Anda di halaman 1dari 6

Untuk menjadi usahawan yang berjaya kita perlu memiliki ciri-ciri seperti ini :

Mempunyai matlamat, misi dan perjuangn hidup yang jelas. Semangat juang yang tinggi dan sentiasa positif. Kreatif, inovatif dan berinisiatif. Cekal dan berani menghadapi cabaran dan risiko. Berkeyakinan tinggi dan bertenaga. Berpengetahuan, cekap dan mempunyai perancangan yang teliti. Pandai berdikari. Mempunyai komitmen yang tinggi dan boleh menyakinkan orang lain. Pandai merebut peluang. Mempunyai kemahiran komunikasi yang bagus. Bijak menyelesaikan masalah. Suka menolong orang untuk sama-sama berjaya. Tidak kedekut ilmu.

Lima Ciri-ciri Usahawan Berjaya by FERDY FAUZI posted on JUNE 21, 2012

Sebagai seorang usahawan online, kita perlu merancang dengan baik, sama ada aktiviti perniagaan online, urusan peribadi ataupun projek-projek yang sedang dijalankan dengan sistematik. Oleh sebab itu, saya sering mengingatkan diri saya dan orang lain supaya menjadi lebih menepati masa dan sentiasa peka pada peluang untuk mencapai target. Di sini saya kongsikan 5 tips bagaimana kita boleh menjadi lebih produktif sepanjang bergelar usahawan internet ini supaya ia dapat memberi manfaat kepada semua newbie di luar sana: 1. Mempunyai objektif yang spesifik. Penting untuk kita mempunyai matlamat dalam hidup supaya bisnes kita laksanakan ini akan menjurus ke arah pencapaian matlamat dan gol yang kita sendiri tetapkan. Teknik penetapan matlamat secara spesifik masih kekal relevan sebagai asas utama dalam penghasilan kerja yang berkesan. Jika kita tiada matlamat yang jelas dan baik maka sukarlah untuk mencapai aras kejayaan yang diharapkan, oleh itu teknik ini mampu memberikan kesan yang positif terhadap keperibadian diri, kerja dan perniagaan kita. 2. Senaraikan segala tugas dan tepati kerja tersebut secara prioriti dan sistematik Dalam hidup kita ini terlalu banyak perkara yang difikirkan sehingga boleh menyebabkan kita kelam kabut jika tidak disusun dengan baik. Cuba anda senaraikan matlamat dan tugas yang perlu dilaksanakan secara sistematik terlebih dahulu. Projek mana yang ada deadline, yang mana boleh ditangguh terlebih dahulu, yang mana ada yang penting dan perlu diberikan perhatian serius. Semuanya perlu ditetapkan dengan lebih teliti. 3. Kawal setiap aktiviti dan dan tugasan dengan kerap Kadang-kala setiap part kerja ataupun sesuatu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Oleh itu kita perlu memberi perhatian, mengawasi setiap proses dengan jadual yang efisyen. Misalnya proses pembinaan laman web, anda boleh tetapkan masa 3 hari

