Anda di halaman 1dari 1

Laporan Jawatankuasa Peralatan Hampir semua peralatan yang diperlukan oleh setiap unit dapat disediakan dengan baik

pada tempat dan waktu yang ditetapkan. Pinjaman dari stor IPG dan stor sukan juga berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Selain itu, hampir kesemua peralatan dapat berfungsi dengan baik. Terdapat beberapa kelemahan dalam Jawatankuasa Peralatan sendiri yang telah mengganggu proses penyediaan peralatan. Pengambilan barang dari stor IPG agak terlewat telah tersasar dari jangkaan asal. Pengambilan barang dari Stor Sukan juga terlewat kerana urusan dibuat pada saat-saat akhir. Selain itu, bilangan AJK sebanyak 2 orang tidak dapat menampung bebanan yang agak tinggi. Terdapat beberapa pertolongan dari pihak sekolah yang turut memberi bantuan peralatan seperti khemah, meja dan papan kenyataan. Pihak sekolah juga menyediakan kemudahan padang dan kemudahan tempat makan. Kesukaran untuk berhubung dengan Stor Sukan juga telah menjadi faktor yang menyebabkan kelewatan untuk mendapatkan bahan dari stor. Barang dari stor sepatutnya diperolehi pada pagi Isnin, 18 Februari 2013 tetapi hanya boleh dikeluarkan pada petang tersebut. Akibatnya terdapat beberapa barang yang perlu dibawa pada hari program.

Disediakan oleh,

(HASBULLAH BIN MOHD @ MAT ISA) Ketua Jawatankuasa Peralatan Karnival Permainan Tradisional T3 SN3

Anda mungkin juga menyukai