Anda di halaman 1dari 16

KERTAS KERJA SUKAN DAN REKREASI

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO ALAUDIN 34400 SIMPANG EMPAT, SEMANGGOL PERAK.

KERTAS KERJA PROGRAM REKREASI LUAR TEMPAT : LAKETOWN RESORT,SEMANGGOL PERAK TARIKH: 15 18 OGOS 2009 ANJURAN : KELAB REKREASI SEKOLAH KEBANGSAAN DATO ALAUDIN
1.0 PENGENALAN

Program rekreasi adalah satu aktiviti terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang. Aktiviti rekreasi bertujuan untuk mendapat keseronokan, ketenangan minda dan memberi kepuasan diri. Aktiviti rekreasi juga membolehkan kita menikmati kehidupan di

luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pembabitan dalam aktiviti rekreasi juga dapat membina jati diri dan ketahanan mental disamping memupuksemangat setia kawan. Oleh itu, setiap pelajar itu wajib melibatkan diri mereka dalam sebarang aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka bagi menemuhi alam yang lebih mencabar pada masa akan datang. Akhir sekali,pengalaman yang bakal ditimba melalui aktiviti rekreasi ini juga diharapkan akan diaplikasikan oleh setiap pelajar pada masa yang akan datang. 2.0 RASIONAL Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan terhadap meningkatkan ciriciri kepimpinan dan disiplin dalam diri setiap pelajar. Ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta dalam aktiviti rekreasi yang bakal ditempuhi kelak. Pelbagai aktiviti rekreasi disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan serta jati diri dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi bagi menempuh segala cabaran dan rintangan yang bakal dilalui. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti rekreasi dan kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan aspek kerohanian agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia. 3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program sukan dan rekreasi.

3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan belajar untuk ikhtiar hidup serta mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi . 3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar. 3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan. 3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. 3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri dan memupuk perpaduan dikalangan murid yang berbilang kaum. 4.0 TARIKH DAN TEMPOH PROGRAM Tarikh : 15 - 18 Ogos 2009 ( SABTU SELASA ) Tempoh : 4 hari 3 malam Tempat : Kolam Bukit Merah Laketown Resort,Perak. 5.0 KUMPULAN SASARAN 8.1 Jumlah peserta : 40 orang ( pelajar Tahun 4, 5 dan 6 ) ( senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2 ) 8.2 Jumlah fasilitator: 5 orang guru pembimbing 6.0 AKTIVITI REKREASI

6.1 JUNGLE TRAKKING i. Pelajar akan di bawa mengelilingi kawasan hutan simpan di pulau orang utan. ii. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,pelajar akan menggunakan laluan yang telah disediakan.

iii. Pelajar akan melihat suasana yang damai di pulau orang utan sambil bermesra dengan haiwan yang diancam kepupusan itu,iaitu orang utan. 6.2 BERBASIKAL i. Para peserta akan berbasikal mengelilingi kawasan laketown resort.

ii. Kawasan berbasikal yang paling mencabar ialah menaiki bukit yang tinggi dan menuruni cerun bukit. iii. Para peserta akan menikmati pemandangan tasik Bukit Merah sepanjang berbasikal. iv. Sebanyak 45 buah basikal akan disediakan kepada semua peserta termasuk guru pembimbing untuk aktiviti berbasikal ini. 6.3 BERKAYAK i. Peserta akan berkayak di kawasan Tasik Bukit Merah. ii. Kawalan keselamatan telah terjamin dengan adanya pengawal yang bekerja di bahagian aktiviti air ini.

iii. Kayak yang akan digunakan adalah jenis double seat kerana ianya dapat mengeratkan lagi semangat berpasukan sesama peserta.

iv. Peserta akan berkayak sambil menikmati keindahan tasik Bukit Merah serta bermain dengan pelbagai jenis hidupan akuatik yang bermain di permukaan air. 6.4 BUMPER CAR i. Peserta akan berpeluang merasai keseronokan bermain dengan permainan bumper car.

ii. Aktiviti ini dapat merehatkan pemikiran peserta setelah bertungkus lumus menjalani aktiviti yang telah disediakan. iii. Peserta dapat mengenal dengan lebih erat lagi kerana setiap bumper car akan dipandu oleh 2 orang peserta.

iv. Ciri-ciri keselamatan juga terjamin kerana terdapat pengawal yang bertauliah yang menjaga bahagian ini. 6.5 MEMANCING i. Peserta akan memancing disekitar kawasan kolam Bukit Merah.

ii. Kolam ini mempunyai pelbagai spesies ikan air tawar yang sering ditemui di kawasan lain.

iii. Peserta juga akan membuat joran sendiri dan ini akan meningkatkan daya kreativiti serta menunjukkan pelajar mampu berdikari untuk menjayakan sesuatu perkara.

iv. Aktiviti ini akan dijalankan secara pertandingan dan peserta yang mendapat ikan yang paling berat akan diberi hadiah. v. Ikan yang ditangkap akan dimasak sendiri oleh pelajar dan akan dimakan bersamasama. 6.6 MALAM LEMBAYU KASIH i. Pelajar akan menunjukkan bakat yang terpendam dengan mengadakan persembahan. ii. Kesemua persembahan dalam bentuk kumpulan kerana dapat memupuk semangat berpasukan. iii. Selain itu, pelajar turut dapat berhibur bersama-sama pada malam terakhir.

iv. Pelajar akan diberi peluang untuk menyatakan pandangan terhadap semua aktiviti yang telah dilaksanakan semenjak hari pertama hingga ke malam terakhir. v. Selain itu, ianya juga memupuk sikap toleransi, muhibbah dan bertanggungjawab sesama pelajar. .

