Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab. Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar. Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran di kalangan pelajar.
ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB GURU

Etika Profesion Perguruan


1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. 2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. 4. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. 5. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya. 6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan. 7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat. 8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. 9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan muridmuridnya dan memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani. 10. Dia harus menghormati hak titp-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. 11. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. 12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara. 13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna. 14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar. 15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-murid. 16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.

17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. 18. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-muridnya. 19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa muridmurid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya. 20. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. 21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan). 22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

[size=7]NOTA 1: PROFESIONALISME PERGURUAN[/size] Susunan: Amiene Rev Pengenalan: Definisi Profesion: Pekerjaan yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran tertentu. Profesional: Seseorang yang pakar dalam bidang tertentu, sentiasa mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya, serta memberi perkhidmatan yang berkualiti. Profesionalisme: Satu set ciri; pengetahuan, kepakaran, sikap, dan nilai dalam sesuatu profesion.

Menurut Lieberman (Sufean Hussein, 1996): Ciri-ciri profesion itu ialah: (1) Menyediakan perkhidmatan yang unik dan penting, serta mempunyai matlamat (1.)yang jelas untuk masyarakat dan negara. (2) Semasa menjalankan tugas, banyak keupayaan dan kebolehan intelek digunakan.

Parkay (1990): Ahli profesional mempraktikkan pekerjaan mereka dengan darjah autonomi (kuasa membuat keputusan) yang tinggi. Profesionalisme dilihat dari segi mengutamakan mutu perkhidmatan, dedikasi terhadap pekerjaan, dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran. (INTAN, 1995). Seseorang profesional hendaklah menjadi ahli kepada

sesuatu organisasi yang berkuasa menentukan nilai tara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan, dan penyingkiran ahlinya. Ahli sesuatu profesion hendaklah mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion yang terlibat.

Seseorang yang dikatakan profesional hendaklah sedar bahawa tanggungjawab ialah amanah Allah yang wajib dilaksanakan dan akan dipersoalkan nanti di alam akhirat. (Abdul Halim, 1996).
http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Wed Nov 23, 2005 11:46 pmPost #2

Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,790 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

CIRI-CIRI PROFESION (UMUM) Pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Matlamat yang jelas Mengutamakan mutu perkhidmatan. Perkhidmatan yang unik dan penting. Autonomi dalam menjalankan tugas. Kod Etika. Ahli pertubuhan.

CIRI-CIRI PROFESION PERGURUAN Latihan dan pendidikan guru Falsafah Pendidikan Negara Utamakan Perkhidmatan Pedagogi dan psikologi Kurikulum Pendidikan Guru Autonomi dalam pengajaran Kod Etika Perguruan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 1. Latihan dan pendidikan guru Individu yang berhajat untuk menjadi guru mesti melalui latihan dan pendidikan guru yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan dan Badan Berkanun di maktab perguruan dan universiti tempatan atau luar negara (institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia).

2.

Matlamat yang jelas Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang dapat mendidik pelajar dari segi akademik dan juga sifat toleransi, serta tolong-menolong untuk mewujudkan

integrasi nasional di kalangan pelajar. 3. Utamakan perkhidmatan Tanggungjawab guru sebagai agen perubahan yang membawa perubahan baru bagi ahli masyarakat, memberi perkhidmatan berkualiti dan cemerlang tanpa terlalu memikirkan untung rugi yang bersifat peribadi. Pedagogi dan psikologi Matapelajaran pedagogi, psikologi pendidikan, bimbingan dan kaunseling, penilaian serta kokurikulum merupakan mata pelajaran asas yang menjadi teras pendidikan guru. Autonomi dalam pengajaran Dalam konteks pengajaran di bilik darjah, guru mempunyai autonomi untuk menentukan pemilihan bahan pengajaran, menentukan jenis penilaian, kandungan pelajaran yang hendak diajar, dan kaedah pengajaran yang akan diaplikasikannya

4.

5.

