Anda di halaman 1dari 40

PENGENALAN Krisis kewangan global yang juga dikenali sebagai Krisis Subprima telah memberi impak yang mendalam

dan berpanjangan kepada ekonomi global. Ia melibatkan isu kredit, inovasi kewangan dan tahap risiko yang berlebihan di kalangan bank, institusi kewangan dan firma-firma pelaburan utama dunia yang kebanyakkannya beribu pejabat dalam kalangan negara-negara maju di Eropah. Krisis Subprima secara langsung melibatkan sektor harta tanah kediaman di Amerika Syarikat yang telah mengalami kenaikkan harga yang ketara semenjak tahun 1997 sehingga tahun 2006. Memandangkan sektor harta tanah kediaman merupakan di antara sektor terpenting di dalam ekonomi sesebuah negara dari segi perbelanjaan pengguna, jumlah wang dalam sistem ekonomi negara dan penggunaan sumber tempatan, keruntuhan sektor harta tanah kediaman akan memberi impak yang negatif kepada sektor kewangan negara tersebut. Keadaannya mungkin tidak sama dengan Asia. Asia Timur dan Asia Tenggara sangat berhati-hati. Situasi krisis ekonomi dan kewangan global yang serius begini memerlukan tindakan keserantauan. Bank-bank di Asia dikatakan menghadapi gelombang yang tidak sama. Sungguhpun begitu keadaan turun naik pasaran saham sangat negatif dan kadar pertukaran wang juga tidak mantap, serta eksport yang kekal menjadi jentera pertumbuhan ekonomi rantau itu pun lambat laun ikut dipengaruhi situasi global. Buku skrap ini membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya krisis kewangan global dan kesan krisis tersebut kepada Negara kita.

Krisis dan Pretasi Ekonomi Global Tahun 2008 merupakan tahun krisis ekonomi luar biasa serta petunjuk jelas kepada berlakunya kemelesetan ekonomi secara global. Ianya bermula dengan peningkatan harga minyak mentah yang memunjak kepada US$147 seton pada Julai 2008; kini susut kepada US$ 51 seton. Kos bahan makan turut meningkat; berpunca dari bahan makanan sebagai sumber alternatif kepada petroleum-biofuel; inflasi global, krisis kredit yang membawa kepada bankrapsi bank-bank utama dunia, peningkatan pengganguran serta kemelesatan ekonomi global yang berpanjangan. Pada Februari 2008, OECD Outlook (Organization of Economic Cooperation Development) melaporkan bahawa, inflasi di peringkat global telah mencecah ke paras tertinggi dalam sejarah. Lebihan penawaran kewangan di kebanyakkan negara, pertumbuhan yang memberangsangkan yang di dorong oleh tahap kecairan yang tinggi di kalangan negara Asia, spekulasi ke atas komoditi, kegagalan pertanian, peningkatan kos import dari negara China dan peningkatan permintaan ke atas makanan dan komoditi dari beberapa Negara sedang meningkatan maju (emerging markets) merupakan punca kepada berlakunya inflasi global. Keruntuhan beberapa bank utama di Amerika Syarikat memberi petunjuk bahawa kemelesatan ekonomi di negara tersebut akan berpanjangan dan terburuk semenjak Perang Dunia Kedua yang bermula pasa awal 2008. Kerajaan Amerika Syarikat telah memperuntukkan US$700 bilion sebagai plan pemulihan ekonomi dan usaha menyelamatkan beberapa bank utama dan tiga gergasi pengeluar kereta mereka ia itu Ford, Chrysler dan GM. Jika Senate telah tidak meluluskan bill tersebut, ekuiti mereka akan terus merudum.
3. Krisis di Beberapa Negara Eropah 3.1 Iceland Nilai matawang Iceland, Krona, susut 40% berbanding Euro dan sedang mengalami inflasi pada kadar 14% dengan kadar bunga meningkat kepada 15.5%. Susut nilai ke atas Krona memberi tekanan kepada bank-bank mereka memandangkan mereka amat bergantung kepada hutang luar negara. Tanpa campur tangan kerajaan, bank di Iceland tidak mungkin berupaya untuk terus wujud atau menghadapi suasana bankrap. Dalam usaha menangani keadaan sedemiklian, kerajaan mereka sedang mengambil beberapa langkah; pertama, meminjam dari negara luar, kedua, mengambilalih aset bank, memaksa bank-bank merge atau menjual subsidiari mereka di luar negara,ketiga, kerajaan meluluskan 400 juta kepada bank terbesar mereka, Kaupthing, untuk pulih.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri UK akan mendakwa kerajaan Iceland kerana enggan membayar pampasan kepada lebih 300,000 pendeposit UK yang hilang wang mereka di bank kedua terbesar Iceland, Landsbanki. Kini KDNK Iceland berkemungkinan menguncup hampir 10% kesan dari krisis dan berhadapan dengan kemelesatan ekonomi yang luar biasa.

3.2 United Kingdom Kenaikkan harga minyak dan krisis kewangan turut menjelas ekonomi UK. Pengerusi Citigroup meramalkan harga rumah kediaman di UK akan terus jatuh sehingga penghujung tahun 2010, ekonomi UK hanya akan tumbuh 1.5% (2008) dan 1.0% (2009). Keyakinan pengguna sedang berada pada tahap terrendah semenjak 1996, kadar inflasi berkemungkinan melepasi 4% dan akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang negatif awal tahun 2009. Keadaan sedemikian akan membawa UK kepada kemelesatan ekonomi yang berpanjangan. Standard & Poors (30, Julai, 2008) melapurkan, hampir 70,000 pemilik rumah kediaman mengalami ekuiti yang negatif (negative equity) dan akan meningkat kepada 1.7 juta orang (1:6) menjelang tahun 2009 dan Bank of England menyatakan kelulusan gadai janji (mortgage) berkurangan 70% (rekod tertinggi). Kumpulan pembina perumahan menjangkakan bilangan rumah kediaman yang di bina di England dan Wales bagi tahun 2008 dan 2009 telah capai tahap terrendah semenjak tahun 1924. Dalam masa yang sama, bilangan yang tidak bekerja meningkat dari 81,000 kepada 1.92 juta menjelang tahun 2009 bilangan terbesar semenjak tahun 1999. Ada pendapat menyatakan yang kerajaan pemerintah sekarang gagal dalam beberapa perkara, pertama, mempunyai simpanan kewangan secukupnya untuk mengurangkan cukai, kedua, membuat persediaan memandangkan UK telah mengalami pertumbuhan yang amat memberangsangkan dan terpanjang dalam sejarah. Jika kedua-dua faktor ini di ambil perhatian, berkemungkinan, UK tidak mengalami kemelesatan ekonomi yang seburuk ini. 3.3 Spain Syarikat pembinaan terbesar di Spain telah bankrap kerana gagal membayar hutang sebanyak 5.1 bilion, harga rumah kediaman susut hampir 20% dan menjangkakan terus jatuh ke tahap 35% menjelang tahun 2011. Terdapat 69% rumah kediaman yang siap di bina tiga tahun dahulu di bandar utama belum di jual. Perdana Menteri Spain menyatakan European Central Bank

telah memburukkan lagi keadaan dengan menaikkan kadar bunga. Ini telah memberi kesan yang buruk kepada bank utama dan beberapa peminjam kecil yang terlibat dengan pinjaman rumah kediaman. Kejatuhan sektor perumahan telah membawa Spain kepada kemelesatan ekonomi semasa, peningkatan kadar pengangguran kepada 12.5% (2009), ekonomi akan menguncup sebanyak 1.4% (2009) pertumbuhan terrendah dalam tempuh 15 tahun dan keyakinan pengguna di pasaran amat lemah. 4. Krisis di Negara-negara Lain di Dunia 4.1 New Zealand Ekonomi New Zealand turut menguncup sebanyak 0.3% pada awal 2008 tetapi di jangka mampu pulih ekoran dari harga tenusu yang tinggi boleh membantu pendapatan peladang dan terdapat potongan ke atas cukai persendirian. Pada Jun 2008, harga rumah kediaman susut sebanyak 20%, kejatuhan terbanyak semenjak 1986 berpunca dari kejatuhan jualan sebanyak 42% semenjak setahun yang lalu. Dengan penguncupan ke atas ekonomi, negara ini telah mengalami kemelesatan ekonomi yang pertama dalam masa seabad. 4.2 Australia Harga rumah kediaman mereka menurun pada Jun 2008 buat kali pertama dalam masa tiga tahun. Keyakinan pengguna jatuh ke tahap terrendah dalam tempuh 16 tahun. IMF menjangkakan Australia berupaya menangani krisis ini dengan kemurunan ekonomi yang sederhana dan memperolehi KDNK sebanyak 2% pada tahun 2009. Forum Ekonomi Dunia (2008) telah mengiktiraf sistem pembankan di Australia adalah di antara empat terbaik di dunia. 4.3 Jepun Eksport dari Jepun berkurangan buat pertama kali dalam lima tahun; US (15.4%) dan EU (11.3%) dan terdapat peningkatan dalam import. Ini telah mengurangkan lebihan perdagangan Jepun sebanyak US$ 1.28 billion, kejatuhan sebanyak 90% berbanding tahun 2007 dan di percayai Jepun susah tergolong di antara negara yang sedang mengalami kemelesatan ekonomi. 5. Krisis Subprima di Amerika Syarikat (AS)

Krisis yang di kenali sebagai subprime mortgage crisis sedang berlaku di Amerika Syarikat merupakan krisis kewangan yang mempunyai ciri-ciri berikut; penguncupan kecairan Zainal Abidin Hashim & Mohd. Shukri Hajinoor 23 di pasaran kredit global dan sistem perbankan, keruntuhan pasaran perumahan di Amerika Syarikat, amalan berisiko tinggi di kalangan pemberi pinjaman dan peminjam, tahap hutang yang berlebihan di kalangan individu serta korporat. Tanda dan petunjuk pada krisis ini sudah terdapat pada awal tahun 2000 tetapi menjadi nyata pada tahun 2007 dan 2008. Krisis tersebut bermula apabila berlakunya bubble bursting dalam sektor rumah kediaman di AS pada tahun 2005-2006. Beberapa tahun sebelum itu, terdapatnya syarat pinjaman pembelian rumah kediaman yang di permudahkan, insentif pinjaman yang berbagai serta di dorong oleh tren kenaikkan harga rumah kediaman yang berterusan mendorong peminjam membuat gadai janji ke atas rumah kediaman, walaupun menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman, dengan harapan rumah kediaman tersebut berpotensi untuk di cagar semula (refinance) dengan cepat dalam tren harga rumah tersebut terus naik harga. 6. Penyebab Kepada Krisis Subprima Puncanya adalah berbagai dan komplek yang ternyata di sabitkan dengan isu perumahan dan pasaran kredit yang telah mengembang beberapa tahun kebelakangan. Di antara penyebabnya ialah; kegagalan pemilik rumah kediaman membuat pembayaran balik pinjaman, penilaian yang lemah dari pihak peminjam dan pemberi pinjaman, spekulasi, lebih bina pada masa prestasi memuncak, produk gadai janji yang berisiko, tahap hutang individu dan korporat yang tinggi, inovasi kewangan yang mengagih serta menyembunyi risiko peminjam yang bermasalah, polisi dan pengawalan bank pusat dan insider trading dalam derivatif kredit. 6.1 Lonjakkan dan kejatuhan pasaran rumah kediaman Kombinasi kadar bunga yang rendah dan kemasukkan dana asing membantu meningkatkan tahap kecairan (memudahkan kredit) buat beberapa tahun sehingga krisis tersebut berlaku. Peminjam subprima merupakan penyebab utama kepada peningkatan dalam pemilikan rumah

