Anda di halaman 1dari 13

ajuk 1: Isu-Isu Profesion dan Profesional

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

Profesion Pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan oleh orang yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Contoh: keguruan, peguaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan perniagaan. Ciri-ciri Profesion Konsep Perguruan Dan Keguruan Perguruan = pengajaran kepada guru pelatih, murid dan sebagainya. Keguruan = perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru . Konsep Profesion Perguruan Dan Keguruan Profesion perguruan = pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan = satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat. Keguruan sebagai satu profesion Pekerjaan penting Bersifat autonomi Memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan Mengutamakan perkhidmatan Keguruan Bukan Satu Profesion Kelayakan akademik dan latihan yang berbeza Kuasa Kesatuan Keseragaman ahli Kesatuan Kuasa Autonomi Bidang ikhtisas yang lain Konsep Profesional dan Bukan Profesional- Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan. Perguruan,

menurut Kamus Dewan (1989), adalah diertikan sebagai PENGAJARAN, misalnya perguruan kepada gurupelatih, murid dan sebagainya. Manakala, perkataan keguruan boleh diertikan sebagai PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Maka, profesion perguruan: pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan: pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Keguruan dalam konsep profesional. mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Keguruan. mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah. menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya. Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan negara. guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan. Keguruan dalam konsep bukan profesional. pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang yang tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang keguruan pun boleh digelar sebagai guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang tidak semestinya peroleh ilmu pengetahuan daripada buku sahaja, tetapi juga daripada televisyen, majalah, buku-buku dan sebagainya. Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan. autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir sekolah. kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di

sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya. bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza. Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA. justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing. Kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion. tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion. setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam TATASUSILA PROFESION KEGURUAN seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut: tanggungjawab terhadap pelajar; tanggungjawab terhadap ibu bapa; tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan Etika Suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.

Kod Etika Memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion. Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion. (a) Tanggungjawab terhadap Pelajar Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar Bersikap adil terhadap setiap pelajar Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik Membimbing atau mengajar seseorang pelajar (b) Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. (c) Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara

(d) Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Kegurua n Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. Akauntabiliti Guru akauntabiliti = bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Konsep akauntabiliti satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti keguruan tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Kebaikan Akauntabiliti Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah Pelajar akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar Penekanan pada pencapaian memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru. Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang berlaku di sekolah Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif muridmurid. Bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam pekerjaannya Kaedah mengajar yang terkini dan canggih Perhubungan sosial yang baik . Kawalan disiplin yang berkesan

Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Membina satu program perkembangan ko- kurikulum yang dinamik Pembimbing kepada muridmurid untuk memotivasikan murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat setempat Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan memelihara penampilan diri Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang mengawal emosi ketika mengajar Akauntabiliti Guru terhadap Murid Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa. Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran Akauntabiliti Guru terhadap Profesion Menjadi ahli kesatuan guru elak membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam media tempatan elakkan daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan pengganas , dan politik Selalu bersedia membantu rakan sejawat elakkan daripada terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau merbahaya Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti Tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara Bersopansantun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial Mengambil bahagian secara cergas dalam

kegiatan-kegiatan masyarakat Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat _____________________________________________ ________ Sambungan: PROFESION GURU SEBAGAI KEPIMPINAN SEKOLAH DAN KOMUNITI Pekerjaan yang dilakukan oleh individu berdasarkan ilmu PROFESION pengetahuan dan kemahiran yang dipunyainya. Perkara yang berkaitan dengan Pengajaran guru(kamus dewan 1989) KONSEP (peranan, tugas dan kelayakan) PERGURUAN KEGURUAN CIRI CIRI PROFESIONMempunyai latihan khas Mempunyai kawalan kemasukan Mempunyai kebebasan untuk mengamal Mempunyai autonomi untuk membuat keputusan Terdapat kod etika profesion CIRI CIRI PROFESIONALMerupakan organisasi profesional di mana terdapat badan yang mengawal ahli-ahlinya Keadaan perkhidmatan yang ditetapkan Diiktiraf oleh awam sebagai profesion Seringkali dikaitkan dengan ganjaran material ADAKAH GURU MERUPAKAN SUATU PEKERJAAN YANG PROFESIONAL - YA ATAU TIDAK?

Mempunyai kepakaran bidang yang khusus Mempunyai latihan khas. Mempunyai organisasi sistem perkhidmatan yang ditetapkan Mempunyai autonomi dalam bilik darjah Mempunyai kod etika keguruan. Mempunyai sifat-sifat dan kualiti-kualiti peribadi,sosial dan profesional. Mempunyai akauntabiliti Autonomi membuat keputusan di luar bilik darjah Kelayakan akademik dan latihan yang berbeza Keseragaman ahli Kesatuan Kuasa Kesatuan Bidang ikhtisas yang lain

