Anda di halaman 1dari 10

Pilih satu contoh kes tekanan emosi yang sedang dihadapi oleh seorang guru.

Jelaskan senario kes, tanda-tanda, punca-punca dan cara untuk membantu menangani senario berkenaan. Di sekolah yang telah saya jalani internship selama sebulan, saya dapat menemubual seorang guru yang telahpun menghadapi tekanan emosi. Beliau adalah seorang guru perempuan yang bernama Cikgu X (nama samaran). Cikgu X berumur 31 tahun dan telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 13 tahun di sekolah ini. Beliau sudah berkhawin dan mempunyai dua orang anak. Cikgu X merupakan salah seorang seorang guru yang paling banyak menyandang jawatan-jawatan penting di sekolah iaitu Guru data, Guru Sistem Maklumat murid, Ketua Panitia bahasa tamil dan merupakan guru kelas Tahun 3 Tharma. Beliau mengajar 4 Kelas pada tahun ini iaitu mata pelajaran bahasa tamil untuk Kelas 3 Tharma (12 waktu), Pendidikan moral untuk kelas 3 Beema (4 waktu), Matematik untuk kelas 4 Tharma (7 waktu) dan Pendidikan Seni juga untuk kelas 4 Tharma (2 waktu). Jumlah waktu mengajarnya pula adalah sebanyak 25 waktu dalam seminggu. Semasa temubual guru tersebut telahpun menceritakan segala duka yang dilaluinya dan yang sedang dilaluinya di sekolah tersebut sebagai seorang guru. Beliau mengalami tekanan emosi berdasarkan kepada beberapa punca. Saya dapat mengenalpasti beberapa tanda-tanda tekanan emosi yang dialami oleh guru tersebut semasa mendengar pengalamannya. Antaranya adalah sakit kepala yang teruk, sakit badan, tidak dapat memberi tumpuan, terdesak untuk menangis dalam sesetengah situasi, takut, risau, keliru, marah dan berputus asa. Berdasarkan kepada temubual guru tersebut beliau sedang mengalami tekanan emosi kerana beban kerja yang berlebihan. Beliau memberitahu saya bahawa beliau mengalami sakit kepala yang sangat teruk akibat terlalu banyak berfikir untuk memenuhi kehendak dan harapan guru besar. Guru besar sentiasa mengharapkan yang terbaik dan kelainan dalam semua program yang diadakan di sekolah. Contohnya jika murid-murid mewakili sekolah dalam sebarang pertandingan guru besar sentiasa mengharapkan muridmuridna melakukan sesuatu yang terbaik dan yang lain daripada yang lain di dalam pertandingan. Maka beliau sebagai Ketua Panita Bahasa Tamil yang sering dipertanggungjawab untuk melatih murid-murid dalam pertandingan terpaksa berfikir panjang untuk melatihnya muridnya. Dalam hal ini apabila tiba musim pertandingan contohnya Pesta Bahasa Tamil di antara Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Bahasa Tamil di peringkat sekolah beliau terpaksa bekerja lebih masa pada waktu petang untuk melatih murid-muridnya. Ia adalah kerana guru besar tidak membenarkan sekali masa lain di sekolah sepanjang waktu proses pengajaran dan pembelajaran digunakan untuk melatih
13

