstruk motivasi yang dikaji ialah motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan regulasi kendiri. Terdapat dua jenis faktor utama iaitu motivasi intrinsik dan motivasi extrinsik. Keduadua jenis motivasi ini dikatakan amat dominan dalam mempengaruhi pencapaian pelajar. Motivasi intrinsik bermaksud melakukan sesuatu aktiviti kerana kepuasan bukan disebabkan oleh faktor-faktor luaran yang lain. Apabila seseorang itu telah didorong oleh motivasi instrinsik, mereka akan melakukan sesuatu perkara kerana rasa gembira, minat dan kepuasan dan bukan disebabkan oleh faktor luaran seperti tekanan dan ganjaran (Ryan & Deci, 2000). Definisi bagi motivasi extrinsik pula sangat berlawanan dengan maksud motivasi intrinsik. Motivasi extrinsik bermaksud seseorang melakukan sesuatu bukan disebabkan oleh

10

faktor-faktor dalaman individu seperti rasa gembira, minat dan kepuasan tetapi melakukannya disebabkan oleh faktor luaran seperti tekanan daripada pihak lain atau disebabkan kerana inginkan ganjaran. Contohnya pelajar sekolah menyiapkan kerja rumah bukan disebabkan oleh minat terhadap pelajaran tersebut, tetapi disebabkan oleh rasa takut terhadap hukuman yang akan diberikan oleh ibu bapa mereka jika tidak menyiapkan kerja rumah itu (Ryan & Deci, 2000). Motivasi ektrinsik ini adalah salah satu boleh belakunya perubahan tingkah laku dari tingkah laku negatif kearah tingkah laku positif. Ini dapat dilihat menerusi pemberian ganjaran yang diberikan kepada murid apabila mereka dapat melaksanakan sesuatu arahan yang diberikan dengan jayanya. Terdapat Lima faktor yang dikaji dalam motivasi ekstrinsik iaitu faktor popular, faktor mobiliti sosial, faktor dorongan, faktor ganjaran dan faktor pujian.

11

BAHAGIAN B KAJIAN KES Sewaktu kembali daripada cuti berhari raya, saya telah melaksanakan satu tugasan yang dikehendakai oleh pihak IPGM iaitu untuk membuat satu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah yang berhampiran dengan rumah. Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi Pontian Johor untuk melaksanakan tugasan PBS disamping

mendapat tugasan untuk membuat satu kajian kes untuk mengkaji masalah tingkah laku yang dihadapi oleh murid pendidikan khas terbabit. Saya telah memilih seorang murid

pendidikan khas Muhammad Danish Ridwan bin M.Rahim yang menghadapi masalah lembam ( slow learner). Bapa Danish bekerja di bank manakala ibunya seorang surirumah. Berikut adalah maklumat yang diperoleh dari sekolah :

12

Danish mempunyai masalah lembam yang seperti kita sedia tahu bahawa lembam bukanlah melibatkan masalah yang melibatkan fizikal tetapi lebih banyak melibatkan masalah dari segi penggunaan mental. Kanak-kanak lembam tidak seperti kanak-kanak yang lain di mana mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran seperti kanak-kanak lain. Mereka akan lambat untuk menangkap sesuatu pembelajaran tersebut. Dari segi penulisan dan pembacaan mereka tidak dapat menghasilkan tulisan yang cantik malah tulisan mereka sukar difahami dan terdapat kekerapan kesalahan ejaan,tanda bacaan, huruf terbalik dan urutan yang salah. Dari segi pembacaan pula, mereka tidak dapat menyebut sesuatu perkataan yang mudah dengan baik.

