Anda di halaman 1dari 6

Dalam kehidupan seharian kita sentiasa menggunaan anggaran.

Misalnya apabila kita kata sejuta penduduk di sebuah negara telah mengalami kebuluran, angka sejuta itu merupakan satu nilai anggaran sahaja. Ia tidak semestinya tepat, mungkin lebih sedikit, mungkin kurang sedikit.

Penganggaran memerlukan kepada pemahaman nurmerasi dan pengetahuan tenantan fakta-fakta asas. Seperti juga pengiraan mental, penganggaran juga melibatkan membuat keputusan sama ada anggaran itu boleh diterima untuk situasi yang berkaitan dan teknik yang sesuai untuk mendapat anggaran itu.

Kita membuat anggaran kasar apabila situasi tidak memerlukan kita memberi jawapan yang sebenarnya. Kaedah ini juga melibatkan kaedah membuat keputusan sama ada nilai anggaran itu boleh diterima untuk situasi berkaitan dan teknik mana yang harus digunakan untuk mendapatkan anggaran.

Penganggaran boleh dilakukan dalam situasi yang berikut: Sebelum pengiraan yang tepat, murid menggunakan anggaran untuk mendapatkan idea umum tentang apa yang akan dijangkakan Semasa membuat kiraan tepat, anggaran dapat digunakan untuk menyemak dan menentukan sama ada kiraan adalah betul. Selepas pengiraan tepat, anggaran dapat digunakan untuk menyemak jawapan dan menentukan sama ada jawapan tersebut munasabah atau tidak Penganggaran digunakan untuk menyemak jawapan dengan cepat

Anda mungkin juga menyukai