murid walaupun guru yang mengajar subjek tersebut tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut. Jika murid yang menyertai pertandingan tersebut pula menghadiri kelas tambahan beliau terpaksa menunggu sehingga murid untuk memberi latihan kepadanya. Selain daripada itu sebagai seorang guru beliau terpaksa bekerja di depan laptop pada kebanyakkan masa untuk mengisi data-data penting secara online. Akibat bekerja untuk tempoh waktu yang berpanjangan pada kebanyakkan hari dan terlalu banyak berfikir guru tersebut mengalami sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang dialaminya juga adalah berpunca daripada minda dan jiwa yang tidak tenteram akibat terlalu banyak berfikir. Beliau memberitahu saya bahawa beliau sudah berumur 31 tahun dan telahpun melahirkan dua orang anak. Dalam umur yang sudah melebihi 30an guru tersebut terpaksa menanggung bebanan kerja yang lebih. Antara masalah kesihatan lain yang juga dialaminya adalah sakit badan. Cikgu X telah memberitahu saya bahawa beliau terpaksa mengambil pil regangan otot setiap hari sebelum tidur kerana beliau selalu mengalami sakit badan sejak dua tahun ini. Jika tidak mengambil pil tersebut beliau berkata bahawa sukar baginya untuk bangun dari tidur pada keesokkan harinya. Punca kedua yang menyebabkan tekanan emosi kepada guru ini ialah sikap pengurus sekolah. Antaranya guru besar tidak mengagihkan tugas secara sama rata kepada semua guru-guru di sekolah dan bersikap autokratik pada setiap masa. Menurutnya lagi, beliau merupakan seorang yang langsung tidak mementingkan kebajikan guru. Antara peristiwanya adalah semasa guru mengandung beliau tidak membenarkan mereka menghadiri pemeriksaan di klinik walaupun mereka menunjukkan kad klinik kesihatan. Guru besar selalu menyuruh mereka pergi ke klinik lepas waktu sekolah. Semasa Cikgu Xtelah mengandung beliau disuruh untuk mengajar murid tahun 6 pada waktu petang iaitu kelas tambahan. Pada masa tersebut Cikgu X berasa sangat letih dan juga tidak larat untuk berdiri. Beliau telah meminta kebenaran daripada guru besar untuk pulang ke rumah tetapi guru besar langsung tidak mengendahkan apa yang dikatakan olehnya dan memaksanya untuk bekerja lebih masa pada waktu petang dalam keadaan tersebut. Akibat berbincang dengan guru besar untuk tempoh waktu yang begitu lama dan apabila beliau tidak dibenarkan sama sekali untuk balik ke rumah guru tersebut terdesak untuk menangis dalam keadaan kesihatannya yang kurang baik. Selain itu, Cikgu X juga memberitahu bahawa guru besar mengagihkan tugas secara tidak sama rata kepada guru-guru di sekolah. Apabila masalah ini dimaklumkan kepadanya beliau tidak melayan aduan daripada guru-guru di sekolah. Dengan ini ia menyebabkan sebilangan guru di sekolah terlalu sibuk dengan tugasan sekolah dan sebilangan pula masing-masing hanya lebih menjalankan tugasnya sebagai pengajar sahaja. Sikap berat

14

sebelah dan pilih kasih ini juga menyebabkan mereka putus harapan terhadap guru besar dan terpaksa bekerja tanpa rasa gembira pada setiap masa. Selain daripada menurut pengalaman yang diceritakan oleh Pn.Vinimalar guru besar merupakan seorang yang garang dan tidak mesra dengan guru-guru. beliau sentiasa memarahi guru-guru di sekolah dan bersikap kasar. Dengan ini kadang-kadang Cikgu X berasa takut untuk berjumpa dengannya berkaitan sebarang masalah yang dikaitkan dengan sekolah kerana beliau lebih kepada memarahi guru daripada memikirkan langkah mengatasi masalah berkenaan. Dengan ini guru-guru terpaksa bekerja dalam perasaan takut dan risau supaya tidak dimarahi oleh guru besar. Walaupun bekerja keras untuk pembangunan sekolah dan memenuhi segala tuntutan yang diharapkan oleh guru besar beliau tidak pernah menghargai jasa guru Cikgu X. Ini kerana beliau menyatakan bahawa guru besar tidak pernah langsung memujinya untuk sebarang sumbangan yang diberikan kepada sekolah. Kadang-kadang guru besar hanya setakat mengucap terima kasih dan beramah mesra dengan guru-guru sehingga sesuatu kerja selesai. Selepas selesai guru besar akan menunjukkan wajah sebenar di mana jika mengesan mana-mana kesalahan pada mana-mana bahagian guru-guru sekolah akan dimarahi dengan teruk. Terdapat guru-guru yang pernah dimarahi di depan muridmurid menyebabkan guru-guru tersebut berasa malu. Akibat kurangnya pengiktirafan terhadap segala kerja keras yang dilakukan Cikgu X mengatakan beliau selalu berputus asa untuk melakukan sesuatu yang terbaik kepada sekolah kerana beliau tidak dihargai sebagai seorang guru yang paling banyak bekerja keras di sekolah tersebut jika dibandingkan dengan guru-guru lain. Selain itu, Cikgu X telah menceritakan kepada saya bahawa beliau pernah membelanjakan duit sendiri untuk sekolah sebelum ini seperti membelikan peralatan untuk bahan bantu mengajar, membeli dan memasang kabinet di kelasnya untuk memaparkan fail KSSR dan pernah balik pada waktu 9 malam selepas menyelesaikan tugas sekolah bersama guru penolong kanan hal ehwal murid. Pada masa itu beliau tidak pernah mengharapkan peruntukan daripada pihak sekolah dan membelanjakan pendapatannya secara sukarela kerana beliau mementingkan murid. Tetapi sikap guru besar yang langsung tidak menghargai sumbangannya menyebabkan Cikgu X berasa tidak selesa dan tidak mahu untuk membelanjakan pendapatannya untuk tujuan sekolah pada masa sekarang. Pada masa yang punca ketiga yang menyebabkan tekanan emosi kepada guru yang telas saya temubual adalah kurangnya kerjasama daripada rakan-rakan sekerja iaitu guruguru lain. Cikgu X memberitahu saya bahawa sebagai seorang ketua panitia beliau melakukan kebanyakkan tugasan yang bukan di bawah bidang tugasnya. Ini adalah kerana
15