24 Krisis Kewangan Global dan Pasaran Harta Tanah Kediaman kediaman (64%-1980; 70%-2004) dan permintaan rumah turut meningkat. Di antara tahun 1997 hingga 2006, harga rumah kediaman di AS telah meningkat sebanyak 124%. Peningkatan harga sedemikian telah mendorong penduduk di AS untuk mengambil gadai janji kedua (refinance), meningkatkan perbelanjaan pengguna dari wang tersebut. Ini telah membuat hutang isirumah di AS meningkat dari US$680 billion (1974) kepada US$14 trillion (2008). Lebihan binaan ketika pasaran sedang memuncak telah membuat harga rumah kediaman mula menurun pada Jun 2006. Kredit mudah beserta dengan persepsi tren menaik berterusan mendorong peminjam subprima mengambil gadai janji adjustable-rate-mortgage (ARM) yang mana mereka tidak berupaya membayar balik pinjaman selepas jangka masa insentif (mengharapkan dapat refinance dengan cepat). Dalam keadaan tren harga sedang menurun, pembiayaan semula (refinance) menjadi sukar. Ini telah bermulanya kegagalan pembayaran balik pinjaman apabila kadar bunga ubahsuai ke atas (adjusted upward) serta pembayaran bulan semakin tinggi. Ini membuat kebanyakkan pemilik rumah kediaman menanggung ekuiti yang negatif ( nilai semasa lebih rendah dari harga belian/jumlah gadaian). Peningkatan foreclosure dan keenganan pemilik menjual pada harga rendah menambahkan lagi lebihan di pasaran. Ini memberi tekanan pada harga untuk terus jatuh sehingga lebihan tersebut dapat di kurangkan kepada tahap pasaran mampu menyerapnya. 6.2 Spekulasi Elemen spekulasi adalah penyumbang utama. Pada tahun 2005, 28% daripada pembelian rumah kediaman adalah bermotifkan pelaburan dan 12% untuk rumah percutian. Tetapi pada tahun 2006, ianya berkurangan; 22% pelaburan dan 14% - percutian. Ini menunjukkan hampir 40% pembelian perumahan bukan untuk di diami. Pelabur mula meninggal pasaran pada awal tahun 2006, menyebabkan perjualan pelaburan jatuh lebih pantas dari pasaran utama. Secara tradisinya, rumah kediaman tidak di anggap sebagai pelaburan seperti saham. Namun, sikap sedemikian berubah apabila berlakunya lonjakkan harga (price boom) ke atas rumah kediaman. Data menunjukkan, 85% daripada pembelian kondominuim di Miami adalah bagi tujuan pelaburan dan

kebanyakkanya di jual untuk mendapat keuntungan tanpa sempat mendiaminya. Risiko tersirat dalam aktiviti sedemikian semakin menyerlah apabila pelabur berada dalam keadaan tahap hutang (leverage) yang tinggi dalam beberapa unit (multiple) rumah kediaman. Ahli ekonomi, Hyman Minsky, mendefinasikan tiga kategori peminjam spekulasi yang menyumbang kepada penambahan hutang (accumulation of debt) yang akhirnya membawa kepada keruntuhan nilai aset; hedge borrower meminjam dengan tujuan membuat pembayaran balik dari sumber pelaburan lain, speculative borrower meminjam dan hanya membayar bunga sahaja dan perlu senentiasa melaburkan modal yang di pinjam kedalam jenis/pilihan pelaburan lain, ponzi borrower bergantung semata-mata kepada naik nilai aset untuk refinance atau bayar hutang lepas tetapi tidak mampu membayar pinjaman keseluruhanya. Speculative borrower merupakan penyebab utama kepada krisis subprima di AS. 7. Pinjaman berisiko tinggi Terdapat beberapa faktor yang mendorong peminjam, bank atau institusi kewangan swasta, untuk memberi/menawar berbagai bentuk pinjamanberisiko-tinggi kepada peminjam-berisiko-tinggi. Peratus gadai janji subprima (subprime mortgage) meningkat dari 5% (US$35 Zainal Abidin Hashim & Mohd. Shukri Hajinoor 25 b) pada tahun 1994 kepada 20% (US$600 b) pada tahun 2006. Federal Reserve AS mendapati, perbezaan purata kadar bunga gadai janji di antara subprima dengan prima menurun dari 2.8% (2001) kepada 1.3% (2007). Ini bermaksud, kadar bunga yang di kenakan oleh pemberi pinjam subprima ada tidak jauh berbeza dengan pemberi pinjam prima. Tetapi, selepas tempuh insentif, kadar tersebut akan meningkat dengan tinggi, hampir 100%, bagi pinjaman subprima. Di antara ciri-ciri yang terdapat pada pinjaman-berisikitinggi ialah ia tidak mensyaratkan; pendapatan yang nyata, pekerjaan tetap dan tiada aset semasa. Di antara contoh pinjaman subprima ialah interest-only adjustable-rate mortgage (ARM) di mana peminjam perlu membayar bunga ke atas pinjaman (bukan pokok) bagi jangkamasa tertentu, biasanya dalam masa insentif sahaja. Kadar bunga pada masa insentif amat rendah tetapi lepas masa tersebut kadar bunga di naikkan hampir 100% dan ini akan membuat pembayaran bulanan ke atas pinjaman boleh berganda. Satu lagi bentuk

pinjaman ialah, payment-option di mana peminjam/pemilik rumah di benarkan membayar pada jumlah yang berubah tetapi jika terdapat bunga tidak berbayar, ianya akan di tambahkan pada jumlah pinjaman pokok. Terdapat laporan menyatakan bahawa, bank dan institusi kewangan swasta dengan sengaja mengelak dari mendapat maklumat lengkap dari bakal peminjam seperti laporan kewangan dan pendapatan dan jenis pekerjaan malahan terdapat kes di mana imigrans tanpa dokumen turut mendapat pinjaman perumahan. Rasional nya ialah, mereka merupakan untapped resource yang berpotensi untuk menjana aliran hasil/pendapatan kepada peminjam samada bank atau pun institusi kewangan swasta. 8. Kaedah pengkadaran kredit tidak tepat (credit rating) Sehingga kini terdapat banyak agensi pengkadaran kredit berada di bawah siasatan kerana memberi pengkadaran grad-pelaburan (investment-grade) bagi tujuan transaksi securitization (CDO dan MBS) berdasarkan pinjaman gadai janji subprima. Pengkadaran yang di beri dalam banyak keadaan adalah lebih tinggi (over-collateralization). Dengan kaedah pengkadaran sedemikian, ia akan mengalak aliran dana pelabur ke dalam sekuriti dan sekaligus membantu membiayai lonjakkan harga rumah kediaman. Kritik berpendapat, terdapat pihak-pihak yang berkepentingan mengambil kesempatan, di mana agensi pengkadaran di bayar oleh firma tertentu yang menguruskan dan menjual gadai janji kepada pelabur, seperti bank pelaburan. 9. Perkembangan Dalam Sistem Kewangan Pinjaman Perumahan Dalam jangkamasa 30 tahun, terdapat perubahan yang ketara dalam sistem kewangan perumahan terutama di kalangan negara maju. Sehingga tahun 1980an, pasaran gadai janji (mortgage) amat terkawal dan di dominasikan oleh pemberi pinjaman yang khusus dengan tahap persaingan yang minimal. Kawalan yang di maksudkan ialah siling kadar bunga, had jumlah pinjaman dan jangkamasa bayar balik yang munasabah. Kawalan sedemikian telah mengakibatkan berlakunya catuan kredit serta pemberian kredit yang tidak dapat memenuhi tuntutan pasaran semasa. Bermula pada tahun 1980an, kawalan ke atas pemberian kredit perumahan di hapuskan (deregulated) di kalangan negara maju secara langsung telah meningkatkan persaingan di pasaran modal perumahan dari aspek kos

pinjaman, jenis perkhidmatan dan pengguna mempunyai pilihan yang meluas kepada kredit gadai janji (mortgage credit). Walau bagai mana pun, tahap kawalan bebas adalah berbeza di antara negara. Di AS, kawalan ke atas kadar bunga di hapuskan dan UK had ke atas jumlah pinjaman di hapuskan. Di negara-negara

26 Krisis Kewangan Global dan Pasaran Harta Tanah Kediaman lain seperti Canada, Australia dan Eropah telah mengambil langkah yang lebih kurang sama. Dengan kaedah sedemikian, ianya telah memberi lebih saingan di dalam segmen baru pasaran kredit dan dalam masa yang sama telah menyumbang kepada pertumbuhan yang pesat dalam kredit gadai janji (mortgage kredit). Berdasarkan pada Jadual 1.0, jelas bahawa dengan tahap kecairan yang tinggi di pasaran kredit perumahan di kalangan negara-negara maju telah membuat tahap hutang gadai janji isi rumah telah meningkat dengan ketara sekali di antara tahun 1983 hingga tahun 2007. Bagi negara Denmark, Belanda, United Kingdom dan United State yang mengalami peningkatan yang banyak telah mendorong harga rumah kediaman di negara-negara tersebut untuk meningkat dengan ketara sebelum berlakunya krisis kewangan global. Ternyata apabila kadar bunga dan kawalan kredit di hapuskan, kredit gadai janji di negara-negara di atas terus meningkat ekoran dari kaedah pinjaman perumahan di permudahkan, sumber pinjaman yang meluas dan berbagai serta menepati kehendak pasaran. Walaupun pola pinjaman agak sama namun terdapat beberapa perbezaan kontrak gadai janji di antara negara seperti kadar bunga, tahap liberalisasi pasaran gadai janji, perundangan dan kawalan. Jadual 1: Jumlah Hutang Gadai Janji Belum Bayar (% KDNK)
Jadual 1: Jumlah Hutang Gadai Janji Belum Bayar (% KDNK) NEGARA