Ciri Ciri Masalah Tingkah Laku Ciri-ciri masalah tingkah laku yang dihadapi oleh Danish ini adalah suka menganggu rakannnya. Dia, sering kali memukul rakan dengan kuat dan boleh membahayakan rakannya. Dia tidaklah berbadan besar namun seringkali mengganggu rakan yang duduk berhampiran dengannya. Tingkah lakunya ini menjadi tingkah laku bermasalah kerana, ia membuatkan murid lain tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas, disamping boleh membahayakan murid-murid lain juga. Selain itu, Danish tidak suka memberikan jawapan terhadap setiap soalan yang diberikan. Dia hanya akan menjawab jika dia mengetahui jawapan untuk soalan tersebut. Apabila diberikan kerja, Danish tidak akan menyiapkan kerjanya tetapi dia akan menganggu rakan disekelilingnya. Tidak hanya itu, dia gemar keluar dari bilik darjah untuk minum air dibilik yang berasingan. Ini kerana, bilik yang menempatkan bekalan makanan serta minuman mereka berada di tempat yang berbeza dengan kelas mereka. Ini membuatkan, Danish sering keluar dengan alasan untuk minum air. Strategi Masalah Tingkah Laku Strategi yang boleh dilakukan adalah peneguhan tingkah laku. Peneguhan terbahagi kepada dua jenis iaitu, peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah memberikan sesuatu ganjaram setelah perlakuan itu ditunjukkan menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Contohnya, pujian, hadiah, ciuman, pelukan dan sebagainya. Manakala peneguhan negatif adalah ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas tingkah laku yang ditunjukkan. Contohnya murid menyiapkan kerja rumah kerana untuk mengelakkan leteran daripada guru mahupun ibu bapa. Oleh itu, guru-guru boleh menggunakan kedua- dua jenis peneguhan untuk menyelesaikan masalah tingkah laku Danish ini. Bagi peneguhan positif, guru boleh memberikan ganjaran yang berbentuk makanan, hadiah dan sebagainya. Iaitu, apabila guru

13

memberikan arahan kepada Danish supaya dia tidak lagi mengganggu rakan dan guru tersebut akan memberikan ganjaran kepada Danish. Danish hanya akan mendapat ganjaran tersebut apabila dia mengikut arahan guru tersebut. Ganjaran ini boleh diberikan secara berterusan tetapi tidak boleh lama, kerana apabila guru tidak lagi memberikan Danish ganjaran, Danish akan kembali melakukan tingkah laku bermasalahnya. Beberapa panduan perlu diambil kira bagi melaksanakan peneguhan tingkah laku ini untuk Danish ini. 1) Peneguhan dilakukan secara serta merta selepas tindak balas berlaku. 2) Peneguhan bergantung kepada kekerapan ganjaran yang diperolehi. 3) Peneguhan bergantung kepada operasi yang telah lazim diberikan. 4) Peneguhan bergantung kepada karektor akibat dari akibat tersebut.

Peneguhan Berterusan Berkala tetap

Maksud Peneguhan diberikan kepada Danish setiap gerakbalas. Memberikan Dansish ganjaran jika dia berjaya tidak menganggu rakannya. Peneguhan diberi selepas satu jangka masa yang ditetapkan. Jika Danish dapat mengawal tingkah lakunya dari menganggu rakan lain dalam masa yang ditetapkan. Danish berhak mendapat ganjaran. Peneguhan selepas jangka masa yang berubah.

Berkala berubah

Berkala nisbah Peneguhan selepas bilangan set gerak balas yang telah ditetapkan. tetap Berkala nisbah Peneguhan selepas beberapa bilangan gerak balas yng berubah. berubah

Dalam strategi peneguhan terdapat ekonomi token. Ekonomi token adalah ganjaran yang diberi kepada individu selepas ia melakukan sesuatu tingkah laku yang dikehendaki. Token ekonomi digunakan bagi menghapuskan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini dan mewujudkan sesuatu tingkah laku yang diingini. Mengikut kajian ini, tingkah laku Danish boleh dikawal melalui pemberian token oleh guru pendidikan khas mereka. Token ekonomi ini boleh diubah dalam pelbagai objek atau boleh jadi dalam bentuk hadiah, gula-gula dan seumpamanya. Guru iaitu pemberi token akan berbincang bersama Danish , penerima token dalam menentukan tingkah laku yang hendak dilakukan, dibentuk, peneguhan yang boleh ditukar dengan token. Biasanya token ini boleh ditukar dengan sesuatu yang disukai oleh klien ( Danish) . sebagai contoh, cikgu berbincang dengan Danish untuk mengubah tingkah

14

laku yang suka mengganggu rakan dan cikgu akan memberikan token (hadiah) kepada Danish jika dia dapat membuat apa yang diingini.