setiusaha Panitia Bahasa Tamil yang juga merupakan seorang guru di sekolah tersebut jarang menyempurnakan kerja yang diberi dan menurutnya lagi guru tersebut tidak berubah sikapnya sejak dia bertugas di sekolah tersebut. Setiusaha hanya akan menaip minit mesyuarat sahaja dan tidak membantu ketua panitia untuk menyediakan laporan-laporan lain seperti kertas kerja, surat dan buku program dan sebagainya. Dengan ini Cikgu X terpaksa menaip dan menyediakan segala kertas kerja, laporan dan surat berkaitan program yang akan dijalankan di sekolah tersebut di bawah panitia bahasa tamil. Beliau memberitahu saya bahawa beliau pernah membuat aduan kepada guru besar berkaitan sikap setiausahanya yang tidak mahu menyelesaikan tugasan yang diberikan. Guru besar dan guru penolong kanan kurikulum tidak mengambil apa-apa tindakan dan hanya memberitahu kepadanya untuk memaksa dan memberi tekanan kepada setiausaha berikut untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Tetapi setiausaha tersebut tidak pernah berubah sikapnya dan sering mengeluh jika diarahkan untuk menyempurnakan tugasan yang diberi. Tambahnya lagi kesemua kerja yang diselesaikan juga tidak terkecuali daripada kesilapan-kesilapan yang harus disuntingkannya lagi. Dalam keadaan sebegini sudah tentu seseorang akan berasa kecewa dan marah. Selain itu terdapat guru-guru lain di sekolah yang sering memaksanya untuk memasukan data-data mereka secara online. Sebilangan guru tidak memasukkan data pada waktu yang telah ditetapkan dan sering datang mengganggunya pada waktu-waktu terakhir tentang cara memasukkan data secara online sedangkan pada masa itu beliau sibuk dengan tugasan lain. Maka pada waktu itu Cikgu X terpaksa menolong golongan guru yang tidak bertanggungjawab itu untuk menyelesaikan tugasa itu. Beliau beritahu bahawa terdapat juga guru-guru yang menanyakan soalan-soalan seperti kenapa anda tidak boleh memasukan data saya tetapi data guru besar anda yang telah masukkan. Dengan ini guruguru meletakkan tanggungjawab sepenuhnya di bahu Cikgu X berkaitan tugas memasukkan data secara online sedangkan guru-guru harus memasukkan data-data secara persendirian. Keadaan-keadaan sebegini menyebabkan Cikgu X marah. Selain itu beliau juga menceritakan bahawa terdapat juga guru-guru yang selalu menyinggung perasaan jika beliau memberitahu kepada mereka untuk memasukkan datadata secara persendirian. Beliau terpaksa mendengar kata-kata yang kurang sopan daripada sebilangan guru yang tidak mahu mengisi data dalam masa yang tertentu di mana mereka sering mengatakan bahawa mereka tidak tahu cara memasukkan data secara online dan guru data tidak menjalankan tugasnya dengan baik. Situasi sebegini amat menyedihkan dan mengecewakan Cikgu X. Beliau juga memberitahu saya bahawa beliau terpaksa mengisi data guru lain kerana berasa bimbang dan takut untuk memberitahu

