Anda di halaman 1dari 4

922/1

STPM

PEPERIKSAAN 1 ENAM BAWAH KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

KERTAS 1 ( DUA JAM )

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Kertas soalan ini mengandungi tiga soalan dua di Bahagian A dan satu di Bahagian B. Jawab semua soalan di Bahagian A dan B. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda ( )

Bahagian A : Puisi ( 50 markah )


Jawab soalan 1 dan 2. 1. Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Tenang-tenang air dilaut Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012, Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka) (a) Nyatakan jenis puisi di atas dan jelaskan tiga ciri yang terdapat dalam puisi tersebut ? (7) (b) Huraikan empat nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam puisi di atas? (12) (c) Bincangkan tiga peranan puisi tersebut kepada masyarakat? (6) 2. Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN (karya Baha Zain) i Aku terbangun pada waktu tengah malam membuka jendela melihat seluas alam pernahkah engkau terbangun seperti ini Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu. Lihatlah gelap pekat di mana-mana nampakkah engkau di sana ada pelita? Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayang

tidak pekat hitam, tetapi remang-remang.

ii Sepi malam melindungi engkau dari bisikan orang kecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitan putuskanlah ke mana matamu memandang pernahkah engkau secara sedar membuat pilihan? masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbu dan akal budi atau tergoda bisikan halus syaitan-syaitan itu. Kita sering melihat cahaya benderang jauh ke depan meskipun berdiri dalam gelap pekat atas tanah perkuburan di situ kita injak keamanan dengan mencerca keganasan kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah kita malaikat agama jadi alasan, jadi boneka permainan kita benci perang, kita cinta kedamaian jadi slogan perjuangan kita yaringkan suara supaya orang tidak mendengar: mendengar bisikan hati nuraninya sendiri, syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti keamanan Engkau harus kuasai mereka dengan harga setinggi mana pun atas nama kemenangan, apa ertinya kedamaian sebuah kota yang telah menjadi perebutan. iii Perang akan memusnahkan kubu, bangunan, muzium, galeri dan universiti perang telah mengoyakkan halaman-halaman sejarah perang akan mencipta sejarah baru di halaman-halaman yang baru sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar yang dahulu.

Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas keagungan pemimpin lama jadi tirani apabila mencium bau wang pernahkah engkau jadi haloba apabila mencium bau keuntungan? Perang akan memusnahkan bahasa dan kesenian yang merumahkan kemanusiaan. Orang lupa bahawa Islam itu agama kehidupan untuk semua bangsa yang membenci persengketaan. Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau telah dipermainkan? (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012, Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka) (a) Nyatakan tema dan huraikan ciri-ciri sajak di atas? (4) (b) Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut? (12) (c) Dengan mengemukakan contoh, huraikan tiga unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai estetik sajak tersebut? (9)

Bahagian B: Prosa Tradisional ( 25 markah )


Soalan 3. Bincangkan kebolehan luar biasa Hang Tuah sebagai seorang wira epik seperti yang tergambar dalam Hikayat Hang Tuah (Bab VII) dan (BabXIX)" yang termuat dalam Permata Sastera Melayu. (25m)

*** Soalan Tamat***