MENGAPA TERDAPAT PERBEZAAN PENDAPAT ? Tabiat membandingkan profesion ini berlaku dalam kerjaya guru di negara maju dengan kerjaya seperti Amerika Syarikat. Didapati bahawa guru gagal memenuhi beberapa kriteria profesion ygsetara dgn profesion lain Tozer dan rakan-rakan (1998) Menyenaraikan tiga kekurangan profesion guru dibandingkan dengan kerjaya profesional lain :: Kualiti dan latar belakang kelayakan akademik calon bakal guru yang selalu dikatakan lebih rendah berbanding profesion lain. Kualiti program latihan pendidikan guru yang tidak seketat program profesion lainDisebabkan kualiti kelayakan akademik dan kualiti program latihan yang kurang maka kualiti hasilan guru juga tidak cekap. Amir Hasan Dawi (2009) Melihat profesion guru dalam konteks dan ciri- cirinya yang tersendiri

Perbandingan hanya perlu dibuat dengan tujuan untuk memperbaiki kekurangan yang ada dalam sesuatu profesion KOD ETIKA - Suatu sistem yang menjelaskan tindakan-tindakan berkaitan dengan betul yang perlu dasar akhlak dan diikuti dan tindakan- tingkah laku bagi tindakan salah yang sesuatu kumpulan perlu dihindari oleh manusia atau individu-individu organisasi dalam sesuatu profesion. Meliputi aspek- aspek moral yang baik dan yang buruk. Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral dan memberi garis sesuatu panduan kepada profesion ahli-ahli berkenaan TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar Bersikap adil terhadap setiap pelajar Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik Membimbing atau mengajar seseorang pelajar TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu

bapa pelajar Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat Menghormati masyarakat tempat berkhidmat Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKANSEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat Mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan diri sebagai guru

Pembangunan Profesional
(Latihan Dalam Perkhidmatan) Pengenalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), KPM 2006 2010 telah menyarankan aspek kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru diberi fokus bagi memastikan guru yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan Negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Latihan Dalam Perkhidmatan bertujuan mempertingkatkan kompetensi Pegawai Perkhidmatan (PPP) sejajar dengan Dasar Sumber Manusia Sektor Awam 2005 yang di nyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005: Setiap Ketua Setiausaha Kementerian/ Ketua Jabatan hendaklah memastikan anggota masing masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun. Untuk mempertingkatkan profesionalisme keguruan beberapa pendekatan telah diambil oleh KPM dengan memperkenalkann konsep latihan dalam perkhidmatan berasaskan sekolah bagi mendukung konsep lets manager manage. Pelaksanaan latihan secara on-site dan school based telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah guru meninggal kelas. Tujuan LDP School-Based Mendedahkan Kepada Inovasi Terkini Meningkatkan Profesionalisme Keguruan Meningkatkan Pengetahuan Dan Kemahiran Mewujudkan Sistem Nilai Dan Amalan Yang Mantap Memartabatkan Profesion Perguruan

Bidang Latihan A. Pengetahuan Profesional (60%) B. Kemahiran Profesional (20%) C. Nilai dan Amalan Profesional Keguruan (20%)

Aktiviti Yang Diambil Kira Kursus Bengkel Taklimat Profesional Seminar Input In-House

Hari Profesional

Definisi Book Review Book Review berasal dari bahasa Latin revidere atau recensere yang bermaksud melihat kembali, menimbang atau menilai. Tiga istilah itu menjurus kepada maksud yang sama iaitu pengulasan buku. Dalam ertikata lain, ulasan buku atau book review ialah memberi huraian ringkas mengenai isi buku serta penilaian tentang kekuatan dan kelemahan isi buku kepada masyarakat umum . Aktiviti yang terlibat semasa mengulas buku ialah: Mengungkap kembali isi buku Membahas isi kandungan buku Menganalisa buku secara kritis Memberikan penilaian terhadap maklumat yang terdapat di dalam buku Mengulas implikasi dan kegunaan maklumat.

OBJEKTIF Objektif pelaksanaan kaedah latihan secara pembacaan buku bagi menggantikan kursus LDP secara school based di sekolah adalah untuk: Menyemaikan budaya membaca di kalangan guru Berkongsi ilmu dan pengetahuan untuk diaplikasikan dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Meningkatkan profesionalisme keguruan Mendedahkan guru-guru kepada inovasi terkini dalam bidang pendidikan Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan Mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesionalisme keguruan dalam kalangan warga pendidik Memartabatkan profesion keguruan

KOMPONEN BACAAN Buku-buku yang dibaca hendaklah berfokus kepada 3 bidang iaitu: 1. Pengetahuan Profesionalisme ( 60% ) Ilmu Pengetahuan Pendidikan dan Mata Pelajaran Kandungan dan Kaedah Pedagogi Pengurusan Kurikulum

Kreativiti dan Inovasi Pedagogi

2. Kemahiran Profesionalisme ( 20% ) Kejurulatihan Penulisan ilmiah Kajian Dan Penyelidikan Ilmiah Kepimpinan Pengurusan Kewangan Pengurusan Strategik

3. Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan ( 20% ) Nilai Dan Etika Komunikasi Berkesan Soft Skills

Guru dikehendaki membaca buku-buku dari Bidang Pengetahuan Profesionlisme, Bidang Kemahiran Profesionalisme dan Bidang Nilai Dan Amalan Profesionalisme Keguruan mengikut kesesuaian seperti yang diunjurkan di atas. Setiap buku ilmiah tersebut mestilah mengandungi sekurangkurangnya 50 halaman.