16

guru-guru berkenaan kerana mereka sering tidak menyelesaikan tugas yang diberikan dengan sempurna. Selain itu Cikgu X juga telah beritahu kepada saya walaupun beliau mempunyai sebilangan rakan-rakan karib di sekolah tersebut beliau pada masa kini kekurangan sokongan moral di tempat kerjanya. Ia adalah berpunca daripada sikap guru besar di mana ramai guru-guru telahpun berpindah ke sekolah lain akibat tidak tahan dengan sikap guru besar yang tidak mahu bertolak ansur dan tidak mementingkan kebajikan guru. Dengan ini ramai rakan karib beliau di sekolah tersebut yang telah berkhidmat dengannya dari tahun 2005 telah berpindah ke sekolah lain. Tambah beliau ada juga guru yang telah memohon untuk berpindah. Dengan ini akibat kehilangan rakan karib beliau juga berasa tertekan kerana kekurangan tempat untuk mengadu duka yang dialaminya. Walaupun begitu beliau telah memberitahu saya bahawa beliau menjaga hubungan yang baik dengan kebanyakkan guru di sekolah seperti bergurau senda dengan mereka semasa waktu lapang untuk melepaskan tekanan yang dialaminya. Seterusnya tanda-tanda tekanan emosi yang turut dialami oleh Cikgu X yang dapat saya kenal pasti adalah beliau keliru dan kurang memberi tumpuan. Jawapan kepada soalan yang ditanya semasa temubual iaitu adakah anda berpuas hati dengan tugas anda di dalam bilik darjah dan adakah anda rasa anda menjalankan tugas sebagai pengajar di dalam bilik darjah dengan amat baik di mana anda berpuas hati dengan prestasi anak murid anda telah menyedarkan saya bahawa beliau mengalami tanda-tanda tersebut. Cikgu X memberitahu saya bahawa akibat mengalami bebanan kerja yang terlalu banyak dengan tugasan dan khas dan jadual waktu yang sibuk beliau tidak mempunyai masa untuk menyediakan bahan bantu mengajar untuk kelas yang beliau mengajar walaupun mempunyai pelbagai idea yang bernas dan kreatif untuk menjalankan proses pengajaran yang baik. Akibat kekurangan masa beliau selalu tidak dapat merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid. Pada masa yang sama beliau memberitahu saya bahawa pada tahun ini jadual waktunya sangat padat dan mengajar lebih daripada waktu yang telah disarankan. Disamping itu, menurut beliau tugas-tugas khas yang berat juga kian meningkat. Cikgu X memberitahu bahawa beliau sering mendapat arahan dan maklumat mengenai tugasantugasan khas tersebut semasa beliau sedang mengajar di dalam kelas. Selepas menerima arahan tersebut sukar baginya untuk untuk mengekalkan perhatian di dalam pengajaran dan beliau hanya akan memikirkan tentang bagaimana untuk menyiapkan tugasan baru yang diterima pada masa itu. Selain itu beliau juga sukar memberi tumpuan terhadap proses pengajarannya jika anak-anaknya sakit di rumah. Apabila menceritakan mengenai kehidupan peribadinya beliau memberitahu saya bahawa anak-anaknya sentiasa jatuh sakit
17