Strategi kedua yang boleh dilakukan oleh guru adalah extinction (penghapusan). Penghapusan merujuk kepada penarikan secara bersistematik peneguh yang sebelum ini telah menyebabkan sesuatu tingkah laku terus berlaku. Menambah peneguh menyebabkan tingkah laku meningkat. Menahan atau menarik semula peneguh mengurangkan kejadian tingkah laku tersebut atau melenyapkan semula tingkah laku tersebut. Extinction atau penghapusan merupakan prosedur lain bagi menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini. Kerap kalinya penghapusan mengambil masa lebih lama berbanding dengan kita menggunakan hukuman tetapi ia kurang mendatangkan kesan sampingan negatif. Merujuk kepada kes adik Danish ini, penggunaan extinction boleh digunakan jika Danish ini tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku walaupun telah diberikan peneguhan (ganjaran). Guru boleh menghapuskan peneguhan yang diberikan supaya dia tidak melakukan tingkah laku bermasalah yang sepatunya tidak berlaku apabila peneguhan sudah diberikan. Guru dikehendaki memberikan perhatian kepada lima perkara yang perlu dibuat dalam melaksanakan penghapusan yang berkesan. 1- Guru hendaklah elakkan daripada sekali sekala memberi ganjaran terhadap tingkah laku sasaran. Dengan erti kata yang lain, guru mesti bersabar dan tabah hati semasa melakukan prosedur penghapusan. 2- Guru perlu jangkakan akan terdapat sedikit peningkatan tingkah laku tidak diingini tersebut pada peringkat awal prosedur penghapusan. Jika pada peringkat awal Danish banyak menunjukkan tingkah laku yang buruk, maka, guru harus bersabar sedikit dan harus membuat jangkaan bahawa perkara seperti ini akan tetap berlaku, 3- Guru juga perlu meningkatkan kemahiran menahan atau menarik balik peneguh. 4- Guru perlu elakkan menggunakan prosedur penghapusan bagi tingkah laku yang diteguhkan sendiri oleh individu tersebut. Sebagai contoh, jika Danish telah dapat mengawal tingkah laku bermasalahnya, maka, guru perlu elakkan proses penghapusan. 5- Elakkan daripada murid lain melihat tingkah laku tersebut kerana ia akan dicontohi oleh murid lain. apabila guru hendak mengelakkan penghapusan ini dilihat oleh murid lain, kerana mungkin murid lain terdapat juga peneguhan yang positif tetapi mereka mungkin akan terkeliru dengan penghapusan tersebut.

15

Strategi yang ketiga yang boleh digunakan untuk Danish ini adalah time out. Time out adalah melibatkan tindakan mengalihkan seseorang individu daripada satu situasi yang meneguhkan kepada satu situasi yang kurang meneguhkan berikutan dengan tingkah laku tertentu yang diwujudkan. Terdapat dua jenis time out iaitu: 1) Exclusionary time-out iaiti mengalihkan seseorang individu daripada situasi di mana peneguhan berlaku bagi jangka masa yang pendek contohnya lima atau 10 minit. Sebuah bilik time-out boleh digunakan dan bilik itu tidak mempunyai apa-apa peneguh yang boleh mneguhkan tingkah laku yang tidak diingini dan boleh dipastikan keselamtan murid. Andaian jika Danish terus menganggu rakan-rakanya, maka guru boleh membawa Danish ke bilik time-out supaya emosi Danish lebih stabil dan dia semakin dapat meneguhkan tingkah laku yang diingini. 2) Nonexclusionary time out iaitu memasukkan ke dalam situasi tertentu suatu ransangan yang kurang meneguhkan sesuatu tingkah laku. Sebagai contoh aktiviti di dalam kelas adalah mewarna, tetapi jika Danish menganggu rakan-rakannya maka, guru boleh mengambil barang barang keperluan Danish dan tidak memberinya kebenaran untuk mewarn lagi.

Strategi yang keempat yang boleh digunakan adalah response cost iaitu jenis hukuman yang boleh digunakan bagi mengurangkan masalah tingkah laku. Response cost melibatkan guru mengeluarkan sejumlah bentuk peneguh berikutan suatu tingkah laku tertentu ditunjukkan. Ini mungkin melibatkan kehilangan keistimewaan tertentu dalam kumpulan atau kelas, kehilangan markah , kehilangan token. Response cost boleh dilaksanakan dengan 1) Takrifkan tingkah laku sasaran. 2) Kenalpasti peneguh yang boleh digunakan oleh guru untuk dikeluarkan daripada sesuatu aktiviti melibatkn murid berkenaan. Contoh kehilangan sedikit masa (5 minit) masa rehat. Danish mengganggu rakannya semasa berbaris hendak ke kantin. Danish kehilangan 5 minit daripada masa rehat dalam kelas pendidikan jasmani selepas rehat. 3) Sebelum melaksanakan prosedur response cost kenalpasti jumlah peneguhan yang akan dikeluarkan sekiranya tingkah laku sasaran terjadi. Pastikan guru pilih jumlah yang dapat mengurangkan dengan berkesan kebarangkalian murid mengulang tingkah laku sasaran tanpa menghilangkan motivasi murid untuk bertingkah laku dengan cara yang sesuai.