6.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Lantikan guru dibuat akan disahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Wed Nov 23, 2005 11:48 pmPost #3

Elemen-Elemen Yang Menjejaskan Profesiolisme Perguruan


Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,790 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Elemen elemen berikut telah menjejaskan profesionalisme perguruan (Mohd Salleh, 2000; Sufean Hussin, 1996): 1. Pelbagai skim dan kemahiran di kalangan guru. Terdapat banyak peringkat kelayakan untuk profesion guru; sijil perguruan, siswazah, bukan siswazah dan guru sandaran tidak terlatih.

2.

Ramai guru masih belum menganggotai Kesatuan Guru. Ini memberi gambaran keseluruhan bahawa profesionalisme perguruan masih kurang mantap. Perkhidmatan pendidikan sukar diukur kerana hasil proses pengajaran adalah lambat berbanding profesion lain. Dalam konteks pendidikan Malaysia, selepas peperiksaan PMR ataupun SPM, barulah dapat dilihat hasilnya. Peranan guru dalam kejayaan pelajar kurang jelas kerana wujudnya faktor-faktor lain yang turut memainkan peranan seperti kecerdasan pelajar, penglibatan ibu bapa, kelas tambahan atau tuisyen.

3.

4.

5.

Tugas guru banyak dan pelbagai, ini memaksa para guru menumpukan perhatian, masa dan tenaga kepada pelbagai jenis komitmen yang boleh menjejaskan pengajaran serta peningkatan profesionalisme. Autonomi guru dalam menjalankan tugas agak terbatas. Guru boleh memilih isi pelajaran yang diajar cuma berlandaskan kurikulum dan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Ramai guru tidak berpeluang mengikuti program dan kursus perkembangan staf. Program ini boleh meningkatkan profesionalisme guru. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi juga terhad.

6.

7.

8.

Profesion perguruan dianggap suatu tugas yang murni oleh masyarakat. Apabila berlaku peristiwa atau kejadian yang tidak diingini, perkara ini boleh menjejaskan peribadi guru dan juga imej profesionalisme perguruan.

http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Wed Nov 23, 2005 11:50 pmPost #4

Memupuk Profesionalisme Perguruan


Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,790 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

1.

Upacara kemasukan guru pelatih kod pemakaian, hari sambutan terhadap guru pelatih boleh meningkatkan kesedaran mereka terhadap profesion.

2. 3.

Penyelidikan dalam pendidikan. Pertubuhan guru mesra ahli, mengadakan banyak aktiviti seperti forum, seminar, konvensyen dan penyelidikan. Bimbingan pengurusan atasan pendidik guru atau pengetua wajar adalah mental model. Mereka harus menampilkan perkara yang baik dan berkualiti agar dapat dicontohi oleh guru permulaan dan guru pelatih. Teladan yang baik kualiti kerja, penyelesaian masalah yang sistematik, komitmen, dedikasi dan ikhlas.

4.

5.

6.

Seminar dan kursus dalam pendidikan memperbanyakkan ilmu yang berhubung rapat dengan pendidikan seperti sosiologi, kepimpinan dan isu semasa.

http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Thu Nov 24, 2005 12:02 amPost #5

[size=7]KM: Pendidikan paling utama[/size] Sumber: Utusan Sarawak (8 Januari 2004)


Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,790 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