di mana beliau terpaksa membawanya ke klinik setiap bulan. Dalam situasi sebegitu sukar baginya untuk menumpukan perhatian dalam sebarang tugas yang dilaluinya di sekolah. Selain itu, semasa temubual ini juga saya juga telah menanyakan punca-punca lain yang selalu dikaitkan dengan tekanan emosi di kalangan guru iaitu seperti masalah disiplin. Beliau menyatakan bahawa murid-murid di sekolah ini cenderung untuk melakukan tingkahlaku yang tidak berdisiplin kerana hukuman rotan jarang dikenakan. Ia adalah kerana guru besar mahukan guru-guru mengubah tingkah laku murid dengan cara lemah lembut. Dengan ini masalah disiplin di kalangan murid semakin merosot di mana nasihat dan teguran oleh guru-guru langsung tidak dipedulikan oleh murid-murid. Beliau berkata lagi bahawa guru-guru hanya sebagai patung yang memainkan peranan mengajar dan lebih-lebih lagi membuat tugasan di luar bilik darjah. Selain itu terdapat sikap ibu bapa yang hanya menuduh guru jika anak-anak mereka dirotan atau ditegur akibat terlibat dalam kegiatan yang kurang sopan. Berdasarkan kepada sesi temubual bersama Cikgu X selama 30 minit saya dapat mengenalpasti beberapa cara-cara yang boleh membantunya dalam menangani masalah tekanan emosi yang dihadapinya. Pada masa yang semasa saya menyoal kepada beliau apakah yang beliau sering lakukan semasa mengalami tekanan beliau memberitahu kepada saya beliau suka bergurau senda dengan rakan-rakan karib di sekolah. Selain itu beliau juga suka mendengar lagu-lagu semasa mengalami tekanan untuk menenangkan mindanya. Oleh sebab Cikgu X juga menghadapi masalah kesihatan akibat daripada tekanan emosi yang berpunca daripada bebanan kerja di sekolah maka wajar baginya untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dengan ini Cikgu X hendaklah mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang untuk mengekalkan kesihatan badannya. Makanan yang sihat dan seimbang akan memberikannya tenaga untuk bekerja dengan aktif pada setiap hari di sekolah. Selain itu adalah wajib bagi guru ini untuk berjumpa dengan doktor untuk merawat sakit badan yang dialaminya. Pada masa yang sama guru ini juga boleh melakukan aktiviti sukan untuk meningkatkan keupayaan badan dalam melakukan aktiviti dengan cergas. Tidur dan rehat yang mencukupi juga akan mengurangkan ketegangan otot. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti bersukan dan teknik yoga dan penafasan mendalam untuk meregangkan otot-otot. Aktiviti sebegini akan membentuk otak yang cergas dan badan yang sihat yang boleh menyokong guru tersebut untuk menjalankan kehidupan seharian sebagai seorang guru yang mempunyai tugas yang banyak. Seterusnya guru tersebut harus mempunyai pengurusan masa yang efektif. Oleh sebab tugasan khasnya terlalu banyak beliau harus mengatur jadual waktu supaya dapat
18

menyiapkan segala tugasan khas tersebut dalam masa yang ditetapkan. Cikgu X tidak harus melambatkan sebarang tugasan dan harus bersikap rajin. Beliau juga boleh mengemaskini data sebagai seorang guru data dari masa ke semasa untuk mengelakkan sebarang masalah dan kekeliruan timbul pada waktu-waktu terakhir. Selain itu sebagai seorang yang sibuk dengan pelbagai jawatan beliau sepatutnya menyiapkan segala tugasan yang diterima tanpa melengahkan masa. Sebagai contoh Cikgu X harus mengenalpasti dan membezakan antara tugasan yang sangat penting dan tugasan yang kurang penting mengikut kehendak masa. Tugasan yang harus diselesaikan dahulu sebelum sesuatu tarikh dan masa harus dikenalpasti dan diselesaikan dengan segera dan disambungkan dengan tugasan yang kedua. Beliau harus menyelesaikan setiap tugasan yang ada secara peringkat berperingkat supaya dapat memberi tumpuan yang penuh dan tidak terganggu fikiran semasa menyelesaikan sesuatu kerja. Cikgu X yang mengalami tekanan emosi harus menguasai kemahiran

menyelesaikan masalah. Cikgu X boleh menyenaraikan segala masalah yang dihadapinya dan mengenalpasti punca yang menyebabkan masalah itu. Seterusnya beliau harus melakukan perancangan yang sistematik dan teliti sebelum menyelesaikan sebarang tekanan yang dihadapinya. Contohnya Cikgu X boleh mempraktikan amalan menulis diari di mana menulis setiap masalah yang dilaluinya pada setiap hari dan melakukan refleksi kendiri terhadap setiap krisis yang dihadapinya. Seterusnya beliau boleh berfikir mengikut kemampuan diri dan mengatur langkah-langkah dalam menangani masalah tersebut dengan berkesan. Pada masa yang sama Cikgu X harus mempertimbangkan keseriusan masalah yang dihadapinya dan lebih memberikan keutamaan dalam mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang serius itu. Seterusnya beliau hendaklah membuat penilaian terhadap tindakannya tersebut sama ada ia berjaya ataupun tidak. Jika ia tidak berjaya beliau boleh berbincang dengan orang yang dipercayainya untuk mengambil tindakan susulan. Selain itu adalah penting bagi Cikgu X untuk memelihara hubungan yang baik dengan rakan sekerja di sekolah. Beliau harus sentiasa menunjukkan senyuman dan bersikap mesra dengan semua guru-guru di sekolah supaya mereka juga lebih prihatin kepadanyan dalam situasi-situasi tertentu. Jika Cikgu X dapat membina hubungan persahabatan yang kukuh di antara rakan sekerjanya di sekolah sudah tentu mudah baginya untuk mendapatkan pertolongan dalam keadaan yang tertentu. Dengan ini Cikgu X dapat membahagikan tugas dengan baik dan sama rata bersama guru-guru lain contohnya berkaitan dengan sebarang program anjuran Panitia Bahasa Tamil. Ia akan mengurangkan beban kerja yang dialaminya disamping bekerja dalam suasana yang tenang dan gembira tanpa tekanan bersama rakan-rakan lain. Hubungan persahabatan yang kukuh bersama
19

guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain juga boleh memberikan sokongan moral kepadanyan supaya dapat bekerja dalam suasana yang tidak terancam. Maka dalam membina hubungan yang erat dan rapat dengan warga sekolah beliau harus mengelakkan sikap yang negatif seperti marah, bercakap dengan nada yang tinggi malah lebih meluahkan kata-kata yang sopan dan lemah lembut terhadap rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, Cikgu X harus berusaha untuk melakukan perubahan pada diri sendiri. Beliau harus sedar dan akur terhadap cabaran dalam dunia pekerjaan dan tidak harus berputus asa serta menerima segala dugaan dan cabaran tersebut dengan hati yang terbuka. Beliau harus berfikiran positif dan logik terhadap kerjayanya sebagai seorang guru. Pemikiran yang positif akan membolehkan seseorang untuk mengambil keputusan yang rasional yang membawa kepada penyelesaian masalah secara sistematik. Cikgu X boleh membaca buku-buku motivasi pada waktu lapang untuk meningkatkan keyakinan diri dan sentiasa berfikir secara waras dalam menangani sebarang konflik yang dihadapi secara berkesan. Apabila beliau mempunyai keyakinan diri yang kuat dan dapat mengelakkan pemikiran negatif ia akan membolehkannya untuk terus berusaha dengan semangat yang kental dalam mencapai tujuan tertentu. Dengan ini mudah baginya untuk menyelesaikan sebarang tugasan yang diterimanya dengan baik dalam jangka masa yang ditetapkan. Perkara utama yang harus dilakukan oleh Cikgu X apabila berada dalam perasaan bimbang adalah beliau harus sedia meluahkan perasaannya dengan orang lain. Dalam hal ini keluarga memainkan peranan penting. Ahli keluarga contohnya seperti suami hendaklah sedia mendengar luahan perasaan Cikgu X berkaitan masalah yang dihadapinya pada setiap masa. Selain itu Cikgu X juga boleh melepaskan tekanan yang dialaminya dengan berkongsi pengalaman dengan rakan sekerja. Dengan ini mereka boleh membantu untuk mengenalpasti kelemahan yang terdapat pada Cikgu X dan membimbing untuk mengatasi kekurangan yang terdapat padanya. Dalam situasi sebegini ahli keluarga atau rakan sekerja hendaklah memotivasikan beliau supaya tidak berputus ada dan memberi cadangan untuk mengatasi kebimbangannya. Dengan menceritakan perasaan yang terpendam kepada orang yang dipercayai Cikgu X akan dapat mengetahui pandangan orang lain terhadap kelemahan pada dirinya. Dengan ini ia akan membolehkannya untuk melakukan penilaian kendiri dan meningkatkan keazaman untuk memperbaiki serta mengurangkan kelemahan yang terdapat pada dirinya. Perbincangan yang baik akan membolehkan seseorang untuk membuat refleksi dalaman supaya dapat menjana pemikiran yang positif. Selain itu, Cikgu X boleh melepaskan tekanan emosi dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan. Cikgu X boleh meluangkan masa bersama ahli keluarga pada waktu lapang seperti pergi berkelah dengan ahli keluarganya, bermain
20