TAHUN 2007 20 57 36 19 26 37 80 98 51 49 56 98

1983 Australia Denmark Germany Ireland Jepun Belanda

1990 14 23 34 10 18 26

Sepanyol United Kingdom United State

9 36 32

13 53 43

58 82 77

Sumber : OECD World Outlook, 2008. 10. Prestasi Sektor Rumah Kediaman : Ketidaktentuan dan Pembetulan Harga Selepas mengalami lonjakkan harga rumah kediaman yang berpanjangan, krisis kewangan yang melanda dunia sekarang telah menampakkan kejatuhan harga rumah kediaman di kebanyankkan negara. Ketidaktentuan dan pembetulan ke atas harga rumah kediaman di nilai berdasarkan kepada dua petunjuk; pertama, tahap peningkatan harga rumah kediaman yang tidak mampu di huraikan oleh faktor asas, kedua, saiz peningkatan nisbah di antara pelaburan perumahan dengan KDNK sepanjang sepuluh tahun yang lepas. 10.1 Menaksir lebih-nilai harga rumah kediaman Apabila terdapat lonjakkan harga yang luar biasa, ianya akan mewujudkan jurang (gap) berbanding dengan harga sebenar/sepatutnya di pasaran. Oleh itu, negara yang menujukkan jurang yang lebih besar, maka terdapatnya peningkatan harga yang bukan di pengaruhi atau Zainal Abidin Hashim & Mohd. Shukri Hajinoor 27 boleh di huraikan dengan berdasarkan faktor asas seperti peningkatan pendapatan atau pertambahan bilangan penduduk tetapi lebih kepada unsur spekulasi atau mass psychology. Rajah 1 menunjukkan negara Ireland, Belanda dan UK telah mengalami peningkatan harga tanpa asas tertinggi di kalangan negara maju. Negara AS berada di pertengahan memandangkan harga rumah kediaman di AS telah mula jatuh Q3 2007 berbanding harga kemuncak pada Q4 2006. Jurang yang besar hanya dapat di kurangkan dengan dua kaedah, pertama berlakunya inflasi yang sederhana, kedua, di sokong oleh faktor asas (fundamental). Dalam masa yang sama, jika berlakunya pengurangan pendapatan dan pemberian kredit yang ketat mampu memberi sedikit tekanan kepada harga untuk terus turun. 10.2 Pelaburan perumahan

Nilai nisbah pelaburan perumahan dengan KDNK negara boleh memberi gambaran secara langsung pendedahan ekonomi kepada keadaan pasaran perumahan yang semakin lemah. Beberepa kajian menunjukkan, pelaburan perumahan berupaya mengepalai kitaran perniagaan di kebanyakkan negara maju dan dengan memperlahankan pembinaan perumahan ia boleh di anggap faktor utama dalam mempengaruhi kitaran untuk menurun. Oleh itu kesan pendedahan berlebihan kepada pelaburan perumahan dapat di lihat dalam dua aspek; pertama, ternyata nilai nisbah pelaburan perumahan dengan KDNK di negara maju jauh melebihi tren dalam sejarah sehingga penghujung tahun 2007. Walau bagai mana pun, apabila permintaan mula berkurangan dan inventori perumahan meningkat, nilai nisbah tersebut mula menurun kebawah tren dan inventori akan pulih ketahap yang di kehendaki. Kedua, terdapatnya perkaitan yang positif di antara pelaburan perumahan dengan tahap lebih nilai harga rumah kediaman. Negara yang telah mengalami kenaikkan harga yang luar biasa tinggi juga akan terdapat berlakunya peningkatan dalam pelaburan perumahan memandangkan penawaran perumahan bertindak pantas dari petunjuk harga (tren meningkat) semasa di pasaran. Oleh itu, pelaburan perumahan di negara-negara tersebut pasti terdedah kepada pembetulan berterusan ke atas harga rumah kediaman konsisten dengan faktor asas. Berdasarkan kepada pendekatan sedemikian, negara Denmark, Sepanyol dan Perancis akan berhadapan dengan pembetulan yang signifikan berbanding dengan UK dan Belanda, kerana negara-negara tersebut telah mengalami peningkatan ke atas pelaburan perumahan yang ketara.

Rajah 1 Jurang Harga Rumah Kediaman (%)

28 Krisis Kewangan Global dan Pasaran Harta Tanah Kediaman Ternyata negara maju telah mengalami lonjakkan harga rumah kediaman yang ketara dan berpanjangan beberapa tahun kebelakangan terutama Ireland, UK dan Belanda. Negara-negara ini pasti akan melalui tempoh masa pembetulan kepada harga perumahan mereka yang besar dan berdasarkan World Econmic Outlook 2003, impak ke atas makroekonomi ekoran dari keruntuhan harga rumah kediaman akan di ikuti oleh kadar pertumbuhan ekonomi yang amat lemah dalam jangka masa yang panjang. 11. Kewangan Perumahan dan Limpahan dari Sektor Perumahan Nilai rumah kediaman amat penting dalam mempengaruhi jumlah kekayaan (wealth) isi rumah dan secara langsung menggaitkan turun naik harga rumah kediaman dengan perbelanjaan pengguna melalui kesan kekayaan (wealth effect). Walau bagaimanapun, rumah kediaman memainkan dua peranan; sebagai aset sebenar dan juga sebagai keperluan semasa (membekalkan perkhidmatan sebagai tempat kediaman). Jika di lihat dari sudut sebagai aset, perubahan harga rumah kediaman ke atas perbelanjaan pengguna mengambarkan kepentingan perananya sebagai cagaran (collateral). Apabila harga rumah kediaman meningkat, nilai cagaran turut meningkat dan isi rumah boleh mendapat pinjaman yang lebih dan mampu menyokong perbelanjaan yang lebih. Kesan ini akan lebih kuat jika pendapatan dari rumah tersebut di jangkakan akan meningkat seiring dengan harga rumah tersebut. Ini akan membuka lebih peluang kepada isi rumah untuk terus meminjam dari jangkakaan peningkatan pendapatan tersebut. Beberapa kajian menunjukkan bahawa, terdapat korelasi yang tinggi di antara perbelanjaan pengguna dengan harga rumah kediaman (sebagai cagaran) di kalangan negara yang mempunyai pasaran cagaran (mortgage market) yang lebih maju ( berindek tinggi) seperti AS, UK, Belanda, Canada dan Sweden. Kemajuan dalam sistem kewangan perumahan semenjak tahun 1980an telah meningkatkan potensi kesan cagaran yang berpunca dari kenaikkan harga rumah kediaman. Secara prinsipnya, kesan tersebut boleh mengelirukan di mana isi rumah berupaya melicinkan perbelanjaan buat sementara pada masa berlakunya penguncupan pendapatan dengan membuat pinjaman dari cagaran rumah kediaman mereka melalui equity withdrawal. 12. Kewangan Perumahan dan Polisi Monetari

Pelaksanaan polisi monetari akan di salurkan (transmit) kedalam sektor perumahan dengan beberapa cara. Jika berlakunya perubahan kepada kadar bunga, ia akan memberi kesan kepada permintaan domestik secara langsung dengan mempengaruhi pembinaan perumahan dan isi rumah perbelanjaan melalui perubahan kos dan kesediaan kredit. Secara tidak langsung, dengan terdapatnya perubahan harga rumah kediaman. Lihat Rajah 2. Zainal Abidin Hashim & Mohd. Shukri Hajinoor 29 Rajah 2 Kos dan kos dan kesediaan kesediaan kredit kredit Tobins kesan cagaran q Mengikut teori Tobins q, keuntungan dari pelaburan ke atas harta tanah (dari perspektif pemaju) bergantung kepada nisbah di antara harga rumah dengan kos pembinaan. Jika harga rumah meningkat melebihi dari kos pembinaan, ia nya lebih menguntungkan bagi pemaju untuk membina yang baru. Oleh itu, jika terdapat perubahan ke atas harga rumah, ia akan memberi kesan ke atas permintaan agregat dengan terdapatnya perubahan ke atas insentif pelaburan ke atas perumahan kepada pemaju dalam masa yang sama mengubah peluang isi rumah mengunakan nilai cagaran ke atas rumah mereka untuk membiayai perbelanjaan. Sebelum tahun 1980an di mana kawalan ke atas kredit perumahan amat ketat dan di dominasikan oleh hanya beberapa agensi kewangan pinjaman yang memberi pinjaman bercagar jangkamasa panjang melalui simpanan pendeposit jangkamasa pendek dengan had siling pada kadar bunga. Apabila terdapatnya polisi kadar bunga yang lebih terbuka seperti berlakunya penurunan kadar bunga, simpanan pendeposit akan di keluarkan, ini secara langsung mengurangkan pendapatan institusi kewangan tersebut dan dengan sendiri mengekang/menghadkan kredit yang mampu di beri di pasaran. Apabila pasaran cagaran menjadi lebih bersepadu ke dalam sistem kewangan dengan meluas, dana untuk perumahan menjadi memakin banyak dan

berbagai. Oleh itu, kepentingan kesediaan kredit sebagai saluran untuk menyalurkan (transmission) polisi monetari tetapi hubungkaitnya amat komplek. Kesan dari keadaan monetari yang longgar dan mudah ke atas kitaran perumahan telah di perbesarkan lagi dengan kelonggaran syarat pinjaman dan tahap risiko yang berlebihan oleh pemberi pinjaman. Ini ternyata dengan berlakunya krisis subprima di Amerika Syarikat yang telah mengakibatkan berlakunya keruntuhan pasaran perumahan di negara tersebut. 13. Penutup Menyedari hakikat semasa bahawa kejatuhan harga rumah kediaman terutama di kalangan negara-negara maju di tambah dengan krisis subprima di AS berpunca dari inovasi dalam pasaran cagaran perumahan di mana sektor perumahan merupakan sumber berlakunya ketidakstabilan kepada makroekonomi dunia. Perbincangan menunjukkan bahawa, negara yang mempunyai inovasi sistem kewangan perumahan yang paling kehadapan adalah lebih terdedah kepada kejutan yang berpunca dari sektor perumahan. Sebab utama ialah, semakin tinggi tahap kecairan bagi ekuiti perumahan pada negara-negara tersebut, semakin memberangsang kesan pencepat kewangan (financial accelerator effect) ke atas cagaran harta kediaman tersebut sebagai collateral. Harga rumah kediaman dan pengeluaran (output) turut menjadi lebih sensitif kepada polisi monetari ekoran dari tanpa kawalan ke atas cagaran (mortgage deregulation) dan tahap sensitif semakin memuncak di kalangan negara yang mempunyai pasaran cagaran yang lebih maju. Namun terdapat perubahan dalam penyaluran polisi monetari melalui sektor perumahan di kalangan negara yang mempunyai pasaran cagaran yang lebih maju dan fleksibel seperti, polisi monetari di salurkan melalui harga rumah kediaman bukan melalui pelaburan kediaman. Ini mengambarkan bahawa, pemilik-penghuni akan lebih merasai perubahan polisi monetari jika di bandingkan dengan pelabur dalam sektor rumah kediaman. Di antara implikasi kepada polisi monetari ekoran dari perubahan kepada pasaran cagaran ialah; pertama, pembuat polisi monetari harus bertindak lebih agresif terhadap kejutan permintaan perumahan terutama di kalangan negara yang mempunyai pasaran cagaran yang maju- nisbah LTV yang terlalu tinggi dan stok hutang cagaran yang tinggi. Dalam masa yang sama, kejutan kewangan yang akan mempengaruhi jumlah kesediaan kredit pada masa dan tahap harga rumah tertentu. Di antaranya ialah mengurangkan kadar bunga semasa. Kedua, di kalangan negara yang mempunyai pasaran cagaran yang maju, kestabilan ekonomi boleh di capai dengan meneliti dan bertindak ke atas perkembangan harga rumah selain dari kadar inflasi dan perkembangan output. Pendekatan sedemikian mampu memperlihatkan faktor ketidaktentuan yang mendorong peningkatan harga rumah kediaman, samada faktor asas atau tekanan spekulasi dan kesannya ke atas ekonomi. Perubahan harga

rumah boleh di jadikan sebagai petunjuk kepada tahap aktiviti ekonomi dan inflasi terutama dalam keadaan turun naik harga yang keterlaluan dan di luar daripada biasa. Rujukan Asian Development Bank (ADB). 2002. Key Indicators of Developing Asian and Pacific Countries. Manila: Asian Development Bank. Balchin. P. N. 1998. Urban Land Economics and Public Policy. Fifth Edition. Macmillan. Zainal Abidin Hashim & Mohd. Shukri Hajinoor 31

Bank Negara Malaysia, Laporan Tahunan. Percetakan Nasianal. Kuala Lumpur (beberapa isu). International Monetary Fund (IMF). 2006. World Economic Outlook. Washington D.C. Laporan Ekonomi. Kementerian Kewangan Malaysia. Percetakan Nasional. (beberapa isu) Laporan Pasaran Harta. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Kementerian Kewangan Malaysia. (beberapa isu). Mcleod. R.H. dan Garnaut. R. 2001. East Asian in Crisis. Routledge, London & New York. Mohamed Arif. 2007. Economic Openness, Volatility & Resilience. MIER, Akitiar Corp., KL. Sundrum, R.M. 1993. Development Economics: A Framework for Analysis and Policy. John Wiley & Sons, New York. Wofford. L & Terrence C. 1999. Real Estate. Third Edition. John Wiley & Son Inc.

