Anda di halaman 1dari 5

Bina Ayat SPM (Soalan 3a)

TIP 1. Makna sesuatu perkataan akan berubah melalui pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Anda mestilah mengetahui makna sesuatu kata terbitan, kata ganda atau kata majmuk dengan tepat untuk membina ayat. Contoh: panas (kata tunggal) Badannya berpeluh kerana cuaca sangat panas. pemanasan (kata terbitan) Mereka menjalankan aktiviti pemanasan sebelum bermain bola sepak. panas-panas (kata ganda) Pisang goreng sedap jika dimakan panas-panas. panas terik (kata majmuk)

Jangan bermain di tengah padang ketika cuaca panas terik.

2.

Pelajar sering menghadapi masalah untuk menulis ayat yang terdiri daripada kata kerja tunggal. Untuk menulis ayat daripada golongan kata ini, anda boleh menulis ayat dalam bentuk ayat pasif diri pertama, ayat pasif diri kedua, dan ayat perintah. Contoh: sepak Bola yang saya sepak itu melepasi palang gol. (ayat pasif diri pertama) ubah Pasu-pasu bunga yang tidak tersusun itu akan kami ubah. (ayat pasif diri kedua) usik Jangan usik barang-barang di dalam bilik ini. (ayat perintah)

3. Apabila anda membina ayat, pastikan anda menggunakan formula: a) Bila + Siapa + buat apa b) Siapa + buat apa + di mana c) Siapa + buat apa + kenapa Contoh: 1. Prasyarat ayat: Kakak berjaya memasuki pertandingan itu kerana lulus prasyarat yang ditetapkan oleh penganjur pertandingan. 2. Propaganda ayat: Pendedahan akuan palsu yang dilakukan oleh pemimpin negara itu merupakan propaganda politik yang mungkin akan menarik perhatian media massa. 3. Pascamerdeka ayat: Pada zaman pascamerdeka, anak-anak bangsa harus mengisi kemerdekaan dengan mempertahankan kemerdekaan negara daripada dijajah semula oleh anasir luar.

Sampel Soalan SPM Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. (i) (ii) Mudah Kemudahan

(iii) mudah-mudahan (iv) Memudahkan (v) Mempermudah (vi) bermudah-mudah Jawapan yang Lemah
(i) (ii) (iii) Soalan matematik itu mudah-mudah sahaja. Balai raya itu dibina buat kemudahan rakyat. Makanlah ubat ini. Mudah-mudahan kamu cepat sembuh, kata Arini.

(iv) Jejambat telah dibina untuk memudahkan kanak-kanak melintas jalan. (v) Pegawai itu telah mempermudahkan urusan Pak Long di pejabat tanah.

(vi) Janganlah bermudah-mudah dalam pekerjaan sembahyang.

Analisis Jawapan (i) (ii) Ayat ini betul tetapi tidak diberikan markah. Hal ini demikian kerana katamudah telah digandakan menjadi mudah-mudah. Perkataan kemudahan digunakan dengan betul dalam konteks ayat tetapi markah tidak akan diberikan. Hal ini demikian kerana perkataan buat ialah kata kerja tetapi telah digunakan sebagai kata sendi. Perkataan ini sepatutnya digantikan dengan perkataan untuk. Markah tidak akan diberikan untuk jawapan ini. Hal ini demikian kerana jawapan ini terdiri daripada dua ayat.

(iii)

(iv) Penggunaan perkataan jejambat dalam ayat ini tidak tepat. Jejambat bermaksud jalan raya yang dibina merentasi atau melangkaui sebatang jalan lain seperti jambatan. Perkataan yang betul ialah jejantas. Oleh itu, tiada sebarang markah diberikan.

(v)

Markah tidak akan diberikan untuk jawapan ini. Hal ini demikian kerana akhiran kan telah ditambah pada perkataan mempermudah.

(vi) Penggunaan perkataan pekerjaan dalam ayat ini tidak tepat. Perkataan yang sepatutnya digunakan ialah mengerjakan. Tiada markah diberikan untuk jawapan ini

Contoh Jawapan Yang Mantap (i) (ii) (iii) Soalan matematik itu mudah sahaja. Balai raya itu dibina untuk kemudahan rakyat. Makanlah ubat ini, mudah-mudahan kamu cepat sembuh, kata Arini. Jejantas telah dibina untuk memudahkan kanak-kanak melintas jalan. Pegawai itu telah mempermudah urusan Pak Long di pejabat tanah. Janganlah bermudah-mudah dalam mengerjakan sembahyang.

(iv)

(v)

(vi)

4. Dwibahasa ayat: Ayah menggunakan kamus dwibahasa untuk mencari makna perkataan yang tidak difahaminya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 5. Anti-Israel ayat: Satu perarakan anti-Israel telah diadakan di Dataran Merdeka oleh penuntut-penuntut universiti kerana mereka mengetahui kekejaman Israel terhadap keamanan dunia. 6. Antirasuah ayat: Kerajaan Malaysia menjalankan kempen antirasuah untuk menghapuskan gejala ini sehingga akar umbi. 7. Interaksi ayat: Pakar psikologi perpendapat bahawa kekurangan interaksi antara anak dengan ibu bapa akan menyebabkan jiwa anak kosong. 8. Insentif ayat: Pihak sekolah akan memberi wang insentif sebanyak RM100 kepada pelajar yang mewakili sekolah dalam acara sukan. 9. Integrasi ayat: Pihak kerajaan melancarkan kempen 1Malaysia untuk memupuk integrasi kaum dan membina perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia. 10. Intensif ayat: Pihak sekolah akan menjalankan kelas intensif untuk pelajar yang lemah dalam subjek Sains dan Matematik. 11. Inisiatif ayat: Kerajaan berharap agar pihak sekolah akan mengambil inisiatif untuk memastikan kebersihan persekitaran sekolah supaya murid-murid tidak diserang wabak demam denggi. 12. tentatif ayat: Buat sementara waktu, beberapa langkah tentatif diambil untuk memasukkan sains sepenuhnya ke dalam skop sosiologi ilmu pengetahuan. 13. senget ayat: Ayah mengetawakan adik yang memakai seluarnya senget sebelah. 14. sengit ayat: Pengumuman semua calon SPM yang mendapat keputusan 9A+ dijanjikan biasiswa JPA akan menimbulkan persaingan yang sengit antara calon SPM