16

4) Ambil kira juga untuk mewujudkan satu hierarki kos iaitu pelanggaran peraturan yang serius akan mengakibatkan kehilangan jumlah yang banyak daripada peneguh berbanding pelanggaran peraturan yang kuarng serius. 5) Penrikan keluar peneguh hanya patut berlaku sebagi konsekuens daripada tingkah laku yang tidak bersesuaian. 6) Prosedur response cost ini perlu dipantau dengan teliti bagi mengelakkan ia terlalu kerap digunakan sehingga mewujudkan persekitaran yang negative terhadap murid. Maksudnya jika terlalu banyak keistimewaan, peneguh atau ganjaran ditarik kemungkinan murid akan belajar dalam suasana terlalu kurang peneguhan. 7) Beri perhatian agar tidak berlaku penarikan keluar aktiviti atu keistimewaan yang boleh memberi kesn negative terhadap murid berasaskan kepada kekurangan upayanya seperti mengurangkan waktu rehat yang terlalu banyak bagi murid hiperaktif.

Startegi kelima

yang boleh dilakukan adalah pengubatan. Pengubatan juga boleh

digunakan bagi mengurangkan tingkah laku bermasalah. Namun perlaksanaan pengubatan ini secara umumnya bergantung kepada tiga perkara penting : 1) Guru tidak boleh memberi sebarang pengubatan kecuali dibenarkan oleh doktor yang sah dan mendapat surat kebenaran pihak berkuasa. Bagi pengubatan yang serius, guru perlu elak daripada melakukannya. Tindakan yang boleh diambil ialah menghubungi ibu bapa, doktor, atau pihak berkuasa. Guru juga boleh terus menghantar murid berjumpa doktor. 2) Pengubatan hanya boleh diberikan oleh doktor yang sah dan sebaik-baiknya doktor pakar. 3) Selain doktor, ibu bapa yang lebih tahu keperluan pengubatan anak mereka dan tanggungjawab itu terletak pada diri mereka.

17

Penutup

Tingkah laku merupakan salah satu perlakuan yang sering kita lakukan, sama ada secara sedar atau tidak sedar. Tetapi adakah kita sedar tidak semua manusia mahukan diri mereka tergolong dalam golongan yang mempunyai tingkah laku bermasalah. Mereka cuba untuk menjadi seperti orang normal yang lain tetapi cara dan kaedahnya tidak mereka ketahui. Oleh itu, sebgai orang normal yang cukup dan sempurna dari segi akal dan minda. Kita seharusnya memberikan bantuan dan dorongan serta sokongan yang sewajarnya kepada insan dan golongan yang istimewa ini. Mungkin dengan pertolongan dan bantuan kita yang tidak seberapa ini dapat dijadikan bekalan untuk diri kita di akhirat nanti serta dapat memudahkan kehidupa insan istimewa ini, kerana janji Allah apabila kita memudahkan kerja seseorang, maka Allah akan mempermudahkan segalanya untuk kita.

18

BAHAGIAN C PENULISAN REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnianya, saya dapat menyiapkan tugasan projek PKB 3103 iaitu Pengurusan Tingkah Laku dengan jayanya. Banyak pengalaman, pengetahuan serta input-input yang menarik saya perolehi semasa menyiapkn tugasan ini. Kesemua input-input ini banyak mematangkan diri saya serta belajar menjadi insan yang bersyukur akan nikmat0nikmat yang diberikan, kerana tidak semua manusia mendapat nikmat yang sama seperti diri kita sendiri. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Salah satu tugasan yang diberikan adalah mengenai satu kajian kes keatas salah seorang murid pendidikan khas di sekolah. Saya telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi Pontian dimana di sana terdapat kelas pendidikan khas masalah pembelajaran. Kajian kes tersebut adalah berkaitan dengan masalah tingkah laku bermasalah yang dihadapi oleh murid itu. Selama saya di kelas tersebut saya telah merakamkan video untuk memperoleh bukti tingkah laku bermasalah murid tersebut. Murid yang saya pilih adalah murid yang menghadapi masalah slow learner. Murid itu bernama Muhammad Danish. Saya mendapati dia mempunyai sedikit masalah tingkah laku bermasalah yang boleh diubah dan dipelajari. Saya telah diberikan amanah untuk mengantikan guru agama mereka yang bercuti bersalin. Saya diberikan kepercayaan untuk mengawal kelas. Sepanjang di dalam kelas tersebut, saya mendapati. Setiap dari pelajar pendidikan khas tersebut mempunyai masalah tingkah laku. Tetapi masalah tingkah laku mereka tidak begitu serius. Saya juga mendapat pengalaman bagaimana untuk mengawal kelas pendidikan khas yang sebelum ini saya tidak pernah lakukannya di mana-mana, saya merasai bahawa saya memerlukan sedikita masa lagi untuk menjadi guru yang berjaya, kerana saya belum mahir lagi untuk mengawal tingkah laku serta keadaan kelas tersebut. Walaubagaimana pun saya mendapati pengalaman mengawal kelas tersebut amat berguna kepada diri saya kerana sedikit sebanyak saya boleh menggunakan pengalaman tersebut semasa saya berpraktikum dan setelah menjadi guru. Selain itu, pengalaman baru yang saya terima adalah berkaitan dengan penulisan esei yang mengatakan pemberian ganjaran mampu mengubah tingkah laku negative murid kea rah tingkah laku positif secara berterusan. Saya mendapati tugasan ini sangat menarik. Melalui pembacaan saya, saya dapati, banyak teori-teori serta kajian-kajian yang terdahulu mengatakan bahawa pemberian ganjaran mampu mengubah tingkah laku manusia. Mengikut pengalaman saya sewaktu kecil, ayah saya tidak memberikan ganjaran malahan memberikan hukuman kepada diri saya jika membuat tingkah laku yang negatif. Tetapi,