maksimum untuk menyiapkan design layout dan jangan lebih dari itu. Manakala proses upload/restore web dan database ke server dalam masa tidak lebih 1 hari dan sebagainya. Anda boleh outsoursekan kerja-kerja anda kepada orang lain, namun pastikan mereka dapat menyiapkan tugasan anda mengikut target yang ditetapkan. 4. Kurangkan aktiviti yang kurang produktif Kebanyakan usahawan internet terlalu asyik dengan sesuatu perkara mahupun lupa task yang telah ditetapkan. Kurangkan aktiviti yang tidak produktif seperti : - Kurangkan YM, MSN, Mirc, Skype dan lelain tanpa tujuan khusus yang bermanfaat. - Kurangkan masa menonton tv atau main game permainan video - Jangan terlalu leka dengan facebook, twitter atau blog hiburan sehingga lupa kerja yang perlu dilakukan - Periksa emel 4 kali sehari iaitu pagi, tengah hari, petang dan malam. - Kurangkan melepak dan membuang masa tanpa tujuan khusus yang bermanfaat. Bukan tak boleh langsung untuk bersantai dengan aktiviti di atas, namun bataskan aktiviti tersebut dan hanya ketika anda merehatkan minda sahaja anda boleh gunakan untuk aktiviti di atas. 5. Beri ganjaran kepada diri sendiri bila sesuatu matlamat hampir sampai Setelah bersusah payah berhari-hari nak menyiapkan sesuatu projek, hadiahkan suatu ganjaran kepada diri sendiri sebagai peransang dan motivasi untuk lebih bersemangat. Misalnya, sekiranya anda telah mencapai target jualan sebanyak 100 unit, anda boleh memberi ganjaran kepada diri sendiri dengan memberi tablet PC baru. Terpulang apa jenis hadiah pun asalkan tidak menepati bajet anda. Ini penting untuk merangsang motivasi diri kita untuk lebih berjaya pada masa depan. Ada banyak lagi tetapi saya rasa yang asas lebih baik dikuasai terlebih dahulu. Ini hanyalah sebahagian daripada tips asas yang perlu kita terapkan dalam kerja seharian. Moga dengan tips ini akan memberi manfaat pada diri saya dan juga kepada semua pembaca. Jangan lupa kongsikan tip ini kepada rakan-rakan anda yang lain. THIS ENTRY WAS POSTED IN PERNIAGAAN INTERNET. BOOKMARK THE PERMALINK.

Jika anda mempunyai cita-cita untuk membuka perniagaan sendiri di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak anda harus mengetahui terlebih dahulu ciri-ciri seorang usahawan. Sebagai pengusaha anda mesti mempunyai ciri-ciri seorang usahawan. Jika ciriciri ini tiada pada anda , usah risauia boleh dipelajari. Anda boleh menguasai dan mempraktikkannya dari semasa ke semasa. Asalkan anda sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan bersedia mengambil iktibar daripada pengalaman-pengalaman lalu dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Kursus-kursus boleh diikuti bagi melengkapkan pengetahuan dalam bidang berkaitan. Selain itu , anda juga harus memperkayakan bacaan, melayari internet dan bertanya kepada individu atau institusi yang lebih arif.

Berikut adalah senarai keperibadian ideal bagi seorang usahawan:

Sikap yang positif

Semaikan sikap yang positif walaupun anda mengalami pengalaman pahit dalam sesuatu perkara. Anda mesti berusaha untuk menukarkan situasi pahit tersebut sebagai pengalaman yang memberikan pengajaran. Sentiasa menggunakan perkataan-perkataan yang baik dan bermakna yang dapat memberikan sokongan dan membakar semangat bagi mencapai objektif, gol, atau dengan kata lain, matlamat anda.

Berani dan bersedia untuk menghadapi cabaran

Bersedia mengambil risiko dan tidak gentar kepada perubahan baru yang akan anda hadapi.

Tekun, bersemangat kental dan jitu

Anda akan meneruskan usaha walaupun terpaksa melalui saat-saat yang sukar. Bina keazaman untuk meneruskan segala perancangan yang telah dibuat, walau apa pun rintangannya. Itulah ketikanya seseorang yang lemah semangat mengaku kalah dan give up. Untuk berjaya, anda mesti meneruskan usaha, walaupun terpaksa merangkak! Tidak mengaku kalah, DON'T QUIT AND NEVER GIVE UP!!!

Inovatif dan kreatif

Sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di sekelilingnya dan berupaya membuat perubahan secara kreatif. Ketika orang lain di sekeliling anda hanya melihat masalah dan peluang yang terhad, anda mesti dapat melihat segala kemungkinan, segala peluang dan bersedia menempuh cabaran. Sentiasa mencuba, tidak segan bertanya kepada seseorang sama ada pakar ataupun amaetur, selalu melihat kepada cara yang lebih baik dan lebih cepat untuk melakukan sesuatu perkara atau menyelesaikan masalah.

Fokus

Sepanjang masa bekerja dan berusaha untuk mencapai objektif anda walaupun terpaksa menghadapi rintangan dan lain-lain perkara yang nampaknya lebih menarik. Ikuti perancangan yang telah dibuat, hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun sehingga kejayaan yang diidamkan menjadi kenyataan. Sentiasa menggunakan masa sebaiknya dan tidak membiarkan ia berlalu sahaja tanpa sesuatu yang bermanfaat.