LAWAS - Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud hari ini menggariskan tiga faktor penting untuk mengubahkan taraf kehidupan masyarakat Islam dan memperjuang kehidupan yang lebih sempurna. Katanya, tiga faktor penting itu akan membolehkan masyarakat dan negeri ini mencapai Realiti Baru. Faktor-faktor berkenaan ialah akhlak yang baik, disiplin yang tinggi dan pendidikan yang sempurna. "Saya tidak kaya kerana memiliki harta bapa saya, tetapi kerana beliau membesarkan saya serta memberi pendidikan yang tinggi dan kelakuan yang baik untuk membolehkan saya mencapai kedudukan sekarang," katanya. Katanya, masyarakat harus mempunyai perjuangan yang kental dan tanggungjawab untuk memberi didikan yang lebih tinggi kepada anak-anak mereka untuk menjaminkan masa depan yang lebih baik. Sehubungan itu, beliau menyeru ibu-bapa supaya memberi keutamaan kepada kepentingan pelajaran dalam kehidupan selain daripada mengejar kekayaan serta memiliki rumah dan keluarga yang bahagia. Katanya, ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka diberi sokongan moal serta bantuan kewangan melalui pendidikan. Ketua Menteri Taib menambah kata bahawa Sarawak kini sudah mencapai tahap yang boleh dibanggai dalam pelbagai bidang dan kepakaran. Kita seharusnya bangga selepas mencapai kemerdekaan di mana rakyat kita juga telah menerima perubahan dengan pembangunan yang pesat yang dilaksanakan oleh kerajaan, katanya. "Bila saya balik ke Sarawak hasil pendapatan per kapita rakyat Sarawak ialah RM400 setahun dan sekarang ia telah meningkat kepada RM11,000 per kapita," katanya pada perhimpunan yang diadakan di Masjid Jalan Punang di sini, Rabu lalu. Beliau berkata, dahulu rakyat memikirkan untuk memiliki sebuah rumah yang cantik atau mempunyai sebuah kereta yang besar, tetapi sekarang keadaan sudah berubah dan bukan kekayaan yang menjamin masa depan yang sempurna. Tegasnya, sekiranya generasi sekarang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi lagi sempurna, harta pusaka tidak akan menjamin kehidupan mereka untuk menghadapi alaf baru. Beliau juga menyeru kepada rakyat di negeri ini supaya mengamalkan cara hidup baru dan mempertingkat kehidupan ke tahap yang lebih baik melalui politik yang stabil dan perpaduan kaum. "Dengan itu, rakyat harus menerima perubahan, kalau dulu konsep pemikiran lain, seperti ada orang tidak mahu bekerjasama mencari untung untuk diri sendiri dan bagi mereka yang bertugas, tidak mahu berpindah dan semua ini kita telah alami.

"Kita mesti mempunyai kepercayaan yang penuh dan berusaha habis-habisan untuk membina keluarga yang cukup bahagia dan memberi pendidikan yang secukup-cukupnya untuk merealisasikan realti baru," kataya lagi. Ketua Menteri berkata, Sarawak kini mampu melaksanakan rancangan-rancangan yang telah dirancangkan oleh kerajaan. Beliau juga menasihatkan masyarakat Islam supaya mengerat dan menguatkan iman dan kepercayaan serta hubungan yang baik, bukan sahaja di kalangan mereka bahkan dengan masyarakat-masyarakat lain. Terdahulu, Datuk Patinggi Taib menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Menteri Muda Perancangan dan Pembangunan Sumber Datuk Awang Tenaga Ali Hassan. Turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Makan, Datuk Adenan Satem.
http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Thu Nov 24, 2005 12:03 amPost #6

[size=7]FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN[/size]


Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,790 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

[size=5]Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.[/size]

Prfofesionalime Guru Dalam pengajaran & Pembelajaran


SUMBER-SUMBER PENDIDIKAN ISLAM GGGC 6423 Tajuk : Profesionalisme Guru Dalam P&P

Pensyarah Dr. Mohd Aderi Che Noh

Disediakan oleh : Engkizar Bin Martias (P 51186)

Fakulti Pendidikan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 Pengenalan As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldnt be teaching because education is a constant process of change. Every single time you teach something to someone, it is ingested, something is done with it, and new human being emerges. Leo Buscaglia dalam Boon Pong Ying (2009) Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka. Guru boleh diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Namun, sebagai guru, kita harus peka terhadap perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid Fahmy Zarkasyi 1990)

Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka. Justeru, guru harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing. Profesionalisme diri merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ia suatu proses di mana guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran; mereka menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan, kemahiran serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran (Day,1999). Guru adalah penggerak dalam sistem pendidikan di negara kita. Tanpa bantuan guru segala