19

mungkin sahaja , ganjaran mampu memberikan kebaikan yang lebih tanpa mencederakan atau menyakiti mana-mana pihak lain. Pada pendapat saya, guru seharusnya perlu memberikan sepenuh perhatian disampaing ibu bapa juga haruslah menitik beratkan pengajaran ilmu dan pengetahuan serta nilai murni kapada diri anak-anak mereka. Guru dan ibu bapa serta kaum keluarga dan masyarakat haruslah menunjukkan tingkah laku yang positif kepada anak-anak mereka. Ini kerana kanak-kanak membesar dan mengalami proses pembelajaran melalui peniruan mengikut teori pembelajaran sosial. Oleh itu saya mengingatkan diri saya terutamanya supaya lebih bersikap matang, dan penuh nilai kasih saying kepada murid-murid pendidikan khas bermsalah pembelajaran, supaya mereka tidak menjadi kanak-kanak yang teruk suatu hari nanti. Sekia terima kasih.

20

RUJUKAN

Ag. Soejono. (1980). Pendahuluan Ilmu Pendidikan Umum. Bandung: CV. Ilmu. Alberto, P. & Troutman, A. (1990). Applied Behavior Analysis for Teachers (3rd ed.). Columbus, OH: Merrill Publishing Co. Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition. Englewood Cliffs, New Jersey :Prentice-Hall, Inc Atkinson.R .(1990). Introduction to Psychology. New York: Harcourt Brace Jovanovich Publishers. Axelrod, S. (1983). The Effects of Punishment on Human Behavior. New York: Academic Press. Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu Sdn. Bhd. Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Hamidah Sulaiman (2007). HBSE2203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak

Berkeperluan Khas. Selangor : Open University Malaysia. Indrakusuma, A.D. (1973). Pengantar Ilmu Pengetahuan. Malang: Fakultas Ilmu Pendidikan IKIP Malang. Martin,G. & Pear, J. (1996). Behavioral Modification- What it is and how to do it. New Jersey: Prentice Hall. McCullagh, P. (2005) di dalam Wilson, G. (2006). The effects of external rewards on intrinsic motivation. Diperoleh pada 28 Ogos 2013, sumber dari http://www.abcbodybuilding.com/rewards.pdf Miltenberger (2001). Behavior Modification Principle and Procedures (2nd ed). USA : Wadsworth. Noriati A.Rashid et al. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2000). Intrinsic and Extrinsic Motivations: Classic Definitions and New Directions. Diperoleh pada 25 Ogos 2013, sumber dari http://www.psych.rochester.edu/SDT/documents/2000_RyanDeci_IntExtDefs.pdf

21

Skinner, B. F. (1982). Skinner for the Classroom: Selected Papers. Champaign IL: Research Press. Skinner, B. F. (1968). The Technology of Teaching. New York: Appleton-CenturyCrofts. Stone .(2007). The Effects of Token Economy System to Improve social and academic behavior with a primary aged child with disabilities. International Journal of Special Education, 6(2), 15-23 Sukadipura, B. (1982). Aneka Problema Keguruan. Bandung: Angkasa. Wolery, M., Baily, D. B., & Sugai, G. M. (1988). Effective Teaching: Principles & Practices of Applied Behavior Analysis with Exceptional Children. Boston: Allyn & Bacon. Woody, R.H .(1992). School psychology: A developmental and sosial systems approach. Boston : Allyn & Bacon

22

Lampiran

23

Anda mungkin juga menyukai