Krisis semasa telah membuktikan, walau pun AS mempunyai sumber ekonomi yang pelbagai, namun ia tidak mempunyai keupayaan untuk memainkan peranan sebagai penguat kuasa utama dalam sistem ekonomi. Jadi satu sistem baru berdasarkan pengurusan kolektif sangat diperlukan. Itu kata-kata Presiden Rusia, Dmitry Medvedev 2 Oktober 2008 pada Forum Pembangunan Rusia-Jerman. Beliau menyeru agar suatu kerjasama dibentuk bagi membina sistem ekonomi baru yang lebih adil berdasarkan prinsip multipolar, kedaulatan undang-undang dan mengambil kira tentang keperluan bersama. Vladimir Putin, Perdana Menteri Rusia pada 1 Oktober menyelar keadaan ekonomi AS dekad ini sebagai punca kepada masalah ekonomi global masa kini. Masalah ekonomi bermula di AS, berpunca daripada sistem yang tidak bertanggung jawab daripada kepemimpinannya sendiri. Keadaan ekonomi di Rusia dikatakan masih terkawal, namun Moscow tetap berjaga-jaga, mempelbagaikan simpanan mata wang, terutamanya euro dan tidak bergantung kepada dolar AS dalam Bank Pusat. Di Asia, China mungkin berusaha mencari jalan menguruskan kejayaan ekonominya sebelum ini. Pengaruh China terhadap perekonomian Asia dijangka bertambah besar. Mesyuarat Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan Asia dan Eropah (ASEM) 24-25 Oktober 2008 yang dihadiri ketua-ketua kerajaan 43 buah negara yang telah berlangsung di Beijing, menjadi wahana yang penting. Filipina telah mengambil langkah awal menyediakan pelan pembentukan sebuah tabung yang dikemukakan di Mesyuarat ASEM 2008 Beijing tadi yang melibatkan kesemua 10 buah negara anggota ASEAN dengan disertai China, Jepun dan Korea Selatan. Di Malaysia, ada orang berpendapat kemelesetan ekonomi sejagat ini dikatakan suatu ancaman baru yang sedang dihadapi negara. Impak keruntuhan sistem kewangan Amerika menjadi kesan berantai terhadap negara-negara lain termasuk ke atas negara-negara maju seperti Jepun dan Kesatuan Eropah. Lalu di Parlimen Malaysia ada gesaan agar kerajaan menyemak semula Belanjawan Negara 2009. Ada empat faktor yang disandarkan yakni penurunan harga minyak dunia yang akan memberi kesan kepada pendapatan negara yang bergantung lebih 40 peratus kepada hasil petroleum. Kedua, menjunamnya harga komoditi khususnya minyak sawit mentah (CPO) dan getah yang bukan sahaja memberi impak kepada pendapatan negara

tetapi juga para peneroka, pekebun kecil dan penduduk luar bandar. Ketiga, terjejasnya eksport negara akibat kemelut ekonomi di Amerika dan Eropah dengan adanya kemungkinan penguncupan permintaan produk sektor perkilangan misainya produk industri elektrik dan elektronik. Keempat, kesan yang datang dan tekanan aliran keluar modal yang meningkat akibat hilangnya keyakinan pelabur.

Ketika kerajaan yakin terhadap pencapaian pertumbuhan 5.7 peratus bagi tahun 2008 dan 5.4 peratus bagi tahun 2009, suatu kiraan semula perlu dilakukan kerana kegawatan kewangan global ini. Malaysia merasakan krisis ini akan dapat dihadapi sebaik mungkin tetapi tidak boleh kekal berpuas hati dan sentiasa berwaspada dalam konteks kegawatan yang berubah setiap hari. Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN di Dubai 7-8 Oktober 2008 percaya kesan kegawatan kewangan global ini akan terkena negara di seluruh dunia, bergantung berapa lama krisis dan tahap kemelesetan di AS dan Eropah. Ekonomi Malaysia dipelbagaikan dengan baik. Krisis kewangan begini menyebabkan alternatif baru dicari. Alternatif ini sudah sedia wujud di Malaysia. Salah satu peluangnya berhubung dengan perbankan Islam. Malaysia merupakan satu daripada pusat perbankan Islam terbesar di dunia dan apabila dana dari Asia Barat mengalami kerugian di AS dan Eropah, mereka digalakkan ke Malaysia. Pelabur Asia Barat boleh juga melabur dalam projek pembangunan dilaksanakan di Malaysia dan tidak sebaliknya dengan membeli aset ikon di AS dan Eropah yang telah pun mengalami banyak kerugian dari segi nilai dan sukar dijangkakan keuntungannya dalam keadaan berisiko tinggi. Malaysia tidak mengalami krisis perbankan, dengan berada dalam persekitaran yang berbeza dengan AS dan Eropah kerana sistem perbankan negara ini terus kukuh dengan pinjaman yang tidak dijelaskan rendah dan nisbah modal wajaran risiko yang tinggi, demikian menurut Menteri Kewangan Kedua, Malaysia Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, sebagaimana laporan Bernama (Utusan Malaysia, 10 Oktober 2008). Malaysia turut mengambil langkah berjaga-jaga menangani kesan pertumbuhan ekonomi global lebih perlahan ini. Pakej rangsangan ekonomi

ikut diperkenalkan bertujuan memberi keyakinan kepada sektor swasta. Langkah ini diharap menggalakkan kepesatan aktiviti ekonomi domestik yang menjadi tunjang pertumbuhan ekonomi negara. Malaysia sebenarnya lebih yakin dengan sistem perbankan dan kewangan sendiri.

Dunia kini sedang dilanda krisis ekonomi global. Banyak syarikat-syarikat samada syarikat besar atau kecil yang terpaksa menggulung tikar akibat dilanda hutang yang tinggi. Beribu-ribu pekerja kehilangan pekerjaan manakala ramai lagi sedang menghadapi risiko dibuang kerja. Krisis yang melanda dunia ini bermula dengan krisis ekonomi Amerika Syarikat. Disebabkan kebanyakkan negara didunia bergantung pada Amerika Syarikat, maka negara-negara tersebut turut sama mengalami krisis ekonomi. Krisis ekonomi Amerika Syarikat bermula disebabkan oleh: 1. Lambakan hutang tidak berbayar sehingga menjejaskan kecairan tunai institusi kewangan di negara Amerika Syarikat itu. Bank pelaburan keempat terbesar di Amerika, Lehman Brothers muflis. Banyak rumah terpaksa dilelong kerana pembeli tidak mampu untuk terus membayar. 2. Industri hartanah merundum 3. Krisis harga makanan dunia menyumbang kepada krisis ini. Bahan makanan utama dunia seperti beras dan tepung diperdagangkan di bursa saham untuk mendapatkan keuntungan lebih besar. Pemanasan global memberi kesan rantaian kepada harga barang makanan. Kos keseluruhan makanan global semakin meningkat dan terus meningkat. 4. Liberalisasi ekonomi akan terjejas. Sepatutnya ekonomi sesebuah negara tidak boleh terlalu tertutup. Kuasa beli rakyat haruslah dipertingkatkan untuk mengurangkan krisis ekonomi ini. 5. Kecairan mata wang yang ketat. Banyak bank mula takut untuk memberi pinjaman mudah membeli hartanah dan perumahan. 6. PBB kekurangan dana untuk membantu negara membangun terutama di Afrika yang berkecamuk dengan masalah kemiskinan dan kebuluran. Negara yang bergantung pakej kewangan Amerika akan terjejas teruk.

Krisis ekonomi yang sedang melanda dunia sekarang ini memberi kesan yang amat ketara bukan sahaja terhadap syarikat-syarikat malahan terhadap orang perseorangan. Harga-harga kebanyakkan komoditi khususnya minyak dan makanan melambung begitu tinggi sehingga menjejaskan ekonomi,

membawa ancaman stagflasi (inflasi yang disertai ketiadaan permintaan) dan pengunduran globalisasi.

Pada bulan februari 2008, Reuters melaporkan bahawa inflasi global mencapai tahap paling dahsyat dalam sejarah, manakala inflasi domestic berada pada paras tertinggi dalam masa 10-20 tahun bagi kebanyakkan negara. Pada pertengahan tahun 2008, data IMF menunjukkan bahawa inflasi adalah pada tahap tertinggi di negara pengeksport minyak, terutamanya akibat pertumbuhan rizab tukaran asing yang kekurangan pengendalian dasar kewangan yang boleh mengimbangi campur tangan tukaran asing sedemikian agar memastikan sasaran dasar kewangan negara itu tercapai. Bagaimanapun inflasi juga menjadi-jadi di negara-negara yang dikelaskan IMF sebagai negara termundur bukan pengeksport minyak dan Asia Membangun, disebabkan kenaikan harga minyak dan makanan. inflasi juga menjadi-jadi di negara-negara maju, namun tidak seteruk yang dialami negaranegara membangun.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa menjangkakan sekurang-kurangnya 20 juta pekerjaan bakal hilang menjelang penghujung 2009 akibat krisis ini, kebanyakannya dalam sektor pembinaan, hartanah, perkhidmatan kewangan

dan kereta, sekaligus mengakibatkan pengangguran sedunia melepasi tahap 200 juta.

