Pergerakan Asas
Pergerakan Asas
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. Menyatakan dan mencirikan kemahiran persepsi motor; Menamakan dan mendefinisikan kemahiran yang terdapat dalam persepsi motor; dan Merancang dan menyatakan aktiviti pendidikan jasmani dalam kemahiran persepsi motor.
3.
PENGENALAN
Pendidikan pergerakan asas - satu wacana yang menyumbang kearah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap sahsiah pelajar tentang keperluan sosial, emosi dan estatik. Tujuan pendidikan pergerakan di peringkat pra sekolah - membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Pergerakan kemahiran persepsi motor akan membantu pelajar berjalan, berlari, melompat dengan betul mengetahui cara duduk, berdiri dengan betul. Manipulasi alat - bantu pelajar menggunakan alat dengan cara betul dan membentuk kemahiran dalam sukan bila pelajar dewasa.
Merasa kehadiran dirinya dalam ruang Mengenalpasti arah kiri atau kanan dan depan atau belakang Memahami perkaitan bentuk atau corak dalam gerakan
Kemahiran persepsi motor berikut boleh diajar kepada pelajar pra sekolah:
Mengimbang Kesedaran badan Kesedaran ruang Kesedaran arah Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata
Mengimbang
Imbangan - kebolehan untuk seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti. Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang. Keseimbangan akan tercapai dengan maksimum sekiranya garis graviti, pusat graviti dan titik tengah sokongan berada dalam satu garis. Terdapat dua jenis imbangan iaitu:
Imbangan Statik- Kestabilan semasa pusat graviti berada setempat seperti dalam aktiviti dirian. Imbangan Dinamik Mengekalkan kestabilan diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas titi atau berlari.
Pelajar berjalan diatas bangku atau meniti diatas tali, berjalan menggunakan kaki tempurung, ketinting dan lain-lain.
Imbangan Statik Pelajar menggunakan tangan dan kaki, lutut, punggung dan sebelah kaki untuk mengimbang.
Imbangan statik menggunakan anggota tubuh seperti tangan, kaki, lutut, punggung dan lain-lain.
Aktiviti Kumpulan
Tolak patung
Ketintingan bertiga
Berdiri diatas papan imbang Penggabungan aktiviti mengimbang dengan permainan imaginasi boleh menarik minat pelajar. Kanakkanak boleh membayangkan dirinya sebagai ahli sarkas yang beraksi mengimbang badan dalam aktiviti persembahannya.
Laluan Imbangan
Guru boleh membina laluan imbangan dan pelajar diminta melalui laluan imbangan ini.
Contoh laluan imbangan Kesedaran Tubuh Badan Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri. Perkara yang penting tentang kesedaran ini ialah:
Bentuk dan saiz tubuh badan Bahagian-bahagian tubuh badan Keupayaan melakukan gerakan membongkok, melurus, memusing, mengilas dan mengerak badan Perasaan yang timbul dalam situasi yang berbeza
Pelbagai cara untuk mewujudkan kesedaran di kalangan kanak-kanak contohnya dengan arahan aktiviti atau soalan yang berkaitan pergerakan tubuh badan seperti kepala, tangan, kaki dan lain-lain bahagian tubuh badan.
Berjalan
Golek balak
Lompat bintang
Dirian bangau
Membongkok
KESEDARAN RUANG
Ruang - kawasan di mana kita hidup, ruang terdapat di sekeliling kita. Ruang membolehkan manusia dan objek lain bergerak kesana-sini. Ruang diri - ruang yang mengelilingi individu iaitu lingkungan kawasan yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am - kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Pelajar perlu diajar memenuhi ruang di persekitaran dengan pelbagai cara
KESEDARAN ARAH
Kesedaran arah - bolehkan pelajar dapat menyedari dan seterusnya memanipulasi arah di dalam ruang persekitaranya. Kesedaran luaran ini terbina daripada disebabkan kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala datar. Kesedaran hala datar - kesedaran wujudnya arah ke kiri dan kanan, atas bawah, hadapan belakang kiri kanan di sisi tubuh badan seseorang. Aktiviti kesedaran arah memerlukan kordinasi pelbagai arah pada bahagian tubuh atau anggota lain seperti tangan dan kaki digunakan dalam menolong mengembangkan kesedaran hala datar kanak-kanak. Umpamanya bergerak ke hadapan ke belakang, ke kiri ke kanan, ke atas ke bawah boleh membina kesedaran arah.
