Anda di halaman 1dari 12

1223/1

SET 7

BAHAGIAN A
(40 MARKAH)
Soalan 1 hingga 20
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan jawapan
yang tepat di dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan.

1. Hubungan jenis antara lelaki dengan lelaki merupakan dosa besar

Perbuatan tersebut ialah


A Liwat
B Zina
C Qazaf
D Musahaqah

2.
Mandi bunga
Melenggang perut
Percaya kepada tangkal
Mengadakan upacara tolak bala

Pernyataan di atas menerangkan tentang

A Syirik
B Kufur
C Riddah
D Khurafat

3. Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat bahawa orang mukmin dapat melihat Allah
di ...............

A Alam barzakh
B Alam mimpi
C Alam ghaib
D Syurga

4. Hukum memakan mana-mana bahagian anggota binatang yang terpotong tanpa


disembelih adalah ..........

A Harus
B Sunat
C Haram
D Makruh

1
1223/1
SET 7

5. Antara berikut manakah yang merupakan kesan ibadah haji terhadap masyarakat...

A. Dapat berkenalan dengan bangsa Arab


B. Dapat menghapuskan dosa-dosa besar
C. Membantu meningkatkan ekonomi
D. Membentuk akhlak mulia

6.
Jamaludin Al-Afghani berkata: “Aku keluar dari negeri ini ( Mesir) tanpa
mengarang sebuah buku pun, tetapi aku meninggalkan buah tangan yang
lebih berharga dari buku-buku.

Siapakah yang dimaksudkan oleh Jamaludin Al-Afghani itu?

A. Syeikh Muhammad Abduh


B. Syeikh Tahir Jalaludin
C. Ibnu Khaldun
D. Ibnu Sina

7. Idea islah yang dibawa oleh beliau telah memberi pengaruh yang besar dalam jiwa
umat Islam hingga ke hari ini.

Beliau ialah ___________

A. Muhammad Hatta
B. Muhammad Abduh
C. Jamaludin Al-Afghani
D. Syeikh Tahir Jalaludin

8.
Semasa pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rashid , sebatang terusan air
telah dibina dari Bukit Hunain hingga ke Kota Mekah

Namakan terusan tersebut

A Terusan Harun Al-Rashid


B Terusan Ain Zubaidah
C Terusan Bukit Hunain
D Terusan Suez

9. Tujuan kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan awam ialah

A. Untuk meningkatkan taraf hidup rakyat


B. Supaya orang ramai menjaganya dengan baik
C. Menunjukkan keprihatinan terhadap orang ramai
D. Untuk memudahkan dan menyenangkan orang ramai

2
1223/1
SET 7

10. Orang Islam disuruh menziarahi jenazah dengan tujuan

A. Menunjukkan rasa sedih di atas kehilangannya


B. Mengingati bahawa semua orang akan merasai kematian
C. Menunaikan tanggungjawab sebagai ahli keluarga si mati
D. Meringankan bebanan hutang yang ditanggung oleh keluarga si mati

11. Hukum beradab kepada Rasulullah s.a.w. ialah

A. Sunat
B. Wajib
C. Harus
D. Makruh

12. Antara perkara berikut, manakah BUKAN kesan iman dalam kehidupan manusia

A. Sentiasa mematuhi peraturan sekolah


B. Berminat menguasai ilmu Sains dan Teknologi
C. Tidak mengambil dadah untuk mengatasi tekanan hidup
D. Berani mengambil sebarang tindakan untuk kepuasan diri

13. Nyatakan sebab Syeikh Muhammad Abduh dibuang negeri pada tahun 1882

A. Melanggar arahan pemerintah


B. Menerbitkan majalah Al-Urwatul Wusqa
C. Dituduh terlibat dengan pemberontakan Urabi
D. Mendampingi gurunya Al Sayyid Jamaluddin Al-Afghani

14. Cara terbaik untuk mendapat kemanisan iman ialah ...

i. Bersedekah
ii. Membaca kitab-kitab agama
iii. Mengasihi sesama manusia kerana Allah
iv. Membenci kekufuran sebagaimana benci dicampakkan ke dalam neraka