KRISIS EKONOMI GLOBAL & KESAN KEPADA NEGARA

Krisis yang terjadi di AS tidaklah memberi kesan yang secara terus kepada Malaysia. Mungkin hanya sesetengah bank yang mempunyai bon dan sekuriti, di sana akan mengalami sedikit gangguan. Kesan secara langsung kepada negara adalah sangat minimum. Tetapi, hal ini memberi kesan secara tidak langsung. Eropah dan Amerika Syarikat merupakan negara yang mempunyai kuasa beli yang tinggi. Apabila berlakunya krisis kewangan di AS, kuasa beli pengguna akan menurun dan kerana pengguna tidak keluar berbelanja. Pada situasi begini para pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat, mereka sedang memerhati perkembangan ekonomi yang bakal terjadi selepas ini. Mereka tidak mahu melabur kerana keadaan pasaran global yang tidak menentu. Pelabur sudah semestinya tidak mahu mengambil risiko yang besar ini. mereka hanya memikirkan pulangan yang berganda sahaja. Apabila indeks harga saham susut, nilainya juga akan turut susut dan pelabur semakin khuatir untuk melabur dan akhirnya mereka terpaksa angkat kaki untuk melabur di tempat lain sudah tentu ini memberi kesan keatas kemerosotan ekonomi dalam negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa keadaan ekonomi kini sedang mengalami kitarannya, sebagaimana yang berlaku pada tahun 1997. Dahulu, negara yang terbabit tidak mengetahui cara dan kaedah yang terbaik untuk menanganinya. Tetapi, krisis yang berlaku pada kali ini, walaupun berada di luar jangkaan, namun demikian negara yang terlibat sudah mengetahui jalan yang terbaik untuk mengatasinya. Krisis kali ini sememangnya mempunyai kesan yang besar, tetapi boleh ditangani dengan baik dalam jangka masa dua hingga tiga tahun dari sekarang. Misalnya, Kerajaan AS sedang berusaha menyuntik dana ke dalam syarikat-syarikat yang terbabit bagi membantu menyelesaikan kemelut ini. Inilah antara kaedah yang telah digunakan oleh Malaysia pada tahun 1997 dahulu. Sememangnya krisis yang berlaku menyebabkan nilai mata wang juga turut jatuh. Mungkin ada baiknya jika kita mengikat ringgit supaya nilainya tidak akan jatuh dengan lebih teruk lagi. Kita mahukan kestabilan nilai mata wang itu terus kukuh. Kita tidak mahu perkara yang berlaku kepada sesetengah nilai mata wang yang jatuh teruk. Namun demikian, perkara ini juga ada baik dan buruknya juga. Thailand misalnya, pada tahun 1997 ia tidak menggunakan kaedah tambatan mata wang Baht, tetapi masih tetap stabil. Oleh sebab itu, banyak cara dalam menyelesaikan sesuatu kemelut ekonomi dan bergantung pada keadaan sesebuah negara.

Manakala bagi rakyat pula, yang paling penting ialah keputusan yang dibuat adalah benar-benar tepat untuk memastikan nilai mata wang ringgit terus kukuh. Kesan yang paling ketara boleh dilihat dengan jelas dalam sektor pelancongan. Apabila sektor pelancongan terjejas, sudah tentu industri yang berkaitan turut merasainya, seperti perhotelan dan industri kecil dan sederhana, kerana ia sangat berkait rapat. Sektor hartanah juga turut merudum dan perkara ini sangat menakutkan pengusaha dan pemaju dan juga para pelabur itu sendiri. Kerana kesannya sangat besar dan risiko yang harus diharungi adalah sangat tinggi.

Ulasan Pasaran: Pasaran saham Malaysia suram


2011/11/22 - 04:43:23 AM Cetak Emel Kawan Krisis hutang euro punca sentimen tidak menentu peringkat serantau HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup teramat rendah semalam sekali gus mencerminkan sentimen suram di pasaran serantau yang terus bimbang dengan krisis hutang zon euro yang belum selesai, kata peniaga. Mereka berkata, kenyataan lemah dibuat Timbalan Perdana Menteri China, Wang Qishan, bahawa tinjauan ekonomi global kekal teruk dan kemelesetan global bakal berlaku turut menjejaskan pasaran.

Indeks FBM Emas merosot 134.569 mata kepada 9,850.98, Indeks FBM70 berkurangan 119.29 mata kepada 10,809.03, Indeks FBM Top 100 merudum 130.27 mata kepada 9,655.04 dan Indeks FBM ACE turun 115.55 mata kepada 4,080.37 Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 20.32 mata kepada 1,434.08 selepas dibuka 2.64 mata lebih rendah pada 1,451.76. Indeks Kewangan kerugian 139.25 mata kepada 12,849.54, Indeks Perladangan susut 70.51 mata kepada 7,544.13 dan Indeks Perindustrian lebih rendah 57.35 mata kepada 2,615.83. Indeks FBM Emas merosot 134.569 mata kepada 9,850.98, Indeks FBM70 berkurangan 119.29 mata kepada 10,809.03, Indeks FBM Top 100 merudum 130.27 mata kepada 9,655.04 dan Indeks FBM ACE turun 115.55 mata kepada 4,080.37. Saham rugi mengatasi saham untung dengan 661 berbalas 176 sementara 194 kaunter tidak berubah, 450 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung. Jumlah dagangan merosot kepada 1.416 bilion saham bernilai RM1.161 bilion daripada 1.462 bilion saham bernilai RM1.196 bilion Jumaat lalu.

Untuk saham aktif, Compugates Holdings menokok setengah sen kepada 8.5 sen, Fast Track Solution susut setengah sen kepada 10 sen dan DPS Resources turun 4.5 sen kepada 18 sen. Sumatec Resources, bagaimanapun, menambah tiga sen kepada 20.5 sen. Di kalangan yang berwajaran tinggi, Maybank lebih rendah lima sen kepada RM8.20, CIMB lega 10 sen kepada RM6.77 dan Sime Darby merosot 10 sen kepada RM8.80. RHB Capital, bagaimanapun, meningkat dua sen kepada RM7.31. Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 1.026 bilion saham bernilai RM1.109 bilion berbanding 1.046 bilion saham bernilai RM1.141 bilion Jumaat lalu. Jumlah dagangan di pasaran ACE, lebih rendah kepada 296.151 juta saham bernilai RM42.217 juta daripada 350.682 juta saham bernilai RM50.021 juta minggu lalu. Waran pula mengukuh kepada 81.512 juta saham bernilai RM7.159 juta daripada 63.245 juta saham bernilai RM5.382 juta Jumaat lalu. Produk pengguna menguasai 162.6 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 147.8 juta, pembinaan 28.3 juta, urus niaga dan perkhidmatan 368.2 juta, teknologi 24.4 juta, infrastruktur 21.8 juta, kewangan 67.6 juta, perhotelan 1.1 juta, hartanah 150.6 juta, perladangan 33.2 juta, perlombongan 44,000, REITs 1.2 juta dan dana tertutup 25,000. BERNAMA

Pertumbuhan ekonomi dunia diunjur perlahan


2013/06/14 - 05:16:47 AMCetakEmel Kawan

Washingston: Bank Dunia merendahkan unjuran pertumbuhan global tahun ini dengan jangkaan ekonomi berkembang lebih perlahan berbanding tahun lalu. Ia susulan kemelesetan ekonomi Eropah yang lebih buruk daripada jangkaan dan pertumbuhan perlahan di beberapa pasaran baru muncul. Bank itu menerusi laporan Prospek Ekonomi Global yang diterbitkan dua kali setahun memberi amaran bahawa negara sedang membangun utama, yang memacu pertumbuhan ekonomi global beberapa tahun kebelakangan ini dijangka tidak dapat meneruskan pertumbuhan seperti sebelum krisis kewangan global.

Negara berkenaan juga perlu memberi tumpuan kepada pembaharuan struktur untuk terus berkembang. Bank itu menjangkakan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dunia meningkat 2.2 peratus tahun ini, sedikit rendah berbanding 2.3 peratus tahun lalu. Bank Dunia pada Januari lalu, mengunjurkan ekonomi dunia akan berkembang 2.4 peratus tahun ini. Ekonomi global Penulis laporan itu, Andrew Burns, berkata ekonomi global dijangka tidak menentu pada masa depan, tetapi masih mencatatkan pertumbuhan perlahan. Bank itu juga mengunjurkan ekonomi global akan berkembang kepada tiga peratus pada 2014 dan 3.3 peratus pada 2015. Pertumbuhan perlahan bukan kerana permintaan lemah, tetapi pada pandangan kami pertumbuhan kukuh, yang kita lihat dalam tempoh sebelum krisis adalah disebabkan fenomena gelembung. Apa yang kita lihat sekarang pelarasan keadaan berkenaan dengan potensi pertumbuhan asas. Justeru, ia adalah satu keadaan yang bergerak ke arah normal baru, katanya.

Beliau berkata, sebahagian daripada situasi pelarasan itu menyaksikan pertumbuhan lebih perlahan di negara seperti Brazil, India, Russia dan China kerana harga komoditi sederhana dan negara yang mengimbangi semula ekonomi mereka. Bank itu juga mengurangkan unjuran terhadap negara membangun, yang berkembang pada paras terendahnya dalam tempoh sedekad kepada 5.1 peratus dari 5.5 peratus menerusi unjuran dibuat pada Januari. Bank itu berkata, pertumbuhan bagi negara berkenaan dijangka meningkat semula kepada 5.6 peratus tahun depan dan 5.7 peratus pada 2015. Sebelum krisis kewangan global berlaku pada 2008, negara sedang membangun secara keseluruhannya mencatatkan kadar pertumbuhan sekitar 7.5 peratus, manakala China berkembang pada purata tahunan 10 peratus. Pertumbuhan perlahan Ini dibuktikan apabila China beberapa minggu lalu kehilangan momentum pertumbuhannya dan pakar ekonomi tidak menjangkakan pemulihan bagi negara, yang boleh menjadikan ia adalah pertumbuhan paling perlahan dicatatkan negara itu dalam tempoh 23 tahun. Burns berkata, beliau tidak bimbang dengan pertumbuhan perlahan itu kerana ia sudah lama dijangkakan. Pertumbuhan pantas China boleh menjadi sederhana kerana ekonominya diimbangi semula daripada pelaburan yang mendorong pertumbuhan dan kini memberi lebih tumpuan kepada penggunaan. - REUTERS

KDNK suku ketiga dijangka perlahan


2012/10/16 - 14:15:10 PMCetakEmel Kawan

KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2012 dijangka lebih rendah berikutan pengurangan catatan perangkaan perdagangan bagi sukuan itu, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah. Bagaimanapun, negara ini masih berada pada landasan mencapai sasaran KDNK 4.5 peratus hingga 5.0 peratus bagi 2012. "Kita percaya suku ke-tiga lebih rendah daripada suku ke-dua. Ini disebabkan keadaan ekonomi global. Ia tidak meningkat dan berikutan itu memberi kesan terhadap perdagangan," katanya selepas pelancaran Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2012 (KLIFF 2012) kesembilan, hari ini.