Kordinasi
Kordinasi - keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan badan. Kordinasi - penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan angota tubuh badan menggunakan pancaindera serta hubungannya dengan minda. Kordinasi - keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar. Kordinasi boleh di capai dengan menyediakan latihan yang sistematik. Jika seorang pelajar mempunyai kordinasi, mereka akan dapat menjalankan aktiviti seperti menangkap bola, menahan bola, menyangga bola, melakukan rejaman serta apa saja aktiviti sukan dengan baik dan tepat.
Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengawal dalam bola dengan baik dalam permainan bola sepak.
Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti memukul bola pada sasaran yang tepat dalam permainan skuasy.
Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti menghantar bola dengan tepat ke arah sasaran. Terdapat pelbagai aktiviti dalam pendidikan jasmani yang membantu pelajar membentuk kordinasi yang baik di kalangan pelajar semenjak di tadika lagi. Contohnya:
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. Menyatakan dan mencirikan gimnastik pendidikan; dan Mengkategori kemahiran dalam gimnastik pendidikan.
PENGENALAN
Gimnastik pendidikan - pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan - asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama.
Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh badan Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran kemahiran
Berjalan, berlari, merangkak, dan berjalan secara melutut. Gulingan, guling balak, menarik dan menolak. Lompat bintang, lompat dakap dan lompat layang. Membawa pundi kacang di atas kepala serta Menggolekkan bola kecil di atas belakang badan
Membentukkan tubuh badan Pergerakan mengikut situasi menjadi besar, kecil, panjang, seperti: pendek.
Membekukan tubuh badan. Berhenti bergerak apabila isyarat diberi.
bunga sedang kembang arnab tidur dalam lubang galah menjulang awan kain dilipat dua Galop Lompat kanggaru dalam arah zig-zag Lompat ke dalam gelung
pergerakan.
rotan
Menyusup palang
di
bawah
Ruang Diri
Ruang diri - ruang yang mengelilingi kita iaitu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.
Ruang Am
Ruang am - kawasan yang digunakan secara keseluruhan dalam melakukan pergerakan. Ruang digunakan untuk menimbulkan sesuatu mood atau perasaan. Sebagai contohnya, ruang ditolak seolah-olah mengasingkan badan dari ruang untuk menunjukkan perasaan tidak suka. Perasaan gembira dikemukakan bila tubuh digunakan untuk meneroka ruang iaitu dengan cara melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat sub-sub kemahiran yang perlu dikuasai di dalam tema kesedaran ruang seperti berikut:
Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang Membuat pergerakan menggunakan ruang diri Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras Bergerak menggunakan berbagai-bagai arah Bergerak menggunakan berbagai-bagai laluan
a. Bergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan Ruang
Pergerakan dalam sub kemahiran ini dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke satu tempat dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang kosong contohnya, kita boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari dan melompat. Selain daripada itu pergerakan juga boleh dilakukan dengan menggunakan alatan. Contoh pergerakan ialah pelajar berjalan dari satu sudut ke satu
sudut di dalam dewan dengan melantunkan bola. Di dalam hal ini, kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot. b. Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri
Pergerakan menggunakan ruang diri - melakukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan bahagian tubuh badan. Dalam erti kata lain pergerakan ini bergantung kepada sejauh mana anggota boleh digerakkan. Selagi pergerakan yang dilakukan tidak melibatkan perubahan tempat, maka pergerakan itu menggunakan ruang diri. Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan. c. Bergerak Menggunakan Berbagai-bagai Aras
Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras - pergerakan yang dibuat dengan menggunakan ruang diri dan ruang am. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Aras pergerakan ditentukan apabila satu pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang lain. Pergerakan menggunakan berbagai-bagai aras ini pula melibatkan komponen kecergasan terutamanya kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan. d. Bergerak Menggunakan Pelbagai Arah
Dalam bergerak menggunakan berbagai arah - satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut arah yang di gemarinya. Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak. e. Bergerak Menggunakan Pelbagai Laluan
Dalam bergerak menggunakan berbagai laluan - satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih. Contoh pergerakan ini ialah ulat menyusur.
4 KESEDARAN MASA
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat dan serta merta. Faktor ruang seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan akan mempengaruhi Kelajuan sesuatu pergerakan. Bergerak untuk Menghasilkan Kelajuan Berbeza Aktiviti yang dilakukan ialah bergerak dengan pelbagai kelajuan contohnya cepat, lambat dan serta merta. Bergerak untuk Menghasilkan Kelajuan Berbeza
Bergerak dengan Memilih Kelajuan yang Sesuai Pelaku boleh memilih kelajuan pergerakan untuk disesuaikan dengan situasi ruang, alat, dan kemampuan murid. Konsep yang diutarakan ialah perbezaan pergerakan dan kelajuan yang sesuai dengan kemahiran atau alatan yang digunakan. Bergerak untuk menghasilkan kelajuan yang berbeza. Contoh aktiviti:
Bergerak dengan Mengawal Kelajuan (Serta-merta) Pelaku akan bergerak dengan pelbagai kelajuan yang terkawal sama ada secara pantas (serta-merta) atau secara lambat mengikut arahan atau keperluan gerakan. Contoh aktiviti:
Melompat
Mendarat
Berguling ke hadapan
Pelaku dikehendaki meneroka pelbagai pergerakan mengikut kelajuan dan tempo yang sesuai.
Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Mengawal Kelajuan Pelakunya melakukan pergerakan serta merta dan kawalan lambat.
Merangkai Pergerakan dengan Menggunakan Dua atau Lebih Aspek Pelakunya perlu meneroka pelbagai pergerakan mengikut kelajuan dan tempo yang sesuai. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan:
Berlari
Berdiri sambil membengkokkan sebelah lutut dengan mendepakan kedua-dua belah tangan ke atas.
Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan di atas lantai sambil sebelah kaki diangkat keatas dan sebelah lagi memijak lantai.
Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan sambil mengangkangkan kedua-dua belah kaki di udara
Kedua-dua belah tangan mendekam kelantai dengan sebelah kaki lurus dan sebelah lagi dibengkokkan di atas lantai
Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.
Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan di antara Satu Bahagian Tubuh Badan dengan yang Lain Pelaku akan menggerakkan bahagian tubuh badan yang akan menukar bentuk kepada pergerakan badan yang lain. Faktor imbangan akan membantu pertukaran pergerakan.
Berdiri atas sebelah kaki dengan sebelah kaki lagi diangkat ke belakang lurus selari dengan permukaan lantai dengan tangan lurus ke hadapan.
Berdiri atas sebelah kaki dengan tangan didepangkan dan sebelah kaki diangkat ke hadapan selari dengan permukaan lantai.
Sebelah tangan dan sebelah kaki yang dibengkokkan menyokong badan di lantai sambil tangan dan kaki sebelah lagi lurus ke atas.
Kedua belah tangan mendekam ke lantai, sebelah lutut dan hujung jari kaki jejak ke lantai, badan dilentikkan sambil sebelah kaki lagi lurus ke atas.
Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alatan Pelakunya bergerak dengan pelbagai cara bergantung kepada jenis alatan seperti melompat dan lain-lain.
Melompat melepasi alatan dengan kedua-dua belah tangan diangkat ke atas. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki yang dibengkokkan dan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan.
Mengerakkan Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alatan Pelakuan yang dilakukan dalam kemahiran ini ialah menggerakkan bahagian tubuh badan semasa dialatan. Pergerakan dilakukan sama ada di atas, di bawah atau sebagai halangan.
Bergerak perlahan menyusur di atas peti lombol dengan melembutkan anggota badan.
Menyokong kepala dengan kedua belah tangan dan menolak badan serta kaki untuk membuat gulingan ke hadapan di atas bangku gimnastik.
Menyokong Badan di atas Satu Tapak Sambil Mengerakkan Bahagian Badan yang Lain untuk Mendapatkan Kestabilan Pelakunya diatas bahagian tubuh badan yang stabil contohnya tapak kaki, tangan, lutut, punggung dan lain-lain.
Buat dirian tangan sambil mendepankan kedua belah kaki ke udara
Mengalihkan Beban dari Pergerakan yang Stabil ke Pergerakan Baru dengan Mengunakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Mendahului Pergerakan Pelaku akan bergerak, mengalih atau menukar dari keseimbangan asal ke tapak yang lain contohnya dari sokongan tangan ke kaki. Pelaku mesti tahu bahagian tubuh badan yang sesuai untuk memulakan gerakan.
Berdiri dengan tangan lurus ke hadapan dan lutut dibengkokkan. Jatuhkan bahagian pinggul dan belakang.
Sokong dan tolak badan dengan kedua-dua belah tangan apabila tiba di bahagian tengkuk. Gulingkan badan ke belakang.
Kembali ke posisi berdekam dengan dengan kedua-dua belah kaki diturunkan perlahan-lahan.
Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi
Mencipta Tubuh Badan Setelah Menentukan Kedudukan Bahagian Tubuh Badan Dalam kemahiran mencipta tubuh badan setelah menentukan kedudukan bahagian tubuh badan, pelaku perlu bergerak untuk mencipta bentuk badan yang dikehendaki.
Bengkokkan lutut dan merengkukkan badan
Tolak lutut dan punggung ke depan diikuti dengan pergerakan dada ke depan serta kepala ke belakang
Gerakkan tangan ke belakang dan terus ke atas
Akhiri pergerakan atas bebola kaki dan tangan diangkat lurus ke atas