perancangan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia akan terbengkalai begitu saja. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Sufean Hussin (2005 dalam Mohammed Sani 2007) guru merupakan pelaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Dengan kata lain, guru memainkan peranan utama untuk menyalurkan ilmu dan kemahiran mereka dalam pendidikan formal yang mana guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat (Mohammed Sani 2007). Sebagaimana yang diketahui, peranan guru masa kini semakin mencabar. Maka guru perlu sentiasa menjunjung etika perguruan dan menjadi model akhlak yang baik kepada anak didiknya. Menurut Jamiah et al.(2007),dalam konteks pendidikan bersepadu, guru harus mempunyai daya jihad yang mantap untuk menangani cabaran di dalam organisasi sekolah khususnya. Guru yang boleh digelar sebagai muaalim yang berkepakaran dalam bidangnya, mudarris yang gigih mengajar, muadib yang mengamalkan adab dan nilai murni, murrabi yang sentiasa menyeru kepada kehidupan bertuhan, murshid yang menampakkan daya kepimpinan yang menyeluruh dan sebagai seorang yang sentiasa menunjukkan teladan yang baik dari segi tingkah laku dan perbuatan (khudwah hasanah). Dari beberapa pendapat dan definisi di tas tegasnya dapat disimpulkan bahawa guru merupakan tonggak asas dalam menjalankan sebuah pendidikan, mereka bukan hanya sekedar alat pendidikan akan tetapi juga sebagai pemangkin murid dalam merubah tingkah laku serta pemberi keahlian bagi murid dalam mempersiapkan kehidupannya. Semua kualiti ini perlu ada di kalangan pendukung utama dalam organisasi sekolah iaitu para guru sendiri. kualiti ini amat penting untuk membantu dalam membina daya pemikiran yang analitik, kritikal dan kreatif bagi membentuk pelajar yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan. Oleh itu, untuk mencapai hasrat ini maka guru perlu kompeten dengan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka sepertimana kata Sufean Hussin (1996), Guru pada ketika yang sama adalah pelajar. Ia perlu sentiasa belajar untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya bagi menjadi pendidik yang profesional, cekap, berkesan dan humanistik. 2.0 Konsep P&P Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. pembinaan potensi insan dalam semua aspek-rohani, kognitif, afektif dan fizikal dalam bentuk yang menyeluruh dan bersepadu. Berdasarkan Perspektif Persepadu Sejagat, matlamat asas pendidikan baik di peringkat sekolah rendah atau di peringkat sekolah rnenengah adalah untuk memanusiakan manusia dan pemperadabkan manusia (Nik Azis Nik Pa, 1997). Maka, apakah yang perlu dilakukan dalam membuat perancangan tersebut? Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambilkira, namun pada pandangan penulis, perkara utama dan paling asas dalam proses ini ialah perancangan itu perlu diasaskan pada konsep pengajaran dan pembelajaran yang mantap serta seiring dengan cita-cita negara. Pembinaan sebuah reka bentuk pengajaran pun berasaskan pada konsep pembelajaran tertentu. Ini kerana konsep yang kukuh akan menjadi landasan kepada sebarang tindakan yang diambil. Manakala konsep yang kabur akan membuahkan tindakan yang tidak keruan.

Terdapat banyak definisi mengenai metod P&P. Gage dan Berliner (1991) mendefinisikan pembelajaran sebagai proses yang membawa kepada perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman. Ini termasuk perubahan penguasaan maklumat, fakta, konsep, prinsip, sikap, amalan, kemahiran berfikir, kemahiran melakukan kerja, perubahan tabiat, dan tingkah laku. Bagi Hamachek (1995) pembelajaran adalah proses yang melibatkan perubahan tingkah laku melalui pengalaman dan latihan. Dengan kata yang lain, pembelajaranbukan sahaja dirujuk sebagai hasi lyang diperhatikan tetapi juga kepada sikap, perasaan, dan proses intelektual yang jelas. Hill (1971) mengatakan ahli-ahli psikologi telah membahagikan pembelajaran kepada dua bentuk iaitu: 1) Penjelasan (declarative); dan 2) Pengkaedahan (procedural). Pembelajaran-penjelasan melibatkan penghafalan dan penyimpanan maklumat sementara pembelajaran-pengkaedahan melibatkan proses penyusunan semula dan membentuk satu pola berkaitan dengan sesuatu aktiviti. Bagi Nicholls (2002) pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan. Daripada pelbagai definisi di atas menunjukkan bahawa secara umunmya, pembelajaran adalah berhubung dengan bagaimana kita melihat dan memahami dunia, mengenai atau bagaimana kita making meaning (membuat membuat maksud, makna, pengertian) (Marton & Booth, 1997 dlm, Fry, Ketteridge, & Marshall, 2003). Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pengajaran & pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal pasti empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan, iaitu pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi (reproduction), dan penangguhan (re inforcement) motivasi (motivion). Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara yang berikut: Penyampaian harus cekap dan menarik Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat Hasilan guru atau contohcontoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih dan

mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah. Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran 3.0 KONSEP STANDARD KOMPETENSI GURU Menutut Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya sempena Hari Pekerja (2002), setiap pekerja hendaklah memiliki kemahiran, kebolehan, kecenderungan untuk berdaya saing serta keperibadian yang luhur dan bersedia menghadapi persekitaran kerja dunia tanpa sempadan yang semakin mencabar (Rohana & Mohd Tahir & Mariani 2005). Ini juga berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmoni secara intelek, rohani, emosi dan jasmani berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berpengetahuan dan cekap, yang mempunyai nilai-nilai diri tinggi, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Standard Kompetensi Guru merupakan satu penanda aras kepada standard latihan keguruan bagi melihat pencapaian dalam bidang latihan dan pendidikan guru (Sadatul 2007). Mohammed Sani (2007) menyatakan pula standard kompetensi guru merupakan satu set kriteria dari kompetensi minimum yang ditunjukkan dalam pelaksanaan kerja guru. (Mohammed Sani 2007). Menurut Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, KPM (2003), kompetensi guru dapat dibahagikan kepada: 1. Kompetensi Umum (Generic Competencies) - Meliputi perkara-perkara yang perlu dimiliki oleh semua lapisan pegawai awam seperti pengetahuan, kemahiran, ciri-ciri peribadi, kepimpinan dan komunikasi dalam perkhidmatannya 2. Kompetensi Khusus (Functional Competencies) - Kompetensi seperti pengetahuan, kemahiran, dan ciri-ciri peribadi yang berkaitan tugas jawatan dalam perkhidmatan pegawai. 4.0 STRATEGI KE ARAH PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU Globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju ke arah kemajuan sosio ekonomi pula membuktikan guru perlu meningkatkan profesionalisme diri untuk mampu bersaing seiring dengan ledakan maklumat terkini. Antara strategi yang boleh meningkatkan profesinalisme guru adalah: melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek kelolaan maktab, sistem pementoran, amalan refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal dan fortopolio pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme secara berterrusan, perkembangan profesional oneline dan aktifitas Pusat Kegiatan Guru (Boon Pon Ying 2008) 4.1 Peningkatan Profesionalisme Melalui Latihan Dalam Perkhidmatan

Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agar guru-guru dilatih semula semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat mempertingkat dan memperkukuh profesionalisme diri selain mengembangkan potensi insan ke tahap yang diingini. Sebagai guru, kita mampu memperkukuh kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan pengetahuan profesional kita dalam menguasai dan mengembangkan kemahiran-kemahiran serta memperjelas nilai-nilai profesional kita. Guru yang berpandangan progresif mampu memperkaya diri dengan pengetahuan, kemahiran dan trenda-trenda pengajaran-pembelajaran baru melalui Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Berkaitan dengan ini, guru yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebaran input-input yang baru seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya diberi kepada guru akan meningkatkan kualiti pengajaran guru dari segi inovasi dalam pengajaran. 4.2 Amalan Refleksi Dan Penulisan Reflektif Ke Arah PeningkatanProfesionalisme Guru Amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan professional. Ia bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan tentang konteks pengajaran. Refleksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) menjadi batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan refleksi memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan seperti keterbukaan, kerelaan untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan. Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Antara strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka ialah penulisan jurnal/reflektif. Ia sebagai jentera untuk mereflek secara sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif. Kajian menunjukkan aktiviti ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner & Liston, 1987). Dalam penulisan reflektif, Schon (1983, 1987) membezakan proses pemikiran kepada refleksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan. Kedua-dua refleksi semasa tindakan dan refleksi ke atas tindakan dapat membantu guru berkembang diri dalam bidang profesionalnya. Penulisan reflektif menggambarkan secara keseluruhan satu pola pemikiran yang beralih dari refleksi teknikal ke tahap refleksi kritikal. Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan perkembangan professional. Pemikiran baru akan dirangsangkan dan melalui perbincangan dengan rakan sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan dipertikai dan diperkembangkan. Refleksi menyediakan satu asas yang kaya dan komprehensif mengenai pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja membolehkan seseorang guru memperoleh pengertian mengenai tugasnya tetapi ia memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain (Boon, 2002). Dalam pada itu, refleksi mempunyai nilai-nilai peribadi yang membawa kepada