Perdagangan keseluruhan Malaysia pada Ogos turun kepada RM104.84 bilion berbanding dengan RM106.17 bilion pada tempoh yang sama tahun lalu. Baru-baru ini, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata, Asia akan terus menjadi kuasa ekonomi global tetapi memberi amaran bahawa wujud peningkatan risiko bahawa pertumbuhan di rantau ini boleh

menurun kepada paras yang kali terakhir dilihat semasa krisis kewangan global. "IMF menjangka ekonomi rantau Asia berkembang 5.9 peratus pada 2013, iaitu 0.7 mata peratusan di bawah anggaran April," katanya dalam satu kemas kini kepada tinjauan ekonomi serantau. Beliau berkata, penurunan ekonomi China kebarangkalian risiko yang rendah tetapi memberi amaran bahawa senario sedemikian akan memberi impak yang signifikan pada ekonomi Asia, jika ia berlaku. Ekonomi Malaysia mengukuh kepada 5.4 peratus pada suku kedua 2012 berbanding dengan 4.9 peratus pada sukuan sebelum itu, yang diterajui oleh pengembangan berterusan sektor perkhidmatan dan pembuatan. Katanya, KDNK suku kedua dijangka menjadi paling tinggi yang dicatatkan pada 2012. Menurutnya, kesan ketidakstabilan suku ke-tiga tidak akan memberi kesan pada ekonomi Malaysia. Sementara itu, ketika berucap sebelum itu, Husni berkata, wujud keperluan untuk mengembangkan kerangka syariah bagi menyediakan penyelesaian terhadap individu kaya, bagi menyeimbangkan rukun Islam dengan kecanggihan dan realiti keperluan kewangan, perundangan dan percukaian semasa. Katanya, dengan mengembangkan julat struktur nilai tambah, produk dan perkhidmatan, industri pengurusan kekayaan berada pada kedudukan untuk memainkan peranan utama di dalam mempelbagaikan risiko di seluruh sistem. "Pada masa sama, ia meningkatkan pelaburan langsung domestik negara di dalam pasaran secara keseluruhan, kecairan pasaran sekunder dan peluasan kumpulan bakat dan kepakaran teknikal. "Sejak 10 tahun lepas, industri pengurusan domestik kita telah berkembang dengan pantas. Perkembangan ini disokong oleh langkah penyahkawalseliaan yang berurutan secara berhemah, terutama sekali berkaitan akses ke pasaran mendapatkan Produk dan perkhidmatan serta pembukaan rangkaian pengedaran di dalam industri itu," kata Husni. Aset Islam global telah berkembang kepada purata 15 peratus kepada 20 peratus setahun sejak 10 tahun lepas bagi mencecah US$1.3 trilion pada 2011. Husni berkata, kerajaan juga telah mengukuhkan standard bagi perlindungan pelabur dengan meningkatkan pendedahan dan standard tadbir urus. "Berikutan itu, Aset yang Diuruskan (AUM) kita berkembang pada kadar terkompaun 21 peratus setahun daripada RM55 bilion pada 2000 kepada RM377 bilion pada 2010," katanya. AUM Malaysia dianggarkan berkembang kepada RM1.6 trilion pada 2020. KLIFF 2012 adalah forum dua hari mulai hari ini dan dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Latihan dengan kerjasama Hisham, Sobri dan Kadir, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia dan Amanie Advisor. Forum itu menghimpunkan cendekiawan, pengamal, penggerak industri dan orang ramai yang berminat di dalam perbankan dan kewangan Islam. - BERNAMA

Krisis hutang Euro tak bebankan Malaysia


2012/12/03 - 08:07:35 AM Ayop Abd RazidCetakEmel Kawan

Ekonomi negara berkembang positif. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga tahun ini berkembang pada 5.2 peratus. Tiga sektor utama yang menyumbang ialah sektor pembinaan 18.3 peratus, diikuti sektor perkhidmatan 7 peratus dan sektor pengeluaran 3.3 peratus. Pada suku pertama, KDNK berkembang 5.1 peratus, manakala suku kedua 5.6 peratus. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) penurunan pada suku ketiga adalah disebabkan permintaan luar yang merosot berikutan kesan krisis kewangan zon euro. Tangani krisis hutang Euro

Krisis hutang yang dihadapi 17 negara Euro masih gagal ditangani. Ekonomi zon Euro menguncup 0.1 peratus pada suku ketiga berbanding suku kedua 0.2 peratus. Jerman, negara ekonomi terbesar zon Euro turut mengalami kejatuhan ekonomi. KDNK Jerman pada suku pertama berkembang pada 0.5 peratus dan terus menguncup pada 0.3 suku kedua. Ia terus mengucup pada suku ketiga. Setakat ini, langkah negara zon Euro melaksanakan penjimatan masih tidak banyak meninggalkan kesan. Malah di beberapa negara yang melaksanakan langkah itu seperti di Portugal, Greece dan Sepanyol mendapat tentangan daripada rakyat mereka. Gambaran yang diberikan oleh sesetengah pakar ekonomi menyebut bahawa ekonomi zon Euro akan terus menguncup pada 2013, manakala ekonomi AS mengalami keadaan pemulihan yang tidak konsisten berbanding ekonomi China yang menunjukkan pertumbuhan positif. Apa pun pencapaian negara setakat ini kekal pada tahap sederhana meyakinkan kita bahawa negara boleh mencapai pertumbuhan sederhana sekurang-kurangnya pada kadar lima peratus tahun ini dan tahun depan. Mordys Analytics, cabang kepada Mordys Corporation yang merupakan badan penyelidikan berpusat di New York, Amerika Syarikat dan beberapa bandar utama dunia seperti London, Hong Kong, Tokyo, Sydney, dan Singapura mengunjurkan ekonomi Malaysia pada tahun depan akan berkembang pada 4.8 peratus. Pencapaian ekonomi negara yang positif ini membuktikan bahawa di tengah-tengah kemelut ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan masih mampu mengurus ekonomi dengan baik dan hati-hati. Seperti yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam wawancara khas sempena Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, walaupun dunia Eropah dalam kemelesetan ekonomi dan pemulihan AS masih tidak menentu tetapi negara kita masih dapat mencapai pertumbuhan yang agak kukuh. Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) adalah antara program besar diperkenalkan kerajaan pimpinan Najib untuk membawa negara menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Kesan daripada ETP sangat memberangsangkan. Pelaburan langsung asing (FDI) terus meningkat tiga tahun berturut-turut iaitu 2009 sebanyak RM5 bilion, 2010 sebanyak RM29.3 bilion dan 2011 sebanyak RM36.6 bilion. Pencapaian FDI pada 2011 jelas menunjukkan peningkatan lebih daripada 12 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Perkenal SRI Di bawah kedua-dua transformasi besar itu kerajaan turut memperkenalkan inisiatif reformasi strategik (SRI) bagi memastikan negara mencapai hasrat negara maju berpendapatan tinggi. Antara inisiatif terbaru SRI ialah kerajaan meliberalisasikan enam lagi subsektor. Enam subsektor terbabit ialah perkhidmatan guaman, perkhidmatan pakar pergigian, sekolah antarabangsa, universiti dan syarikat telekomunikasi swasta yang membabitkan pembekal kemudahan

rangkaian dan pembekal perkhidmatan rangkaian. Fakta bahawa ekonomi Malaysia tidak tergugat kesan krisis ekonomi global diperkukuh dengan kenyataan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Legarde yang melawat Malaysia barubaru ini. Menurutnya, salah satu kekuatan Malaysia ialah kedudukan Malaysia sebagai peneraju kewangan Islam global. Lagarde berpendapat Malaysia sangat inovatif dalam kewangan Islam. Kekuatan sistem mata wang negara juga satu kelebihan bagi negara dan mampu menarik dan asing dalam sistem perbankan dan menurut Lagarde, kunci kejayaan Malaysia adalah pengurusan ekonomi yang dinamik dan berkesan, selain ETP merupakan satu program yang berkesan untuk membawa negara mencapai tahap negara maju pada 2020. Apa pun negara harus lebih bersedia berhadapan dengan sebarang keadaan yang lebih mencabar. Usaha untuk mengembangkan ekonomi domestik mesti dipertingkatkan. Sektor pengeluaran makanan juga mesti dipertingkatkan sebanyak mungkin bagi menghadapi sebarang kemungkinan keadaan ekonomi global yang lebih muram. Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan
ARTIKEL BERKENAAN

Melayu harus berkuasa di kawasan bandar


Apabila ada rancangan pembangunan, adakah orang Melayu hanya layak dipindahkan ke luar bandar? Ini persoalan yang sentiasa dihadapi oleh orang Melayu dan turut diangkat oleh Keris Mas dalam novelnya, Rimba Harapan.

Rakyat optimis pencapaian ekonomi negara 2013


2013/04/06 - 06:44:30 AMCetakEmel Kawan

KAJI selidik yang dijalankan oleh Ipsos, sebuah firma penyelidikan berpangkalan di Paris mendapati, majoriti rakyat Malaysia bersetuju bahawa tinjauan ekonomi negara ini bagi 2013 adalah positif. Firma itu dalam kenyataannya mengumumkan hasil kaji selidik bagi mengukur sentimen rakyat terhadap prestasi ekonomi sesebuah negara mendapati, rakyat Malaysia secara relatifnya gembira dengan prestasi ekonomi negara secara menyeluruh, selain prospek masa depan mereka sendiri. Ia berkata, gambaran itu diberikan rakyat negara ini walaupun mereka pada masa sama turut menerima tempias kesan daripada krisis kewangan global sejak 2008.

Secara keseluruhannya, 62 peratus rakyat Malaysia bersetuju bahawa prospek ekonomi negara bagi 2013 ini adalah positif. Hanya 16 peratus tidak bersetuju dengan kenyataan itu, katanya dalam kenyataan dikeluarkan unitnya di Malaysia, Ipsos Malaysia. Kaji selidik itu dibuat kumpulan penyelidik Perancis itu menerusi unitnya di Malaysia pada Mac lalu. Ia adalah kajian sulung firma itu di negara ini dengan membabitkan 1,000 responden yang terdiri daripada media, konglomerat dan syarikat tempatan di Semenanjung Malaysia. Kaji selidik yang bertajuk Kajian Nadi Ekonomi itu turut mendapati, kaum Melayu dan India, serta warga negara berusia antara 25 hingga 34 secara amnya, bersetuju terhadap tinjauan positif ekonomi negara. Secara amnya, responden yang mewakili kaum Melayu dan India (67 peratus yang bersetuju) serta golongan muda (66 peratus yang bersetuju) adalah yang paling bersetuju dengan tinjauan positif ekonomi negara bagi 2013 ini, katanya. Ipsos, satu-satunya firma penyelidik pasaran bebas yang dikawal dan diuruskan oleh pakar penyelidikan profesional itu berkata, walaupun wujudnya sentimen positif mengenai tinjauan ekonomi negara, sebahagian rakyat Malaysia turut mengatakan keadaan ekonomi semasa ini kurang baik jika dibandingkan dengan lima tahun lalu.