Dedikasi dan memberikan sepenuh komitmen

Memahami tujuan anda dan komited dalam melaksanakannya. Adalah sukar untuk berjaya dalam perniagaan ini jika anda meletakkan sebelah kaki sahaja, sebelah kaki dalam perniagaan dan sebelah lagi dalam perkara lain. Anda mesti meletakkan target ke atas diri anda untuk memberikan prestasi yang sangat tinggi bagi menjayakan perniagaan ini.

Berfikiran terbuka

Dapat menerima kesilapan yang lepas di samping dapat menerima idea orang lain jika ia lebih baik dari anda. Jika sesuatu perkara tidak berlaku sebagaimana yang diharapkan, anda bersedia mengambil pelajaran daripadanya dan bersedia memperbaiki dan melakukannya dengan lebih baik pada masa hadapan.

Semangat bersaing ke arah kecemerlangan

Berhubung dan melayan pengusaha lain sebagai sahabat dan memperbaiki kecemerlangan perkhidmatan anda tanpa menjatuhkan orang lain. Selidiki apakah perkara baik daripada orang lain yang boleh anda pelajari dan laksanakan dalam perniagaan atau kehidupan sehari-hari. Jangan membandingkan diri anda dengan orang lain kerana ia tidak akan berakhir. Sentiasa ada orang yang lebih baik daripada anda dan idea tersebut akan membentuk gambaran negatif ke dalam pemikiran. Elakkan membuat perbandingan diri anda dengan orang lain tetapi sentiasa membandingkan prestasi pencapaian pembangunan diri anda dari semasa ke semasa. Bandingkan pencapaian anda pada bulan ini berbanding bulan lepas atau tahun ini berbanding tahun lepas atau tahun ini berbanding tahun lepas, perbaiki prestasi diri anda dan perniagaan anda, percayalah ia akan menjadi kenyataan sebagaimana yang diidamkan, sooner or later

Mempunyai motivasi diri yang tinggi dan sentiasa bersyukur

Sentiasa berusaha untuk maju ke hadapan tanpa sifat ego atau bangga atas kejayaan yang dikecapi. Sentiasa bersyukur kepada Tuhan dan menunjukkan penghargaan kepada setiap

individu yang memberi kerjasama di sepanjang perjalanan ke arah mencapai kejayaan yang diharapkan.

Optimis

Walaupun anda berasa pada masa sekarang, visi anda mesti melihat pada masa hadapan. Dengan kata lain, melihat masa kini dan sentiasa mengambil peluang untuk mengembangkan perniagaan dan memperbaiki kualiti program atau perkhidmatan perniagaan anda.

Bertanggungjawab dan mempunyai integriti yang tinggi

Anda bersedia menerima tanggungjawab, melaksanakannya sepenuh hati dan dengan penuh integriti. Anda juga mesti sedia bertanggungjawab ke atas setiap hasil daripada keputusan yang telah diambil atau dilaksanakan.

Bijak berinteraksi dan pengawalan diri yang tinggi

Berkebolehan dan mempunyai pengetahuan mengenai cara berhubu8ng, berinteraksi dengan setiap individu dan orang ramai amnya. Anda mesti mempunyai pengawalan diri ( self control) yang tinggi dalam apa jua keadaan, kerana daripada itu barulah orang lain akan lebih menghormati dan menghargai kecemerlangan anda. Contohnya dalam satu situasi, walaupun anda seorang yang berpendidikan atau berjawatan tinggi tetapi, jika suatu saat, anda tidak dapat mengawal kemarahan dengan menjerit kepada seseorang kerana suatu perkara,maka kredibiliti anda akan jatuh dan setiap individu yang melihat atau mengalami situasi tersebut dalam diamnya akan hilang rasa hormat terhadap anda.

Networking

Anda perlu menghargai persahabatan, perkenalan dan mengenali ramai orang di setiap lapisan masyarakat. Persahabatan dengan individu daripada pelbagai jenis profesion akan membantu networking anda, sama ada memberikan anda rujukan, mempercepatkan urusan anda, atau saling tolong-menolong antara satu sama lain bagi menjayakan karier dan matlamat masing-masing..

Anda mungkin juga menyukai