kepuasan intrinsik apabila guru dapat menganalisis sesuatu situasi atau pengalaman dengan sebaik mungkin dan membentuk satu pandangan secara logik. 4.3.Portfolio Pengajaran Trenda Mengenai Pengajaran Dan Refleksi Berkait rapat dengan penulisan reflektif ialah pembentukan portfolio pengajaran sebagai cara guru meningkatkan profesionalisme diri. Portfolio pengajaran yang mengandungi koleksi bahan-bahan seperti artifek dan penulisan reflektif dapat memperkukuhkan perkembangan diri guru. Ia menggambarkan kemahirankemahiran, pengetahuan dan falsafah pengajaran peribadi seseorang itu. Portfolio pengajaran memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam profesionnya. Ini kerana proses perkembangan portfolio secara berterusan memberi peluang guru membuat refleksi tentang perkembangan dan perubahan pelajarnya sepanjang masa. Apabila seseorang guru meneliti amalan pengajaran sendiri, sudah tentu amalan penelitian pengajaran sendiri meletus penilaian kendiri terhadap tanggungjawabnya. Contoh-contoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji dan diguna atau diadaptasikan dalam bilik darjah. Menurut Shulman (1987), melalui portfolio pengajaran, guru akan menjadi lebih reflektif tentang apa yang mereka lakukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia membantu guru mendokumentasi dan menerangkan tindakan mereka; membuktikan pengetahuan professional mereka dan membuat refleksi tentang apa, bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan (Loughran & Corrigan, 1995; Seldin, 1997). Dengan mengimbas balik pengalaman-pengalaman lepas dalam portfolio, ia menggalakkan mereka mengenal pasti halangan-halangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan memikirkan penyelesaian. Guru boleh mengubahsuai atau mengubah teknik pengajaran untuk mencapai matlamat. Portfolio pengajaran dan refleksi membantu perkembangan pemahaman masalah yang dihadapi kerana proses refleksi memandu arah untuk meneroka idea-idea dari sumbersumber lain. Pada hakikatnya, portfolio pengajaran digunakan sebagai satu cara dokumentasi professional dan refleksi peribadi (Seldin, 1997). Proses membina portfolio merangsang guru untuk memikirkan semula aktiviti pengajaran, keberkesanan strategi-strategi pengajaran dan merancang pendekatan baru atau teknik-teknik untuk masa akan datang. Maka, portfolio pengajaran dapat membekalkan satu pangkalan data pengetahuan professional dan perkembangan diri yang bermakna dan komprehensif di kalangan warga guru. Khazanah harian ini bernilai berlian jika digilap tetapi bagai kaca jika disalut debu atau terbiar sahaja. Portfolio pengajaran menjadi tempat di mana pemikiran reflektif berlaku untuk menghalusi pengajaran sendiri. Seseorang guru boleh merekod kaedah mengetahui, mengumpul maklumat baru, memikirkan sama ada idea itu boleh diaplikasi atau tidak, mengambilkira sama ada idea baru sesuai atau tidak, dan menentukan apa yang perlu disimpan dan apa pula yang harus dihapus kira. Proses ini akan membentuk seorang guru itu mengamal tabiat serta sikap berfikir dan berikhtiar dalam melaksanakan tugasnya. 4.4 Penyelidikan Tindakan Amalan Profesionalisme Yang Efektif