dengan anak-anak, bergurau senda bersama teman hidup dan lain-lain lagi. Aktiviti sebegini akan menjadikannya gembira. Dengan meluangkan masa bersama ahli keluarga yang tersayang juga mereka dapa mengalih fikiran mereka terhadap kerisauan dan kebimbangan mengenai tugas serta mendapat persepsi yang baru untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Pada masa yang sama melibatkan diri dalam aktiviti seperti seperti berkunjung ke rumah ibadat seminggu sekali bersama ahli keluarga dan mendengar nasihat pemimpin agama akan membolehkan mereka untuk memahami perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan. Doa yang berterusan akan memberikan semangat kepadanya untuk terus berusaha tanpa berputus asa dan melaksanakan semua tugas yang dipikul di bahunya dengan lancar tanpa tertekan. Cikgu X juga harus tidak melepaskan peluang untu menghadiri sebarang ceramah motivasi yang diadakan di sekitar tempat tinggalnya supaya membentuk emosi yang mantap dan optimistik. Selain itu, Cikgu X juga hendaklah berusaha untuk memupuk rasa sayang dan cinta terhadap profesionnya. Beliau harus menyedari bahawa profesion perguruan merupakan tugas yang mulia. Disamping itu beliau harus berfikir tentang kesan-kesan yang akan timbul kepada murid dan masyarakat jika beliau mengabaikan tangggungjawabnya sebagai seorang guru. Dengan ini adalah penting bagi Cikgu X untuk sentiasa mengingatkan dirinya mengenai akauntabilit terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat. Apabila beliau sudah berjaya memupuk perasaan sayang akan profesionnya adalah menjadi mudah untuk menyelesaikan sebarang tugasan yang diterima dengan mudah. Menurut Abdul Ghani Abdullah Ph.D., Abd Rahman Abd Aziz, Mohammed Zohir Ahmad (2008) mengatakan bahawa pihak pentadbir seperti guru besar, guru penolong kanan harus menunjukkan sikap gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi yang dihadapi demi kepentingan pendidikan. Berdasarkan kepada penyataan mereka jika kita melihat pada kes Cikgu X, punca utama tekanan emosi juga adalah sikap guru besar. Maka dalam hal ini guru besar dan pihak pengurusan sekolah harus mengamalkan sikap empati dan prihatin terhadap guru-guru di sekolah dan harus memberikan keutamaan kepada kebajikan guru-guru. Guru besar harus bersikap lebih terbuka dalam menerima pandangan guru dan harus mengelakkan sikap autokratik. Contohnya semasa mesyuarat guru besar boleh bersikap mesra dan meminta persepsi guru mengenai perjalanan sebaran program di sekolah. Beliau harus memastikan semua guru-guru diberi tugas yang sama rata di samping memberi pengiktirafan dan memuji guru pada masa-masa tertentu. Selain itu guru besar atau guru penolong kanan juga boleh memotivasikan Cikgu X supaya terus berusaha dengan gigih dan mendengar aduannya serta mengambil tindakan yang wajar. Selain itu
21

pihak pentadbir boleh menganjur program-program dalaman untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain seperti menganjurkan lawatan untuk guru-guru, makan secara bersama pada hari perayaan atau hari guru, menganjurkan majlis sambutan hari jadi di kalangan guru sebulan sekali dan sebagainya. Anugerah seperti guru kelas yang terbaik, rekod buku yang terbaik, guru cemerlang mengikut subjek yang diajar boleh diberikan pada masa itu untuk menghargai dan memuji para guru di sekolah. Aktiviti sebegini sudah tentu akan mengeratkan hubungan di samping menaikkan motivasi di kalangan guru untuk berkhidmat ke sekolah tanpa mengharapkan balasan. Selain itu, pihak pengurus sekolah juga harus peka dengan keadaan guru di sekolah dari semasa ke semasa. Mereka harus mengenalpasti guru yang menghadapi sebarang tekanan dan konflik. Pemantauan yang berterusan terhadap prestasi guru juga boleh membantu pihak pengurusan sekolah untuk mengenalpasti guru yang bermasalah. Dalam kes ini pihak pengurusan seharusnya memanggil Cikgu Z dan membincangkan mengenai masalah yang dihadapinya secara persendirian. Seterusnya mereka boleh mengambil keputusan bersama sama ada menghantar Cikgu X kepada kaunselor di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri. Dengan ini Cikgu X akan mendapat alternatif yang terbaik untuk mengatasi masalah tekanan emosinya. Maka secara kesimpulannya isu tekanan emosi bukan perkara kecil kerana kesannya amat ketara ke atas murid, masyarakat dan seterusnya pada negara jika tidak ditangani dalam masa yang tertentu. Semua pihak iaitu ahli keluarga, rakan sekerja, pihak pentadbir dan masyarakat harus peka terhadap masalah tekanan emosi yang dihadapi oleh seseorang guru dan membantu untuk mengatasinya supaya beliau dapat menjalani kehidupannya dengan gembira dan sejahtera seperti manusia lain.

22