ISU SEMASA : Kesan Kemelesetan Ekonomi Dunia


317 pekerja di Sabah diberhentikan

KOTA KINABALU: Seramai 317 pekerja di Sabah diberhentikan sejak Ogos tahun lalu hingga ke hari ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad. Beliau berkata, daripada jumlah itu, 241 adalah pekerja tempatan manakala 76 lagi pekerja asing. Noraini berkata, pemberhentian itu membabitkan 38 majikan pelbagai sektor dengan pembuatan paling ramai, iaitu 11 majikan dan 139 pekerja. "Bagaimanapun senario pemberhentian pekerja kesan kemelesetan ekonomi dunia di Sabah secara keseluruhannya masih rendah jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di Semenanjung," katanya ketika berucap pada majlis perasmian program Hari Penempatan Pekerjaan peringkat daerah Kota Kinabalu di Wisma Perkeso, dekat sini. - Bernama sumber: Berita Harian 28.02.09 Posted by Cikgu Jeffri at 9:14 PM Labels: BM SPM, Isu semasa, kemelesetan ekonomi dunia

Isu-isu Ekonomi

CABARAN EKONOMI DEKAD BARU

MALAYSIA memasuki dekad baru bermula tahun Masihi 2010 dan tahun Hijrah 1431 dalam keadaan ekonomi global yang mencabar ekoran tergugatnya sistem kewangan negara maju. Keadaan ini diakibatkan oleh lemahnya sistem tadbir urus dan kawalan sektor bank pelaburan (investment bank) atau apa yang disebut sebagai shadow banking, khususnya di Amerika Syarikat (AS). Ia juga disebabkan oleh sifat tamak haloba (greed) dan kurang berhemah (imprudences) di kalangan pihak pengurusan. Akibatnya ekonomi Malaysia dan juga negara-negara lain terjerumus dalam keadaan pertumbuhan negatif pada tahun 2009. Kewibawaan kita untuk mengurus ekonomi negara sekali lagi diduga, selepas pengalaman pahit tahun 1997/1998. Dalam tempoh terdekat ini, ada tiga isu utama yang perlu diberi perhatian oleh pengurusan ekonomi negara. Pertama, keperluan memantapkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kesan daripada kemerosotan ekonomi global dalam 2009. Kedua, usaha memantapkan kedudukan kewangan awam atau public finance yang mengalami defisit sejak 1998. Dan ketiga, hasrat untuk merombak beberapa dasar bagi meningkatkan daya saing negara serta membolehkan usaha mencapai model pertumbuhan berasaskan pendapatan (nilai tambah) yang tinggi. Dalam isu pertama, kita boleh menimba pengalaman dari usaha mengatasi krisis ekonomi bagi tahun 1986 dan kegawatan tahun 1997/1998. Pada tahun 1986, negara telah terjejas oleh kejatuhan harga komoditi dan kedudukan kewangan awam yang lemah. Kerajaan telah mengambil tindakan liberalisasi dan deregulasi serta mengurangkan cukai dan mengawal perbelanjaan awam bagi memperbaiki iklim pelaburan swasta. Kesannya, ekonomi tumbuh dengan sangat pesat pada kadar 8-9 peratus setahun sepanjang tempoh 1988-1997. Semasa kegawatan tahun 1997/1998 pula, atau apa yang selalu disebut sebagai East Asian financial crisis, akibat aliran modal jangka pendek tidak terkawal (unregulated) di rantau ini serta serangan ke atas mata wang serantau dan kegiatan hedge fund, tindakan kerajaan (menerusi MTEN) untuk mengawal modal (capital control) dan penetapan mata wang (pegging of the Ringgit) serta meningkatkan permintaan agregat menerusi perbelanjaan awam dan dasar kewangan (monetary) telah berjaya menstabilkan ekonomi negara. Dengan dibantu oleh kedudukan pasaran eksport yang menggalakkan pada masa itu, Malaysia telah berjaya keluar dari kegawatan ekonomi itu berasaskan kepada formula sendiri, tanpa menggunakan preskripsi Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Namun demikian, cabaran bagi mengatasi krisis ekonomi semasa (2009) menjadi lebih ketara. Kali ini, hampir seluruh ekonomi dunia, termasuk China dan India tergugat dan terperangkap dengan kelembapan dan ketidaktentuan ekonomi AS dan negara-negara maju lain, seperti Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun. Dari itu, sektor eksport kurang memainkan peranan untuk memantapkan proses pemulihan ekonomi negara. Dengan demikian, kesan Pakej Rangsangan Ekonomi sepenuhnya hanya berputar dalam sektor domestik. Pasaran domestik kita pula tidak sebesar pasaran dalaman China, India dan juga Indonesia. Oleh itu, ia tidak mampu memacu pertumbuhan positif bagi tahun 2009. Kedua, kerajaan akan berdepan dengan cabaran mengawal perbelanjaan dan meningkatkan hasil (revenue). Kemungkinan mengawal perbelanjaan terhad kerana beberapa jenis perbelanjaan operasi adalah wajib disediakan (locked-in expenses) seperti emolumen, gaji dan elaun, geran

kepada negeri-negeri (per capitation grant) dan kerajaan tempatan, bayaran hutang awam serta beberapa subsidi yang sukar dirungkai akibat penyediaannya yang sebegitu lama sehingga menjadikannya seperti satu amalan fiskal biasa. Usaha mengurangkan subsidi-subsidi ini perlu dibuat secara komprehensif dan dilaksanakan berperingkat-peringkat kerana penghapusannya akan menyebabkan satu kerumitan. Untuk membantu masyarakat, kerajaan telah menyediakan subsidi seperti bantuan buku sekolah, biasiswa, kos perubatan di hospital dan klinik awam yang sangat rendah, serta subsidi untuk bahan api (minyak petrol dan diesel). Manakala bagi bidang industri pula, kerajaan memberi subsidi tenaga untuk industri, baja untuk pengeluaran padi dan pengecualian dan potongan cukai (sistem galakan industri) untuk sektor pembuatan. Fikirkan bagaimana sukarnya subsidi-subsidi ini boleh dirungkai dan dikurangkan dalam masa terdekat setelah ia menjadi elemen penting dalam perkiraan cara hidup rakyat dan sistem pengeluaran negara. Namun demikian usaha mengurangkan subsidi perlu diteruskan. Dari perspektif hasil kerajaan pula, kesungguhan kerajaan untuk mengadakan Goods and Service Tax (GST) perlu disokong. Memang sudah sampai masanya kita mengurangkan cukai berasaskan pendapatan tetapi bergerak maju ke arah cukai berasaskan penggunaan (consumption based tax). Sebenarnya cadangan GST ini bukan baru. Ia pernah dicadangkan oleh Tun Daim Zainuddin dalam ucapan Belanjawan 1987 bagi pelaksanaan tahun 1989. Cukai GST adalah lebih cekap berbanding dengan cukai jualan dan ia kurang mempunyai unsur arbitrariness yang terdapat dalam cukai jualan. Unsur penting dalam formula GST adalah ia jangan dikenakan kepada barangan eksport serta barangan keperluan asas seperti makanan, pendidikan, dan kesihatan. Skim zero rating boleh dicadangkan bagi produk-produk ini. Kita juga perlu menerima hakikat bahawa kesan GST ke atas inflasi memang wujud tetapi ia hanya berlaku pada tahun pelaksanaan sahaja dan tidak selepas itu. Jika kesannya berlarutan selepas itu, ia bukan disebabkan GST tetapi kelemahan sistem pasaran sendiri akibat tiadanya undang-undang persaingan dan perdagangan adil (fair trade) di negara ini yang boleh membendung amalan perniagaan tidak beretika. Satu cara bagi mengurangkan perbelanjaan negara adalah meneruskan peringkat kedua dasar penswastaan yang meliputi inisiatif pembiayaan swasta bagi kegiatan awam yang pada ketika ini sudah boleh dilaksanakan. Bagi dasar ini, yang pentingnya segala kelemahan pelaksanaan yang lalu perlu diperbaiki. Kawal selia yang mantap boleh menjaga kepentingan sosial, manakala pemilihan syarikat berasaskan tender terbuka mampu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada kerajaan dan pembayar cukai. Isu ketiga, meningkatkan daya saing dan melaksanakan pembangunan berteraskan value added yang tinggi. Usaha ini memerlukan pengorbanan semua pihak untuk membantu melaksanakan proses transformasi sosial bagi melaksanakan beberapa perubahan dasar. Perubahan dalam sistem subsidi, sistem kawalan harga, pembaikan sistem penyampaian (delivery system), liberalisasi, peningkatan produktiviti dan kemahiran modal insan serta memperkayakan harta intelek negara adalah antara perkara-perkara pokok dan utama yang perlu dilaksanakan

secara serentak dan terancang. Satu pelan tindakan perlu disediakan bagi merencanakan apa yang perlu dibuat dan diukur bagi setiap pihak. Kita juga perlu mencari model pertumbuhan baru yang mengimbangi antara pertumbuhan pendapatan pada kadar yang tinggi dan aspek pengagihan (distribution) yang bersesuaian dengan kedudukan semasa. Dasar pengagihan perlu diteruskan kerana ia merupakan dasar jangka panjang negara yang termaktub dalam Rukun Negara (bahagian pertama) dan dalam sejarah kesefahaman antara kaum utama negara ini. Yang pentingnya pelaksanaan dasar ini perlu disesuaikan dengan keadaan semasa. Kita juga perlu merombak struktur industri perkhidmatan kepada industri yang membawa kepakaran dan kemahiran yang canggih dan tinggi (seperti R&D, designing) serta mempunyai value added yang lebih banyak untuk meningkat dan mempelbagaikan sumber KDNK serta mencanggihkan struktur guna tenaga negara dan menghasilkan pendapatan per kapita yang lebih tinggi. Keadaan dan corak industri sedia ada kurang mewujudkan kekayaan harta intelek negara. Yang demikian akan melemahkan asas jangka panjang negara dalam bidang persaingan dan keupayaan mencapai Wawasan 2020. Cabaran-cabaran ini tidak boleh diperlekehkan. Kita perlu berfikir dan mengambil tindakan yang jitu. Kita perlu mengurangkan politicking dan sebaliknya membantu kerajaan merencanakan pembangunan negara ke arah kestabilan ekonomi, pembangunan mapan dan kesejahteraan rakyat serta kepentingan generasi akan datang yang bakal berdepan dengan persaingan ketara di persada antarabangsa. Mereka memerlukan warisan daripada kita berbentuk infrastruktur, harta intelek, pengalaman, dan modal sosial untuk dimajukan seterusnya. Untuk memastikan kejayaan mereka kelak, pembangunan modal insan sedia ada dan dasar pembangunan mapan (sustainability) serta asas-asas pertumbuhan ekonomi perlu diperkukuhkan lagi. Budaya persaingan yang sihat serta kerangka mental yang sentiasa ingin mencapai kecemerlangan perlu dipupuk dan disemarakkan di bangku sekolah lagi. Memandangkan kita telah melangkah masuk ambang dekad baru dan tahun baru, Hijrah dan Masehi, Malaysia mungkin tiada jalan lain selain menangani isu-isu di atas dengan penuh tabah dan keyakinan. Masyarakat kita perlu bersedia untuk berhijrah kepada pendekatan pembangunan yang baru bagi pembangunan sosial yang lebih makmur, berimbang dan mapan. Oleh:TAN SRI DR. SULAIMAN MAHBOB Berita disunting daripada sumber : Utusan Malaysia IMPLIKASI CUKAI DAN SUBSIDI KEPADA NEGARA Cukai dan subsidi sering menjadi topik utama dalam perbahasan mengenai ekonomi Malaysia. Kedua-duanya memberi kesan kepada sumber kewangan kerajaan dan rakyat secara langsung. Semasa pembentangan Bajet 2010, kerajaan mengumumkan bahawa semua urus niaga penjualan hartanah dikenakan cukai lima peratus. Namun, kerajaan sekali lagi mengambil langkah untuk menarik balik cukai tersebut bagi penjualan hartanah yang dimiliki melebihi lima tahun. Selain itu, semua hotel yang menjalankan proses pengubahsuaian akan mendapat potongan cukai sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun. Kedua-dua pengumuman ini bakal mengurangkan sumber pendapatan kerajaan.