Satu lagi strategi guru mampu meningkatkan profesionalisme diri ialah menjalankan penyelidikan tindakan tentang semua aspek yang berkaitan dengan pengajaran. Idea-idea baru tentang kaedahkaedah mengajar dalam pengajaran perlu diterokai. Budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk di kalangan guru untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme diri

serta bertindak secara professional. Peningkatan profesionalisme diri merupakan proses perkembangan peribadi yang memerlukan suatu kesedaran tinggi tentang whats going on, why things are happening that way dan how are we going to resolve the problem. Kesedaran tentang keputusan pedagogi dan tindakan hanya boleh dibentuk dengan penilaian kritikal melalui dialog reflektif, dokumentasi dan tindakan. Penyelidikan tindakan menyediakan cara untuk membolehkan proses tersebut berlaku. Untuk meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar menjadikan profesion keguruan a research-based profesion iaitu profesion yang berasaskan kajian dan amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik dan bukan pendapat. 4.5 Amalan Konsep Belajar Seumur Hidup Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep belajar seumur hidup. Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang. Ia menajamkan kecekapan serta keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran . Guru mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini, dan sebagai guru, kita harus mempertajam kemahiran mengajar melalui ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman. Satu langkah yang bijak untuk meningkatkan profesionalisme diri ialah membuat jaringan/networking dengan guru-guru di negara lain sebagai mencerminkan imej pengantarabangsaan serta berpeluang untuk berkongsi ilmu, dan kemahiran dengan mereka. Program secara on-line merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara on-line. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru Bahasa Inggeris memperkembangkan profesionalisme diri melalui internet adalah menggalakkan. Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center) yang dibina dan menjadi satu landasan untuk merangsang guru dalam perkembangan professional guru Bahasa Inggeris (Mohamed Amin Embi, Muhammad Kamarul Kabilan & Azmi Abdul Latiff, 2002). 4.6 Sistem Pementoran Sebagai Cara Peningkatan Diri

Satu pendekatan untuk mempertingkat tahap professional diri guru ialah sistem pementoran di sekolah-sekolah. Guru boleh mengadakan perbincangan intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman mengenai pengetahuan baru, teknik-teknik baru dan bimbingan dalam penilaian seperti pembinaan item soalan. Melalui sistem pementoran ini, setiap guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas bagi memberi nasihat, dan bimbingan berterusan agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Mengikut Anderson (1987), pementoran merujuk kepada : a nurturing process in which a more skilled or more experienced person, serving as a role model, teaches, sponsors, encourages, counsels and befriends a less skilled or less experienced person for the purpose of promoting the latters professional and/or personal development. Berdasarkan definisi di atas, ia membawa implikasi bahawa berlakunya proses perkembangan di mana orang yang mengasuh mampu untuk mengenal pasti kebolehan, pengalaman dan kematangan psikologikal seseorang yang sedang diasuh dan boleh memberi aktiviti-aktiviti yang akan membawa kepada

peningkatan profesionalismenya. 4.7 Diskusi di Pusat Kegiatan Guru

Akhir sekali, guru boleh meningkatkan profesionalisme diri dengan mengadakan perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka pengalaman mengajar topik-topik tertentu di samping mendapat input-input baru daripada fasilitator yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Guru-guru dapat menilai diri sendiri tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas daripada rakan-rakan, membaca penulisan reflektif rakanrakan dan berkongsi maklumat tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka mereflek dan membincang sesama rakan tentang pengalaman pengajaran, mereka akan menjadi more thoughtful teachers. Dengan cara ini, guru akan dapat menambahkan ilmu, ketrampilan dan berkongsi pengalaman bagaimana hendak memilih strategi terbaik untuk menyelesai masalah pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran seperti yang dinyatakan oleh Fullan dan Hargreaves (1993) bahawa guru perlukan interactive professionalism. 5.0 KESIMPULAN Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran pembelajaran. Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi

