Anda di halaman 1dari 8

Apam balik Bahan A 2 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula 4 sudu kecil baking powder 1/2 sudu

kecil garam Bahan B 2 cawan susu segar [1 cawan susu cair + 1 cawan air] 1/2 cawan minyak 2 biji telur Bahan C coklat chips jagung cream Cara 1. Gaulkan semua bahan A. 2. Masukkan semua bahan B dalam blender . 3. Masukkan bahan A dalam blender dan mesinkan. 4. Panaskan non-stik pan dan sendukkan adunan. 5. Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak. 6. Letakkan coklat chips atau jagung. 7. Lipat dan hidangkan.

Pizza base I :

2 cawan tepung gandum 2 sudu kecil yis segera mauripan 2 sudu besar susu tepung 160 ml air suam

1 sudu besar gula halus 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh) 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair

Cara-cara : 1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih) 2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. 3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit. 4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun. 5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat. 6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit. 7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven. 8. Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut. 9. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan. Pizza base II :

2 cawan tepung roti 2 sk yis mauripan 90 ml air suam 70 ml susu segar suam 1 sk garam halus 2 sb gula 1 sb marjerin 1 sb susu tepung

Cara-cara : Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan gaulkan rata. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. Kemudian rehatkan doh(tutup dengan kain lembab) selama 1 jam. Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucukcucukkan doh dengan garpu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan. untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti dengan toppingnya. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju parut dan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.

Topping/Filling : (2 large pizza)


400 g daging cincang (dicincang/minced) 3 ulas bawang putih (dicincang) 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil) 1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh)

sedikit garam dan gula 3 sudu besar mentega

untuk hiasan :

sedikit oregano kering cendawan shitake hirisan nenas hirisan kapsikum hirisan bawang besar keju parut lain-lain ikut suka

Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.

Untuk Sos Keju : * 1 1/2 cawan susu segar * 1 sudu besar mentega * 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air) * 100g cream cheese * sedikit lada sulah

* sedikit gula dan garam Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.

Resepi Kuih Donat Lembut Dan Gebu Bahan-bahan ( kira-kira 15-20 biji donut) 400g tepung gandum (guna tepung gandum yang ada gambar donut) 50g gula halus 50g butter 1 1/3 cawan susu segar 1 sudu makan yis mauripan (yis kering) Sedikit garam Gula halus yang telah diblender untuk ditabur di atas donut Cara-cara membuatnya : 1)Masukkan tepung gandum, gula dan garam dalam talam yang sesuai dan gaul rata. 2)Masukkan susu segar di tengah2 adunan dan gaul rata.

3)Yis dicampur dengan sedikit air dan kacau sekatadi dalam cawan. Setelah yis sekata masukkan ke dalam adunan. 4)Uli adunan sedikit hingga semua adunan rata. Masukkan butter. Uli adunan sehingga semua adunan sekata dan lembut. 5)Untuk memastikan anda telah menguli adunan lembut, pastikan adunan tidak melekat pada tangan anda. Untuk mendapatkan adunan yang cantik diuli, uli kira-kira 15-20 minit bergantung kepada cara anda menguli. 6)Setelah siap diuli, bentukkan bulat besar dan bulatkan tengah ditengahnya dan biarkan ia mengembang sehingga 2x ganda. Untuk resepi ini disebabkan penggunaan yis yang tidak banyak saya tunggu kira-kira 1 jam untuk adunan ini menjadi dua kali ganda. Setelah kembang, bulat ditengah adunan akan mengecil. 7)Setelah adunan mengembang, bentukkan adunan menjadi bentuk donut. Jangan buat donut tu besar2...cukuplah comel2...sebab sementara kita membuat donut yang lain ia akan mengembang lagi dan ketika menggoreng donut akan mengembang lagi. 8)Goreng donut dengan api yang sederhana. Setelah masak, taburkan gula halus yang telah diblender di atas donut. Siap untuk dimakan!!!:) Donut II

500gram tepung gandum, kalau guna tepung high Protein pun okey. Warna donut putih jer. 2 sudu majerin 1 sudu teh garam 3 sudu susu tepung (kebetulan susu anak daraku ada.. guna jer) 3 sudu gula pasir. 11gram mauripan sedikit air sejuk yang disimpan dalam peti ais ( guna apabila adunan belum lembut) Cara Menyediakan: 1. Kembangkan mauripan guna air suam. Biarkan. 2. Dalam satu mangkuk masukkan tepung, buat lobang ditengahnya, masukkan gula, garam, susu dan majerin. Adun mesra kesemua bahan. 3. Tuang mauripan kedalam adunan. Uli kesemuanya hingga menjadi doh. 4. Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air simpanan dalam peti ais. Uli lagi. Adunan doh yang siap diuli. Terus terap pada acuan, sebelum tu guna pengelek untuk meratakan doh.Hasil seperti diatas.

5 minit kemudian donut akan berkembang dengan jaya. Masa ini korang dah boleh panaskan api kuali, boh minyak yang banyak untuk tengelamkan donut yang belum dimasak. Apabila minyak panas. Masukkan donut kedalam kuali.

Anda mungkin juga menyukai