Jadi aspek manakah yang lebih penting? Merancakkan sektor hartanah dan sektor pelancongan atau memperolehi sumber pendapatan yang lebih melalui cukai? Inilah satu keputusan yang cukup penting bagi mana-mana kerajaan. Keputusannya mestilah tepat dan pada masa yang sama memberi kesejahteraan kepada rakyat. Jika kerajaan tidak mempunyai sumber yang mencukupi, bagaimana pula kerajaan ingin memulangkan kembali kepada rakyat? Maka, sekali lagi, kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada pertengahan tahun 2011. Tahun ini sahaja, dianggarkan kutipan cukai bagi kerajaan berkurangan sebanyak RM2.7 bilion. Apabila GST dilaksanakan nanti, kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih kurang RM1 bilion. Bagi rakyat, cukai adalah satu perkara yang boleh mengurangkan sumber kewangan mereka. Tetapi rakyat juga perlu ingat, mereka bertanggungjawab untuk membayar cukai, jika tidak sesebuah kerajaan yang gah macam mana sekalipun tidak mampu untuk melaksanakan semua dasar dengan lancar jika ongkosnya tidak mencukupi. Bayangkan juga terdapat individu yang tidak mahu membayar cukai. Mereka inilah golongan yang berasakan hasil yang mereka perolehi tidak perlu disumbangkan kembali kepada kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Jadi, sejauh manakah jumlah cukai yang rakyat sanggup bayar? Bagi subsidi, perkara sama juga berlaku. Kerajaan sudah memberi beberapa petanda bahawa subsidi minyak akan diberikan kepada golongan sasaran sahaja. Perkara ini amat menarik perhatian rakyat. Pertama, tujuannya agar hanya golongan sasaran sahaja yang memperolehi subsidi minyak. Kedua, kerajaan tidak lagi menanggung beban kewangan yang besar termasuk untuk memberi subsidi kepada orang kaya dan juga warganegara asing. Namun, seperti biasa dua perkara yang amat dikhuatiri oleh rakyat. Adakah benar golongan sasaran sahaja akan memperolehi manfaatnya kerana dikhuatiri berlakunya ketirisan? Ketiga, tidakkah harga barang akan meningkat seperti mana yang pernah berlaku pada tahun lepas, apabila kerajaan meningkatkan harga minyak pada tahap tertinggi dalam sejarah. Inilah satu lagi dilema yang mana kerajaan perlu membuat keputusan dengan tepat bagi memastikan segala perancangan dan strategi yang benar-benar berkesan dapat dilaksanakan. Topik subsidi bukan hanya terletak pada subsidi minyak sahaja, subsidi gula juga diperbincangkan sehingga kerajaan sekali lagi mengumumkan bahawa subsidi gula tidak akan ditarik buat masa ini. Bermakna, sumber kewangan kerajaan akan digunakan untuk membayar subsidi tersebut. Akibatnya, projek-projek lain untuk rakyat akan terkena tempiasnya. Bagi penulis, tidak kiralah cukai dikenakan dan subsidi ditarik balik, yang pasti, kerajaan perlu berusaha dengan lebih gigih untuk merealisasikan tiga perkara ini. Pertama, usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat pada tahap berpendapatan tinggi merupakan satu inisiatif yang mengutamakan rakyat. Jika rakyat mempunyai pendapatan per kapita cukup tinggi, maka rakyat tidak keberatan untuk membayar cukai dan subsidi yang ditarik.

Tetapi pendapatan sahaja tidak mencukupi jika perkara kedua, iaitu harga barangan berada pada tahap yang sentiasa meningkat. Ambil sahaja contoh mudah harga barangan sebelum harga minyak naik pada tahap tertinggi tahun lepas berbanding dengan masa sekarang. Ini bermaksud, harga minyak amat memainkan peranan penting dalam menentukan harga barangan dan akhirnya boleh memberi kesan kepada sumber kewangan rakyat. Maka, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan Akta Anti Mengaut Keuntungan Berlebihan merupakan satu lagi usaha yang bakal mengekang harga barangan daripada dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Akta ini diperkenalkan seiring dengan GST. Namun, apa yang rakyat inginkan sudah tentu dari segi penguatkuasaan akta ini dengan cekap dan berkesan apabila sampai masanya. Apa-apa pun dasar dan pengumuman mengenai cukai dan subsidi mestilah dilaksanakan secara lembut dan berperingkat-peringkat agar rakyat boleh menerimanya. Jika terlalu mengejut dan rakyat sendiri tidak diberi peluang untuk memberi maklum balas, rakyat pastinya berasakan tindakan itu tidak wajar dilaksanakan. Satu cara untuk mendapatkan maklum balas rakyat ialah seperti mengadakan Hari terbuka Pelan Transformasi Kerajaan untuk Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diadakan baru-baru ini. Satu usaha yang mengembalikan kuasa rakyat untuk memberi maklum balas terhadap sebarang cadangan dan tindakan kerajaan. Perkara ini perlu diteruskan secara konsisten. Perkara ketiga berkaitan dengan mata wang Malaysia. Bagi menjadikan Malaysia negara maju, mata wang kita juga sewajarnya kukuh dan bernilai tinggi berbanding mata wang negara lain. Ketiga-tiga perkara inilah yang sewajarnya diberi perhatian segera untuk memastikan taraf hidup rakyat berada pada tahap negara maju. Ketiga-tiga ini berkait langsung dengan kuasa beli rakyat. Jika kuasa beli rakyat Malaysia cukup tinggi, cukai dan subsidi tidaklah begitu menggusarkan kerajaan mahupun rakyat sebagaimana yang terjadi pada masa kini. Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia Sumber: Oleh: Rohami Shafie Berita disunting daripada sumber : Utusan Malaysia APAKAH EKONOMI MAKRO DAN EKONOMI MIKRO? Ekonomi merupakan satu istilah yang luas, meliputi berbagai-bagai unsur yang mempengaruhi situasi dan tingkat kesejahteraan individu, masyarakat, negara dan dunia keseluruhannya. Terdapat tiga bidang utama yang perlu difahami oleh kita tentang ekonomi iaitu ekonomi makro, ekonomi mikro dan ekonomi antarabangsa. Ekonomi makro berkaitan dengan tingkat keseluruhan kegiatan ekonomi negara termasuk kajian mengenai dasar ekonomi negara, inflasi dan

pengangguran. Ekonomi mikro pula membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kecekapan pengeluaran, agihan pendapatan dan keuntungan syarikat. Manakala ekonomi antarabangsa membicarakan perdagangan di antara sesebuah negara dengan negara-negara lain serta hal-hal berkaitan pembayaran dan kadar pertukaran mata wang asing. Sumber Maklumat: Kefahaman Ekonomi, Mustapha Mohamed SISTEM-SISTEM EKONOMI Sistem Kapitalis Sistem kapitalis merupakan satu sistem ekonomi yang wujud sejak kurun ke-19. Di antara ciri-ciri terpenting sistem ini ialah ia mengamalkan dasar pasaran bebas dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini, manusia bebas mentadbir dan menggunakan sumber-sumber yang ada tanpa banyak campur tangan daripada kerajaan. Kerajaan tidak mengawal sumber dan tidak juga menetapkan upah dan harga. Ini semua ditentukan oleh permintaan dan penawarnya. Di bawah sistem ini , individu dan pihak lain termasuk syarikat boleh memiliki harta, menjual dan memindahkannya dengan bebas. Namun begitu, untuk menjamin bahawa sistem ini berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang unsur penindasan dan penipuan di antara pihak pembekal dan pengguna, kerajaan dalam keadaan-keadaan tertentu boleh memainkan peranan dalam pasaran. Biasanya penglibatan ini terhad kepada pengenalan serta pelaksanaan peraturan dan undang-undang bagi menjamin kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan teratur. Amerika syarikat adalah di antara contoh negara yang mengamalkan sistem ini. Sistem Ekonomi Sosialis Sistem ini merupakan satu sistem yang mengenakan beberapa sekatan ke atas kuasa pasaran dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini, kerajaan mengawal dan memiliki sumber-sumber keperluan utama seperti bekalan elektrik, air, telekomunikasi, tenaga, industri-industri berat dan sumber-sumber pertanian. Manakala pihak swasta atau persendirian pula hanya di benar mengendalikan dan memiliki perniagaan-perniagaan kecil dan tidak penting. Dengan itu, kerajaan menguasai pasaran dan menjadi peserta utama yang menetapkan upah harga dalam pasaran. Negara-negara yang mengamalkan sistem ini adalah negara-negara Eropah Timur, Myanmar, Laos dan beberapa negara di Afrika. Sistem Ekonomi Komunis Sistem ini tidak mengiktiraf pemilikan harta persendirian dan mengetepikan langsung dasar pasaran bebas. Segala pentadbiran, pemindahan dan pengagihan sumber semuanya adalah diuruskan oleh kerajaan. Rakyat dan swasta tidak dibenarkan langsung menguasai sumber-sumber negara. Sebaliknya sumber-sumber negara diagihkan kepada rakyat mengikut kehendak kerajaan. Sistem ini telah diamalkan oleh bekas Kesatuan Soviet, Republik Rakyat China, Cuba dan sebahagian negara-negara Afrika. Sistem ini telah pun runtuh di beberapa buah negara asta kehendak rakyatnya sendiri. Sistem Ekonomi Campuran Sistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi hasil daripada campuran dia atara sistem kapitalis dan sistem sosialis. Melalui sistem ini, kerajaan dan pihak persendirian atau swasta bekerjasama untuk membentuk satu pasaran yang lebih adil. Dasar-dasar kerajaan digubal secara

menyeluruh dan merangkumi semua pihak termasuk pihak swasta atau persendirian. Kerajaan sebagai pentadbir walau bagaimanapun boleh campur tangan dalam pasaran serta urusan ekonomi dan kewangan apabila keadaan memerlukan. Hak milik kerajaan dan persendirian akan digembleng untuk kebaikan rakyat. Walaupun kerajaan menjadi pemilik kepada badan-badan utiliti tertentu tertentu namun pihak swasta atau persendirian juga dibenarkan terlibat dalam kegiatan-kegiatan perniagaan yang besar serta menjadi pemilik kepada industri-industri gergasi yang penting di negara ini bahkan berbagai-bagai insentif diberikan untuk menggerakkan kegiatan sektor swasta. Malaysia adalah di antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran. Ekonomi Islam Kegiatan ekonomi Islam merupakan satu kewajipan yang penting di dalam Islam. Tuntutan terhadap ekonomi di dalam Islam adalah penting kerana Islam satu cara hidup yang menyatupadukan kehendak-kehendak kebendaan dan rohaniah manusia. Asas-asas ekonomi Islam terkandung di dalam Al-Quran dan juga sunah Rasulullah s.a.w. Daripada sumber-sumber ini, ulamak-ulamak dan ahli-ahli ekonomi Islam telah mengupas beberapa prinsip sistem ekonomi Islam. Prinsip-prinsip utama dirumuskan seperti berikut: 1. Konsep Pemilik Di benar Dan Khalifah 2. Integrasi Antara Nilai-Nilai Akhlak Dan Kegiatan Ekonomi 3. Sikap Positif Terhadap Aktiviti Dan Pembangunan Ekonomi 4. Agihan Semula Kekayaan 5. Perkongsian Untung (Dan Rugi) Sumber Maklumat: Kefahaman Ekonomi, Mustapha Mohamed

Anda mungkin juga menyukai