A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D i dan iv

3
1223/1
SET 7

15. Maksud iman merangkumi perkara-perkara berikut

i. Membenar dihati
ii. Istiqamah dan iltizam
iii. Mengakui dengan lidah
iv. Beramal dengan anggota

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

16. Ajaran sesat merupakan fahaman yang.........

i. Harus diamalkan
ii. Bercanggah dengan ajaran Islam
iii. Menimbulkan kekeliruan umat Islam
iv. Mengikut keempat empat mazhab dalam Islam

A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D i dan iv

17. Jual beli yang dilarang tetapi sah menurut syarak ialah ...........

i. Jual beli secara tangguh


ii Melakukan jual beli bersyarat
iii. Berjual beli barang yang halal tetapi digunakan untuk maksiat
iv. Membeli barang yang sedang dibeli oleh orang lain walaupun masih dalam
tempoh khiar

A i dan ii
B i, dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

4
1223/1
SET 7

18. "Walimatulurus" merupakan tanda kesyukuran sesuatu perkahwinan.

Antara hikmahnya ialah

i. Menghubungkan silaturrahim
ii Dapat mengembangkan keturunan
iii. Pengisytiharan sebagai suami dan isteri
iv. Dapat mengadakan khenduri secara besar-besaran

A i dan ii
B i, dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

19. Para khalifah kerajaan Bani Abasiyyah telah berusaha memajukan sektor pertanian
dengan memulih dan menambah prasarana. Antara tindakan yang dilakukan ialah
____________________

i. Membina empangan
ii. Membuka tanah pertanian baru
iii. Membina setor untuk mengumpul hasil perdagangan
iv. Menimbus saliran untuk meluaskan kawasan pertanian

A i dan ii
B ii dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

20. Mengapakah kita dituntut supaya sentiasa berzikir

i. Supaya syaitan tidak menghampiri kita


ii. Supaya dihormati dan disegani oleh orang lain
iii. Memperoleh petunjuk dan hidayah Allah s.w.t.
iv. Membentuk peribadi mulia yang sentiasa mengingati Allah s.w.t.

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iv

5
1223/1
SET 7

Soalan 21 hingga 31.


Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

21. Jemaah haji dari Malaysia yang membuat penerbangan terus ke Madinah akan
berniat ihram di __________________

22. _________________ ialah wali yang berhak mengahwinkan pengantin


perempuan yang masih gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu.

23. Muamalat menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu


dinamakan __________________

24. Berniat untuk keluar dari Islam atau mencela hukum Islam boleh menyebabkan
______________________

25. Ahli Sunnah Wal Jama’ah menyakini bahawa al-Quran adalah kalam Allah
S.W.T. yang bersifat __________________

26. Harta yang diperolehi dalam masa perkahwinan hasil daripada usaha bersama
suami isteri disebut ____________________

Soalan 27-29 adalah berdasarkan carta di bawah.

Nyatakan tempoh iddah bagi situasi yang dinyatakan dalam petak berikut.

27.
Isteri Hamil

Tempoh 28.
Iddah Putus Haid

29.
Belum
disetubuhi

27. __________________

28. __________________

29. __________________

6
1223/1
SET 7

Soalan 30-32 adalah berdasarkan gambar di bawah.

Namakan jenis-jenis tawaf di tempat tersebut.

30. _____________________

31. _____________________

32. _____________________

Soalan 33 – 35

Isikan petak kosong dengan istilah yang sesuai bagi kenyataan yang diberikan.
Carta dibawah berkaitan dengan tiga unsur yang mesti dielakkan dalam Takaful Islam.

33
Tidak jelas

34
Bergantung kepada nasib

35
Ada dividen secara tetap

33. _____________

34. _____________

35. _____________

7
1223/1
SET 7

Soalan 36 – 38 adalah berdasarkan pernyataan berikut:

Padankan istilah-istilah asas dalam ilmu akidah dengan maksud seperti rajah dibawah.
Tulis nombor sahaja dalam ruangan yang disediakan.

No. Soalan Istilah Jawapan Maksud


36 Musyrik 37 Orang yang menzahirkan
keimanan dan menyembunyikan
kekufuran.
37 Munafik 36 Orang yang menyengutukan
Allah dengan sesuatu.
38 Kafir 38 Orang yang mengingkari prinsip
akidah dalam al-Quran dan
Hadis.