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 PENDAPATAN 7.1.1 Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap peserta untuk
program ini ialah sebanyak RM60.00 X 40 = RM2400 7.1.2 Kelab rekreasi Sekolah Kebangsaan Dato Alaudin juga telah memohon sumbangan daripada beberapa pihak untuk mendapatkan duit tambahan. i. Sumbangan daripada tabung PIBG Sekolah Kebangsaan Dato Alaudin sebanyak RM 500.00 ii. Sumbangan ikhlas Y.B En. Zaili B. Cha selaku ADUN kawasan Selinsing sebanyak RM 200.00 7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL 1 2 3 4 5

PERKARA Sewa Tapak Khemah Dewan Serbaguna+PA system Alatan Memasak BBQ dan makan malam Sewa pengangkutan

KUANTITI 45 unit RM 10 1 unit 40 orang RM5 45 orang RM4 45 orang RM 10

JUMLAH (RM) RM 450.00 RM 170.00 RM 200.00 RM 200.00 RM 450.00

Aktiviti:-

45 orang X RM 25

RM 1125.00

- Kayak - Memancing - Jungle trekking - Berbasikal - Bumper car 7 8 9 Bahan kering Hadiah,Sijil,Cenderamata Belanja hangus Jumlah 7.3 JUMLAH PENDAPATAN : RM 2400.00 + RM 500 + RM 200 = RM 3100.00 7.4 JUMLAH PERBELANJAAN : Jumlah keseluruhan =RM 3100 8.0 SENARAI JAWATANKUASA 8.1 JAWATANKUASA INDUK Penasihat : En. Nazaruddin B. Zulkarnain ( Guru Besar SKDA ) : Tn. Hj. Saleh B. Yaakob ( P.K. Kokurikulum SKDA ) Pengerusi : Abdul Hadi B. Khalid 40 orang X RM5 RM 200.00 RM 200.00 RM 100.00 RM 3100.00

N. Pengerusi : Noor Asiah Bt. Mohd Noor Setiausaha : Syafiq B. Zainal Bendahari : Mohd Nurul Sholihin B. Abdul Rani Ketua Fasilitator : En. Mohamad Fahruddin B. Mohd. Fazain Fasilitator : i. En. Jamal B. Hj. Ismail ii. Pn. Maimunah Bt. Samad iii. Cik Mona Adila Bt. Hj. Ahmad Talib iv. En. Hanip Suhaimi B. Abdul Mutalib 8.2 JAWATANKUASA KECIL Bil. AJK Kecil 1. AJK TEKNIKAL Bidang Tugas Penyediaan alatan yang digunakan untuk setiap 1. Pengerusi : Mohd ShahRizuan B. Omar aktiviti. 2. AJK : Lily Zuriana Bt. Zakaria Shahrizul Aman B. Asri aktiviti selesai. 2. AJK JAMUAN Memastikan bekalan makanan mencukupi. 1. Pengerusi : Ahmad Akmal B Kamis 2. AJK : NurHazimah Bt. Baki sepanjang program. Nurul Atikah Bt. Arbain Pengaturan proses makanan Menyediakan laporan selepas

3.

AJK KEROHANIAN & KEBUDAYAAN

Memastikan segala aktiviti kerohanian dijalankan.

1. Pengerusi : Saiful Habib B. Zainon 2. AJK : Mohd Nur Akmal B. Ismail

Menentukan aktiviti kebudayaan malam

Khairi Hafizi B. Khairuddin Umi Nurul Farahidayah Bt. Karim

penutupan. Memantau segala tingkah laku pelajar lain.

4.

AJK HADIAH & SAGUHATI

Menyediakan hadiah bagi setiap acara yang

1. Pengerusi : NorAtiqah Bt. Halilullah dipertandingkan. 2. AJK : Nurul Izzati Bt. Abdul Samad Razif Izuan B. Hashim 5. AJK KEBERSIHAN 1. Pengerusi : Mohd. Sufian B. Kamaruddin bersih. 2. AJK : Muhaimin Akmal B. Suhaimi Izzad Fahmi B. Derani Menjalankan aktiviti gotongroyong bersama-sama. Menyediakan tong sampah serta plastik sampah di kawasan perkhemahan. Menyelaras skim pemarkahan. Memastikan kawasan tapak perkhemahan sentiasa

Mohd Fadil B. Hashim

6.