Profesional Guru
Di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia, bilangan guru berkembang dengan pesat,. Ini menunjukkan kepada kita bahawa budaya dan profession pendidikan masih mempunyai daya untuk bergerak dan masih diperlukan oleh masyarakat dan negara. Ini diikuti oleh usaha-usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan ahli politik yang berusaha untuk mempertingkatkan martabat profession perguruan. Namun begitu gurulah individu yang paling perlu menilai kembali peranan mereka, menyediakan diri, berjiwa kental, bersikap positif dan komited terhadap tugas supaya guruguru berada di tahap profesionalisme yang tinggi demi menghadapi keperluan dan tuntutan sekolah terutamanya berhadapan dengan kepelbagaian pelajar di bilik darjah. Guru-guru bukan sahaja mesti komited dalam tugas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, tetapi mesti juga melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang sesuai dengan tuntutan semasa. Salah satu daripada ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai ialah kebolehan menjalankan penyelidikan kerana telah terbukti bahawa penyelidikan berjaya membantu menyelesaikan banyak masalah dan kemusykilan. Definisi guru yang profesional Status profesional bukan suatu yang muktamat (Nazaruddin, Abd.Rahman, Sharifah, 1992). Seseorang profesional hendaklah sentiasa cuba mencapai taraf yang lebih tinggi dalam profesionnya dan menjadikan dirinya seorang profesional yang lebih profesional. Garret dan Bowles (1997) mendefinisikan guru yang profesional sebagai guru yang sentiasa menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Cyril (1969) menyenaraikan enam keperluan seseorang profesional iaitu: 1. Seorang profesional perlu mempertingkatkan diri dengan pengetahuan-pengetahuan baru yang berkaitan dengan bidangnya. 2. Seorang profesional perlu menekankan keperluan untuk menjadi pakar dalam bidangnya. 3. Seorang profesional perlu melanjutkan pelajaran dalam disiplin-disiplin asas yang sealiran bidangnya. 4. Seorang profesional perlu wujud sebagai insan dan juga seorang profesional. 5. Seorang profesional perlu mempunyai pandangan-pandangan baru. Mereka mesti sentiasa mencari idea-idea dan prosedur-prosedur baru tetapi tidak sekali-kali meninggalkan konsep-konsep asas. 6. Seorang profesional perlu mengekalkan keupayaannya untuk belajar. Menurut McKernan (1996), ciri-ciri yang paling menonjol bagi profesional ialah keupayaan untuk menilai kendiri dan penambah baikan kendiri melalui penyelidikan yang sistematik dalam amalan. Hoyle (dalam Stenhouse, 1975) telah membincangkan profesional guru dari dua sudut iaitu restricted profesionaliti dan extended profesionaliti. Antara ciri-ciri restricted profesionaliti ialah 1. Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengurus bilik darjah 2. Pengajaran guru adalah berpusatkan pelajar 3. Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan dan memahami kehendak pelajar 4. Kepuasan kerja diperoleh daripada terjalinnya hubungan yang baik dengan rakanrakan sejawat dan murid

5. Menilai pencapaian melalui persepsi sendiri terhadap perubahan tingkah laku dan pencapaian pelajar 6. Menghadiri kursus-kursus jangka pendek yang berkaitan dengan tugas. Manakala extended professional pula merujuk kepada semua kualiti restricted professional dengan tambahan kepada ciri-ciri berikut iaitu 1. Melihat aktiviti pengajaran (tugas) dalam konteks yang lebih luas merangkumi sekolah, komuniti dan masyarakat 2. Menilai kerjaya secara sistematik dan sentiasa bekerjasama dengan guru lain. 3. Guru ini lebih berminat dengan teori dan perkembangan terkini dalam pendidikan. 4. Oleh itu mereka banyak membaca buku, jurnal dan menceburi aktiviti profesional untuk meningkatkan profesionalisme mereka 5. Guru jenis ini mengaplikasi kajian dan teori kepada pekerjaan Jelas bahawa guru yang profesional ini menggunakan kuasa penuh (autoriti) dalam membuat keputusan tentang hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaannya dan terdapat kod etika bagi membantu mengatasi masalah (Liebermen, 1956; Corwin, 1965 ; Orstein, 1976). Stenhouse (1975: 144) menegaskan bahawa ciri-ciri yang menonjol bagi guru yang profesional ialah melalui the capacity for autonomous professional self-development through systematic self-study, through the study of the work of other teachers and through the testing of ideas by classroom research procedures. Guru yang profesional boleh dirumuskan sebagai guru yang berilmu (content knowledge), berkemahiran dan berketrampilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pedagogical knowledge and pedagogical content knowledge) di bilik darjah. Guru yang profesional mestilah sentiasa berani mencuba idea-idea baru demi mempertingkatkan amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Posted by Adam Othman at 4:44:00 PM