Soalan 39 – 40 adalah berdasarkan carta di bawah.

Lengkapkan carta di bawah dengan menulis jawapan yang betul berkaitan dengan
contoh-contoh ajaran sesat.

Ajaran-ajaran sesat

39 Bahai 40

39. ______________

40. ______________

8
1223/1
SET 7

Bahagian B
[60 markah]

Jawab tiga soalan saja


Soalan 1 dan 2 WAJIB dijawab dan pilih satu daripada mana-mana soalan 3 atau 4.

1 (a) Mengumpat adalah termasuk dalam dosa-dosa besar


i. Apakah yang dimaksudkan dengan mengumpat
(2 m)
ii. Mengapakah Islam melarang perbuatan mengumpat?
(4 m)
iii. Berikan dua cadangan untuk membendung gejala tersebut.
(4 m)

(b) Iman adalah perkara yang sangat penting


i Bagaimanakah cara untuk memastikan iman sentiasa bertambah?
(2 m)
ii. Nyatakan ciri-ciri orang yang bertambah iman
(4 m)
iii. Cara hidup orang yang mencapai kemanisan iman dengan orang yang
tidak mencapai kemanisan iman adalah berbeza.
Jelaskan perbezaan tersebut.
(4 m)

9
1223/1
SET 7

2 (a) Sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w telah bersabda :
“Dikahwini perempuan kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya,
keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Oleh itu pilihlah
perempuan yang beragama, bahagialah engkau”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

i. Berdasarkan hadis di atas, beragama adalah salah satu ciri untuk memilih
bakal suami atau isteri.
Nyatakan dua ciri lain yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.
(2 m)
ii. Mengapakah Islam menitikberatkan agama dalam pemilihan bakal suami
dan isteri?
(2 m)

iii. Senaraikan dua golongan perempuan yang haram dikahwini dengan sebab
penyusuan dan persemendaan.
(2 m)
(b) i. Nyatakan pengertian tawaf
(2 m )
ii. Jelaskan empat syarat-syarat sah tawaf
(4 m)

(c) Islam menegah umatnya menjalankan urusan jual-beli yang dilarang walaupun
sah di sisi syarak.
Jelaskan dua jual beli yang dilarang tetapi sah di sisi syarak
(4 m)
(d) Di antara rukun nikah ialah saksi
Terangkan peranan rukun tersebut bagi sesebuah perkahwinan.
(4 m)

10
1223/1
SET 7

3 (a) Kemusnahan dan pencemaran alam sekitar sering dikaitkan dengan aktiviti yang
dilakukan oleh manusia.

i. Nyatakan kepentingan memelihara alam sekitar


(2 m)
ii. Jelaskan bentuk-bentuk pencemaran yang dilakukan oleh manusia.
(4 m)
iii. Terangkan dua langkah yang boleh dilakukan untuk memelihara alam
sekitar.
(4 m)
(b) Zaman pemerintahan Khalifah Umar b. Abd. Aziz, keadaan ekonomi dan sosial
negara berada di tahap yang kukuh sehingga tiada orang menerima zakat.

i. Jelaskan tindakan tegas beliau yang memastikan negara mencapai


kegemilangan tersebut.
(4 m)
ii. Nyatakan satu jasa beliau yang paling besar terhadap umat sehingga
kini.
(2 m)
iii. Terangkan peranan khalifah dalam membangunkan tamaddun Islam Pada
zaman Bani Umaiyyah.
(4 m)

4 (a) Orang Islam hendaklah sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T bagi mendekatkan
diri kepadaNya.

i Nyatakan maksud zikir


(2 m)
ii. Terangkan ganjaran Allah kepada mereka yang sentiasa memuji
keagunganNya.
(4 m)

iii. Pada pendapat anda apakah kelebihan orang yang berzikir dan mengingati
Allah.
(4 m)

(b) Hamka adalah tokoh ulama yang telah membawa pembaharuan yang besar
kepada umat Islam khususnya di nusantara

i. Tuliskan riwayat hidup beliau secara ringkas


(4 m)
ii. Jelaskan kegigihan beliau dalam mengembangkan dakwah Islamiah
(6 m)

KERTAS SOALAN TAMAT

11
1223/1
SET 7

12

Anda mungkin juga menyukai