AJK KESELAMATAN 1. Pengerusi : Ahmad Adli B. Samsuri 2. AJK : Syarifah Syakila Bt. Nordin

Menjaga keselamatan peserta sewaktu aktiviti dijalankan. Menyediakan peti pertolongan cemas sewaktu aktiviti.

Mohd Fauzi B. Jaafar 7. AJK MULTIMEDIA 1. Pengerusi : Mohd Zikri B. Salim alat pembesar suara. 2. AJK : Mohd Nazri B. Mohamad Ari Pratama B. Alias tidak hilang. 10.0PERATURAN PERKHEMAHAN. Semua adalah tertakluk kepada arahan yang ditetapkan di samping arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh penyelaras program. 10.1 PERATURAN PAKAIAN Lelaki Baju T berkolar lengan panjang atau pendek. Seluar panjang. Sarung kaki. Kasut sarung Memastikan alat-alat tersebut dalam keadaan selamat dan Membantu guru menyeliakan alatan seperti mikrofon dan

Perempuan

Baju T berkolar berlengan panjang Seluar panjang. Sarung kaki. Bertudung ( bagi yang beragama islam ). Semasa menjalankan aktiviti.

Seluar track. Baju T berkolar dan berlengan panjang. Kasut yang sesuai dengan aktiviti. Sarung kaki. Semasa penghayatan rohani/solat.

Pakaian yang bersesuaian ( menutup aurat )

10.2 PERATURAN KEBERSIHAN KAWASAN


Sekitar kawasan khemah hendaklah bersih sepanjang masa. Barangan di dalam khemah disusun dengan kemas dan teratur. Segala sisa makan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah dan bekas makanan hendaklah dibersihkan.

10.3 KAWASAN TANDAS


Kawasan tandas hendaklah sentiasa dijaga dengan bersih. Segala peralatan di dalam tandas hendaklah digunakan dengan betul.

Dilarang sama sekali membuang sampah ke dalam mangkuk tandas.

10.4 PERGERAKAN PESERTA

Pergerakan dari satu tempat ke tempat lain hendaklah dalam kumpulan. Ketua kumpulan bertanggungjawab untuk memberi arahan.

Peserta wajib mematuhi arahan dan bergerak secar teratur semasa aktiviti dijalankan.

10.5 KAWASAN LARANGAN

Peserta dilarang keluar dari kawasan aktiviti sepanjang tempoh program kecuali dengan kebenaran.

Kawasan perkhemahan wanita dalah kawasan larangan bagi peserta lelaki dan sebaliknya.

10.6 PERINGATAN

Peserta program tertakluk kepada semua peraturan dan arahan yang ditetapkan di atas.

Peraturan dan arahan yang lain yang difikirkan perlu akan dikeluarkan pada bilabila masa oleh pihak urusetia.

Sila patuhi peraturan di atas.

11.0PELAN TINDAKAN
TARIKH 19.5.2009 PERKARA Mesyuarat 1 TINDAKAN -Setiausaha CATATAN Semua peserta

26.5.2009

Mesyuarat 2 (penetapan tarikh)

-Setiausaha

AJK

Semua peserta 03.6.2009 Mesyuarat 3 (perancangan jenis aktiviti oleh AJK tertinggi) 10.6.2009 Mesyuarat 4 -Setiausaha Pembahagian tugas dan taklimat pertama. 17.6.2009 24.6.2009 16.7.2009 (semua peserta) Tempahan bas Lawatan ke lokasi Tempahan tapak perkhemahan 31.7.2009 Mesyuarat 5 -Setiausaha Membincangkan perancangan yang telah (semua AJK) dilaksanakan. 02.8.2009 Penyediaan dan pemeriksaan peralatan -AJK keselamatan Memastikan semua peralatan lengkap dan sempurna. 08.8.2009 Mesyuarat 6 (bersama guru pengiring) 13.8.2009 Penyediaan barang keperluan -AJK Peralatan 14.8.2009 Taklimat terakhir sebelum bertolak kepada -Setiausaha Semua peserta. -AJK makanan -Setiausaha Menunjukkan perancangan guru. -AJK pengangkutan -AJK pengangkutan -Setiausaha -Setiausaha Merancang aktiviti yang ingin dilaksanakan.

peserta 15.8.2009 18.8.2009 Bertolak ke Bukit Merah Laketown Resort. -AJK pengangkutan

12.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti program rekreasi ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian pelajar demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Disediakan oleh, ............................................. ( MOHAMAD FAHRUDDIN B. MOHD FAZAIN) Guru Penasihat, Kelab Sukan & Rekreasi, Sekolah Kebangsaan Dato Alaudin 34400 Semanggol,Perak. Disahkan oleh, ................................................. ( TN. HJ. SALEH B. YAAKOB ), GPK Ko-Kurikulum,

Sekolah Kebangsaan Dato Alaudin, 34400 Semanggol, Perak.

Anda mungkin juga menyukai